Esplora E-book
Categorie
Esplora Audiolibri
Categorie
Esplora Riviste
Categorie
Esplora Documenti
Categorie
Terima kasih Pengerusi Majlis. Assalam mualaikum... Yang Berusaha Puan Hanizam
Binti Rahmat, Guru Besar SK Serom 5. Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan
dan guru-guru SK Serom 5. Yang dihormati En Mohammad Rani Bin Hj Selamat,
YDP PIBG SK Serom 5. Yang disayangi rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid,
ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di
sekolah ini
Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih
sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.
Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya
bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai
dan mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat
mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka
mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang
hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca,
menulis dan mengira. Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah.
Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru
mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan
bimbingan mereka.
Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar
sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita
fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat
berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. Wahai para guru yang kami
sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik
kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua.
Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman
Awang