Sei sulla pagina 1di 8

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya,bahasa agama,makanan


dan sebagainya.Hal ini disebabkan oleh keunikan malaysia yang mempunyai pelbagai
kaum seperti melayu,cina india dan sebagainya

Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni.Pelbagai kaum yang


membezakan budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang unik,seperti
perayaan di Malaysia.Budaya masyarakat Malaysia dapat melihat melalui perayaan
disambut oleh kaum tertentu.

Pada setiap tahun banyak perayaan yang Malaysia sambut.Hal ini menunjukkan
Malaysia hidup berbilang bangsa tidak kira agama dan warna kulit.

Disamping itu,perayaan dan pelbagai kaum dalam Negara kita turut menjadi tarikan
pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

HARI RAYA AIDIL FITRI

Pada tanggal 1 Syawal tahun hijrah,seluruh masrarakat islam di dunia akan


menyambut hari Raya Aidil Fitri.Di Malaysia ,sambutan hari raya ini disebut Hari
Raya Puasa.Hari raya ini setelah menghabiskan puasa pada bulan Ramadan.

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan
Syawal(rukyah)dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan.Ini mengikut husap
berdasarkan Takwim Tahun Islam.kebiasaannya,apabilasudah ditentukan 1 Syawal itu
,pada malamnya umat islam beramai-ramai bertadbir hari raya di masjid atau surau.

Tarikh Hari Raya Aidil Fitri adalah sentiasa tetap dan sama iaitu bulan ke 10 dalam
takwim Hijrah..Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kelender masihi
kerana kelender Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kelender Masihi
pula mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari.Oleh itu,tarikh hari raya adalah
berbeza daripada tahun ke tahun.Dengan beza lebih kurang 10 hingga 15 hari.

Semua umat islam lelaki dan peremouan akan ke masjid untuk menunaikan
sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri secara berjemaah.Di Negara kita,sambutan
Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.

Selain itu,umat islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota
keluarga.Kadar nilai zakat ditentukan oleh harga semasa beras,iaitu makanan asasi di
Negara.

Bermula seawal bulan Ramadan lagi,umat Islam akan membuat persiapan tertentu
untuk menyambut kedatangan hari raya ini.Antara tradisi umat islam di Negara ini
menjelang kedatangan 1 Syawal ini,adalah menyediakan pakaian baru untuk
keluarga,menghias rumah dan membuat palbagai jenis kuih tradisi untuk di hidangkan
kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Pada Hari Raya AidilFitri juga,umat islam akan memyediakan berbagai-bagai juadah
tradisional seperti lemang,ketupat,nasi hempet,dodol dan lain-lain.untuk tetamu yang
dating berkunjung dan beraya di rumah mereka.Bagi kanak-kanak pula ,mereka amat
gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit
raya.Amalan memberi duit raya adalah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat
Islam di negara kita.

Selain itu,pada hari raya juga umat Islam akan berkunjung ke pusara ahli keluarga dan
saudara-mara.

Selain itu,kemeriahan rumah terbuka dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia


yang terdiri dari pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan
penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.
PERAYAAN KAUM CINA

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum.Kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku
pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama
yang dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat


pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Contohnya Perayaan Kaum
Cina, Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia
yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina
percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau,
arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap
binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Tahun Baru Cina biasanya disambut pada anak bulan pertama setiap tahun, kira-kira
empat hingga lapan minggu sebelum musim bunga (Lichun). Tarikh setepatnya boleh
jatuh bila-bila masa antara 21 Januari dan 21 Februari (merangkumi semua)
kalendar.Setiap tahun dilambangkan oleh satu daripada 12 ekor haiwan dan salah satu
daripada lima unsur, dengan kombinasi haiwan dan unsur. Inilah perayaan Cina yang
terpenting dalam setiap tahun.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan
bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.
Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara
dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa pengertian
kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi
dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian
yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah
dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan
tersebut.Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut
sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana
colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api
dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis
akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat
pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau
sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa
pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, Opera
Cina, dan mengimbang bendera besar yang dipanggil”Chingay”

Pakaian mereka pada perayaan tersebut ialah Samfu dan Cheongsam.Samfu


membawa maksud 'baju dan seluar'.Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu
diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai
oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain
sutera.

Manakala Cheongsam pula ialah pakaian yang dipakai oleh wanita berketurunan Cina.
Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan
semasa Tahun Baru Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain
lembut.
PERAYAAN KAUM INDIA

Perayaan kaum India ini dipanggil “Deepavali”.Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya
dirayakan pada 22 Oktober/November atau ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan
Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’.
Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi
kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala
dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.Selepas bersembahyang, mereka
berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi
manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan
rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut
tetamu di hadapan rumah.

Selain itu, mereka juga menyambut hari Thaipusam.Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar
dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Bukan
semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan
jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Biasanya,
murid yang akan menduduki peperiksaan, wanita yang berhajat untuk mengandung tetapi belum
mendapat kurniaan Ilahi, lelaki yang meminta nazar semoga ibu bapanya selamat daripada pembedahan
waima sakit merupakan antara faktor utama penganut Hindu memohon nazar.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap paling suci .
Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini
akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala
dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Walau bagaimanapun, bukan semua penganut Hindu membawa
belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam
meraikan kebesaran Tuhan Murugan. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut
dan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit. Perkhidmatan
menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Amalan ini merupakan satu
bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti
hari-hari yang baik yang bakal menjelma.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, “kavadi” (seperti yang ditunjukkan di dalam
gambar di atas) akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat
daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai
saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa
kavadi ini lazimnya terdiri daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi
ini bergantung pada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang
pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk
perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga
tertentu , berehat dan diberi minum.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia jika dibandingkan dengan di India, Hal ini berlaku
demikian kerana di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Mengikut kajian,
Thaipusam dapat menyatupadukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar yang
berkumpul di beberapa buah kuil Hindu yang besar sahaja. Selain disambut di Malaysia, negara lain
seperti Singapore, Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain juga meraikannya.

Sambutan yang juga dipanggil “Kartikeya Thaipusam” yang juga untuk memohan keberkatan dewa Shiva
dan Parvati ini juga dikenali sebagai “Kartikeya, Subramaniam, Sanmukha, Shadanana, Skanda and
Guha”. Kejayaan melawan anasir jahat merupakan kunci utama perayaan ini disambut. Oleh itu, semua
rakyat yang diam di Malaysia haruslah bersyukur dengan Malaysia yang hanya merupakan negara kecil
tetapi berbilang kaum dan agama. Kita dapat hidup aman dan damai atas payung kedaulatan yang
dikurniakan oleh-nya

Perayaan di Sabah dan Sarawak


Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak.
Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim
menuai serta permulaan musim tuaian baru. Untuk menyambut perayaan ini,
kebiasaannya mereka akan membersihkan rumah serta kubur nenek moyang mereka.
Sehari sebelum perayaan ini kesemua anggota keluarga akan berkumpul dan ahli
keluarga yang paling muda akan menawarkan hidangan yang disediakan khas kepada
kedua orang tua mereka. Pada perayaan ini juga, mereka akan menari dan
mengenakan pakaian tradisional sambil menikmati “Tuak” iaitu sejenis arak yang
diperbuat daripada nasi.

Perayaan bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang
dirayakan olah kaum Kadazan Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas
untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan
secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan
selepas selesai menuai padi. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang
akan datang bertambah baik dan lumayan.

GAWAI DAYAK
Ia merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban,
Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan
Barat. Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-
tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari
menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya
musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.Gawai
Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September1964 apabila Hari Gawai
diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri
yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh
pemerintahan Rajah Brooke.

Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar.Hari pertama
perayaan jatuh pada pada 31 hb Mei dan hari kedua pada satu hb Jun setiap tahun dan akan tamat
secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan JUn dan dipanggil menggulung tikar.

Perayaan Pada Hari Gawai Dayak

Bila tibanya pagi 31hb Mei,orang ramai akan turun mencari bahan makanan dari hutan atau kebun
terutamanya yang sedap masak sup dengan daging haiwan.Ikan,haiwan liar dan sayuran hutan juga
dicari untuk lauk pauk sebelum gawai.

Nasi pulut "pansuh" (lemang) kan dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa daripada buluh
tersebut yang tidak diperolehi jika dimasak dalam periuk.Nasi pulut ini adalah dianggap hidangan
istimewa kerana kelekitannya melambangkan perpaduan dikalangan komuniti itu yang
menjamahnya.Nasi pulut juga digunakan membuat nasi manis dan tuak,sebagai salah satu sajian kepada
para dewa dan membalaing tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang

Tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-bunga yang cantik dan bewarna terang akan
dibentangkan di sepanjang ruai rumah.Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah tiakar bembab,tikar rotan dan
kulit kayu.Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi yang dipanggil "pua kumbu" pulut digantung di dinding
sebagai pehiasan.Barangan kraft tangan yang lain seperti bakaul dan topi besar boleh juga digantung di
dinding bilik.

PESTA KAAMATAN
Pesta keamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa
Kadazan "Magavau"merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat
padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman.
Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarianSumazau.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai
pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan Gong. Tarian ini ditarikan dengan
kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,
mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil
Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala
jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi
antara acara utama dalam perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis
arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras
(nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama
seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan
ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut
disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini
dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat
daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang
diperbuat daripada buluh.

Potrebbero piacerti anche