Sei sulla pagina 1di 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERU

BATU 7, PEKAN MERU, 41050 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.


Tel : 03-3392 1035 Fax : 03-3392 6735
Website : www.smkmeru.edunet.com.my
Kod Sek : BEB 0110
Rujukan kami : SMKM.PBS.Png 2018 -
Tarikh : 3 APRIL 2018

Kepada

Ibu Bapa / Penjaga

SURAT MAKLUMAN KERJA KURSUS


MATA PELAJARAN PERNIAGAAN SPM 2018

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar ...................................................... tingkatan..............................


telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan mata pelajaran Perniagaan dalam peperiksaan SPM 2018.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah mengharapkan agar tuan/puan dapat memberi kerjasama memantau perkembangan
tugasan kerja kursus anak jagaan tuan/puan yang dilaksanakan bersama guru pembimbing di sekolah. Guru Pembimbing
ialah:

NAMA GURU KELAS DIAJAR


Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Hamzah Tingkatan 5 Effisien, 5 Gigih dan 5 Kreatif
Puan Noor Azlina bt. Yusof Tingkatan 5 Fikir, 5 Jujur dan 5 Luhur
Puan Hafizah bt. Md. Amin Tingkatan 5 Harmoni

3. Tugasan itu bermula pada bulan April sehingga bulan Jun. Ia berbentuk satu penulisan rancangan perniagaan untuk
suatu aktiviti perniagaan yang telah dipilih oleh murid berkenaan.

4. Markah kerja kursus ini diambilkira dalam menentukan gred keputusan SPM mata pelajaran Perniagaan. Kegagalan
melaksanakan kerja kursus, menyebabkan status calon dianggap tidak hadir (T) dalam keputusan peperiksaan tersebut.

Kerjasama tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian dimaklumkan.

Yang benar,

..........................................
( Puan Sa’adah binti Kasiran)
Pengetua
SMK Meru

(Surat Perakuan Ibu Bapa Murid)


_________________________________

_________________________________

_________________________________

_________________________________ Tel : _________________

________________________________________________________________________________________________

Pengetua,
SMK Meru,
41050 Klang,
Selangor. Tarikh : _______________

Tuan,

PELAKSANAAN KERJA KURSUS MATA PELAJARAN PERNIAGAAN SPM 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya _____________________________________ membenarkan anak saya _______________________________


dari Tingkatan _________________________ untuk menjalankan Kerja Kursus Mata Pelajaran Perniagaan bagi
memenuhi syarat peperiksaan peringkat SPM 2018.

3. Saya juga berjanji akan membantu guru pembimbing untuk memantau dan memastikan anak saya menyiapkan
tugasan Kerja Kursus Perniagaan SPM 2018.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………….……………………………….

( )

Potrebbero piacerti anche