Sei sulla pagina 1di 4

MINIT MESYUARAT UNIT SPBT

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA


71200 RANTAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
(BIL/TAHUN - 02/2018)
Tarikh : 12 April 2018
Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Sega

BIL NAMA GURU UNIT


1. Pn Intan Mardiana Roslan Guru Penolong Kanan HEM
2. Pn Siti Fatimah Kasman Setiausaha
3. Pn Gan Seck Nee Unit Keselamatan / Program selepas UPSR
4. Pn Junaidah binti Kamarudin Unit Bimbingan Dan Kaunseling
5. Pn Rozasima binti Razali Unit SPBT
6. Pn Azrinawati Zainuddin Unit Kantin/RMT/PS1M / Unit Pengawas
7. Pn Noreen Amirrudin Unit Kesihatan
8. Pn Nor Azlina binti Hussien Unit Keselamatan
9. Pn Hudal Husna Abd Hadi Unit Penabung Muda
10. Pn Norazila Muhamad Unit PPDa

Tidak Hadir Bersebab

1. Puan Fadilah Haroon Guru Besar


2. Encik Ridzuan Alias Guru Penolong Kanan Akademik
3 Encik Arshad Noh Guru Penolong Kanan Kokurikulum
4 En Badrulhisham Husin Unit Displin
5 Pn Amalia Fauza Bohari Unit Kebersihan dan Keceriaan
6 Pn Zuraini Ahmad Unit Data Murid
7 Pn Bhavarita a/p Subramaniam Unit Kedai Buku Sekolah
BIL PERKARA

1. Kata Alu-aluan Pengerusi


1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan melahirkan ucapan terima kasih atas
kehadiran hadirin dan menyatakan rasa penghargaan atas kesudian semua AJK Unit
HEM terhadap pelantikan dan penerimaan jawatan untuk sesi 2018 .
1.2. Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua unit bagi melaksanakan tugas
yang telah diberi.

2. Ucapan Pengerusi
2.1 Mesyuarat mengambil maklum akan saranan GPK HEM agar :
2.1.1 Unit HEM dianggap sebagai sub unit yang amat penting dalam pentadbiran di
sekolah terutama dalam usaha menjaga kebajikan murid-murid di sekolah ini.
Justeru diharapkan agar semua pihak dapat memberi kerjasama agar
perjalanan unit HEM akan lebih mantap lagi pada tahun ini.
2.1.2 Berharap agar semua guru dapat memberi kerjasama terutamanya dari segi
keselamatan dan kesihatan murid-murid. Tanggungjawab dan amanah yang
diberikan diharapkan agar dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Tindakan: Semua Unit HEM

3. Perbincangan Mesyuarat

3.1 Tindakan: Unit Skim Pinjaman Buku Teks


(Pn Rozasima Razali & Semua Guru Kelas)

3.1.1 Menyediakan borang SPBT A.


3.1.2 Menyelaraskan pengagihan buku teks.
3.1.3 Menyediakan dan mengagihkan borang SPBT G.

2
3.1.4 Mengumpulkan fail SPBT kelas
3.1.5 Memastikan keselamatan buku SPBT dari semasa ke semasa
3.1.6 Menguruskan semua fail
3.1.7 Menguruskan kutipan data dan stok SPBT
3.1.8 Membuat hapus kira
3.1.9 Memastikan bilangan buku teks SPBT dan membuat tempahan
3.1.10 Mengumpul buku teks di akhir tahun
3.1.11 Merancang program dan aktiviti sepanjang tahun
Tindakan: Unit Skim Pinjaman Buku Teks

3.1 Pada 29 Januari 2018 (Isnin), lalu juga telah diadakan Taklimat SPBT dan Penyelaras
SBPT perlu membawa maklumat buku lebih dan kurang dari sekolah-sekolah di
Daerah Seremban. Semasa taklimat ini, bagi sekolah yang mempunyai kekurangan
buku teks boleh mendapatkannya daripada sekolah yang mempunyai lebihan buku.
Semasa Taklimat ini juga En Salim memberitahu sebelum 9 Feb 2018 semua
Penyelaras SBPT perlu menghantar Instrumen Pemantauan Kendiri SPBT kepada
beliau untuk dikumpulkan dan dianalisa.

3.2 Puan Rozasima memaklumkan bahawa pada 11 April 2018 (Rabu), telah diadakan
pula Taklimat dan Bengkel Pengisian Data Pesanan Buku Teks bagi Tahun 2019 di
Dewan SK Wawasan, Seremban 2. Semasa taklimat ini, semua guru SPBT perlu
membawa beberapa dokumen yang diperlukan untuk pengisian data iaitu :-
3.2.1 Borang Unjuran Enrolmen Murid Dan Borang Maklumat Buku Stok Yang
Telah Dilengkapkan Dan Ditandatangani Oleh Guru Besar.
3.2.2 Surat Turun Kuasa Guru Besar Kepada Penyelaras SPBT Sekolah Untuk
Pengesahan Data Enrolmen Dan Pesanan Buku Teks Dalam
E-SPBT.
3.2.3 Photostat Muka Surat Akhir Setiap Judul Di Buku Stok Mengikut Tahun 1
Hingga 6.
3.3 Disamping itu juga, semasa taklimat perlu juga menyerahkan borang pelupusan untuk
buku teks kepada En Salim untuk di kumpulkan dan dihantar kepada Pihak Arkib
Negara.
Tindakan: Penyelaras Unit Skim Pinjaman Buku Teks

4. Hal-hal lain
4.1 Di harapkan supaya semua guru kelas dapat bersama-sama memantau dan
memastikan penggunaan maksimum buku teks SPBT kelas masing-masing di samping
memastikan semua murid sepatutnya sudah membalut buku teks masing-masing
dengan plastik supaya tahan lebih lama.

3
4.2 Penyelaras juga memaklumkan bagi beberapa aduan dari guru matapelajaran dan
guru kelas akan masalah murid yang hilang buku teks / aktiviti, penjaga murid perlu
beli sendiri di kedai buku luar atau guru matapelajaran boleh tolong penjaga murid
belikan buku hilang tersebut di kedai buku.
Tindakan: Unit Skim Pinjaman Buku Teks

Penangguhan Mesyuarat pada jam 4.00 petang

Dicatat oleh, Disemak oleh:

(PN ROZASIMA BINTI RAZALI) (PN INTAN MARDIANA ROSLAN)


Setiausaha Unit SPBT Penolong Kanan HEM
SK Sega SK Sega
71200 Rantau 71200 Rantau

Disahkan Oleh:

(PN HJH FADILAH BINTI HAROON)


Guru Besar SK Sega
SK Sega
71200 Rantau