Sei sulla pagina 1di 3

TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SK TATAU
Sempena MAJLIS HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN TATAU 2017

Terima kasih pengacara majlis…

Selamat pagi...
Selamat sejahtera…
Salam 1 Malaysia …. saya ucapkan kepada

Yang Berbahagia ____________________________________________________


_______________________________________________________________ (WAKIL Datuk
Seri Tiong King Sing)

Yang Berusaha, Encik Ibrahim bin Ismail, Penyelia Unit Pembangunan dan Bekalan, Pejabat
Pendidikan Daerah Tatau,

Yang Berusaha Encik Jainuddin bin Abdul Rahman SELAKU Guru Besar SK Tatau,

Puan Winnie anak Dian, Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Tatau,

DSP Dennis anak Bunyam, Ketua Polis Daerah Tatau,

Encik Hendary anak Lingak, PK Pentadbiran SK Tatau,

Ketua-ketua jabatan, Penghulu, Ketua Masyarakat, Ketua Kampung, Tuai-tuai Rumah, AJK
PIBG & KSIB, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid yang diraikan sekalian.

1. Tuan-tuan…puan-puan serta siding hadirin sekalian…

Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga kepada _______________________________________________(wakil Datuk Seri
Tiong King Sing) kerana sudi hadir pada majlis kita pada pagi ini.

1
2. Sidang hadirin yang dihormati sekalian....

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan tahniah
kepada kepada jawatankuasa pengelola Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SK Tatau Tahun 2017
yang dipengerusikan oleh Encik Mohamad Salihin bin Talip selaku Penyelia Petang SK Tatau
dan diselaraskan oleh Encik Mohd Faizal bin Sulaiman. Terima kasih buat semua guru serta ahli
jawatankuasa yang lain yang telah berkerjasama dan bertungkus lumus menjayakan aktiviti kita
pada hari ini.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua pihak yang telah
terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam semua aktiviti yang telah dikelolakan oleh
pihak persatuan sepanjang tahun 2017 ini. Kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh
ibu bapa dan guru-guru serta AKP; khususnya AJK PIBG sesi 2017-2019 dan Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa SK Tatau amat saya hargai. Saya berharap kerjasama dan komitmen sebegini
akan diteruskan dari semasa ke semasa demi menjayakan agenda persatuan dan kemenjadian
murid SK Tatau khasnya.

3. Sidang hadirin yang dimuliakan........

Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas
dan tahniah kepada murid- murid yang telah menunjukkan kepintaran dan sahsiah yang
cemerlang sepanjang tahun ini. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya
memartabatkan profession perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti,
baik dari segi akademik ataupun sahsiah.

Segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru dalam
melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Tahniah juga diucapkan kepada ibu
bapa diatas galakkan, didikan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu
memperolehi kecemerlangan dan berdaya saing dengan murid-murid lain. Semoga usaha ini
dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak terus mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

2
4. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang pada hari ini, adalah
selari dengan matlamat memotivasikan murid agar terus berusaha untuk mencapai
kecemerlangan. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada masa akan
datang dengan peningkatan pelajar yang cemerlang disamping dapat menaikkan dan
mengharumkan lagi nama SK Tatau di Daerah Tatau ini. Sekali lagi, saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima
hadiah d iatas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian tersebut tidak berakhir di sini.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila.

5. Kita sedia maklum, Yang Berhormat Datuk Seri Tiong King Sing seringkali membantu
sekolah khususnya SK Tatau. Oleh itu, saya mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tatau
amat berterima kasih di atas sumbangan dan sokongan daripada pihak Yang Berhormat Datuk
Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen P.217 Bintulu yang tidak serik-serik membantu pihak SK
Tatau. Untuk pengetahuan tuan, segala peruntukan geran yang telah diberi kepada persatuan
selama ini telah kita gunakan bagi tujuan pembangunan sekolah dan kemenjadian murid.

6. Kita sekarang ini sedang berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak Tatau
yang berjaya. Oleh itu, pihak persatuan dan sekolah khasnya amat memerlukan bantuan dan
sumbangan dana daripada Yang Berhormat Datuk Seri Tiong King Sing, P.217 Bintulu untuk
merealisasikan projek Pembaikan Padang Sekolah SK Tatau. Besarlah harapan kami sekiranya
pihak YB Datuk Seri Tiong King Sing sudi membantu dalam menjayakan pembaikan padang SK
Tatau ini yang dijangka menelan puluhan ribu ringgit.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang
SK Tatau Tahun 2017. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap.
Setiap apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan
anak-anak kita bersama dengan lebih cemerlang dimasa akan datang. Yang Baik itu datangnya
dari Tuhan Yang Maha Esa dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Potrebbero piacerti anche