Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID LAYAK KWAMP 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN BENDANG KERING,


33040 KUALA KANGSAR, PERAK.

Tarikh : 25 Januari 2018


Hari : Khamis
Masa : 3.10 petang
Tempat : Makmal Komputer

Agenda :
1. Kata-kata aluan Pengerusi
2. Hal-hal Profesionalisme
3. Hal-hal lain
4. Penutup

Kehadiran :
Puan Halimahton Saadiah binti Ree (Guru Besar)
En. Abd Razak bin Abdul Majeed (GPK 1)
Hj. Uzair bin Abd Aziz (GPK Hal Ehwal Murid)
En Norahimi b Abd Wahab ( GPK Kokurikulum )

AJK :
1 Pn Fadzilah bt Abu Kassim
2 Pn Aminah bt Amen
3 Pn Mastura bt Hawari
4 Pn Musnada bt Md Azmi
5 Pn Mazni bt Umar
6 Pn Zakiah bt Mohamed
7 Pn Sarah bt Ahmad Baki
8 Pn Noor Jamai’yah bt Zaim
9 Hj. Roslan b Zulkifli
10 Pn Normawati bt Alias
11 En Roslan b Mohd Ridzuan
12 Pn Rathimalar a/p S.Jegadesan
13 Pn Zuraini bt Mat Desa
14 Pn Ruslinaizam bt Mohd Salleh
15 Pn Noraini bt Ismail

1. Kata-kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memberitahu tentang Kerajaan Malaysia telah meluluskan
pemberian KWAMP kepada murid Tahun 1 hingga tahun 6 yang
berpendapatan isi rumah sebanyak RM930.00 dan ke bawah dan Perkapita
RM230.00 dan kebawah.

1
1.2 Pelaksanaan KWAMP bagi tahun ini diteruskan bertujuan meringankan
beban ibu bapa.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan tentang kriteria-kriteria kelayakan bantuan
termasuklah murid mesti warganegara Malaysia, dan bagi murid yang bukan
warganegara, salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara
Malaysia serta bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
sahaja.
Tindakan: Untuk makluman
2. Hal-hal Profesionalisme
2.1 Pemilihan murid yang layak menerima bantuan dibincangkan berdasarkan
maklumat murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
2.2 Setiap guru kelas mengenalpasti murid yang ibu bapa layak untuk menerima
bantuan tersebut.
2.3 Jawatan Kuasa Bantuan KWAMP memutuskan bahawa murid yang layak
bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 adalah seramai 44 orang.

Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

3. Perkara-perkara lain
5.1 Bantuan KWAMP ini akan diserah secepat mungkin.

Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

4. Penutup
GB mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua guru berhati-hati dalam mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan agar tidak berlaku kesilapan yang tidak diingini.
Beliau turut berharap agar pelaksanaan bantuan ini akan berjalan lancar
tanpa mempunyai sebarang masalah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh,

____________________
(Mastura binti Hawari)
Setiausaha Hal Ehwal Murid,
SK Bendang Kering

2
Disemak oleh.

_____________________________________
(Haji Uzair bin Abd Aziz)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK Bendang Kering

Disahkan oleh,

______________________
(Puan Halimahton Saadiah binti Ree)
Guru Besar,
SK Bendang Kering.

Potrebbero piacerti anche