Sei sulla pagina 1di 3

MINIT MESYUARAT PPDA BIL.

1/2018

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA


KAMPUNG SUNGAI DUA, 73200 GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN.

Tarikh : 28 Mac 2018


Hari : Rabu
Tempat : Makmal Komputer SKSD
Masa : 1.30 petang

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Aktiviti Tahunan PPDa
3. Minggu Antidadah
4. Hal-hal lain

Kehadiran :

1. En. Mahadi b. Dollah Guru Besar


2. En. Mohd Zin b. Said GPK 1
3. Pn. Supiyaton bt. Mokti GPK Hal Ehwal Murid
4. Pn. Zainatun bt. Hussain GPK Kokurikulum
5. Pn. Nurinon bt. Sulung
6. Pn. Siti Nurul Ain bt. Hj Amir Hamzah
7. Pn. Rusnanita bt. Md Nor
8. Cik Norliah bt. Daud
9. Cik Farah Aliah bt. Jasmin
10. Cik Nor Asyikin bt. Norizan
11. Pn. Rozita bt. Wahi
12. En. Khairul Niza b. Osman
13. En. Syarul Ambia b. Shamsudin
1. Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Encik Mahadi selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada


semua AJK kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri
mesyuarat pada kali ini.

1.2 Puan Zahariah juga berharap program PPDa kali ini berjalan dengan
lancar dan mengikut perancangan. Beliau juga berharap agar murid di
sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan dadah.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Bil. 3/2017 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
2.2 Dicadang oleh : Pn. Siti Nurul Ain bt. Hj Amir Hamzah
Disokong oleh : En. Khairul Niza b. Osman

3. Aktiviti Tahunan PPDa 2018

3.1 Cik Farah Aliah selaku penyelaras unit PPDa mengedarkan takwin unit
PPDa SKBB dan menerangkan aktiviti yang dirancang pada tahun ini
ialah:
a. Minggu PPDa
b. Ceramah dan Pameran PPDa
c. Program 5 minit

3.2 Beliau berharap semua program yang dirancang memberi manfaat


kepada semua murid dan mendapat kerjasama daripada semua guru.

Tindakan : AJK PPDa


4. Minggu Antidadah

4.1 Penyelaras PPDa juga memaklumkan bahawa Minggu Antidadah akan


diadakan pada bulan Oktober atau selepas UPSR tahun ini dan
beberapa pertandingan akan diadakan seperti tahun-tahun sebelum
serta wajib disertai oleh semua murid-murid.

4.2 Jawatankuasa akan ditubuhkan dan mohon bantuan semua guru-guru


kelas dan guru mata pelajaran tertentu.
5. Hal-hal lain

5.1 Puan Supiyaton meminta guru-guru untuk bekerjasama


memperindahkan sudut PPDa sekolah.

5.2 Encik Mahadi b. Dollah berharap semua guru bekerjasama untuk


menjadikan sekolah bebas Dadah dan program yang dirancang
berjaya dilaksanakan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.50 petang.

Disediakan oleh,

…………………………………………………
(CIK FARAH ALIAH BT. JASMIN)
Setiausaha PPDa
Sekolah Kebangsaan Sungai Dua

Potrebbero piacerti anche