Sei sulla pagina 1di 13

SULIT 23

23
Geografi
Oktober
2008
1 ¼ jam

UNIT PEPERIKSAAN

SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

TINGKATAN 2

GEOGRAFI

SATU JAM LIMA BELAS MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan.

2 Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan
pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

23 SULIT
SULIT 2 02/1

Soalan 1 - 7

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Tunku Abdul Rahman ____________ yang telah berjaya membangunkan


Malaysia.
A negarawan C sejarawan
B bangsawan D cendekiawan

2 Kami terpaksa ___________ di rumah orang tua itu kerana hari telah malam dan
hujan lebat.
A berteduh C bermalam
B berlindung D bersembunyi

3 Siti Nuraini sungguh ____________ atas sokongan dan bantuan yang telah
diberikan oleh penduduk kampung kepadanya sekeluarga.
A terkilan C tersentap
B tersentuh D terharu

4 Nama adik ______ yang kecil ini Akila tetapi nama timangannya ialah Ila.
A saya C kita
B dikau D anda

5 Jalur Gemilang _______ megah apabila ditiup angin di padang itu.


A bergoyang C berkipas
B berkibar D berpusing

6 Kurangnya didikan agama menyebabkan ___________ remaja mudah terjebak


dalam gejala sosial dan budaya kuning.
A separuh C setengah
B suku D sesetengah

7 Salim telah ________ ubi kayu yang telah digalinya pagi tadi sebagai hidangan
petang.
A merebus C menanak
B mengukus D menggoreng

02/1 SULIT
SULIT 3 02/1

Soalan 8 - 14

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau
C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8 Para hadirin memberikan tepokan gemuruh apabila penceramah itu memulakan


A B C
syarahan. Tiada kesalahan.
D

9 Segala hasil-hasil tangkapan nelayan di tempat itu akan dijual kepada


A B
pemborong dengan harga yang murah. Tiada kesalahan.
C D

10 Ceria Klinik yang terletak bertentangan dengan Bank Rakyat itu akan
A B
dibuka pada bulan depan . Tiada kesalahan.
C D

11 Baju sutera batik buatan dari negeri Terengganu itu sungguh cantik.
A B C
Tiada kesalahan.
D

12 Puan Zainon dan suaminya membatalkan pemergian mereka ke Mekah


A B
oleh kerana ada masalah. Tiada kesalahan.
C D

13 Setiap warganegara harus menggunakan bahasa Malaysia di dalam pergaulan


A B
mereka sehari-hari. Tiada Kesalahan.
C D

14 Emak memarahi kakak kerana menonton televisyen daripada petang hingga siaran
A B C
televisyen tamat. Tiada kesalahan.
D

02/1 SULIT
SULIT 4 02/1

Soalan 15 - 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Terdapat beberapa peringkat dalam proses menenun kain sutera.


II Penyakit yang dihidapi oleh Encik Ramli sudah sampai ke peringkat yang
berbahaya.
III Azman tidak sempat menghabiskan pelajarannya di peringkat universiti
kerana masalah kewangan.
IV Raju bekerja di peringkat 15 bangunan KWSP.
A I dan II sahaja C I dan III dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, II, III dan IV sahaja

16 I Pihak polis telah diberi kuasa untuk menangkap orang yang melanggar
undang-undang.
II Pada zaman moden ini masih terdapat orang yang percaya pada kuasa
ghaib.
III Kilang itu dibina di tepi air terjun untuk memudahkan mendapat tenaga
daripada kuasa air.
IV Saya tidak ada kuasa untuk menentang penjahat-penjahat.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan III sahaja D I, II, III dan IV sahaja

17 I Bangunan itu akan dirobohkan kerana terlalu matang.


II Buah cempedak yang sudah matang boleh dipetik dan diperam.
III Ibu sudah matang akan perangai anak-anaknya.
IV Walaupun usia Cindy baru dua belas tahun tetapi pemikirannya lebih
matang daripada kakaknya.
A I dan II sahaja C II dan IV sahaja
B I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

02/1 SULIT
SULIT 5 02/1

Soalan 18 - 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi


kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

18 Dia mengucapkan terima kasih dengan pihak polis kerana berjaya menangkap
pencuri yang menceroboh rumahnya.
A mengucap terima kasih dengan .
B mengucapkan terima kasih kepada
C mengucap terima kasih untuk
D mengucapkan terima kasih dengan.

19 Bengkel itu diadakan demi untuk meningkatkan prestasi para pekerja di syarikat
itu.
A demi meningkatkan
B demi mempertingkat
C demi untuk meningkat
D demi untuk meningkatkan

20 Faedah yang diperolehi bila kita memahami bahasa lebih daripada satu amat
besar.
A Faedah yang diperolehi apabila kita faham
B Faedah yang diperoleh apabila kita memahami
C Faedah yang diperoleh bila kita faham
D Faedah yang diperolehi bila kita memahami

21 Beberapa orang pekerja-pekerja syarikat berkenaan memilih untuk belajar bahasa


Jepun sebagai bahasa pilihan.
A Beberapa orang pekerja berkenaan memilih syarikat
B Berapa orang pekerja-pekerja memilih syarikat berkenaan.
C Beberapa orang pekerja syarikat berkenaan memilih
D Beberapa orang pekerja-pekerja syarikat berkenaan

02/1 SULIT
SULIT 6 02/1

Soalan 22 - 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

22. Jika ibu bapa senantiasa mengambil berat tentang kebajikan anak-anak
mereka, gejala pemontengan sekolah dapat ditangani.
A Ibu bapa harus tahu akan peranan mereka tentang hal tersebut, maka
masalah pemontengan sekolah dapat diatasi.
B Sekiranya anak-anak sentiasa mengambil berat akan hal ibu bapa mereka,
masalah pemontengan sekolah dapat diatasi.
C Masalah pemontengan sekolah dapat diatasi sekiranya ibu bapa
mengambil berat akan hal anak-anak mereka.
D Masalah pemontengan sekolah dapat ditangani sekiranya ibu bapa dan
anak mengambil berat akan hal itu.

23. Cikgu Amir mengesali sikap beberapa orang pelajarnya yang tidak
mengambil berat terhadap pelajaran demi masa depan mereka.
A “Kalau kamu belajar dengan bersungguh-sungguh, sudah tentu masa
depan kamu cerah,” kata Cikgu Amir kepada segelintir pelajarnya.
B “Cikgu berasa kesal atas sikap kalian yang tidak mahu belajar dengan
bersungguh-sungguh demi masa depan kalian, ” kata Cikgu Amir
kepada beberapa orang pelajarnya.
C Cikgu Amir berkata kepada beberapa orang pelajarnya, “ Saya sungguh
sedih dengan masa depan kamu yang mengabaikan pelajaran.”
D Cikgu Amir dan beberapa orang pelajar berkata, “ Kami sungguh
menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh demi masa
depan kami.”

24 Melarikan diri dari rumah adalah suatu perkara biasa yang dilakukan oleh
para remaja di seluruh dunia.
A Biasanya para remaja di seluruh dunia akan melarikan diri dari rumah.
B Para remaja di seluruh dunia sering melarikan diri dari rumah.
C Sudah menjadi kebiasaan bagi para remaja di seluruh dunia melarikan diri
dari rumah.
D Para remaja di seluruh dunia tidak suka tinggal bersama dengan keluarga
mereka.

02/1 SULIT
SULIT 7 02/1

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Hadiah ini diterima oleh kami daripada orang kaya itu.


II Tingginya pokok kelapa tua di tepi rumah lama Anjang Jais itu setinggi
bangunan dua tingkat.
III Diharapkan supaya Bulan Kemerdekaan yang dilancarkan ini dapat
menyemaikan semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar.
IV Operasi besar-besaran itu dijalankan untuk mengesan pendatang asing
tanpa izin yang masih menetap di negara ini.
A I dan II sahaja C III dan IV sahaja
B II, III dan IV D I, II, III dan IV sahaja

26 I Kakinya bengkak kerana tendang batu.


II Para-para pelajar itu akan dihadiahi oleh kerajaan biasiswa.
III Kami dibekali nasi lemak oleh ibu sebelum ke sekolah.
IV Pelajar-pelajar yang menuntut di luar negeri dinasihati agar tidak
terpengaruh oleh gejala tidak sihat.
A I dan II sahaja C III dan IV sahaja
B I, II dan IV sahaja D I, II dan III sahaja

27 1 Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu.


II Kami tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang pun kerana api marak
dengan cepatnya.
III Para tetamu memberikan tepukan gemuruh bila seniman veteren itu
muncul di pentas.
IV Pemilik pasar raya itu mendengar rungutan daripada para pelanggan
dengan penuh sabar.
A I dan II sahaja C II dan IV sahaja
B I dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja

02/1 SULIT
SULIT 8 02/1

Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-
pernyataan yang berikut.

28 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Maksud paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah...


A seseorang yang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha untuk
mencapainya.
B sabar mengerjakan sesuatu, lama-lama berhasil juga.
C pandai tetapi berfikir dan banyak pengetahuan.
D setiap orang mempunyai pendapat sendiri.

29 Selepas seminggu kemalangan jalan raya yang mengorbankan kedua-dua orang


tuanya, rumahnya pula terbakar.
Keadaan yang menimpanya diibaratkan...
A berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
B berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
C sudah jatuh ditimpa tangga
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

30
Karim : Nanti kalau kamu berpindah ke Sabah, janganlah kamu melupakan
saya. Rajin-rajinlah mengutus surat kepada saya.

Nazri : Walaupun kita berjauhan, saya tidak akan melupakan kamu. Kita
berkawan baik sejak kecil lagi.

Peribahasa yang sesuai dengan dialog di atas ialah


A jauh di mata dekat di hati
B indah khabar dari rupa
C seperti rusa masuk kampung.
D seperti kera mendapat bunga.

02/1 SULIT
SULIT 9 02/1

Soalan 31 - 35

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

23 Februari
Asrul, pengawas dari tingkatan tiga A bercerita kepadaku. Cikgu Ainun telah
menangkap Zaitun yang sedang membaca novel dalam bilik darjah. Rasaku,
tidaklah salah membaca dalam kelas, tetapi cerita Asrul memang menarik
Cikgu Ainun begitu hairan melihat Zaitun begitu tekun membaca buku
teks Ilmu Alam. Tidak bergerak-gerak sehingga hampir setengah jam.
Oleh sebab itu dia mengintai dari belakang. Rupa-rupanya sebalik buku
Ilmu Alam itu ada novel. Kata Cikgu Ainun novel itu kurang baik , malah tak baik
dibaca oleh pelajar-pelajar.
Cikgu Ainun mengatakan, dia faham perasaan pelajar perempuan. Akan
tetapi nasihatnya, carilah novel yang baik. Dia mengesyorkan beberapa buah
novel seperti Pulau Rindu, Ombak Hati, Sayang Si Nani dan beberapa buah yang
lagi.
Aku juga meminati novel jenis ini. Telah kuminta ayahku mencarinya di
pekan. Setakat ini masih belum ditemuinya.

24 Februari
Aku pergi menjumpai Yusuf waktu rehat. Dia cuba melarikan diri. Dengan itu aku
tahu dia bersalah. Aku terus menuduhnya menulis surat layang itu. Dia berperi-
peri menafikannya dan dia mahu aku bawa saksi. Kukatakan kalau dia tidak
mengaku akan kuserahkan surat itu kepada Guru Besar dan aku sanggup
membawa saksi. Dia terpegun.
Aku memujuknya lagi dengan menyatakan aku akan maafkan dia dan
berjanji tidak membawa ke atas sekiranya dia mengaku. Akhirnya dia mengaku.
Aku tuntut dia meminta maaf dan aku maafkan dia.
Dari Jalil, kawan rapat Yasuf, aku tahu Yusuf marah kerana aku
menangkapnya tatkala merokok di belakang jamban. Dan satu lagi dia marah
kerana aku rapat dengan Mona Aida.Mengapa agaknya?

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


cerpen ‘Diari Seorang Pengawas’, karya
Ali Majod,antologi Sehijau warna Daun
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan
Pustaka)

02/1 SULIT
SULIT 10 02/1

31 Apakah komen Cikgu Ainun terhadap novel yang dibaca oleh Zaitun?
A Novel itu kurang sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar sepertinya.
B Pelajar-pelajar tidak harus membaca novel di dalam kelas.
C Novel itu tidak sesuai dibaca kerana sukar untuk memahami isi
kandungannya.
D Isi ceritanya tidak bersesuaian dengan mata pelajaran Ilmu Alam.

32 Mengapakah Yusuf memarahi Aku?


A Kerana memberitahu guru disiplin tentang sikapnya yang suka menghisap
rokok.
B Kerana membiarkan Yahya menagih dadah tanpa mengambil tindakan
terhadapnya.
C Kerana menangkap Yusuf yang sedang menghisap rokok di belakang
tandas.
D Kerana memberitahu ayah Yusuf tentang perangai buruknya yang suka
merokok.

33 Yang berikut adalah perwatakan Aku berdasarkan petikan cerita ini kecuali...
A bijaksana.
B perahsia.
C mudah kecewa.
D tegas

34 Latar masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam petikan ini ialah...
A masyarakat pelajar yang suka melawan guru.
B masyarakat pengawas yang tidak menjalankan tugas.
C masyarakat pelajar yang diabaikan ibu bapa
D masyarakat pelajar yang suka membaca novel.

35 Mesej yang terdapat dalam cerpen Diari Seorang Pengawas ialah...


A kita tidak boleh membiarkan orang lain mempermainkan diri kita.
B kita tidak seharusnya menceritakan keburukan orang lain.
C pelajar-pelajar harus menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak
sihat.
D sebagai pelajar haruslah menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

02/1 SULIT
SULIT 11 02/1

Soalan 36 - 40

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Puisi Buat Mama

Kau terpaksa pergi


meninggalkan Ida dibuaian
antara rela dan tidak
melepaskan kucupan
walaupun kau lebih dari tahu
tidak ada yang lebih berharga
selain dakapan mesra dan susuan ibu.

Kali ini
kita biarkanlah perpisahan ini
satu pengorbanan yang perlu
kerana hidup ini hanya akan bererti
bila kita tiba-tiba merasa kehilangan
dan diperlukan.

Adi Badiozaman Tuah

( Dipetik daripada antologi Sehijau


Warna Daun, tingkatan 1, DBP)

36 Bagaimanakah perasaan si ibu semasa meninggalkan anaknya itu?


A hampa
B berat hati
C kecewa
D gembira

02/1 SULIT
SULIT 12 02/1

37 walaupun kau lebih dari tahu dalam rangkap pertama baris kelima dalam sajak
ialah unsur gaya bahasa...
A personifikasi.
B sinkof
C epifora.
D simile

38 Kata kau dalam baris pertama dan kelima rangkap pertama dalam sajak ini ialah
unsur gaya bahasa...
A anafora
B simile
C sinkof
D metafora

39 Berikut merupakan antara nilai yang tergambar dalam sajak ini, kecuali...
A kasih sayang.
B bekerjasama.
C pengorbanan.
D kemesraan.

40 Apakah tema sajak Puisi Buat Mama?


A Pengorbanan seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan anaknya kerana
menunaikan tanggungjawabnya.
B Pengorbanan seorang anak yang terpaksa berkongsi kasih sayang.
C Ketabahan seorang anak kerana suatu perpisahan.
D Kerajinan seorang ibu tua membesarkan anaknya.

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

____________________ ______________________ ___________________


Guru Panitia Bahasa Ketua Panitia Bahasa Ketua Bidang Bahasa
Melayu SMS Hulu Melayu SMS Hulu SMS Hulu Selangor
Selangor Selangor

02/1 SULIT
SULIT 13 02/1

02/1 SULIT

Potrebbero piacerti anche