Sei sulla pagina 1di 10

Petroleum di Malaysia

Pengeluaran dan Pemasaran


Industri petroleum di Malaysua bermula dengan penemuan bahan itu di Miri, Sarawak
sekitar lewat tahun 80an. Industri petroleum ini kemudiannya menjadi penyumbang
terbesar kepada ekonomi negara. Industri ini kemudiannya berkembang dengan
dipengaruhi beberapa factor seperti penemuan –penemuan terbaru, keluasan kawasan
penemuan, politik Negara dan dunia, polisi kerajaan, sistem pengagihan dan
pemasaran.
Selaras dengan perkembangan industri petroleum dan keperluan Negara,
Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk di dalam pengagihan hasil
pengeluaran petroleum diantaranya sistem Konsensi, Perjanjian Perkongsian1976 dan
1985.
Sistem Konsensi
Kontrator di dalam sistem ini kontraktor diberi hak untuk menjelajah dan mengeluarkan
petroleum pada satu-satau kawasan yang diberikan oleh kerajaan.Kawasan luar pantai
Terengganu diberikan kepada ESSO, manakala dia Sabah diberikan kepada Sabah
Shell dan Sarawak diberikan kepada Sarawak Shell. Pajakan diberikan adalah 40 tahun
dengan kawalan minimum. Sisitem ini telah dimansuhkan dengan wujudnya Akta
Pembangunan Petroleum

Perjanjian Perkongsian Pengeluaran 1976


Sistem ini melihat penubuhan PETRONAS bertindak sebagai pengurus dan pengawal
sumber petroleum Negara dan syarikat bertidank sebagai kontraktor. Diantara perkara
yang termaktub di dalam perjanjian ini adalah:
 Syarat operasi
 Tempoh kontrak
 Pemulangan kontrak
 Tanggungjawab kontraktor
Maka, PETRONAS menjadi syarikat minyak dan gas Malaysia dan dimiliki sepenuhnya
oleh Kerajaan Malaysia. Bersama-sama dengan anak-anak syarikat dan syarikat-
syarikat bersekutu, PETRONAS, sebuah syarikat FORTUNE Global 500®, operasi
minyak dan gas telah disepadukan sepenuhnya dalam spektrum yang luas dalam
kitaran lengkap atau rantaian nilai industri minyak dan gas.Aktiviti perniagaannya
termasuk
(i) penerokaan, pembangunan dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli di
Malaysia dan di Luar negara;
(ii) pencairan, penjualandanpengangkutan LNG;
(iii) pemprosesan dan penghantaran gas asli dan penjualan produk gas asli;
(iv) penapisan dan pemasaran produk petroleum;
(v) pengilangan dan penjualan produk-produk petrokimia;
(vi) perdagangan minyak mentah, produk petroleum dan produk petrokimia; dan
(vii) perkapalan dan logistik yang berkaitan dengan LNG, minyak mentah dan produk
petroleum.
Sumber
:(http://www.malaysiangas.com/portal/document/publication/1409183629_Collateral.PD
F)

Ekspot dan Impot

Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia

Harga minyak mentah Malaysia sebelum tahun 2004, dijual pada kadar USD 30 satu

tong. Harga minyak mentah global pernah menjangkau di paras lebih USD 130 satu

tong. Maka dengan ini, jumlah pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga

meningkat. Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh beberapa pengeluar minyak

antarabangsa dimana syarikat ini mendapat keuntungan amat besar pada harga

pasaran hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, “Hampir tiada
peningkatan dalam kos pengeluaran (oleh Petronas sejak 3 tahun lalu). Oleh itu lebihan USD 100
satu tong boleh dianggap untung bersih.”
Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki kelebihan sekurang-kurangnya 250 ribu
tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap tong pengeluar mendapat
untung bersih tidak kurang USD 100. (Maka 250 ribu tong x USD 100 x 365 hari = Untung
Bersih!)

Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan mereka terpaksa membayar
cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih
tinggi menerusi cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti hasil petroleum dan
gas berbanding 3 tahun lalu.

Data Perbendaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak


Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini disebabkan kenaikan hasil yang
diperolehi kerajaan menerusi:

1. Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat daripada RM 11.5
b (2004) kepada RM 20.7 b (2006).

2. Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat daripada RM 11.5 b (2004)
kepada RM 2.3 b (2006).

3. Hasil Bukan Cukai-Dividen Petronas daripada RM9.1 b (2004) kepada RM 18 b (2006) iaitu
lonjakan 100%.

4. Hasil Bukan Cukai-Royalti Petroleum dan Gas meningkat daripada RM 2.5 b (2004) kepada
RM 4.2 b (2006).

Pelaburan, Stok dan Simpanan

Industri petroleum dan petrokimia meliputi gas asli, produk-produk


petroleum dan
petrokimia. Industri ini adalah sektor penting di Malaysia dengan
pelaburan
berjumlah RM182.9 billion setakat tahun 2015.
Perkembangan rancak industri ini disebabkan terutamanya
oleh ketersediaan minyak dan gas sebagai bahan mentah,
infrastruktur maju, pangkalan perkhidmatan-perkhidmatan
sokongan yang teguh, daya persaingan kos negara, serta
lokasi strategik Malaysia di dalam ASEAN dan berhampiran
dengan pasaran-pasaran utama di rantau Asia Pasi􀃖k.
Malaysia memiliki rezab gas asli ke-16 terbesar dan rezab
minyak mentah ke-28 terbesar dunia. Malaysia juga memiliki
salah satu daripada kemudahan pengeluaran gas cecair asli
terbesar dunia yang ditempatkan dalam satu lokasi.
Kebolehpercayaan dan keselamatan jangka panjang bekalan
gas memastikan pembangunan lestari industri petrokimia
negara. Kehadirian sebuah sistem talian paip penghantaran
gas seluruh Semenanjung Malaysia dan enam loji-loji
pemprosesan gas, menghasilkan bekalan gas tersedia kepada
industri. Bagi melengkapkan rezab-rezab gas sedia ada dan
untuk memastikan keselamatan lanjut bekalan gas, Malaysia
telah mengikat perjanjian perkongsian dengan anggota
ASEAN yang lain bagi bekalan gas seperti Vietnam, Indonesia dan Kawasan
Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand
(JDA). Selain itu, bekalan gas akan dipertingkatkan lagi dengan
pelaksanaan grid gas, sebuah projek teroka untuk
menyediakan gas kepada semua 10 negara anggota ASEAN.
Dengan pelaksanaan AFTA, pengilang-pengilang petrokimia di
Malaysia akan turut mendapat manfaat daripada sebuah
pasaran tunggal. Pengilang-pengilang berpangkalan di
Malaysia juga mendapat manfaat daripada laluan ke pasaran
Asia Pasi􀃖k yang lebih besar.
Dengan negara China sebagai pengimport bersih petrokimia,
‘tuaian awal’ Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dengan
China akan membuka peluang-peluang perniagaan baru bagi
pengilang-pengilang petrokimia di Malaysia.

Kehadiran syarikat-syarikat petrokimia tersohor dunia,


seperti Shell, BASF, Eastman Chemicals, Toray, Mitsubishi,
Idemitsu, Polyplastics, Kaneka, Dairen dan Lotte menjadi
bukti jelas potensi Malaysia sebagai sebuah lokasi pelaburan
bagi industri-industri petrokimia. Kebanyakan syarikat ini
bekerja sama dengan syarikat petroleum negara Malaysia,
PETRONAS.
Tiga zon petrokimia utama telah ditubuhkan di Kertih,
Terengganu; Gebeng, Pahang; dan Pasir Gudang/Tanjung
Langsat, Johor. Setiap zon ini adalah kompleks bersepadu
dengan kemudahan-kemudahan pemecah,
syngas
dan aromatik untuk mengeluarkan bahan suapan bagi produkproduk
hiliran.
Terdapat juga loji-loji petrokimia lain di Malaysia seperti loji-loji
ammonia dan urea di Bintulu, Sarawak dan Gurun, Kedah; loji
stirena butadiena akrilonitril di Pulau Pinang; loji metanol di
Labuan dan loji getah butadiene nitril di Kluang, Johor.

Sebuah projek pengeluaran ammonia dan urea di Taman


Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Sabah kini
dalam pembinaan. Loji ini dijangka siap pada separuh kedua
2016.
Kini, zon petrokimia baru sedang dibangunkan di Pengerang,
Johor. Projek-projek ini dijangkakan akan beroperasi pada
2019.
Bermula sebagai pengimport petrokimia, Malaysia kini adalah
pengeksport produk-produk petrokimia utama.
Berbagai-bagai jenis petrokimia dikeluarkan di Malaysia
seperti ole􀃖n, poliole􀃖n, aromatik, oksida etilena, glikol,
okso-alkohol, ekstoksilat, asid akrilik, anhidrida ftalik, asid
asetik, monomer stirena, polistirena impak tinggi, benzena etil,
monomer klorida vinil, dan klorida polivinil dan tereftalat
polibutilena. Loji-loji berskala dunia ini telah menyumbang
kepada pembangunan aktiviti-aktiviti pemprosesan plastik
hiliran tempatan dengan menyediakan bekalan bahan mentah
yang mantap kepada industri plastik.
Faktor-faktor ini telah menjadikan industri produk-produk
plastik sebagai salah sebuah industri yang paling dinamik
dalam sektor perkilangan Malaysia. Industri plastik ini boleh
dibahagikan kepada empat subsektor, iaitu subsektor
pembungkusan, subsektor komponen-komponen elektrik &
elektronik dan automotif, subsektor pengguna dan industri
dan lain-lain. Bagi subsektor pembungkusan, kedua-dua
produk 􀃖eksibel dan tegar (termasuk beg, 􀃖lem, botol dan
bekas), kekal sebagai pasaran terbesar bagi industri plastik.
Proses-proses pengeluaran utama yang terlibat dalam
industri pengilang-pengilang plastik adalah pengacuan
suntikan, semperitan paip dan pro􀃖l dan pengacuan busa.
Sehingga tahun 2015, terdapat lebih 1,837 syarikat plastik
beroperasi, yang mengeluarkan berbagai-bagai jenis produk
daripada barang-barang isi rumah biasa, bahan
.: MIDA | Malaysian Investment Development Authority :. http://www.mida.gov.my/home/petrochemical-and-
polymer-industry/posts...
4 of 6 9/4/2016 10:30 AM
Menu Pantas
pembungkusan dan barang-barang konveyer hingga bahagian
dan komponen bagi industri-industri elektrik dan elektronik,
automotif, automasi pejabat, komputer dan telekomunikasi.
Industri plastik Malaysia telah diberi penarafan sebagai antara
yang paling kompetitif di Asia. Proses globalisasi bukan hanya
merupakan cabaran-cabaran tetapi juga peluang-peluang
kepada pengilang-pengilang plastik Malaysia. Justru, adalah
penting bagi pengilang-pengilang Malaysia melestarikan daya
persaingan mereka, melalui teknologi tambah baik, kemahiran
yang meningkat dan penembusan dalam pasaran-pasaran
baru di negara-negara maju dan membangun.
Bandingan Harga, Permintaan dan Penawaran

Sejak kejatuhan harga minyak yang menyaksikan harga minyak mentah Brent jatuh daripada

harga kemuncak USD115/tong pada Jun 2014 sehinggalah serendah USD37/tong baru-baru ini

(Disember 2015).

Harga Minyak Mentah Brent

Pada masa yang sama juga Ringgit menyusut berbanding USD apabila USD/MYR meningkat

dari sekitar 3.00 - 3.10 pada Jun 2014 sehingga setinggi 4.40 pada Ogos yang lepas di mana

buat kali pertama sejak tambatan (peg) Ringgit ditarik pada 2005, USD/MYR melepasi paras

3.80.

USD/MYR
Kejatuhan Ringgit terkesan akibat daripada tiga faktor yang menyebabkan ia menyusut tajam

iaitu:

1. Pengukuhan US Dollar berbanding semua matawang di seluruh dunia atas sebab

ekonomi US yang semakin mengukuh dan jangkaan Federal Reserve yang akan

menaikkan kadar faedah

2. Kejatuhan harga komoditi utama seperti minyak mentah lebih 60% dalam masa 18 bulan

dan juga harga minyak kelapa sawit dan getah yang turut lemah dalam masa yang sama

3. Perkembangan rkonomi dan pasaran (emerging economies/markets) yang semakin

perlahan

HASIL PETROLEUM KERAJAAN

Kesan kejatuhan harga minyak mentah yang paling utama adalah terhadap hasil kutipan

kerajaan melalui cukai pendapatan petroleum, dividen Petronas, duti eksport dan juga royalti

minyak.

Bagi tempoh 9 bulan yang pertama 2015 kutipan cukai pendapatan petroleum adalah sebanyak

RM8.9 billion berbanding RM18.7 billion bagi tempoh yang sama pada 2014 iaitu penurunan

hampir RM10 billion.

PETRONAS

Keuntungan Petronas juga menyusut dengan banyak kesan kejatuhan harga minyak
apabila keuntungan selepas cukai untuk 9 bulan yang pertama (Januari-September)
pada tahun ini turun sejumlah RM31 billion berbanding tempoh yang sama tahun lepas
daripada RM54.9 billion kepada RM23.8 billion.
Faktor-faktor yang Diperlukan di dalam sektor ini

Penemuan petroleum lebih memberi keburukan kepda kebaikan di sesuatu kawasan

1. 1. Pada masa kini negara-negara yang mempunyai petroleum bolehlah dianggap sebagai negara
yang bertuah kerana pendapatan daripada hasil eksport adalah tinggi. Penemuan dan
penghasilan petroleum telah meninggalkan kesan-kesan yang tertentu kepada ekonomi negara
yang dapat dilihat dalam dua segi iaitu kesan positif dan kesan negatif. Petroleum merupakan
bahan api yang penting sekali pada masa kini.Ia memberikan sumber pendapatan kepada
negara pengeluar dan digunakan untuk membangunkan negara mereka. Sebagai ccontoh,
pendapatan negara Brunei Darussalam melalui eksport petroleumnya begitu besar sekali,
menjadikan ekonominya amat teguh. Begitu juga dengan Arab Saudi, menggunakan hasil
daripada pendapatan eksport petroleum untuk memajukan kawasan yang dulunya kering
kontang kini telah bertukar menjadi kawasan pertanian. Sementara itu, bagi Malaysia pula
eksport petroleum mentah pada tahun 2000 menyumbang kira-kira RM 14.2 billion, gas asli
sebanyak RM 11.3 billion. Begitu juga dengan negeri Terengganu yang mula menstrukturkan
semula ekonominya berikutan royalti petroleum yang mula diterima pada 1978. Penubuhan
perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalanan penglibatan negara yang
lebih dalam industri petroleum. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS), pada 2008 berada
pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia dalam senarai Fortune Global 500.
Manakala di Asia pula, muncul sebagai syarikat paling untung. Justeru, Petronas mampu untuk
memacu ekonomi negara dan meletakkan negara sebaris dengan negara- negara lain di dunia.
Antaranya, Petronas mampu untuk menaja pasukan Sauber-Petronas dalam perlumbaan kereta
Formula-1. Kejayaan lain Petronas ialah dengan pembinaan menara Berkembar Petronas yang
telah dibuka dengan rasmi pada Hari Kebangsaan ke-42, 31 Ogos 1998.

 Selain itu, petroleum juga menjadi bahan mentah kepada industri petrokimia. Dengan adanya industri
berat seperti ini di negara pengeluar petroleum, maka pertumbuhan ekonomi maju selangkah ke
hadapan. Di samping dapat memperbanyakkan industri dalam negara, peluang pekerjaan juga dapat
diwujudkan dalam jangka masa yang sama. Perkara ini dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam
negara. Peluang pekerjaan bukan sahaja dihadkan kepada kilang-kilang perusahaan sahaja, malah
peluang ini diwujudkan sejak bermulanya kerja-kerja mencari gali, menggerudi, pembersihan dan
sebagainya. Di Malaysia contohnya, dengan adanya petroleum negara mampu untuk memajukan kilang
industri yang berasaskan sumber petroleum dan gas asli seperti kilang menapis petroleum di Lutong,
Miri dan Kerteh Terengganu termasuk juga kilang mencairkan gas asli di Bintulu. Kilang membuat baja
urea di Bintulu yang merupakan yang terbesar di Asia merupakan satu lagi petunjuk bahawa petroleum
dan gas dapat memajukan perindustrian di Malaysia. Melalui penemuan petroleum juga, sesebuah
negara dapat mewujudkan serta memajukan rangkaian sistem pengangkutan seperti jalan raya, jala
kereta api, kemudahan pelabuhan, lapangan terbang dan lain-lain. Hal ini dapat dilakukan hasil daripada
pendapatan petroleum sebagaimana dapat dilihat di negeri Terengganu. Lebuh raya Jerangau dibina dari
Kuala Terengganu ke Kuantan, rangkaian pengangkutan yang padat juga dibina di sepanjang pinggir
pantai Miri, Sarawak. Kewujudan kemudahan pengangkutan ini bertujuan untuk mempercepatkan
penghantaran petroleum dan gas asli ke kilang dan kawasan pasaran serta mengangkut tenaga pekerja
dan membawa masuk pelabur asing. Begitu juga dengan pembinaan pelabuhan-pelabuhan baru seperti
Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Bintulu. Malahan, Bandar Kerteh yang suatu
masa dulu adalah sebuah kawasan petempatan nelayan telah berubah kepada sebuah bandar
perindustrian yang berasaskan petroleum. Sebuah

 3. lapangan terbang telah dibina di Kerteh untuk kemudahan pekerja di bidang cari gali petroleum di
luar pantai. Fungsi bandar Kerteh juga telah berubah daripada sebuah kampung nelayan menjadi sebuah
bandar perindustrian yang lengkap dengan infrastruktur moden dan terancang serta kemudahan
perbankan dan insuran. Nilai hartanah di bandar Kertih juga turut meningkat secara tidak langsung
dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. Perusahaan petroleum memerlukan modal yang besar, baik
pada peringkat awal mencari gali mahupun pada peringkat pengeluaran. Di samping modal yang besar,
kerja-kerja ini juga memerlukan teknologi yang tinggi dan kemahiran. Di Malaysia, usaha sama dengan
syarikat dari luar negara pada peringkat awal banyak membantu di bidang teknologi tinggi. Sebelum
1974, operasi mencari gali dan memproses petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat multinasional
yang memegang konsesi seperti Shell dan Exxon Mobil. Kerjasama ini menggalakkan pemindahan
teknologi dan kepakaran melalui pelbagai projek usaha sama, perkongsian pintar dan latihan lanjutan.
Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) sentiasa dijalankan oleh Petronas dalam konteks teknik
baru mengesan dan mengeluarkan sumber serta teknik baru bagi menghasilkan pelbagai produk
berkualiti. Misalnya teknologi seismik dan satelit digunakan dalam mengesan lokasi medan petroleum.
Industri petroleum dapat membuka banyak peluang pekerjaan kepada pendudud sesebuah negara.
Bidang pekerjaan seperti ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oceaneografi, juruteknik, pegawai tadbir
dan buruh terbuka luas kepada penduduk. Contohnya, pada tahun 2000 peluang pekerjaan sebanyak 39
900 diwujudkan dalam sektor perlombongan petroleum di Malaysia. Namun begitu terdapat juga
beberapa kesan yang negatif akibat daripada perlombongan petroleum. Kesan yang amat ketara ialah
pencemaran laut. Tumpahan minyak dan pembuangan sisa terutamanya dari atas pelantar ke laut

 4. dan kerja penggerudian minyak dan gas di dasar laut adalah penyebab utama. Selain itu, ia juga
berpunca daripada kerosakan kapal tangki yang mengangkut minyak di laut dan kerja-kerja
pemunggahan petroleum mentah di sekitar terminal atau pelabuhan. Pencemaran laut ini seterusnya
menyebabkan keseimbangan ekosistem marin terjejas. Aktiviti pemprosesan petroleum dan gas asli di
Kerteh dan Lutong menyebabkan peningkatan kadar pencemaran udara dan pembebasan bahan- bahan
pencemar udara seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan beberapa jenis hidrokarbon. Bahan-
bahan pencemar udara ini pula bertindak sebagai nukleus kondensasi yang menyerap wap-wap air lalu
menurunkan hujan asid. Selain itu, peningkatan suhu persekitaran dan kejadian pulau haba boleh
berlaku kesan daripada aktiviti pembakaran gas berlebihan di kawasan pelantar minyak dan kawasan loji
pemprosesan gas asli. Keadaan ini amat dirasai di kawasan Bintulu dan Kerteh. Kerja-kerja pembinaan
bandar baru, kilang industri pemprosesan petroleum dan gas, jalan raya dan sebagainya telah
menyebabkan hakisan tanah, pemusnahan litupan bumi seperti hutan paya bakau. Secara keseluruhan
penemuan dan penerokaan petroleum meninggalkan kesan yang positif dan negatif terhadap sesebuah
negara. Bagi mengatasi kesan yang negatif, maka peranan kitalah sebagai khalifah di atas muka bumi ini
mengambil langkah mengurangi kesan-kesan yang negatif bagi mengatasi kemudaratan yang bakal
berlaku. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum yang menunjukkan berlakunya
kemusnahan terhadap alam sekitar sama ada di laut dan di darat yang berpunca dari manusia itu sendiri.
Rujukan:

1.  5. http://harithdzakwan.blogspot.com/2012/02/sejarah-petronas.html (muat turun pada 12


Mei 2012) Jamaluddin Md. Jahi (1996), Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar, UKM, Bangi
KatimanRostam (2005), Transformasi Ekonomi dan Pembandaran di Koridor Kemaman-Dungun,
Terengganu: Keterlibatan Isi Rumah Melayu, Sari 23 (2005) 15-36

RUJUKAN:
Felipe J., R. Briones, D.H. Brooks, A. Mehta dan H. Verspagen (2013), `Asia’s
Economic Transformation:Where to, How, and How Fast?´. Bab khasdalam Key
Indicators for Asia and the Pacifi c 2013, BankPembangunan Asia (ADB)

Laman Web:
http://www.malaysiangas.com/portal/document/publication/1409183629_Collateral.PDF

Potrebbero piacerti anche