Sei sulla pagina 1di 9

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2017

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA

HARI KEMERDEKAAN KE - 60

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BOYAN

ANJURAN :

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM

DENGAN KERJASAMA

KETUA PANITIA DUNIA SEJARAH


1.0 PENDAHULUAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dengan Kerjasama Panitia Dunia Sejarah


Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan ( SKKB ) akan mengadakan aktiviti bulan
kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan bagi tahun
2017. Justeru, jawatankuasa akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena
sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60 bertemakan ‘NEGARAKU sehatisejiwa’.
Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun
iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat
dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat
patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan
guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan serta meningkatkan kesedaran warga
sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan
pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran
dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK
Kampung Boyan secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti
potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Kampung Boyan di
peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan
daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Panitia Dunia Sejarah bersama-sama guru-guru


Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan.
5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 14 Ogos 2017 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 18 September 2017.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan. (Termasuk guru dan
murid Pendidikan Khas dan Pra Sekolah)

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Dunia Sejarah.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1. Pertandingan nyanyian lagu Muzik / Bilik Semua kelas Tahap II 21 Ogos 2017
merdeka (solo) Muzik (Tahun 3-6) dan guru-guru
kelas tahap II
2. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Tahap I ( Tahun 1-3), Pra 23 Ogos 2017
Visual / Bilik sekolah dan Pendidikan ( Waktu
Darjah Khas dan guru-guru Kokurikulum)
Pendidikan Seni Visual.
3. Pertandingan Menghias Kelas Sejarah & Guru Semua murid dan semua 14 Ogos - 15
(mengikut tema Kelas masing- guru kelas. September 2017
Kemerdekaan) masing (Selepas waktu
rehat)
4. Pertandingan Fesyen Dewan Terbuka Semua Murid sekolah 23 Ogos 2017
Merdeka ( Rabu )
- Persembahan Pakaian Tahun 1 dan 2 -
Rakyat Malaysia Pagi
Berbilang kaum Tahun 3,4, 5 dan 6
5. Pertandingan Basikal Berhias Panitia Sejarah Semua Murid Sekolah 23 Ogos 2017
dan Panitia Seni Waktu
Visual Kokurikulum
6. Pelancaran mengibarkan Jalur Panitia Semua murid, guru dan staf Sepanjang Bulan
Gemilang - Pendidikan sekolah. Bermula 14 Ogos
Menghiasi persekitaran Moral, 2017
sekolah dengan Jalur PSV, Sejarah
Gemilang , poster
Kemerdekaan dan lain-lain

7. i. Kuiz Kemerdekaan Guru Kelas Murid Tahun 3-6 (wakil dari 21 Ogos 2014
setiap kelas) ISNIN
ii. Melukis logo sambutan
Guru mata Murid Tahun 4-6 ( wakil Waktu pendidikan
kemerdekaan SKKB
pelajaran.
dari setiap kelas seni setiap kelas

8. Tayangan video sempena Pusat Sumber Tayangan film selepas 6 & 13 September
bulan kemerdekaan Sekolah - Bilik waktu persekolahan untuk 2017
Tayangan murid-murid dengan Waktu
bayaran. Kokurikulum
9. Pelancaran Bulan Semua murid dan guru 14 Ogos 2017
Kemerdekaan Ke-60 berhimpun di dewan terbuka ISNIN
i. Perhimpunanan Khas
ii. Deklamasi Sajak sekolah.
Patriotik
iii. Nyanyian Lagu
Patriotik.
10. Perhimpunan Hari Malaysia / Dataran Kejat Semua murid dan guru 18 September 2017
Majlis Penutupan Hari berhimpun di Dataran Kejat ISNIN
Kemerdekaan / Penyampaian
sekolah.
Hadiah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran
hadiah Perbelanj
aan
1. Hadiah

i. Pertandingan Nyanyian - Pertama RM 10.00 RM 37.00


lagu patriotik (solo ) - Kedua RM 7.00
- Ketiga
- Saguhati 3 RM 5.00
RM 3.00 x 3
ii. Pertandingan Mewarna
( Tahap I) i. Pertama RM 8.00 x 3
- Pra Sekolah ii. Kedua RM 72.00
RM 7.00 x 3
- Tahun 1 iii. Ketiga
iv. Saguhati 3 RM 5.00 x 3
- Tahun 2
RM 4.00 x 3

- Pendidikan Khas
i. Pertama RM 8.00 RM 29.00
ii. Kedua RM 7.00
iii. Ketiga RM 5.00
iv. Saguhati 3 RM 3.00 x 3
iii. Pertandingan Menghias
Kelas.
- Tahap 1

i. Pertama RM 35.00 RM 75.00


ii. Kedua RM 25.0
iii. Ketiga RM 15.00

- Tahap 2

iv. Pertama
RM 35.00
v. Kedua RM 75.00
vi. Ketiga RM 25.00
RM 15.00
Pertandingan Fesyen
Merdeka
- Tahun 1 RM 8.00
- Tahun 2 RM 8.00 RM 64.00
- Tahun 3
RM 8.00
- Tahun 4
- Tahun 5 RM 8.00
- Tahun 6 RM 8.00
- Pra Sekolah RM 8.00
- Pendidikan Khas RM 8.00

Pertandingan Basikal
Berhias
- Pertama RM 20.00
- Kedua RM 15.00 RM 69.00
- Ketiga RM 10.00
- Sagu Hati RM 8.00 x 3
iv. Kuiz Kemerdekaan
RM 10.00
- Pertama
RM 9.00
- Kedua RM 42.00
RM 8.00
- Ketiga
v. Pertandingan Melukis RM 5.00 x 3
- Saguhati 3
logo Hari
Kemerdekaan
( Tahap 2 )
i. Pertama
RM 10.00
ii. Kedua RM 39.00
RM 8.00
iii. Ketiga
RM 6.00
iv. Saguhati
RM 5.00 x 3

Jumlah RM 502.00
Perhiasan

i. Bendera Kecil RM 2.00 X 300 RM 200.00


(Perhiasan)

ii. Bendera besar


-Malaysia
RM 12.00 X 10 RM 120.00
-Perak

iii. Banner ( Sambutan


Hari Kemerdekaan)
RM 100.00
iv. Dokumentasi

RM 30.00

Jumlah RM 450.00
JUMLAH BESAR RM 952.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN


KEMERDEKAAN
Sila rujuk Lampiran 1

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis


7.40 pagi - Perhimpunan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri Perak
Lagu Perak Excellent dan Aku Negaraku
- Lafaz ‘Rukun Negara’
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60.
- Penyampaian Hadiah
~ (Pertandingan mewarna, Kuiz, poster)
~ Pertandingan Fesyen Merdeka
~ Persembahan Basikal berhias
~ Penyampaian hadiah ( Pertandingan basikal
berhias dan kelas terceria dihiasi
bertemakan kemerdekaan)
- Nyanyian lagu-lagu patriotik (solo) –
pemenang-pemenang pertandingan
~ Nyanyi bersama-sama
~ Penyampaian hadiah ( Pertandingan Fesyen
Merdeka, Pertandingan nyanyian solo)
- Penutup

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan


ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Kampung Boyan dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk
budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Potrebbero piacerti anche