Sei sulla pagina 1di 10

Dear all

Ini adalah panduan penulisan dokumentasi yang


ringkas dalam Bahasa Melayu.
Aktiviti 1
Dokumentasi
1.0 Pengenalan
Aktiviti khidmat masyarakat adalah kerja-kerja
kemasyarakatan dalam memupuk perasaan
muhibah antara komuniti dan persekitaraan. Ini
dapat menambah pengetahuan untuk mengaplikasi
kemahiran dan rasa tanggungjawab sosial dalam
bermasyarakat. Selain dapat menerap kemahiran
berkomunikasi,melalui kepimpinan dan bekerja
secara berpasukan. Khidmat masyarakat juga dapat
mempraktikkan kemahiran pengurusan
maklumat,projek dan keusahawanan.
Sebagai seorang sukarelawan adalah perlu
mempunyai pemikiran yang positif untuk membina
martabat diri yang positif dan bangga diri dalam
memberi khidmat dan sumbangan kepada
masyarakat. Selain itu rasa minat, keprihatinan dan
kecenderungan untuk menyumbang tenaga
fizikal,berkongsi minat bersama orang
lain,mencurahkan pengalaman kepada golongan
sasar mahupun sesuatu kelompok masyarakat.
Satu program khidmat masyarakat yang telah
dipilih ialah membersihkan kawasan rekreasi di
kawasan persekitaran. Penglibatan ini adalah dalam
bentuk projek dan kajian yang boleh meningkatkan
imej diri sukarelawan yang mengambil penyertaan.

1.1 Tema
Tema yang dipilih ialah ’Dari Mahasiswa Kepada
Masyarakat’. Pilihan ini adalah berdasarkan ....

1.2 Nama Projek


’Bersih Dan Indahkan Kawasan Rekreasi’ merupakan
nama projek sejajar dengan ........

1.3 Latar Belakang Aktiviti Khidmat


Masyarakat
(Penerangan mengenai projek yang
dilakasanakan)
Kawasan rekreasi (nama tempat) sebagai
tempat tumpuan peminat aktiviti hiking melakukan
riadah telah menjadi pilihan untuk program khidmat
masyarakat kali ini.

1.4 Tarikh, Masa dan Tempoh Projek


Aktiviti membersihkan taman rekreasi ini telah
dilaksankan pada (tarikh) mulai jam ...............(masa)
selama 6 jam.

1.5 Ahli Kumpulan


Kelab Pelajar OUM (tempat) dengan kerjasama OUM
Ipoh,ahli kumpulan disertai sejumlah 15 orang
peserta sukarela terdiri daripada pelajar serta
kakitangan OUM.

1.6 Organisasi yang terlibat


Ahli Majlis Perbandaran ....
1.7 Objektif
1.7.1 Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan
dalam kalangan diri individu terhadap
komuniti setempat.
1.7.2 Memupuk serta menerap pengetahuan,
kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap
individu.
1.7.3 Memberikan sumbangan dalam bentuk
tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan
negara.
1.7.4 Membentuk keperibadian dan memahami
konsep kerjasama serta tolong menolong antara
satu dengan yang lain.
1.7.5 Membantu pihak berkuasa tempatan
mengindah dan memelihara kawasan rekreasi.

1.8 Anggaran perbelanjaan


(sila nyatakan perbelanjaan yang
diperlukan)
1.9 Perancangan & Pelaksanaan Projek
(carta gantt, mesy, surat kebenaran, jadual
tugas - boleh lampirkan sebagai Appendiks)
Bagi menjalankan setiap projek aktiviti
khidmat masyarakat perlulah kepada perancangan
teliti supaya dapat dilaksanakan berasaskan kepada
keperluan dan matlamat yang jelas. Melalui
perancangan yang baik serta rapi sahaja setiap
projek yang dilaksanakan akan dapat menghasilkan
suatu yang bermanfaat.
Pembahagian individu kepada kumpulan
telah melancarkan lagi projek aktiviti khidmat
masyarakat berikutan kawasan rekreasi ini yang
agak luas dan jarak antara kawasan tumpuan adalah
sedikit jauh. Dianggotai daripada 6 hingga tujuh
orang setiap kumpulan.
Antara tugasan yang diberi kepada sukarelawan
dalam menjayakan aktiviti ini adalah membersihkan
pondok rehat,tandas awam dan harta yang terdapat
di kawasan rekreasi. Selain daripada mengecat
pondok, menanam pokok bunga hasil sumbangan
peribadi daripada peserta sukarelawan juga telah
menambahkan lagi kecantikan kawasan rekreasi.
Selain menyediakan peralatan untuk menjalankan
aktiviti,penyediaan makanan dan minuman juga
disediakan.
(terangkan dengan lebih jelas dan
terperinci aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksnakan)

1.10 Cadangan/komen
Memupuk semangat rasa kecintaan dalam
diri kalangan invidu perlu diterap,oleh itu
penglibatan dalam aktiviti khidmat masyarakat
perlulah dilakukan lebih kerap dan mempelawa
kepada individu setempat yang lain untuk turut
serta.
Melalui pengetahuan serta kemahiran,lebih
ramai masyarakat dapat menjalankan
tanggungjawab sebagai komuniti dan kerjasama
dalam berkumpulan dapat diterapkan. Ini boleh
menghindarkan masalah sosial dikalangan
masyarakat.
1.11 Penghargaan
Ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada Presiden Kelab Pelajar OUM dalam
menjayakan projek aktiviti khidmat masyarakat ini.
Tidak di lupakan juga kepada kakitangan OUM yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Surat penghargaan terima kasih juga
disediakan kepada mereka yang terlibat. Selain itu,
penghargaan juga telah disampaikan melalui
pemberian sijil penghargaan penyertaan kepada
setiap sukarelawan yang terlibat.
AKTIVITI 3: JOURNAL REFLEKSI
3.1 Sebelum Program
Kekuatan sebelum program ini
dilaksanakan ialah pada perancangan. Merancang
sesuatu program bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun, saya tekad untuk merancang program ini
dengan betul. Kelemahan yang saya dapati semasa
merancang program ini ialah tiada penglibatan pihak
sekolah semasa saya merancang program ini. Saya
telah merancang program ini seorang diri. Saya
berpendapat bahawa sekiranya saya merancang
program ini dengan kerjasama pihak sekolah,
perancangan ini mungkin akan lebih baik. Pasti lebih
ramai guru atau murid yang akan terlibat bagi
menjayakan program ini. Cadangan
penambahbaikan program ini sekiranya
dilaksanakan pada masa akan datang ialah tugasan
ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Proses
perancangan akan menjadi lebih mudah dengan
adanya semangat kerja berpasukan. Sokongan dan
penglibatan pihak sekolah juga amat perlu untuk
memastikan pelaksanaan yang lebih berjaya.
Semasa Program
Saya telah melaksanakan program ini
semasa cuti sekolah. Hal ini memudahkan guru-guru
untuk membantu saya menjayakan program ini
tanpa mengganggu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kekuatan yang saya dapati semasa
pelaksanaan program ini ialah kerjasama yang
dihulurkan oleh guru-guru yang terlibat. Saya sangat
bersyukur kerana telah mendapat bantuan dan
sokongan daripada rakan guru. Kelemahan yang
saya rasa perlu ditambahbaik ialah kekurangan ahli
untuk melancarkan pelaksanaan program ini.
Cadangan penambahbaikan bagi mengatasi
kelemahan ini ialah dengan melibatkan murid-murid
sebagai pededahan awal kepada pentingnya elemen
khidmat masyarakat. Aktiviti kebersihan dan
keceriaan kelas akan lebih mudah dilaksanakan
dengan adanya penglibatan murid-murid. Suasana
bilik kelas yang kondusif dapat diwujudkan untuk
generasi yang akan datang.
Selepas Program
Objektif projek dapat dicapai dengan jayanya
hasil kerjasama rakan-rakan guru. Kemahiran
komunikasi saya semakin mantap. Saya menjadi
lebih yakin untuk berkomunikasi dengan masyarakat
luar. Kelemahan yang saya dapati selepas
melaksanakan program ini ialah kurangnya
kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap
kepentingan program khidmat masyarakat.
Cadangan saya untuk melaksanakan lebih banyak
program seumpama ini pada masa akan datang.
TUGASAN KHIDMAT MASYARAKAT
Isi Kandungan Muka Surat

Aktiviti 1 : Dokumentasi

1.0 Pengenalan

1.1 Tema

1.2 Nama Projek

1.3 Latar Belakang Projek Khidmat Masyarakat

1.4 Tarikh, Masa & Tempuh Pelaksanaan Projek

1.5 Ahli Kumpulan Projek Khidmat Masyarakat

1.6 Organisasi yang terlibat

1.7 Objektif Projek

1.8 Anggaran Perbelanjaan

1.9 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti

1.10 Cadangan/Komen

1.11 Penghargaan
2.0 Aktiviti 2 :- Rakaman Video (nyatakan pautan youtube)

Kriteria

2.1 Aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat yang anda laksanakan

2.2 Penglibatan anda dalam aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat yang anda


anjurkan

2.3 Rakaman pertemuan mesra anda bersama pserta-peserta

2.4 Rakaman suasana aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan dan aspek-aspek lain
yang berkaitan dengan khidmat masyarakat

2.5 Audio dan visual yang jelas

3.0 Aktiviti 3 :- Jurnal Refleksi

3.1 Refleksi sebelum pelaksanaan

3.2 Refleksi semasa pelaksanaan

3.3 Refleksi selepas pelaksanaan

Refleksi menunjukkan keupayaan untuk mengenalpsati kekuatan &


kelemahan

Memberikan cadangan-cadangan yang relevan untuk penambahbaikan pada


masa hadapan

Refleksi menunjukkan pemikiran kritis dan analitikal yang baik


4.0 Rujukan
5.0 Appendiks

Potrebbero piacerti anche