Sei sulla pagina 1di 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu


P.O.B 11757, 88819, Kota Kinabalu
SABAH. MALAYSIA

XCA 4024 No. Telefon & Faks : 088-432 033 e-mel: xca4024@moe.gov.my
Ruj. Kami : SKLYI/800-1/1/3 ( )
Tarikh : 02 Januari 2018

ROSLAN PADE
Guru Penasihat,
Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu.

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM, KELAB DAN PERSATUAN DAN
SUKAN PERMAINAN SEKOLAH KEBANGSAAN LOK YUK INANAM, KOTA KINABALU 2018

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai Guru
Penasihat Unit Beruniform: BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, Kelab Persatuan: RUKUNEGARA
DAN PENCEGAHAN JENAYAH, Sukan permainan: OLAHRAGA, SK Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu.
Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 02 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.

2. Tuan/puan akan menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya seperti dalam Peraturan 8
warta kerajaan bertarikh 21.05.1998, P.U. (A) 196. Tuan/puan dikehendaki pada setiap masa
menjalankan kegiatan dan aktiviti berkaitan, mengawasi keselamatan dan kesejahteraan murid-murid.
Murid-murid hendaklah dibimbing untuk menjadi pemimpin Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform masing-
masing. Turut disertakan bersama dengan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
tuan/puan.

3. Semoga dengan pelantikan ini, tuan/puan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi untuk meningkatkan prestasi persatuan/ kelab/ badan beruniform.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

……………………..……………
(ELIZABETH LOK FAE LING)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu.
s.k.
1. Fail Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
2. Fail Peribadi Guru

“Let’s Make SKLYI Great Again”


Senarai Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.


2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan
kepada Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri
dan kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku/Borang Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

“Let’s Make SKLYI Great Again”

Potrebbero piacerti anche