Sei sulla pagina 1di 2

KARANGAN JENIS UCAPAN

1. Ucapan lazim disampaikan dalam majlis perasmian, majlis perpisahan, majlis keraian,
perayaan tertentu, dan sebagainya.

2. Antara ucapan yang boleh disampaikan termasuklah:


· ucapan dalam majlis perpisahan
· ucapan dalam majlis meraikan seseorang.
· ucapan dalam majlis perasmian.

3. Bahasa yang digunakan dalam ucapan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan,
dan mudah difahami.

4. Kiasan, jenaka, pantun, atau peribahasa yang sesuai boleh diselitkan dalam ucapan. Walau
bagaimanapun, janganlah berlebih-lebihan sehingga menjejaskan isi ucapan yang
disampaikan.

5. Karangan jenis ucapan mempunyai format tertentu yang anda perlu patuhi. Format karangan
berbentuk ucapan adalah seperti berikut:

Pendahuluan
Merupakan pembuka kata yang berupa ucapan selamat dan kata alu-aluan sebagai tanda
hormat.

Isi
Merupakan tujuan ucapan disampaikan.

Kata-kata penghadapan
Digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi ucapan. Antara kata-kata penghadapan
yang boleh digunakan termasuklah "hadirin yang dimuliakan", "hadirin sekalian", dan "tuan-
tuan dan puan-puan yang dihormati".

Penutup
Merupakan kata-kata yang diberikan bagi menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan.
Antara kata-kata yang boleh digunakan termasuklah "akhir kata", dan "mengakhiri ucapan
saya". Ucapan hendaklah diakhiri dengan ucapan "sekian, terima kasih".
KARANGAN JENIS UCAPAN

Salam sejahtera saya ucapkan kepada _____________________________,Guru


Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin
mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

________________________,

Tarikh _________________ setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini
merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan
menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.

_________________________,

Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat
mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka ________________ kita amatlah besar nilainya
dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita
dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.

Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah


_______________________guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan
patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.

Rakan sekalian,

Guru adalah orang yang sering memberi ________________ kepada kita untuk rajin
belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam
pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat _________________semasa mengajar
kita di sekolah.

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri
untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami
ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

________________________.

Potrebbero piacerti anche