Sei sulla pagina 1di 5

PEERS SEHARI @ PRASEKOLAH

Masa Aktiviti

20 minit Perbualan Awal

1. Guru bercerita dengan menggunakan buku “Badan Saya


Kepunyaan Saya”.
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
3. Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.

Bahan:
i. Buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”
ii. Lagu “My Body Is Mine”

40 minit Aktiviti 1 – Kenali Anggota Badan

1. Murid mencari gambar anggota badan yang


disembunyikan (Lampiran 1).
2. Murid menampal gambar anggota badan yang dijumpai
untuk melengkapkan badan kanak-kanak lelaki dan
perempuan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang anggota badan
yang ditampal (guru perlu menekankan kedudukan
anggota badan yang betul).
4. Guru memperkenalkan anggota seksual – zakar, faraj,
dubur, punggung dan payu dara.
5. Murid diminta menyatakan persamaan dan perbezaan
anggota seksual antara kanak-kanak lelaki dan
perempuan.
6. Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.

Bahan:
i. Lampiran 1 - Puzzle kanak-kanak lelaki dan perempuan
(dicetak pada kertas warna yang berbeza)
ii. Lagu “My Body Is Mine”
Masa Aktiviti

40 minit Aktiviti 2 – Pakaian Dalam Saya

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang anggota


seksual dan keperluan menutup anggota tersebut.
2. Murid diminta memilih dan menampal pakaian dalam
(Lampiran 2) pada gambar kanak-kanak lelaki dan
perempuan (menggunakan gambar kanak-kanak dalam
aktiviti 1).
3. Guru perlu menekankan bahagian yang ditutup dengan
pakaian dalam adalah anggota seksual dan tidak boleh
dilihat, disentuh atau ditunjuk kepada orang lain.
4. Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.
5. Setiap murid dibekalkan gambar kanak-kanak lelaki dan
perempuan serta pakaian dalam (Lampiran 3).
6. Murid mewarna gambar pakaian dalam mengikut
kreativiti.
7. Murid menggunting dan menampal gambar pakaian
dalam pada gambar kanak-kanak lelaki dan perempuan.
8. Guru bersoal jawab dengan murid tentang anggota
seksual:
a. Bolehkah kamu menunjukkan anggota seksual kepada
orang lain? Mengapa?
b. Bolehkah anggota seksual kamu disentuh oleh orang
lain? Mengapa?
c. Bolehkah kamu melihat dan menyentuh anggota
seksual orang lain? Mengapa?

Bahan:
i. Puzzle kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan
dalam aktiviti 1 (Lampiran 1)
ii. Lampiran 2 - Gambar pakaian dalam kanak-kanak lelaki
dan kanak-kanak perempuan
iii. Lampiran 3 – Lembaran Kerja Murid
iv. Lagu “My Body Is Mine”
Masa Aktiviti

30 minit Rehat

40 minit Aktiviti 3 – Cantik Tak Baju Saya?

1. Murid diminta menampal pakaian (Lampiran 4) pada


gambar kanak-kanak lelaki dan perempuan (gunakan
gambar kanak-kanak dalam aktiviti 1).
2. Murid diminta memberi pandangan terhadap gambar
kanak-kanak lelaki dan perempuan yang telah lengkap
berpakaian.
3. Guru bersoal jawab dengan murid keperluan untuk
memakai pakaian selain pakaian dalam.
4. Guru menunjuk cara untuk bermain dengan set patung
kertas tersebut (cara memakai baju dan bermain dengan
rakan dalam kumpulan).
5. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
6. Setiap kumpulan diberi patung kertas kanak-kanak lelaki
dan perempuan serta pakaian (Lampiran 5).
7. Murid bermain dengan patung dan pakaian kertas yang
dibekalkan.
8. Murid berkongsi pengalaman mereka.

Bahan:
i. Puzzle kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan
dalam aktiviti 1 (Lampiran 1)
ii. Lampiran 4 - Gambar pakaian kanak-kanak lelaki dan
perempuan
iii. Lampiran 5 - Patung kertas kanak-kanak lelaki dan
perempuan

30 minit Aktiviti 4 – Tidak, Jangan Sentuh Saya!


1. Guru menggunakan buku cerita “Badan Saya Kepunyaan
Saya” untuk menerangkan berkaitan sentuhan.
Masa Aktiviti
2. Guru menampal gambar bahagian belakang badan
kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berpakaian
dalam (Lampiran 6).
3. Guru menanggalkan pakaian pada puzzle kanak-kanak
lelaki dan perempuan dalam aktiviti 3. Lima orang murid
diminta untuk meletakkan simbol "X" (Lampiran 7) pada
bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain.
4. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan jenis
sentuhan.
5. Guru Menggunakan puppet atau patung mainan untuk
membuat demostrasi cara mengelak sentuhan yang tidak
selamat dan tidak selesa dengan menyatakan "TIDAK".
6. Murid diminta menggunakan puppet atau patung mainan
untuk melakonkan situasi:
a. Seseorang cuba menyentuh anggota seksual orang
lain.
b. Seseorang cuba memegang dan mencium orang lain.

Bahan:
i. Buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”
ii. Lagu “My Body Is Mine”
iii. Lampiran 6 - Gambar bahagian belakang badan kanak-
kanak lelaki dan perempuan yang berpakaian dalam
iv. Lampiran 7 - Simbol "X"
v. Puppet atau patung mainan

30 minit Aktiviti 5 – Apa Perlu Saya Lakukan?


1. Guru menunjukkan video (pautan video:
https://youtu.be/IFn3mkD0tJs).
2. Murid berbincang dalam kumpulan tindakan yang perlu
diambil berdasarkan situasi yang diberi. Guru
menunjukkan gambar situasi (Lampiran 8) untuk
membantu murid memahami situasi dan memberi
bimbingan semasa perbincangan berlangsung.
a. Jika ada orang meminta anda membuka pakaian.
Masa Aktiviti
b. Jika ada orang menunjukkan anggota seksual kepada
anda.
c. Jika ada orang cuba menyentuh anggota seksual
anda.
d. Jika ada orang cuba mengambil gambar semasa anda
tidak berpakaian.
e. Jika ada orang menunjukkan gambar/video lucah
kepada anda.
f. Jika ada orang memegang dan mencium anda.
3. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil
perbincangan selepas setiap situasi.
4. Guru menerangkan cara yang betul bagi menghadapi
setiap situasi.

Bahan:
i. Video “Sentuhan Selamat & Tidak Selamat”
ii. Lampiran 8 - Gambar situasi

10 minit Aktiviti Penutup


1. Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.
2. Guru membuat rumusan dan refleksi.
3. Guru mengedarkan brosur program PEERS di Prasekolah
kepada semua murid untuk diberikan kepada ibu bapa.

Bahan:
i. Lagu “My Body Is Mine”
ii. Brosur “Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Sosial (PEERS) di Prasekolah”

Potrebbero piacerti anche