Sei sulla pagina 1di 5

1.

0 Pengenalan

Pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam
usaha kita untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Secara umumnya pengurusan bilik darjah
melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi
meningkatkan motivasi murid dan dapat memperkembangkan sikap tanggungjawab murid
terhadap semua aspek. Manakala pengurusan bilik darjah mesra budaya bermaksud
bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana
pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Suasana pembelajaran yang berkesan
tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi
pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku
pelajar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan serta mesra budaya dapat menggalakkan
aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping
menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Ia adalah pakatan di
antara guru dan murid bagi mengurus segala aspek yang terdapat dalam bilik darjah yang
melibatkan pengurusan fizikal, emosi, sosial serta sosiolinguistik yang dilaksanakan agar satu
alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.

2.0 Langkah-langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya

3.0 Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Konsep pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dari aspek fizikal adalah amat penting
dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi
melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Pengurusan fizikal harus
mengambil kira semua aspek bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta
kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan
satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan
perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial (Syed Ismail dan Ahmad Subki,
2010).

3.1 Aspek Fizikal

Meja dan kerusi yang sesuai untuk murid-murid serta boleh diubah suai mengikut keperluan
aktiviti. Apabila membentuk meja kumpulan, terdiri daripada etknik yang berbeza dan tidak
hanya satu kumpulan etknik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Begitu juga, apabila
terdapat perbincangan kumpulan atau aktiviti, ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum
dan etknik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etknik dalam satu kumpulan akan
dapat diwujudkan serta dapat memupuk suasana mesra budaya dalam kalangan murid dan
guru.

1
3.2 Sudut Pembelajaran

Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran yang dapat membantu
perkembangan intelek murid seperti komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika,
kemanusiaan, keterampilan diri dan lain-lain. Di samping, terdapat sudut-sudut bacaan seperti
buku cerita, majalah dan surat khabar. Sudut-sudut ini mampu meningkatkan interaksi
sesama murid serta dapat memupuk nilai saling memahami dan tolerasi di antara murid
kerana sudut-sudut ini dihasilkan oleh murid itu sendiri dengan bantuan guru. Secara tidak
langsung dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya.

4.0 Aspek Pengurusan Sosio-Emosi

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat dan kemasyarakatan. Manakala emosi didefiniskan sebagai tindak balas atau
kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Oleh itu,
sosioemosi dalam kalangan murid-murif ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan
mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Persekitaran Sosio-Emosi yang baik di dalam kelas dapat menjadi perangsang bagi
membangkit dan mengekalkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Rizalina Radzi (2014), perkembangan sosio emosi kanak-kanak khususnya adalah
keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap
sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak- kanak. Sekiranya
sosio emosi seorang murid di dalam kelas adalah positif, maka secara tidak langsung akan
menjadi perangsang untuk membangkitkan semangat murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti PdP.

4.1 Peranan Guru dalam Pengurusan Sosio-Emosi

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru bagi memastikan persekitaran sosio
emosi yang baik dan dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya ialah semasa
melaksanakan aktiviti PdP, guru perlulah memberi galakan ataupun pujian kepada murid
sekiranya murid menjawab dengan betul latihan ataupun soalan yang diberikan. Hal ini secara
tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk terus aktif
dalam aktiviti bilik darjah.

Selain itu, hubungan yang baik antara guru dan murid juga harus dibina terlebih dahulu
yang mana guru perlu mengamalkan kepemimpinan demokraksi dan tidak terlalu

2
mengongkong murid-murid mereka serta guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada
murid-murid. Menerusi buku Budaya dan Pembelajaran Bandura berpendapat bahawa
perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh melalui peniruan. Beliau berpendapat bahawa
kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan melakukan gerak balas
yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung
kepada apa yang telah dipelajarinya.

Guru juga perlu membina hubungan yang positif dengan rakan sekelas. Murid perlu
dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas sosial dan
budaya. Mereka perlu diberi pendedahan tentang adat resam dan amalan budaya setiap
kaum di Malaysia. Dengan cara ini, guru dapat mengurangkan sikap perkauman di antara
murid. Menurut Teori Erik Erikson dalam buku Pengajaran dan Pembelajaran, pula beliau
menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-
kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada
perkembangan psikososial ini. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau
menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang
individu.

5.0 Aspek Sosiolinguistik

Secara umumnya sosiolinguistik adalah satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi
variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang
digunakan. Bahasa merupakan satu alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.
Sosio pula merupakan interaksi antara masyarakat (Abdul Rahman, 2001). Salah satu cara
untuk membina bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui pertuturan.

Seperti yang telah diketahui, Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa serta
budaya dan ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam membina rakyat bersatu
padu. Jika kita kaji pendidikan Laporan-laporan berhubung pendidikan, kesemua Laporan
menekankan aspek penggunaan bahasa. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di
Malaysia bukanlah perkara mudah dan merupakan satu bidang penting dalam menentukan
tahap keharmonian dan keamanan Negara (Noriati Rashid dan Boon, 2010).

5.1 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik

Guru memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa
rasmi dan budaya di samping menerap nilai-nilai meghormati perbezaan bahasa dan budaya
semua etnik.

3
Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan aktiviti bahasa, sastera
dan budaya dalam kalangan murid-murid. Selain itu, aktiviti yang memartabatkan bahasa
Kebangsaan boleh dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Tambahan, aktiviti
kokurikulum merupakan saluran terbaik dalam memertabatkan Bahasa Kebangsaan melalui
kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan dan bermanfaat.

Guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur etnik lain dalam proses pdp. Sebagai
contoh, menggunakan cerita etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Malaysia, menggunakan
lagu etnik Kadazandusun dalam pdp Muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan
Jasmani dan sebagainya. Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik dapat
digunakan dalam pendekatan belajar sambil bermain.

Penggunaan sumber pdp dengan menggunakan pelbagai unsur budaya dapat


memupuk kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik, malahan
cara ini dapat mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-
rakan mereka. Sekiranya guru meneruskan pdp dengan berkesan, setiap etnik tidak akan
tersisih sebaliknya dapat mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya dan menjadikan
Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.

6.0 Pedagogi Releven Budaya

Esah Sulaiman menyatakan bahawa pedagogi ialah prinsip dan kaedah pengajaran. Ia
meliputi pelbagai aspek yang berkait dengan penyampaian ilmu kepada murid. Pedagogi yang
relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan
pembelajaran menjadi lebih bermakna (Siti Zahrina, 2008). Penekanan diberikan kepada
pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai-nilai murni bagi
menggalakkan perkembangan yang menyeluruh dari aspek kepelbagaian kebolehan murid.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu mengambil kira aspek
kepelbagaian budaya supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran serta
mereka dapat terlibat secara aktif di samping, bilik darjah mesra budaya dapat diwujudkan.

6.1 Tindakan Guru dalam Melaksanakan Pedagogi Releven Budaya

Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh guru ialah merancang pengajaran dan
pembelajaran secara penemuan. Sebagai contoh bagi tajuk ‘Budaya Masyarakat Majmuk’,
Fareeda dan Nuruld iberi tajuk ‘Budaya Kaum Cina’, manakala Ah Seng dan Ah Hai diberi
tajuk ‘Budaya Kaum India’ dan begitu juga sebaliknya. Strategi merentas budaya
mengkehendaki murid meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya murid
faham akan budaya orang lain.

4
Seterusnya, guru perlu menggunakan strategi pemusatan murid. Ini kerana strategi ini
dapat mengalakkan murid berbincang bersama ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya.
Contohnya, di dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Hakim, Seng Yan
dan Kumaran. Guru perlu menggalakkan interaksi dan kerjasama dalam suasana hormat-
menghormati. Di samping, guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan dan memberi
penghargaan jika ahli kumpulan menunjukkan keharmonian kumpulan pelbagai budaya.
Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapatkan
persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan pelbagai budaya dalam
kelas.

Akhir sekali, guru boleh menggunakan kaedah projek. Di mana kaedah ini memerlukan
pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid kepelbagaian kaum dan budaya. Tajuk yang
sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya ialah ‘Adat Perkahwinan’. Ahli kumpulan
terdiri daripada bangsa yang berbeza supaya mereka boleh berkongsi pengalaman dan buat
kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Secara tidak langsung murid akan mendapat
pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Oleh itu, jika
guru menggunakan strategi ini, bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan dan
mengurangkan isu perkauman yang timbul.

7.0 Penutup

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang terbaik
untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti PdP serta mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Sebagai seorang
guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah kita juga berperanan sebagai
pemudahcara, pembimbing dan perancang untuk memastikan murid-murid mampu mencapai
kecemerlangan secara holistik dalam semua bidang. Suasana bilik darjah yang mesra budaya
sememangnya merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu disediakan kepada murid-
murid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru
perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai dan
seterusnya mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama.