Scarica in formato docx, pdf o txt
Scarica in formato docx, pdf o txt
Sei sulla pagina 1di 4

PENGENALAN

Teknologi tidak dapat dipisahkan atau dielakkan lagi dalam dunia pendidikan zaman
sekarang. Jika dibandingkan dengan dunia pendidikan beberapa tahun yang dahulu, teknologi
sudah berkembang pesat dalam dunia pendidikan sejajar dengan perkembangan teknologi
dalam bidang-bidang besar seperti ketenteraan, aeroangkasa, penyelidikan dan robotik. Oleh
yang demikian, penggunaan teknologi dalam bilik darjah tidak boleh dipandang enteng dan
haruslah dioptimakan.

Bila mana dikatakan teknologi dalam pendidikan, Pendidikan Muzik turut tidak
ketinggalan dalam mengecap perkembangan teknologi semasa. Saban hari, semakin banyak
bahan-bahan teknologi dicipta dan digunakan dalam bidang muzik yang seterusnya boleh
digunapakai oleh guru-guru dalam pengajaran Pendidikan Muzik. Para pendidik dalam bidang
muzik telah lama mencari cara yang lebih baik untuk menggalakkan pembelajaran muzik
murid-murid. Murid-murid membesar dan berkembang dengan perubahan yang berlaku di
persekitaran mereka. Oleh kerana teknologi ada di mana-mana sahaja pada zaman ini, murid-
murid mudah menyesuaikan diri dan mudah terbiasa menggunakannya.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin terus maju, kedua-dua pihak iaitu
guru dan murid semakin ghairah dalam melaksanakan kurikulum yang lebih berteknologi
tinggi dalam bilik darjah. Pendidik dalam bidang muzik bernasib baik kerana muzik merupakan
subjek yang berkembang seiring dengan perkembangan industri teknologi. Tidak kisahlah
sama ada aplikasi teori muzik seperti Nota, atau platform Digital Audio Workshops (DAW)
seperti Garageband, terdapat pelbagai jenis alat dan perisian yang boleh digunakan di dalam
bilik darjah.

FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI MUZIK DALAM PdP

Melalui video yang telah dimuat turun daripada laman sesawang Youtube yang
bertajuk Technology in the Music Classroom oleh Jennifer S. Horne, beliau menggunakan
pelbagai jenis teknologi muzik semasa dalam pengajaran kelas orkestra beliau. Beliau
berkongsi dengan penonton tentang alat-alat dan perisian teknologi muzik yang beliau
gunakan di dalam kelas dan kebaikan menggunakan alat-alat dan perisian teknologi muzik
ini. Melalu video ini saya mendapati bahawa terdapat beberapa kelebihan ataupun faedah
yang diketengahkan melalui pengajaran menggunakan teknologi dalam pendidikan muzik.

Dalam pelaksanaan teknologi dalam latihan orkestra, teknologi telah membantu


melancarkan latihan bagi pasukan orkestra yang beliau pimpin. Ia juga meningkatkan
pembelajaran ahli-ahli orkestra dalam menjalani latihan mengikut seksyen masing-masing.
Selain itu, ia meningkatkan produktiviti dan membantu dalam meningkatkan ketepatan dalam
persembahan instrumental mereka. Beliau menggunakan aplikasi daripada produk Apple iaitu
DrumBeats+, Tenuto, ClearTune, ForScore dan Tempo dalam kelas orkestra ini. Dengan
penggunaan aplikasi-aplikasi ini, beliau mampu menyediakan bahan kandungan sokongan
alternatif yang sesuai dengan pelbagai gaya pembelajaran ahli-ahli orkestra ini.

Di samping itu, beliau ada menggunakan laman sesawang


www.sightreadingfactory.com sebagai alat bagi membentuk skill sight-reading para pelajarnya
sama ada dalam latihan secara ensembel mahu pun secara persekitaran pembelajaran
berkumpulan. Ia mudah diubahsuai bagi membolehkan guru menyediakan latihan irama,
latihan melodi instrumen tunggal atau latihan ensembel penuh. Guru boleh menentukan tahap
kesukaran irama dan julat pic yang seterusnya laman ini akan terus menyediakan latihan
sight-reading yang dikehendaki.

Selain itu, beliau ada menggunakan Ipad Pro sebagai alat untuk membantu
memudahkan proses pengajaran di dalam kelas. Dengan alat ini, beliau dapat menyambung
Ipad Pro ini dengan projektor LCD menggunakan kabel yang sesuai yang membolehkan
beliau memancarkan isi pengajaran daripada Ipad Pro ke skrin LCD. Dalam Ipad Pro ini,
beliau ada membeli beberapa aplikasi yang boleh meningkatkan pembelajaran para
pelajarnya dalam pendidikan muzik. Contohnya seperti ForScore. Aplikasi ini membolehkan
beliau membeli dan menggunakan skor-skor lagu yang meluas dan menggunakannya di
dalam kelas. Aplikasi ini juga membolehkan beliau membesarkan paparan yang diingini
seterusnya menentukan tanda-tanda muzikal dalam skor lagu yang sedang dipelajari. Para
pelajar juga dapat mencari bahan rujukan untuk membantu mereka menulis lagu mereka
sendiri.

Beliau ada menggunakan aplikasi ClearTune bagi meningkatkan pemahaman para


pelajarnya terhadap intonasi bunyi. Beliau mengarahkan para pelajarnya untuk memainkan
beberapa not dan menentukan notasinya bergantung kepada paparan yang terdapat pada
skrin. Ia membantu para pelajarnya menjadi lebih peka terhadap bunyi dan intonasi alat muzik
yang sedang mereka pelajari.

Aplikasi Tenuto pula merupakan aplikasi yang membantu pengajaran bagi topik teori
muzik. Topik yang terdapat dalam aplikasi ini sangat luas dan sesuai bagi setiap gred para
pelajarnya berada. Ia juga membolehkan guru membuat kuiz sendiri untuk menguji
pemahaman pelajar terhadap topik yang sedang diajar.

SoundTrack merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma ke dalam
komputer. Menurut apa yang beliau sampaikan di dalam video yang ditonton, aplikasi ini
digunakan untuk mengedit audio sebagai projek di dalam kelas teknologi muzik beliau. Ia
mempunyai persamaan seperti DAW lain iaitu Sonar CatWalk dan Logic Pro yang
membolehkan pelajar merekod dan mengedit pelbagai bunyi bagi menghasilkan karya lagu.
Bezanya ialah ia lebih ringkas dan sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar sekolah. Ia
melahirkan skil mengedit dan penghasilan muzik yang merupakan fasa yang agak tinggi
dalam pembelajaran muzik di sekolah-sekolah.

Di samping itu juga, beliau membuat kelas secara talian dengan para pelajarnya. Ia
bertujuan supaya para pelajarnya dapat sentiasa belajar walaupun tanpa perlu hadir ke
sekolah. Ia juga mebolehkan beliau sentiasa memantau tahap perkembangan setiap pelajar
di bawah bimbingannya. Beliau turut memuat naik video pengajaran yang menerangkan topik-
topik tertentu dan mendemonstrasi cara bermain instrumen-instrumen muzikal suapaya
pelajar dapat pemahaman yang lebih mendalam terhadap instrumen yang sedang mereka
pelajari.

PENUTUP

Perisian dicipta bagi menjalankan aplikasi muzik secara am seperti menulis notasi
muzik serta membuat komposisi. Walau bagaimanapun perisian ini masih boleh digunakan di
dalam aktiviti pendidikan muzik. Perisian direka bentuk bagi menjalankan aktiviti pendidikan
muzik seperti permainan keyboard, latihan teori, latihan pendengaran, improvisasi dan
sebagainya. Penggunaan perisian-perisian ini diharapkan dapat memudahkan pengajaran
dan pembelajaran dan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Teknologi sangat mempengaruhi muzik yang turut mengubah cara guru-guru dalam
sesi PdP di dalam kelas. Oleh itu, teknologi muzik sangat penting untuk kemampanan dan
pembangunan industri muzik pada masa hadapan.
RUJUKAN
https://www.youtube.com/watch?v=019hlSLcILA
http://beautifullymusic.com/music/index.php?q=importance-of-music-technology
https://edlab.tc.columbia.edu/blog/11016-Technology-and-Music-Education
https://musicmaps.org.uk/2017/03/01/the-role-of-technology-in-music-education/

Potrebbero piacerti anche