Sei sulla pagina 1di 3

9+ 1 3

Professor Dr. Taufiq Yap Yun Hin


Semalam jam 6.35 ptg ·

*Kenyataan Media*
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dr.
Maszlee Malik yang telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu dalam
pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang ke 7, YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. YAB Tun Dr
Mahathir telah membuat pilihan terbaik dengan melantik YB Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri
Pendidikan. Mengkaji latar belakang pendidikan dan kerjayanya tidak dapat disangkal beliau
adalah individu yang tepat sekali diberikan tanggungjawab dan amanah ini. Pengamatan kepada
hasil penerbitan dan diskusi/wacana yang telah dijalankan menunjukkan beliau adalah seorang
ilmuan yang mahir dalam bidang Islam, sistem politik dan urus tadbir negara. Tidak ada bukti yang
mengaitkan beliau sebagai golongan extremis. Sebagai seorang Muslim sudah menjadi kewajipan
untuk mempunyai ilmu Islam yang baik. Memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam tidak sama
sekali menyebabkan seseorang dilabelkan sebagai exterimis. Islam agama universal yang
mengajak manusia kepada kesederhanaan, kecemerlangan dan keseimbangan.
YB Dr. Maszlee Malik adalah ahli MACMA sejak tahun 2015 dan juga merupakan Penasihat
MACMA Malaysia. Ibunya adalah seorang keturunan Cina. Saya telah beberapa kali bertemu
dengan ibunya dan kami berkomunikasi dalam dialek Hakka. Saudara-mara sebelah ibunya adalah
non Muslim. YB Dr. Maszlee Malik sangat menjaga hubungan keluarga sebelah ibunya walaupun
mereka berlainan budaya dan agama. Keluarga YB Dr Maszlee mesti menziarahi mereka semasa
Tahun Baru Cina. Kami masyarakat Cina Muslim Malaysia merasakan amat bertuah mempunyai
Penasihat yang sangat memahami situasi kami yang masih mempunyai saudara mara yang bukan
Islam dalam keluarga malah dapat melaksanakan kehidupan sebagai seorang Muslim dengan
saling bertoleransi serta saling hormat menghormati dan memahami sesama kami apatah lagi
dalam masyarakat majmuk Malaysia.
MACMA mempunyai keyakinan penuh di atas kemampuan seorang akademik teknokrat muda yang
dinamik, futuristik dan sederhana seperti YB Dr. Maszlee Malik dalam melonjakkan sistem
pendidikan negara ke semua peringkat. Ini termasuk halatuju pendidikan tinggi negara dalam
pembinaan modal insan menjadi ilmuan yang holistik. MACMA juga percaya YB Dr. Maszlee Malik
akan dapat meningkatkan tahap pendidikan ke semua generasi masyarakat tanpa mengira bangsa
dan agama.
Sekali lagi MACMA menyatakan sokongan padu kepada YB Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri
Pendidikan Malaysia. Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi.
Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin, FASc, FRSC, FMIC
Presiden
Persatuan Cina Muslim Malaysia
20 Mei 2018

Suka Komen Kongsi

270

66 Kongsian
Nor Ashikin
Tahniah unt MACMA. 1

pada Ahad Suka Balas Lagi

Samsul Fuad Situ


Cadangan.. semua bahasa (cina, tamil, arab) di Malaysia perlu dipelajari oleh semua
murid.. tetapi tak perlu exam just bahasa komunikasi.. kecuali bahasa melayu dan
bahasa Inggeris sahaja yg ada exam... 15

22 jam Suka Balas Lagi

Lihat balasan terdahulu

Nurhasmilaazra Abdul Halim


Saya setuju,pelbagaikan bahasa lain
10 jam Suka Balas Lagi

Tulis jawapan balas... Balas

Yasmin Chiam
Tahniah...
21 jam Suka Balas Lagi

Waled Mazeni
Jazzakallah khair penjelasan dr Prof. 1

20 jam Suka Balas Lagi

Fauzee Bashah
Thanks Prof untuk penjelasan...
20 jam Suka Balas Lagi

Nor Zaidah Hajidin


Alhamdulillah n tahniah semoga YB Dr Mazlee dpt mencontohi negara jepun yg
mendidik akhlak di awal persekolahan anak walaupun jepun bkn negara islam n kita
insyaallah lebih hebat dgn didikan akhlak yg nabi Muhammad SAW tinggalkan 1

19 jam Suka Balas Lagi

Mohamad Nazrin Abu Hassan


alhamdulillah..tahniah.. harap geng2 yg x bersetuju dgn pelantikan beliau, amek masa
sejenak, dan igt lah "dia adalah saudara kalian juga"
19 jam Suka Balas Lagi
Mohd Sukri Hassan
Semoga dipermudahkan segala urusan perlantikan bakal menteri kita ini.
13 jam Suka Balas Lagi

Gunakan GIF hanya dalam aplikasi Cubalah

Tuliskan komen... Siar

Potrebbero piacerti anche