Sei sulla pagina 1di 1

Teks Cerita Dalam al-Quran: Ashabul Kahfi

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif tunggak keadilan,
hadirin-hadirat, seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekelian. (Pantun): Ahlan wasahlan
ucapan diberi Tenangkan diri berikan tumpuan Dengarkan pula cerita ini Kisah ashabul kahfi
pemuda beriman Pada zaman dahulu, di bumi Urdhun, ada seorang Raja yang zalim bernama
Daqyanus. Baginda menganut agama berhala serta mendustakan ajaran Nabi Musa alaihis
salam. Baginda turut memerintahkan rakyat jelata menyembah berhala. Jika ada yang ingkar,
hukuman berat pasti dikenakan. Pada masa yang sama, di negeri itu terdapat sekumpulan
pemuda yang masih kuat berpegang dengan ajaran tauhid. Mereka sama sekali menafikan
betapa patung yang di sembah itu tidak bisa memberikan sebarang mudarat dan manfaat.
Sedikit pun tidak gentar di hati mereka dengan ancaman raja yang kejam itu.

Malah, iman mereka semakin kukuh. Untung nasib dan harapan mereka hanya diserahkan
kepada Allah semata-mata. (Pantun): Ashaabul kahfi pemuda beriman Demi aqidah nyawa di
pertaruhkan Ayuhlah kawan ambillah teladan Itulah contoh mukmin pilihan Kisah keimanan
mereka kepada Allah akhirnya sampai ke pengetahuan Raja
Daqyanus. Dengan murka baginda bertitah, “tangkap dan penjarakan mereka”.
Tanpa banyak bicara masa para pembesar istana melancarkan operasi memburu para pemuda
beriman itu. Lihatlah rakan, betapa seseorang yang ingin membuat kebaikan, mendapat
ancaman bilamana hidup di bawah naungan pemimpin yang tidak mengenali Tuhan. Kita
sepatutnya bersyukur kerana hidup dalam suasana negara yang bebas merdeka. Segala
kurniaan yang Allah berikan dapat kita nikmati. Untuk melakukan kebaikan tiada siapa yang
melarang. Namun untuk membuat kejahatan, pastinya ada hukuman yang menanti Tatkala
perintah Raja Daqyanus itu tersebar ke seluruh negeri, para pemuda beriman itu lantas
mengadakan perbincangan sulit. Matlamatnya hanya satu, tidak lain adalah untuk mencari
jalan bagaimana untuk melepaskan diri daripada ancaman

sang Raja yang zalim itu. Pelbagai cadangan dikemukakan, namun tiada satu pun yang
disepakati bersama. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara,
“bagaimana kalau kita keluar meninggalkan negeri ini?”, mereka berpandangan
sesama sendiri. (Syair):
Tujuh pemuda………mengambil keputusan…….

Melarikan diri……….mencari perlindungan…….

Tawakkal dan doa..…menjadi bekalan….

Demi Tuhan…aqidah dipertahankan….


Kawan-kawan, tindakan yang diambil oleh pemuda-pemuda itu sebenarnya amat tepat pada
masanya. Demi Tuhan yang Esa, mereka sanggup meninggalkan tanah air, keluarga dan harta
yang dimiliki. Bagi mereka, biarlah menempuh kepayahan dahulu sebelum beroleh
kesenangan abadi di akhirat kelak. Kawan-kawan, ini bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w
yang menggalakkan agar umatnya mengingati 5 perkara sebelum 5 perkara:

Potrebbero piacerti anche