Sei sulla pagina 1di 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

FORMAT MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK SENGAT

MINIT MESYUARAT KANTIN KALI PERTAMA BIL 2 / (2017)

Tarikh : 09 Ogos 2017

Masa : 1.30 Tengah Hari

Tempat : Makmal Komputer SK Telok Sengat

Pengerusi : En. Azmi bin Mohd Daud (GPK HEM)

Kehadiran(Bilangan) : 6/6

Turut Hadir (Jika ada) : En. Mohmad Sarif bin Albi (Guru Besar),En. Rosman bin Hassan@Hasan
(GPK 1 Sekolah Kebangsaan Telok Sengat) dan Puan Rohani binti Sharan
(Pengusaha Kantin Sekolah Kebangsaan Telok Sengat) dan Encik Abd
Majid bin Abd Hamid (Pembantu Pengusaha Kantin)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan kata alu-aluan daripada pengerusi majlis di atas kehadiran guru-guru
pada mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi ingin memfokuskan permohonan tender baharu kantin dan
penyambungan tender kantin Sekolah Kebangsaan Telok Sengat.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Minit mesyuarat yang lepas disahkan tanpa pindaan.

Dicadang untuk disahkan oleh En. Khairul Akran bin Kamarudin


Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Kamaliah binti Mohamad

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara yang dibangkitkan
Tindakan: Makluman

4 UCAPAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK SENGAT

4.1 Pengusaha kantin telah menghantar telah menghantar permohonan


penyambungan tender kantin bertarikh 01/08/2017 kepada Sekolah
Kebangsaan Telok Sengat kerana kontrak dan tender sebelum ini akan
berakhir pada 30/11/2017.
4.3 Beliau mengatakan bahawa penambahbaikan dari semasa ke semasa perlu
dilakukan terutamanya dari segi kebersihan dan keceriaan kantin sekolah.
4.4 Beliau mengingatkan bahawa lantai perlu dimop dan dibersihkan setiap hari
dengan dengan menggunakan air panas dan pencuci.
4.5 Beliau berpesan bahawa longkang tidak boleh terdapat sisa-sisa makanan.
Pastikan pancutan air dilakukan ke dalam longkang bagi mengelakkan longkang
tidak tersumbat dan berbau busuk.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.6 Beliau juga berpesan pemantauan aspek kebersihan makanan perlu dilakukan
bagi mengelakkan keracunan makanan.
4.7 Beliau juga berpesan bahawa makanan jangan terlalu cepat untuk dihidangkan.
Pastikan makanan yang dihidangkan senantiasa bertutup. Beliau juga
mengingatkan agar biar murid-murid membukanya sendiri. (RMT)
4.8 Beliau juga mengatakan bahawa pengusaha kantin perlu menyediakan satu
bekas makanan untuk guru-guru bertugas menjaga RMT. Keadaan ini untuk
mengelakkan berlakunya keracunan makanan di kalangan murid-murid. Guru-
guru yang bertugas wajib makan makanan RMT sebagai bukti.
4.9 Beliau mengatakan bahawa sekiranya berlakunya keracunan makanan, pihak
pengurusan kantin boleh disita dan dikenakan tindakan.
5.0 Beliau mengingatkan agar pengusaha kantin perlu senantiasa bersiap siaga
setiap hari berikutan pemantauan daripada pihak jabatan kesihatan. Pihak ini
akan datang pada bila-bila masa. Oleh itu, beliau berpesan agar aspek
kebersihan makanan perlu dititikberatkan dan dijaga.
5.1 Beliau juga mengingatkan bahawa gula-gula coklat dilarang dijual kerana ianya
merupakan makanan ringan. Namun begitu, penjualan keropok lekor dibenarkan.

Tindakan: Pengusaha Kantin


dan AJK Kantin

5 PERMOHONAN PENYAMBUNGAN TENDER KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN


TELOK SENGAT BAGI TAHUN 2016 / 2017
5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima permohonan
baharu tender kantin Sekolah Kebangsaan Telok Sengat.
5.2 Pihak sekolah bersetuju untuk meluluskan dan menyambung tender kantin ini bermula
01/12/2017 sehingga 30/11/2019 ( 2 Tahun ) memandangkan prestasi yang
cemerlang yang telah ditunjukkan oleh pengusaha kantin.
5.3 Beliau memaklumkan agar pihak sekolah mengingatkan pengusaha kantin tentang
bayaran sewa kantin. Berunding dengan pihak pengusaha kantin tentang bayaran
sewa untuk tahun hadapan.
5.4 Ahli jawatankuasa menyuarat sebulat suara bersetuju menyambung perkhidmatan
pihak kantin dalam tempoh 1 tahun lagi. Persetujuan ini berdasarkan dapatan kajian
dan soal selidik yang telah dilaksanakan merangkumi Guru dan AKP.
(Rujuk lampiran)
5.5 Beliau mengingatkan bahawa peraturan kantin masih sama. Pastikan semua pekerja
mengambil suntikan. Sentiasa memantau kebersihan diripekerja dan juga kantin
sekolah.
5.6 Sebelum pihak kantin menerima surat untuk menyambung tender kantin,pihak sekolah
perlu mengingatkan semula kepada pengusaha kantin mengenai peraturan kantin.
5.7 Pihak sekolah dan juga pihak kantin mestilah sentiasa membuat pemantauan
kebersihan setiap hari.
5.8 Pihak sekolah perlu buat satu lagi mesyuarat bersama pengusaha kantinuntuk
membincangkan tentang sewa kantin.

Tindakan :Pengusaha Kantin

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

6 HAL-HAL LAIN
6.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan
pengusaha kantin yang telah hadir pada mesyuarat kali ini. Semua ahli mesyuarat
sebulat suara dan mencapai kata sepakat untuk melanjutkan permohonan
penyambungan Syarikat Cemerlang RB Interprise (JM0390542x) berkuatkuasa
01/12/2017 sehingga 30/11/2019.

6.2 Pihak sekolah berharap pengusaha kantin dapat terus memberikan komitmen yang
terbaik dalam aspek penyediaan makanan dan kualiti makanan serta peningkatan
servis sedia ada.

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 Petang

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD FAIZAL BIN RAMLI )


Guru Penyelaras Kantin SK Telok Sengat
Tarikh : 08 Februari 2017

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

Potrebbero piacerti anche