Sei sulla pagina 1di 16

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA


71200 RANTAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
(BIL/TAHUN - 01/2018)

Tarikh: 27 Disember 2017


Hari : Selasa
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sega

BIL NAMA GURU UNIT


1. Pn Fadilah binti Haroon Guru Besar
2. Pn Norzarina binti Zakaria Guru Penolong Kanan HEM
3. Pn Ramlah binti Ismail Guru Penolong Kanan Akademik
4. En Arshad Mohamad Noh Guru Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn Siti Fatimah Kasman Setiausaha
6. Pn Gan Seck Nee Unit Keselamatan / Program selepas UPSR
7. Pn Junaidah binti Kamarudin Unit Bimbingan Dan Kaunseling
8. Pn Amalia Fauza Bohari Unit Kebersihan dan Keceriaan
9. Pn Azrinawati Zainuddin Unit Kantin/RMT/PS1M / Unit Pengawas
10. Pn Noreen Amirrudin Unit Kesihatan
11. Pn Nor Azlina binti Hussien Unit Keselamatan
12. Pn Badrulhisham Husin Unit Displin
13. Pn Norazila Muhamad Unit PPDa
14.. Pn Bhavarita a/p Subramaniam Unit Kedai Buku Sekolah
15. Pn Zuraini Ahmad Unit Data Murid
16. Pn Hudal Husna Abd Hadi Unit Penabung Muda

Tidak Hadir Bersebab


1. Pn Rozasima binti Razali Unit SPBT
BIL PERKARA

1. Kata Alu-aluan Pengerusi


1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan melahirkan ucapan terima kasih
atas kehadiran hadirin dan menyatakan rasa penghargaan atas kesudian
semua AJK Unit HEM terhadap pelantikan dan penerimaan jawatan untuk
sesi 2018 .

2. Ucapan Guru Besar


2.1 Mesyuarat mengambil maklum akan saranan Guru Besar agar :
2.1.1 Unit HEM dianggap sebagai subunit yang amat penting dalam
pentadbiran di sekolah terutama dalam usaha menjaga kebajikan
murid-murid di sekolah ini. Justeru diharapkan agar semua pihak
dapat memberi kerjasama agar perjalanan unit HEM akan lebih
mantap lagi pada tahun ini.
2.1.2 Berharap agar semua guru dapat memberi kerjasama terutamanya
dari segi keselamatan dan kesihatan murid-murid. Tanggungjawab dan
amanah yang diberikan diharapkan agar dapat dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh.
Tindakan: Semua Unit HEM

3. Perbincangan Mesyuarat

3.1 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 2018

Pengerusi : Pn Fadilah binti Haroon ( Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn Norzarina binti Zakaria (GPK HEM)
: Pn Ramlah binti Ismail (GPK Akademik)
: En Arshad bin Mohamad Noh (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn Siti Fatimah Kasman
AhliJawatankuasa :
Pn Gan Seck Nee
Pn Junaidah binti Kamarudin
Pn Amalia Fauza Bohari
Pn Azrinawati Zainuddin
Pn Noreen Amirrudin
Pn Nor Azlina binti Hussien
Pn Badrulhisham Husin
Pn Norazila Muhamad
Pn Bhavarita a/p Subramaniam
Pn Zuraini Ahmad
Pn Hudal Husna Abd Hadi
Pn Rozasima binti Razali

2
3.2 Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
3.2.1 Unit Disiplin ( En Badrul Hisham Husin & Pn Nor Azlina Hussien)
3.2.2 Unit Pengawas ( Pn Azrinawati Zainuddin &Semua Guru)
3.2.3 Unit Pusat Sumber Sekolah (Pn Norazila & Semua Guru)
a. Menentukan dan melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan
arahan/buku panduan disiplin Kementerian / Jabatan Pelajaran .
b. Membuat keputusan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan
oleh guru dan pengawas.
c. Melaksanakan polisi disiplin dengan bantuan semua kakitangan
sekolah dan Lembaga Pengawas.
d. Mengemaskini rekod salahlaku murid.
e. Menyimpan rekod pelajar yang melanggar disiplin.
f. Menghubungi ibu bapa pelajar yang melanggar disiplin.
g. Memantau dan melaksanakan perjalanan perhimpunan rasmi dan
perhimpunan khas.
h. Semua guru adalah guru disiplin (surat pekeliling Ikhtisas
Bil.10/2001).
i. Menyediakan laporan SSDM dan laporan bulanan.
j. Menjadi ahli panel pemilihan pengawas.
k. Mengendalikan temuduga bertulis dan temuduga kelompok bagi
calon pengawas.
l. Merangka dan melaksanakan program dan kursus kepimpinan
yang berkaitan dengan pengawas.
m. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa.
n. Mengadakan perjumpaan pengawas.
o. Memahami dan meneliti tatacara membuat tindakan disiplin kepada
pengawas.
p. Membimbing dan memantau para pengawas supaya dapat
menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
q. Memastikan para pengawas sentiasa berdisiplin serta menampilkan
imej yang sesuai sebagai seorang pemimpin
Tindakan: Unit Disiplin, Unit Pengawas dan Pusat Sumber Sekolah

3.2.4 Bimbingan dan Kaunseling (Pn Junaidah Kamarudin&Semua


Guru)
3.2.4.1 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa.
3.2.4.2 Menyediakan rancangan tahunan dalam hal bimbingan dan
kerjaya/pencegahan jenayah/PPDa dan program motivasi.
3.2.4.3 Menyelaras program rakan sebaya/keremajaan dan
membimbing PRS untuk menjalankan tugas masing-masing.
3.2.4.4 Menyediakan bilik bimbingan kaunseling agar lebih berfungsi
dengan lebih baik.
3.2.4.5 Menyelaras sistem mentor-mentee/ penjaga mengikut cara yang
ditentukan oleh pihak sekolah.
3.2.4.6 Mengadakan kursus kepimpinan.
3.2.4.7 Menghadiri kursus yang berkaitan dengan bimbingan dan
kerjaya.
3.2.4.8 Memberi nasihat kepada pelajar yang menghadapi masalah
dalam pelajaran dan peribadi.
3.2.4.9 Mengadakan kursus motivasi pelajar dan kursus kepimpinan.
3.2.4.10 Mengadakan program ceramah dan program kerjaya.

3
3.2.4.11 Melawat ke rumah murid-murid yang bermasalah.
3.2.4.12 Mengurus pertandingan-pertandingan murid di bawah
jawatankuasa HEM
3.2.4.13 Mengadakan program berkaitan disiplin seperti ponteng, buli,
mencuri, menconteng, tidak membuat kerja rumah dan lain-
lain.
3.2.4.14 Menganjurkan program lawatan sambil belajar dan lawatan
guru serta kakitangan.
Tindakan: Unit Bimbingan dan Kaunseling

3.2.4 Skim Pinjaman Buku Teks


(Pn Rozasima Razali & Semua Guru Kelas)
3.2.4.1 Menyediakan borang SPBT A
3.2.4.2 Menyelaraskan pengagihan buku teks
3.2.4.3 Menyediakan dan mengagihkan borang SPBT G
3.2.4.4 Mengumpulkan fail SPBT kelas
3.2.4.5 Memastikan keselamatan buku SPBT dari semasa ke semasa
3.2.4.6 Menguruskan semua fail
3.2.4.7 Menguruskan kutipan data dan stok SPBT
3.2.4.8 Membuat hapus kira
3.2.4.9 Memastikan bilangan buku teks SPBT dan membuat tempahan
3.2.4.10 Mengumpul buku teks di akhir tahun
3.2.4.11 Merancang program dan aktiviti sepanjang tahun
Tindakan: Unit Skim Pinjaman Buku Teks
3.2.5 Kesihatan & Denggi
(Pn Siti Fatimah Kasman & Pn Noreen Amirrudin)
3.2.5.1 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa.
3.2.5.2 Menyediakan carta organisasi di Bilik Kesiahatan sekolah.
3.2.5.3 Memastikan Bilik Kesihatan dalam dalam keadaaan kemas /
baik.
3.2.5.4 Menyediakan peti ubat yang lengkap dengan kit pertolongan
cemas.
3.2.5.5 Mengumpul senarai nama murid untuk pemeriksaan kesihatan
oleh juru rawat kesihatan(prasekolah hingga tahun 6).
3.2.5.6 Membantu murid apabila mendapat kecederaan kecil.
3.2.5.7 Mendapat maklumat diri murid yang sakit dan menghubungi ibu
bapa/ penjaga.
3.2.5.8 Meningkatkan keceriaan Bilik Kesihatan
3.2.5.9 Bertanggungjawab menjaga keselamatan alatan yang ada di
Bilik Kesihatan.Menyediakan pakaian/ kasut sekolah di Bilik
Kesihatan sekiranya murid kehujanan atau kes-kes
kecemasan.
Tindakan : Unit Kesihatan & Denggi

3.2.6 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah


(Pn Amalia Fauza Bohari & Pn Noreen binti Amirrudin)

4
3.2.6.1 Mengadakan mesyuarat untuk program kebersihan dan
keceriaan sekolah sepanjang tahun
3.2.6.2 Mendapat kerjasama dengan guru bertugas mingguan / semua
guru untuk mengawasi kebersihan sekolah sepanjang masa
3.2.6.3 Menjalankan pertandingan kebersihan kelas dan
mengawasinya
3.2.6.4 Mendapat kerjasama dengan badan-badan tertentu untuk
melaksanakan program keceriaan sekolah
3.2.6.5 Merancang program gotong royong bersama dengan PIBG
3.2.6.6 Meningkatkan kesedaran warga sekolah supaya
mengutamakan kebersihan sepanjang masa
3.2.6.7 Merancang program keceriaan bangunan sekolah dengan
kata-kata hikmah/ moral
3.2.6.8 Mengemaskini dan melengkapkan fail kebersihan dan
keceriaan Menyediakan laporan akhir tahun
3.2.6.9 Membuat pemantauan Program Penarafan Kebersihan Tandas

Tindakan : Unit Kebersihan dan Keceriaan

3.2.7 Kantin RMT/ PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA


( Pn Azrinawati & Pn Siti Fatimah)
3.2.7.1 Membuat mesyuarat pemilihan pelajar yang layak menerima
RMT
3.2.7.2 Mendapat kerjasama guru bertugas membuat laporan dalam
buku laporan RMT dan mengagihkan PSS kepada murid RMT
3.2.7.3 Memastikan penguasaha kantin melaksanakan perkara-
perkara yang ditetapkan dalam Buku Panduan Kantin.
3.2.7.4 RMT -pelaksanaan dimulakan pada hari pertama
persekolahan. Bagi murid tahun 1 dan murid cicir pelaksanaan
akan bermula pada bulan Februari.
Tindakan : Unit Kantin /RMT/ PS1M

3.2.8 Keselamatan ( Pn Nor Azlina Hussien & Pn Gan Seck Nee)


3.2.8.1 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa.
3.2.8.2 Memastikan peralatan keselamatan yang disediakan berfungsi
dengan baik.
3.2.8.3 Mengadakan latihan kebakaran dua kali setahun di sekolah
dengan diselia oleh Jabatan Bomba.
3.2.8.4 Mengadakan pelan tindak kebakaran dan dipamerkan dalam
setiap kelas, pejabat, bilik guru, bilik-bilik khas, kantin dan
pondok pengawal keselamatan.
3.2.8.5 Melaporkan serta –merta kepada Guru besar jika berlaku
kebakaran, kecurian dan sebarang tanda-tanda anasir jahat di
kawasan sekolah.
3.2.8.6 Menyediakan garis panduan berhadapan dengan sebarang
bencana alam yang mungkin berlaku.
3.2.8.7 Memastikan alat elektrik berfungsi dengan baik.

5
3.2.8.8 Memastikan tidak ada bahagian-bahagian fizikal sekolah yang
membahayakan keselamatan murid.
3.2.8.9 Menyelaras program Sekolah Selamat.
3.2.8.10 Bertindak terhadap orang luar yang masuk ke kawasan
sekolah dengan keadaan yang mencurigakan.
3.2.8.11 Menentukan kereta/basikal diletakkan ditempat yang
ditetapkan.
3.2.8.12 Meletakkan papan tanda / arahan keselamatan di tempat
yang sesuai.
3.2.8.13 Mengadakan panduan an peraturan murid keluar kelas.
3.2.8.14 Memastikan keselamatan murid ketika melintas jalan
berhampiran sekolah.
3.2.8.15 Memastikan pintu pagar ditutup mengikut jadual yang
ditetapkan.
3.2.8.16 Memastikan pintu gril berkeadaan baik.Ditutup pada waktu
balik.
3.2.8.17 Mengambil tahu peranan dan tugas pengawal keselamatan
sekolah.
3.2.8.18 Menyediakan laporan bulanan.

Tindakan : Unit Keselamatan

3.2.9 Kedai Buku Sekolah


( Pn Bhavarita a/p Subramaniam & Pn Zuraini Ahmad)
3.2.9.1 Mengenalpasti peralatan dan kelengkapan sekolah untuk
keperluan murid-murid
3.2.9.2 Menguruskan barang-barang keperluan murid
3.2.9.3 Menyelia penjualan barang-barang
3.2.9.4 Menyediakan buku stok pembelian dan penjualan barang-
barang
Tindakan : Unit Kedai Buku Sekolah

3.2.10 KWAMP ( Pn Hudal Husna & Guru Kelas Tahun 1-6)


3.2.10.1 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa.
3.2.10.2 Bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan murid.
3.2.10.3 Menyenaraikan murid miskin dalam APDM dan
memperakukan murid yang layak menerima bantuan
KWAMP.
3.2.10.4 Bancian murid anak yatim dan miskin.
3.2.10.5 Bancian ibu tunggal.
3.2.10.6 Menguruskan KWAMP
3.2.10.7 Membantu menguruskan lawatan-lawatan dari luar.
3.2.10.8 Mengambil tindakan di atas sebarang peristiwa atau
kemalangan yang berlaku kepada murid
3.2.10.9 Mengadakan kutipan derma kilat untuk keluarga murid
tersebut
3.2.10.10 Menziarahi murid/ keluarga

6
3.2.10.11 Mengumpul duit hilang yang tidak dituntut oleh murid.-
menyediakan catatan jumlah wang yang dikumpul
3.2.10.12 Menyediakan laporan.
Tindakan : Unit KWAMP

3.2.11 Program Anti Dadah ( Pn Norazila & Pn Bhavarita )


3.2.11.1 Merancang dan menjalankan Program Anti Dadah
Tindakan : Unit Program Anti Dadah

3.2.12 Program Selepas UPSR( Pn Gan Seck Nee & Guru Tahun 6)
3.2.12.1 Merancang dan menjalankan program / aktiviti murid tahun 6
selepas UPSR
Tindakan : Unit Program selepas UPSR

3.2.13 Sistem Maklumat Murid (Pn Zuraini Ahmad)


3.2.13.1 Membantu GPK HEM menyediakan data untuk Sistem
Maklumat Murid
Tindakan : Unit Sistem Maklumat Murid

3.2.14 Penabung Muda ( Pn Hudal Husna & Guru Kelas Tahun 1-6)
3.2.14.1 Mengurus simpanan murid di Bank Simpanan Nasional
Tindakan : Unit Penabung Muda

3.2.15 Kelab Pencegahan Jenayah & PPDa


3.2.15.1 Pendaftaran keahlian Kelab Pencegahan Jenayah
3.2.15.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa.
3.2.15.3 Mengadakan Ceramah Pencegahan Jenayah.
3.2.15.4 Menyediakan sudut/ bilik PPDa
Tindakan : Kelab Pencegahan Jenayah & PPDa

3.3 PERHIMPUNAN SEKOLAH


3.3.1 Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Isnin dari 7.30
pagi hingga 8.10 pagi.
3.3.2 Perhimpunan ringkas diadakan pada hari Selasa hingga Khamis bermula
dari 7.15 pagi hingga 7.30 pagi (laluan Iqra’)
3.3.3 Hari Jumaat bacaan Yasin di dewan terbuka. Murid bukan Islam
menjalankan aktiviti di Bilik Pendidikan Moral.

7
3.3.4 Semua guru hendaklah hadir ke perhimpunan dengan penuh disiplin di
hadapan murid-murid.
3.3.5 Etika Perhimpunan Rasmi
3.3.5.1 1. Telefon bimbit dimatikan / Silent mode
3.3.5.2 Guru tidak dibenarkan berbual
3.3.5.3 Memakai pakaian rasmi
( Lelaki – kemeja lengan panjang dan bertali leher)
( Perempuan – pakaian kebangsaan)
Tindakan : Semua Guru Bertugas adalah Guru Disiplin

3.4 PANDUAN TUGAS GURU BERTUGAS


3.4.1 Guru bertugas harian hendaklah datang sebelum 7.00 pagi dan pulang
30 minit lewat setelah waktu sekolah berakhir.
3.4.2 Guru bertugas bertanggungjawab menjaga pagar pada waktu pagi 7.00
pagi -7.30 pagi.
3.4.3 Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang
serta lampu dan kipas telah ditutup setelah tamat waktu
persekolahan.Pintu dan tingkap hendaklah ditutup pada waktu balik.
3.4.4 Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar, seperti waktu rehat dan
waktu sebelum bunyi loceng pertama dibunyikan sekitar kawasan
sekolah dan mengambil tindakan yang segera.
3.4.5 mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas
dan kawasan sekolah.
3.4.6 Memeriksa kebersihan makanan yang dijual dikantin sekolah.
3.4.7 Mengurus rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital
/ klinik.
3.4.8 Mengawasi pelajar menepati masa datang ke sekolah, masa rehat dan
masa pertukaran guru.
3.4.9 Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
3.4.10 Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta
mengawasi harta benda sekolah.
3.4.11 Memastikan semua murid terus bergerak ke tapak perhimpunan sebaik
tiba di sekolah dan membaca bahan bacaan ilmiah ketika berada di tapak
perhimpunan.
3.4.12 Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit
beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.

8
3.4.13 Membuat catatan semua perkara/maklumat yang disampaikan dalam
perhimpunan dan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku
sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam buku laporan guru
bertugas
3.4.14 Tugas guru bertugas dalam mengendalikan perhimpunan adalah seperti
berikut :
3.4.14.1 Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan
harian/mingguan.
3.4.14.2 Guru bertugas secara bergilir-gilir bertanggungjawab sebagai
pengerusi majlis perhimpunan berkenaan.
3.4.14.3 Memastikan pembesar suara telah disediakan.
3.4.14.4 Memastikan kebersihan kawasan tapak perhimpunan.
3.4.14.5 Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.
3.4.14.6 Memastikan bendera dan kerusi tempat duduk guru disediakan
secukupnya.
3.4.14.7 Berucap dengan ringkas dan padat berdasar tajuk yang
disediakan dan tidak melebihi masa yang ditetapkan.
3.4.14.8 Menggunakan bahasa yang baik serta ayat yang betul.Tidak
menggunakan bahasa kasar dan nada suara yang tinggi
3.4.14.9 Memastikan perhimpunan berjalan dengan
lancar,cepat,ringkas,kemas dan tidak mengganggu waktu
belajar.
3.4.14.10 Memastikan murid berjalan didalam barisan ketika bergerak
ke kelas masing-masing selepas perhimpunan.
3.4.14.11 Sekiranya tiada perhimpunan rasmi, guru kelas hendaklah
mengawasi kelas.
3.4.14.12 Menyediakan laporan :
1.Laporan guru bertugas (setiap hari)
2.Laporan Rancangan Makanan Tambahan (setiap hari)
3.Laporan Kebersihan tandas (setiap hari)
4.Laporan Kebersihan Kantin(setiap hari)
5.Laporan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
6.Pemantauan Makanan
7.Laporan Aedes
Tindakan : Guru Bertugas
Mingguan
3.5 DASAR PENGURUSAN KELAS

9
3.5.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
3.5.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan
pertama persekolahan (Januari).
3.5.1.2 Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul
8.00 pagi. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat
dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira
sebagai hadir. Bagaimana pun sekolah perlu menyediakan rekod
nama, kelas, masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat
dan tindakan penambahbaikan.
3.5.1.3 Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan,
kekemasan dan keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Cecair
pemadam tidak boleh digunakan. Segala kesilapan hendaklah
dipotong dan ditandatangani ringkas.
3.5.1.4 Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah untuk
memudahkan Penolong Kanan (HEM) dan Pembantu Tadbir
merekodkan data kehadiran murid.
3.5.1.5 Penolong Kanan (HEM) / guru yang dilantik oleh sekolah akan
memasukkan data kehadiran murid ke dalam Sistem e-Hadir
secara atas talian (on-line) sebelum pukul 9.00 pagi setiap hari
persekolahan.
3.5.1.6 BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 3 haribulan tiap-tiap bulan
Tindakan : Guru Kelas & GPK HEM

3.6 FAIL PERIBADI MURID


3.6.1 Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
3.6.2 Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis
pada helaian pertama fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid
(ukuran passport).
3.6.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad
pengenalan,keputusan Peperiksaan Dalaman, slip keputusan
peperiksaan awam yang berkaitan (UPSR, PMR, SPM) disimpan dalam
fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan
akan disimpan di Bilik Kesihatan / Bilik Dokumentasi/ Bilik HEM
3.6.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah
menamatkan persekolahan atau bertukar sekolah.
3.6.5 Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di bilik HEM atau bilik
Bimbingan & Kaunseling atau bilik Dokumentasi.

10
3.6.6 Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu
bapa /penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat
amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang
dikeluarkan disimpan dalam fail ini.
3.6.7 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK HEM. PK HEM
akan menyediakan dokumen penyemakan fail kelas (senarai semak).
Tindakan : Guru Kelas & GPK HEM

3.7 PENDAFTARAN MURID BARU


3.7.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status
kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
3.7.2 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM)
dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid
membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat
adalah lengkap dan terkini.
3.7.3 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal,
guru-guru hanya mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan
menyerahkan ‘hard copy’ kepada guru SMM / guru data.
3.7.4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima
sebarang bentuk biasiswa / bantuan dan melaporkan kepada Guru
Biasiswa / Guru Kebajikan.
3.7.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid
berkeperluan khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim,
murid miskin, oku dll), sertamelaporkan kepada PK HEM untuk tindakan
lanjut.
3.7.6 PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan
Sekolah(ULBS), Penilaian Kemahiran Amali (PEKA), Folio Kemahiran
Hidup, Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA), Petaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu
jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut
hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen
berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.
3.7.7 PK HEM akan menyerahkan borang SMM kepada guru SMM / Guru
Data untuk pengisian butiran di komputer.
Tindakan : Guru Kelas & GPK HEM

11
3.8 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
3.8.1 PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah
yang dipohon sebelum mengeluarkan Borang Jadual Ketiga ( yang telah
dilengkapi ) kecuali pertukaran antara negeri / wilayah dan surat
perakuan ibubapa/penjaga. (Rujuk SPS) - masalah pertukaran ke luar
negera – Rujuk SPS
3.8.2 Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam
BJKM kelas.
3.8.3 Bagi pertukaran keluar dari negeri, PK HEM perlu memastikan semua
buku teks telah dipulangkan (diluar zon-rujuk SPBT) dan senarai judul
buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan
tindakan lanjut (permohonan hapus kira, bayaran, bekalan baru dll).
Maklumat bantuan yang diterima murid.
3.8.4 Untuk pertukaran dalam negeri, PK HEM merekodkan judul buku yang
akan dibawa ke sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT
untuk rekod dan tindakan lanjut.
3.8.5 Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid
untuk rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke
sekolah baru.
3.8.6 Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6, murid
Tingkatan 3 yang diterima masuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah
Berasrama Penuh atau ke mana-mana institusi pendidikan bukan
dibawah KPM, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, serta murid yang telah
lama berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri untuk tujuan mencari
pekerjaan. Bagi kes berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah hanya
dikeluarkan jika permohonan menyertakan dokumen sokongan daripada
ibu bapa/ penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun. (murid bukan
warga – rujuk SPS)
3.8.7 Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan
mengeluarkan sijil berhenti sekolah selain yang dinyatakan dalam
perkara 1.5.6 selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan
wajib.
Tindakan : GPK HEM

3.9 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

12
3.9.1 Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan
putih, penyeduk sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah
disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai
3.9.2 Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan
3.9.3 Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian
3.9.4 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan
semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot
yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di
dalam stor peralatan
3.9.5 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan /
atas) atau di tempat yang mudah dilihat.
Tindakan : Guru Kelas

4.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN

4.1 Ponteng Sekolah


4.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah
dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit
pada keesokan harinya.
4.1.2 Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam BJKM kelas
4.1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti
berikut:
Tindakan Ponteng berterusan Ponteng berkala / tidak
berterusan
Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran II 7 hari setelah surat amaran I 10 hari selepas surat amaran I
Amaran III 7 hari selepas surat amaran II 20 hari selepas surat amaran II
Buang 14 hari setelah surat amaran III 20 hari selepas surat amaran III
sekolah
Jumlah 31 hari 60 hari
keseluruhan
4.1.4 Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas
dalam borang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat
kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas)
4.1.5 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani
oleh:
 Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga,
 salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku
 salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.

13
4.1.6 Murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan
berikut hendaklah dipatuhi:
 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat
jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.
 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat
jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa
dengan GPKHEM terlebih dahulu.
 Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-
sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua.
 Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar
berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau
penjaga melalui surat aku janji.

Tindakan : Guru Besar, GPK HEM & Guru Kelas

4.2 Buku Kawalan Kelas (BKK)


4.2.1 Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK
setiap hari.
4.2.2 BKK akan diedarkan kepada Ketua Kelas pada waktu pagi oleh Ketua
Guru Disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas
untuk memulangkan BKK ke meja Ketua Guru Disiplin selepas tamat
waktu persekolahan setiap hari.
4.2.3 BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan diserahkan
kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
4.2.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas
pada masa tersebut.
4.2.5 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/
lambat masuk kelas/ ponteng kelas semasa guru mengajar.
4.2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas
bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK.
4.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil
tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya.Hanya kes-kes berat
sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan Penyelaras BKK
(Ketua Guru Disiplin) dan Guru Disiplin pada keesokan harinya. Jika
kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK
dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin / GPK HEM.
4.2.8 Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap

14
hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan
selanjutnya pada keesokkannya.
4.2.9 Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna
mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada GPK
HEM pada setiap akhir semester 1 & 2.
4.2.10 Sekiranya BKK hilang , Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada
Ketua Guru Disiplin sekolah dengan segera.
4.2.11 Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK , Ketua Guru Disiplin
hendaklah melaporkan kepada PK HEM dan Pengetua / Guru Besar.
Tindakan : Guru Kelas & GPK HEM
4.3 Pas Keluar
4.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada
GPK HEM pada awal tahun. Maklumkan kepada GPK HEM jika
hilang.
4.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa
guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
4.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk
mendapatkan pas daripada guru berkenaan atau guru yang berada
dikelas sebelahnya jika tiada guru.
Tindakan : Semua Guru & GPK HEM

4.4 Disiplin Murid


4.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah
memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
4.4.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati
seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
4.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid
yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
4.4.4 Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah
ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini
bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima
hukuman dengan rela hati.
4.4.5 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru
yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid
4.4.6 Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik
kepada murid-murid.
Tindakan : Semua guru & GPK HEM

15
5. Hal-hal lain
5.1 Rekod Kesihatan Murid - pemeriksaan akan diadakan pada bulan Mac. Guru
kelas perlu mengemaskinikan buku rekod kesihatan
5.2 Gotong-royong Pencegahan Denggi disekolah dijalankan sebulan dua kali
pada waktu pagi minggu pertama dan minggu ketiga.
5.3 Pelantikan rasmi bagi pengawas, pustakawan, ketua kelas dan penolong
ketua kelas akan dilaksanakan pada 6 Januari 2018- diharapkan agar unit
yang bertanggungjawab dapat bersedia awal.
5.4 Semua unit HEM perlu mengadakan mesyuarat 4 kali sepanjang tahun dan
perlu mengemaskinikan fail unit masing-masing.

Penangguhan Mesyuarat pada jam 12.30 tengahari

Dicatat oleh, Disemak oleh:

(PN SITI FATIMAH BT KASMAN) (PN NORZARINA BINTI ZAKARIA)


Setiausaha Unit HEM Penolong Kanan HEM
SK Sega SK Sega
71200 Rantau 71200 Rantau.

Disahkan Oleh:

(PN HJH FADILAH BINTI HAROON)


Guru Besar SK Sega
SK Sega
71200 Rantau

16

Potrebbero piacerti anche