Sei sulla pagina 1di 46

SENI TARIAN

TRADISIONAL DI SABAH
PENGENALAN
*Sabah merupakan negeri kedua terbesar di
Malaysia dengan keluasan kira-kira 29,388 batu
persegi dan ianya terletak di Kepulauan Borneo.

*Penduduk Sabah terdiri daripada 32 suku kaum,


55 buah bahasa, dan 100 buah dialek pertuturan.
Bagaimana pula dengan seni tarian tradisinya?

*Setiap suku kaum di Sabah mempunyai budaya,


tradisi dan pakaian kaum yang tersendiri. Mereka
juga mempunyai cara tersendiri untuk memperkenal-
kan kebudayaan masing-masing melalui pelbagai
cara dan salah satunya ialah melalui seni tarian
tradisi mereka.
SAMB.....
*Kebanyakan tarian tradisi di Sabah ini mempunyai
banyak persamaan dari segi pergerakan ataupun
muzik.

*Sesetengah tarian tradisi ini juga bertujuan untuk


menunjukkan gaya hidup dan keagamaan. Ada juga
tarian tradisi ini yang bertujuan untuk upacara ritual,
memohon perlindungan kuasa ghaib dari penyakit
dan bala serta untuk memohon hasil tuaian yang
baik.

*Sebanyak 130 jenis tarian tradisi telah direkodkan


di negeri Sabah.
UPACARA RITUAL
JENIS-JENIS TARIAN TRADISI SABAH
TARIAN SUMAZAU
-Merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun.

-Dikenali dengan nama Sumayau di Kuala Penyu dan


Mengigol di Ranau.

-Terdapat banyak variasi iaitu Pinakang di Kota


Belud/Tandek, Mangalai di Beluran, Mangarang di
Tambunan, Titikas di Kinabatangan, Sumanggak di
Pitas/Tenom, Moguntip di Keningau, Mongigol-
Sumundai di Kudat, Bakanjar di Kuala Penyu dan di
Angkukui di Nabawan.
SAMB…..
-Tujuan asal tarian ini adalah untuk menyambut
kedatangan “Bambaazon” (semangat padi) yang
biasanya dilakukan selepas menuai padi.

-Biasanya dilakukan selepas upacara Magavau


iaitu tarian spiritual oleh Bobohizan (bomoh).

-Tujuan lain Sumazau ialah mengucap


kesyukuran, menolak bala, mengubati penyakit
dan menyemah semangat ghaib.

-Kini, tarian Sumazau sering dipersembahkan di


majlis-majlis keramaian dan untuk menyambut
tetamu atau orang kehormat.
BOBOHIZAN
ALATAN TARIAN:-
-Gong sebanyak 8 jenis. Setiap satunya adalah
berlainan ukuran dan mengeluarkan bunyi yang
tidak sama.

-Sebuah gendang dengan rentak yang khusus.

CARA MEMPERSEMBAHKAN:-
-Gerak dan irama tarinya adalah perlahan-lahan serta
lemah lembut.
-Pasangan penari lelaki dan perempuan akan
menghadap hadapan sambil menggerakkan kaki
dengan langkah kecil sementara tumit kaki mereka
pula diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu.
-Ketika menari, tangan penari akan dikepakkan
keluar turun naik seperti burung yang terbang.
PENARI & ALATAN
TARIAN SUMAZAU
TARIAN ADAI-ADAI
-Merupakan tarian tradisi suku kaum Brunei.

-Biasanya popular di Papar, Membakut,


Weston dan Sipitang.

-Tujuan asal tarian ini adalah sebagai


nyanyian beramai-ramai pada sebuah
pantun yang menceritakan sekumpulan
nelayan yang pergi menangkap ikan di laut
manakala kaum wanita pula menunggu
kepulangan mereka di pantai untuk
mengutip hasil tangkapan mereka.
ALATAN TARIAN:-
-Rebana, gambus serta beberapa biji kompang.

-Biasanya alat muzik tidak digunakan.

CARA MEMPERSEMBAHKAN:-
-Memerlukan sekurang-kurangnya 4 pasangan penari
lelaki dan wanita.

-Mereka ini akan menghentak pendayung di bahagian


pinara sampan atau perahu serta pukulan buyung
ataupun keduit.

-Sambil berbuat demikian, mereka akan menyanyi


beramai-ramai dengan irama dan rentak tertentu.
PENARI ADAI-ADAI
TARIAN DALING-DALING
-Merupakan tarian tradisi suku kaum Bajau dan
Suluk khususnya di daerah Semporna.

-Asalnya tarian ini adalah dari Kepulauan Mindanao,


Filipina. Ia dibawa masuk ke Sabah oleh orang-
orang Suluk. Pertumbuhan orang Suluk dengan
Bajau adalah saling mempengaruhi maka terhasilah
tarian Daling-Daling tersebut.

-Perkataan daling itu adalah berasal daripada


perkataan Inggeris iaitu darling (kekasih).

-Merupakan tarian hiburan di majlis-majlis tertentu


dan sifatnya adalah berbalas pantun antara penari
lelaki dengan penari wanita.
ALATAN TARIAN:-
-Gabbang iaitu kulintangan kayu dan juga biola.

-Kuku tiruan yang panjang dan bengkok. Ianya di-


pasangkan pada jari-jemari penari wanita.

CARA MEMPERSEMBAHKAN:-
-Para penari akan memperlihatkan liuk-lintuk badan
serta pergerakan kaki mereka yang menarik untuk
mempersembahkan keunikan tarian ini.
DALING-DALING
Tarian Daling-Daling.3gp
TARIAN BARUNSAI
-Merupakan tarian tradisi suku kaum Bajau.

-Tujuannya adalah untuk meraikan majlis kahwin,


kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan
orang yang sudah bernazar.

-Biasanya tarian ini dilakukan pada waktu malam.

-Tarian ini tidak diiringi oleh sebarang alat muzik


kerana ia mengutamakan “kalang” seperti berbalas
pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari
lelaki.
ALATAN TARIAN:-
-Tidak ada sebarang alatan muzik digunakan cuma
ianya menggunakan lantai papan sahaja.

-Pakaian yang berwarna-warni serta tanjak yang


mempunyai corak yang menarik.

CARA MEMPERSEMBAHKAN:-
-Penari lelaki akan membuat barisan sambil berpegangan
tangan antara satu sama lain diikuti oleh barisan
penari wanita di belakang yang juga berpegangan
tangan. Penari lelaki di belakang sekali akan ber-
pegangan selendang dengan penari wanita di
belakangnya. Mereka akan membuat bulatan kecil
sambil mengalunkan “kalang” dalam bahasa Bajau.

-Mereka akan menghentakkan kaki dan menyanyi sehingga


tidak menyedari masa telah berlalu dengan lamanya.
TARIAN LANSARAN
-Merupakan tarian tradisi suku kaum Murut.
-Tujuan asal tarian ini adalah untuk menyambut
kepulangan para pahlawan yang telah menang di
medan pertempuran namun pada masa kini ianya
dipersembahkan untuk mengeratkan lagi
hubungan antara mereka serta sebagai acara di
majlis-majlis tertentu.

-Tarian ini biasanya ditarikan di atas lantai khas yang


berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di
tengah-tengah rumah panjang. Lantai khas ini di-
perbuat dari kayu bulat yang dipasang berlapis-
lapis sehingga menjadi seperti spring.
ALATAN TARIAN:-
-Lantai bulat yang menjadi spring serta pakaian
tradisi, topi berbulu burung, hiasan manik dan juga
pakaian daripada kulit kayu yang berwarna.

CARA MEMPERSEMBAHKAN:-
-Para penari akan membuat bulatan sambil melonjak-
lonjak di atas lantai bulat itu diiringi oleh bunyi lantai
bulat tersebut. Para penari juga akan mencuba
untuk mencapai kinkilat yang tergantung jauh di
atas dengan cara melonjak tinggi.

-Kemuncak tarian ini adalah dengan berbalas pantun


antara penari.
PENARI LANSARAN
TARIAN MAGUNATIP
-Merupakan tarian tradisi suku kaum Murut dari suku
Kuhijau (Kwijau).

-Perkataan “Magunatip” itu berasal dari perkataan


“apit” yang bermakna jepit. Ini membawa maksud
ketika menari, kaki penari terjepit antara dua batang
buluh jika tidak cekap mngelakkannya.

-Tujuan tarian ini ialah untuk memeriahkan sesuatu


upacara atau keramaian yang diadakan.
ALATAN TARIAN:-
-Tidak memerlukan sebarang alat muzik kerana
buluh yang digunakan sudah cukup mengeluarkan
bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang
menarik apabila ia dihentakkan antara satu sama
lain.

CARA MEMPERSEMBAHKAN:-
-Penari akan menari sambil cuba mengelak buluh-
buluh yang mahu menjepit kaki mereka. Buluh-buluh
ini pula akan dikawal oleh penari wanita. Rentak
tarian ini akan bertambah pantas iaitu buluh-buluh
itu akan semakin laju dihentakkan dan ini bermakna
para penari terpaksa mengelakkannya dengan cepat.
MAGUNATIP
TARIAN LIMBAI
-Merupakan tarian tradisi suku kaum Bajau.

-Tujuan tarian ini adalah untuk menyambut ketibaan


pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin
perempuan. Ia juga sebagai upacara khas untuk
isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk
melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
ALATAN TARIAN:-
-Terdapat alatan muzik tertentu.

CARA MEMPERSEMBAHKAN:-
-Para penari akan menari dengan bahasa tarian dan
irama yang tertentu apabila perarakan pengantin
lelaki berhenti di rumah pengantin perempuan.

-Para penari juga akan melambai-lambaikan


selendang mereka kepada rombongan pengantin
lelaki sebagai tanda mengundang dan mengucapkan
selamat datang.
TARIAN LIMBAI
TARIAN SUMAYAU
-Merupakan tarian tradisi asli suku kaum Dusun
terutamanya yang menetap di Kuala Penyu dan Tuaran.

-Tujuan tarian ini ialah sebagai tarian khas bagi


menyambut Hari Mengaji (Mengahau). Oleh itu, ianya
tidak ditarikan dalam majlis bersuka ria seperti
menyambut hari keramaian dan sebagainya.

-Mengahau adalah satu majlis yang diadakan secara


besar-besaran dan mengambil masa sehingga lima
hari dan lima malam. Tujuannya adalah untuk
mengaji gusi-gusi (sejenis tampian besar) iaitu
untuk menghormati dan memuja gusi-gusi itu.

-Ianya juga untuk memperingati ahli keluarga yang telah


yang telah meninggal dunia.
ALATAN TARIAN:-
-Gong dan gendang.

CARA MEMPERSEMBAHKAN:-
-Persembahan tarian diketuai oleh seorang wanita
berketurunan Monolian yang lanjut usianya serta
berpengetahuan dalam upacara-upacara tertentu.

-Sebaik sahaja muzik dimainkan, penari-penari akan


mula menari dan terus menuju ke gelanggang tari.
Gerakan tari adalah mengikut irama lagu iaitu
pergerakan kaki adalah perlahan berbanding dengan
pergerakan tangan cuma ia berinsut-insut dengan
amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak
sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan penonton.
TARIAN SUMAYAU
TARIAN BOLAK-BOLAK
-Merupakan tarian tradisi suku kaum Suluk.

-Diiringi oleh pukulan “gabbang” yang sering


diadakan di majlis-majlis perkahwinan atau
majlis-majlis keramaian yang lain.

-Tarian ini dilakukan oleh kaum lelaki dan


wanita yang memakai pakaian tradisional
yang berwarna-warni.
TARIAN KUDA PASU
-Merupakan tarian tradisi suku kaum Bajau.

-Bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan


pengantin ke tempat perkahwinan.

-Para penari menari dengan rentak muzik bertitik


yang dipanggil Tigad-Tigad.

-Para penari boleh terdiri daripada lelaki dan


wanita. Penari lelaki akan menari bersama
penari wanita yang jarinya diikat dengan sapu
tangan berwarna merah.

-Sapu tangan itu adalah sebagai simbol untuk


mengalu-alukan kedatangan pengantin ke majlis mereka.
TARIAN-TARIAN LAIN
Tarian Liliput – Oleh suku kaum Bisaya khususnya di
Beaufort. Tujuan untuk menghalau kuasa
jahat dalam tubuh seseorang.

Tarian Lotus – Oleh kaum Cina. Dibawa dari negara China


sebagai kebudayaan.

Tarian Magalang – Oleh suku kaum Murut di Tenom. Tujuan


untuk menyambut kemenangan dalam
pertempuran dan kejayaan dalam per-
buruan kepala. Juga dipersembahkan
ketika majlis perkahwinan dan lain-lain.

Tarian Dansa – Oleh suku kaum Cocos di Lahad Datu.


Tujuan untuk majlis perkahwinan dan lain-
lain.
SAMB…..
Tarian Menangkuk Piring – Oleh suku kaum Kadazandusun
di Kota Marudu. Tujuan untuk
majlis perkahwinan atau majlis
sosial.

Tarian Mangiluk – Oleh suku kaum Suluk. Merupakan tarian


yang ceria untuk majlis perkahwinan dan
majlis-majlis sosial yang lain.

Tarian Mongigol Sumandai Kudat – Oleh suku kaum


Rungus di Kudat dan
Pitas. Tujuan untuk
upacara ritual dan
festival tertentu.
SAMB…..
Tarian Paina – Oleh suku kaum Kadazandusun dari
Membakut. Tujuan untuk mengucapkan
terima kasih kepada semangat padi dalam
suatu sambutan.

Tarian Sambut Tamu – Oleh pelbagai suku kaum di Sabah.


Tujuan untuk menyambut tetamu
sempena acara yang besar. Ianya
menggabungkan banyak tarian
tradisi rakyat Sabah.
KESIMPULAN

Sabah mempunyai pelbagai tarian etnik


tradisi yang menarik dan ianya mampu
menjadi satu daya tarikan kebudayaan
kepada pelancong. Justeru itu, ia
mesti dipelihara dan diwarisi agar tidak
hilang ditelan arus pemodenan masa kini.
GAMBAR-GAMBAR PILIHAN

Potrebbero piacerti anche