Sei sulla pagina 1di 9

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/305692985

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID


DALAM OPERASI DARAB MENGGUNAKAN
KAEDAH GARIS SILANG (KAEDAH...

Article · October 2013

CITATIONS READS

0 1,063

2 authors, including:

Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri


IPGM Kampus Pulau Pinang
6 PUBLICATIONS 0 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

High Order Thinking in Mathematical Thinking View project

All content following this page was uploaded by Muhammad Shamsul Naim Mohd Sukri on 28 July 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB
MENGGUNAKAN KAEDAH GARIS SILANG (KAEDAH ALTERNATIF)

Muhammad Shamsul Naim Bin Mohd Sukri


nicknaim@ymail.com

Pn. Hjh Zowyah Binti Hj Shabdin


zowyah@yahoo.com.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah


keberkesanan Kaedah Garis Silang (Kaedah Alternatif) mampu untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab nombor dua digit
dengan dua digit. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid
Tahun 4 dari sebuah sekolah di Pulau Pinang. Kesemua mereka ini terdiri
daripada murid pelbagai pencapaian termasuklah lemah, sederhana dan
cemerlang berdasarkan ujian pra. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan
ujian pasca. Hasil analisis data mendapati bahawa hampir kesemua sampel
menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra.
Dalam masa yang sama, sampel berpencapaian cemerlang berjaya
mengekalkan markah mereka dengan mendapat 100 peratus. Keputusan
penyelidikan menunjukkan bahawa Kaedah Garis Silang (Kaedah Alternatif)
sangat berkesan sebagai alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan
murid dalam operasi darab nombor dua digit dengan dua digit.

Pendahuluan

Konsep pendaraban merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam matematik.
Jadi, sebab itulah setiap murid harus berupaya menguasai kemahiran mendarab ini dengan baik.
Antara faktor yang menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat menguasai kemahiran mendarab
nombor dua digit dengan dua digit ialah tidak menghafal sifir. Atas dasar itulah, kaedah pendaraban
garis silang diperkenalkan.

Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah
bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hierarki. Ramai pelajar tidak
dapat menyelesaikan masalah atas sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya
kesalah fahaman konsep. Kita harus sedar bahawa pemikiran murid-murid di peringkat awal lebih
mudah untuk dibentuk berbanding pemikiran murid dewasa. Jadi, apabila kita dapat menanam
konsep kepada murid dari peringkat awal, maka murid tersebut tidak akan mempunyai masalah
untuk konsep matematik yang seterusnya. Gagne (1970) dalam bukunya The Condition of Learning
mengatakan bahawa adalah amat sukar untuk membentuk konsep pada minda pelajar dan jika ia
telah berlaku, maka mudahlah pembelajaran itu dilakukan.

Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab
murid-murid malah ianya memberikan satu keseronokan baru kepada murid dalam mempelajari
matematik. Murid juga dapat merasai sendiri akan keajaiban dunia matematik. Pengkaji melihat
bahawa kaedah pendaraban garis silang ini adalah satu alternatif yang sangat baik bagi
meningkatkan kemahiran mendarab nombor dua digit dengan dua digit terutamanya bagi murid yang
lemah dan murid yang sukar menghafal sifir. Bagi mereka yang telah menghafal sifir, kaedah ini
membantu mereka untuk lebih bersemangat dan meningkatkan keterujaan mereka untuk
mendapatkan jawapan.

Fokus Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada masalah operasi darab yang selalu dipandang susah dan
sukar untuk difahami. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana kaedah garis silang (kaedah
alternatif) membantu dalam meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab nombor dua digit
dengan dua digit.

Ramai murid mempunyai masalah dalam menyelesaikan soalan berkaitan mendarab


nombor dua digit dengan dua digit padahal kemahiran ini tidaklah sesukar yang disangkakan.
Berdasarkan penyelidikan ini, pengkaji telah menyenaraikan beberapa masalah yang berlaku
mengapa kebanyakan murid mempunyai masalah dalam topik ini.

Kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses pendaraban berlaku dan yang
paling penting ialah tidak menghafal sifir. Seperti mana yang kita ketahui, pendaraban membuatkan
pengiraan kita menjadi lebih mudah dan cepat berbanding kita menggunakan operasi penambahan.
Antara kesilapan lain ialah murid tidak tahu bagaimana untuk memulakan proses pendaraban
(sehingga membuatkan pelajar meninggalkan ruangan kosong), tersalah meletakkan nombor dalam
situasi pendaraban separa (partial multiplication), tidak mengingat sifir sehingga meletakkan
jawapan sifir yang salah dan juga kecuaian dalam melakukan operasi darab. Kesemua masalah-
masalah ini sangat membimbangkan dan akan memberi kesan terhadap prestasi dan keputusan murid
nanti.

Memetik kata-kata Donna Saye, profesor di Georgia South University mengatakan bahawa
kaedah tradisional bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pelajar, malah menyumbang kepada
kecenderungan murid untuk berprestasi lemah dalam matematik. Kaedah ini membosankan murid
kerana mereka hanya bergerak pasif dan hanya melihat guru menulis contoh matematik dan mereka
kemudiannya mendengar dan menyalin.

Objektif Kajian dan Persoalan Kajian

Secara keseluruhannya, penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana:
a) Murid dapat menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan.
b) Murid boleh mengira dengan pantas secara bertulis dengan tepat dan cepat.
c) Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.
d) Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

Persoalan kajian yang dijalankan merangkumi beberapa aspek berikut:


a) Adakah kaedah garis silang dapat membantu murid menjawab dengan baik?
b) Adakah kaedah garis silang dapat membantu murid mengira dengan pantas secara bertulis
dengan tepat dan cepat?
c) Adakah minat murid terhadap matematik dapat ditimbulkan melalui penggunaan kaedah
garis silang?
d) Adakah kaedah garis silang dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
ceria dan harmonis?

Kumpulan Sasaran

Untuk penyelidikan ini, pengkaji telah memilih salah sebuah sekolah di Butterworth,
Seberang Perai, Pulau Pinang sebagai tempat penyelidikan. Pengkaji telah memilih murid Tahun 4
Nilam (kelas yang pertama) sebagai sampel kajian memandangkan kemahiran pendaraban
melibatkan dua digit dengan dua digit adalah asas di dalam sukatan mata pelajaran matematik Tahun
4. Dalam masa yang sama, pengkaji terpaksa memilih kelas yang pertama kerana di dalam kelas
yang pertama tersebut, terdapat tiga kategori murid iaitu murid yang berpencapaian rendah,
sederhana dan cemerlang. Ketiga-tiga kategori ini amat penting untuk melihat sejauh mana
keberkesanan kaedah alternatif garis silang terhadap kemahiran murid mendarab nombor melibatkan
dua digit dengan dua digit.

Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan, hasil dapatan ujian telah disaring dan daripada
keseluruhan kelas, pengkaji hanya memilih 10 orang sampel yang terdiri daripada 3 orang murid
berpencapaian rendah, 4 orang berpencapaian sederhana dan 3 orang berpencapaian cemerlang.
Kesemua sampel adalah murid lelaki. Daripada 10 orang sampel yang dipilih, 10% adalah murid
Cina, 40% adalah murid India dan selebihnya 50% adalah murid melayu.

Peratus Sampel yang Dipilih

40% 50%
10%

Melayu Cina India

Rajah 1 : Peratus Sampel yang dipilih

Prosedur Tindakan

Tindakan yang diambil dalam menjalankan penyelidikan ini adalah melalui kelas yang
diadakan pada luar waktu pengajaran dan pembelajaran waktu matematik. Perancangan ini adalah
penting untuk mengelakkan murid-murid meninggalkan kelas dalam subjek-subjek yang ada
peperiksaan dan juga tidak mengganggu pengajaran guru-guru lain.

Sebelum pengkaji melaksanakan ujian pra kepada sampel yang dipilih, pengkaji telah
membantu sampel-sampel dalam mengingat semula kemahiran mendarab nombor dua digit dengan
dua digit. Pada peringkat permulaan, seramai 27 orang diberikan ujian pra. Ujian pra ini juga
pengkaji anggap sebagai ujian diagnostik untuk memilih murid yang layak untuk kategori sampel
yang telah saya tetapkan.

Setelah ujian pra/diagnostik dijalankan, pengkaji telah memilih 10 orang sampel daripada
27 orang sebagai sampel akhir untuk penyelidikan ini. Jadi, keputusan ujian tersebut pengkaji telah
gunakan sebagai hasil ujian pra dalam penyelidikan. Oleh kerana kesuntukan masa, keputusan ujian
pra dan ujian diagnostik adalah benda yang sama. Sampel kemudian diajar dengan kaedah garis
silang (kaedah alternatif). Lebih kurang dalam sebulan lebih pengkaji mengambil masa untuk
menanamkan kefahaman mereka terhadap kaedah ini di samping mengukuhkan konsep pendaraban
mereka. Pengkaji telah memberikan mereka soalan latih tubi dan membuat pemerhatian sepanjang
penyelidikan ini berlaku.

Setelah merasakan sampel telah bersedia, pengkaji telah melaksanakan ujian pasca kepada
mereka sebanyak dua kali. Untuk ujian pasca kitaran pertama, pengkaji mewajibkan kesemua
sampel untuk menggunakan kaedah garis silang ini. Manakala untuk ujian pasca kitaran yang kedua,
pengkaji memberikan mereka kebebasan untuk memilih kaedah mana yang lebih mereka sukai sama
ada kaedah alternatif atau kaedah tradisional. Setelah kesemua data dikumpul, pengkaji membuat
analisis secara kualitatif dan kuantitatif dan membuat perbandingan prestasi mereka di antara kedua-
dua ujian.

Cara Pengumpulan Data

Pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan kaedah kualitatif dan


kaedah kuantitatif. Kedua-dua kaedah ini adalah sangat penting dalam membuat analisis terhadap
penyelidikan ini. Bagi kaedah pengumpulan data berdasarkan data kualitatif, saya menggunakan
data daripada ujian pra, ujian pasca dan latih tubi. Bagi data kuantitatif, saya menggunakan data
melalui pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data kuantitatif ini melibatkan murid dan guru.
Namun dalam laporan ini, saya hanya memfokuskan analisis ujian pra dan pasca, pemerhatian dan
temu bual.

Model Kajian

Untuk penyelidikan ini, pengkaji mengambil pendekatan dengan menggunakan Model


Penyelidikan Kemmis dan McTaggart (1988). Model penyelidikan Kemmis dan McTaggart ini
mengandungi empat fasa iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Dalam fasa
merancang, pengkaji telah merancang tindakan-tindakan yang akan pengkaji lakukan terhadap
sampel dalam penyelidikan ini. Kesemua masalah yang di hadapi oleh sampel pengkaji
mempengaruhi perancangan dalam penyelidikan ini.

Seterusnya dalam fasa bertindak, pengkaji mula melaksanakan setiap perancangan


termasuklah ujian pra, pasca, soal selidik, temu bual dan sebagainya. Dalam masa yang sama,
pengkaji membuat pemerhatian sepanjang penyelidikan ini berlaku. Kesemua data yang
dikumpulkan melalui pemerhatian direkodkan. Berdasarkan data-data yang telah dikumpulkan,
pengkaji telah membuat refleksi terhadap keberkesanan kaedah yang pengkaji laksanakan iaitu
kaedah Garis Silang (kaedah alternatif) terhadap penguasaan mendarab murid. Hasil refleksi ini
menunjukkan keberkesanan kaedah ini.

Kaedah Garis Silang (Kaedah Alternatif)

Kaedah Garis Silang (kaedah alternatif) ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah yang beraras
tinggi dan yang beraras rendah. Untuk murid berpencapaian cemerlang dan sederhana, pengkaji
telah mengajar mereka kedua-dua kaedah iaitu kaedah aras tinggi dan aras rendah yang bertujuan
untuk melihat sejauh mana kaedah ini mempengaruhi prestasi mereka dan dalam masa yang sama
kaedah manakah yang menjadi pilihan mereka. Manakala untuk murid berpencapaian rendah,
pengkaji hanya mengajar satu sahaja iaitu kaedah garis silang beraras rendah. Dalam laporan ini,
pengkaji menggunakan istilah Kaedah Garis Silang Aras Tinggi (GST) dan Kaedah Garis Silang
Aras Rendah (GSR).

Rajah 2 : Kaedah Garis Silang Rajah 3 : Kaedah Garis Silang


Aras Tingi(GST) Aras Rendah(GSR)
Kaedah Garis Silang Aras Tinggi (GST)

Untuk Kaedah GST murid harus menghafal sifir terlebih dahulu kerana prosesnya hampir
sama seperti kaedah tradisional, iaitu mendarab nombor dengan congakkan, tetapi kaedahnya adalah
berbeza.

Langkah-langkah (sila rujuk rajah di bawah)


a) Lukiskan garisan mengikut bilangan digit dengan bersilang membentuk ‘X’.
b) Labelkan nilai digit pada setiap garisan yang telah dilukiskan.
c) Darabkan nilai digit mengikut titik persilangan. Rajah di bawah mempunyai 4 titik
persilangan. Contoh: 5 X 1 = 5. Maka, nombor yang perlu dituliskan ialah 05.
d) Darabkan semua nilai digit pada semua titik persilangan dan isikan jawapan di ruangan di
antara titik persilangan.
e) Wujudkan batasan di antara titik persilangan tersebut.

Rajah 4 : Langkah-langkah Kaedah Garis Silang Aras Tinggi (GST)

Kaedah Garis Silang Aras Rendah (GSR)

Dalam mengajar kaedah GSR ini, terdapat beberapa tahap yang harus dipelajari oleh murid.
Berbeza dengan kaedah GST, GSR ini adalah untuk murid yang tidak tahu sifir atau dengan erti kata
lain tidak tahu bagaimana untuk melakukan proses mendarab. Terdapat 4 tahap dalam kaedah ini
iaitu:

Tahap 1 : Pendaraban nombor asas (satu digit dengan satu digit)


Tahap 2 : Pendaraban tanpa pengumpulan semula
Tahap 3 : Pendaraban dengan pengumpulan semula
Tahap 4 : Pendaraban dengan nombor gandaan 10 (10,20,30 dan lain-lain).

Contoh: 12 x 23

pu

2 ra
sa
1
2

3 2
2 9
3 7

Lukiskan garisan 2 dan 3 Lukiskan garisan 1 dan 2 Kirakan bilangan titik-titik


secara selari dan secara bersilang dengan persilangan dalam setiap
berasingan garisan 2 dan 3 rumah

Rajah 5 : Pendaraban melibatkan tanpa pengumpulan semula.


Dapatan Kajian

Analisis Kuantitatif

Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, pengkaji telah membantu sampel
mengukuhkan semula penguasaan konsep mereka terhadap kemahiran mendarab. Kemudian, ujian
pra dijalankan. Berdasarkan keputusan ujian pra, sampel yang dipilih diajar dengan kaedah alternatif
garis silang untuk melihat bagaimana kaedah alternatif ini membantu meningkatkan kemahiran
murid dalam mendarab nombor dua digit dengan dua digit. Berikut ialah hasil dapatan kajian.

Rajah 6 : Perbandingan peratus skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah di atas menunjukkan hasil dapatan markah sampel bagi ujian pra dan pasca. Setelah
menjalankan ujian pasca kitaran kedua, keputusan mereka meningkat dengan penggunaan kaedah
alternatif ini. Sampel yang tidak mendapat markah semasa ujian pra boleh mendapatkan markah
sehingga 50%. Beza jumlah markah juga meningkat jika dibandingkan dengan ujian pra dan ujian
pasca. Hal ini kerana sampel sudah memahami konsep pendaraban dan mereka sudah mahir
menggunakan kaedah alternatif ini. Seperti yang boleh dilihat pada rajah di atas, sampel S1 dan S2
yang pada mulanya tidak mendapat apa-apa markah di dalam ujian pra boleh mendapat markah 50 %
dan 60 %.

Jadual 1 : Perbandingan Ujian Pra dan Pasca


Skor (%) Peratus Peningkatan
Sampel
Ujian Pra Ujian Pasca (%)
S1 0 50 50
S2 0 60 60
S3 10 60 50
S4 50 80 30
S5 50 80 30
S6 50 90 40
S7 50 100 50
S8 100 100 0
S9 90 100 10
S10 100 100 0
Purata Peratus
Purata Min 50 82
Peningkatan
Sisihan 32
38.3 19.3
Piawai

Berdasarkan analisis dalam jadual di atas, purata markah bagi seseorang dalam ujian pra
ialah sebanyak 50 %. Maknanya di sini kebolehan sampel secara kasarnya untuk mendapat markah
yang baik agak tipis kerana mereka hanya boleh mendapatkan separuh markah daripada markah
penuh. Namun begitu, setelah kaedah garis silang diajar kepada mereka dan dalam masa yang sama,
konsep pendaraban dperkukuhkan, purata min sampel bagi ujian pasca menigkat sebanyak 32 %
menjadikannya 82 %. Peningkatan ini menunjukkan sampel sudah mula faham berjaya menjawab
soalan-soalan dengan betul. Sisihan piawai menunjukkan penurunan dari 38.3% kepada 19.3%. Ini
bermakna jurang perbezaan markah sampel semakin menurun dan prestasi sampel semakin baik.
Purata peratus peningkatan murid ecara keseluruhan ialah 32%.

Analisis Kualitatif

Sepanjang menjalankan penyelidikan ini, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap


sampel yang telah dipilih. Permerhatian ini dijalankan dalam kalangan 10 orang sampel yang
dianalisis menggunakan borang senarai semak pemerhatian semasa pengkaji menguji mereka tentang
kemahiran mendarab nombor dua digit dengan dua digit. Dapatan kajian dianalisis ditunjukkan seperti
jadual di bawah.

Hasil analisis mendapati daripada 10 orang sampel yang terlibat, hanya 3 orang (30%)
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cemerlang dalam mendarab nombor dua digit dengan
dua digit semasa pengkaji menguji dan mengajar mereka kaedah garis silang (kaedah alternatif)
manakala selebihnya 7 orang (70%) masing-masing dalam kategori baik sebanyak 4 orang (40%),
dan kategori lemah sebanyak 3 orang (30%). Dalam kumpulan sederhana yang telah saya kategorikan
sebelum ini, kumpulan ini kesemuanya mendapat baik. Hal ini kerana kumpulan sederhana selalunya
mempunyai tahap murid yang pelbagai. Ada antara mereka yang hampir kepada lemah dan adanya
hampir kepada cemerlang.

Jadual 2 : Senarak Semak Pemerhatian Skala Berkadar


Bil Sampel SENARAI SEMAK PEMERHATIAN SKALA BERKADAR Jumlah Min Skor
KEMAHIRAN MENDARAB DUA DIGIT DENGAN DUA DIGIT (Gred)
1-lemah, 2-sederhana, 3-baik, 4-cemerlang
Aspek
Memahami Memahami Berusaha Menghafal Menghurai
soalan konsep menjawab sifir soalan dan
pendaraban soalan menjawab
dengan betul
1 S1 3 2 1 1 1 1 (lemah)
2 S2 3 1 1 1 1 1 (lemah)
3 S3 3 1 2 1 1 1 (lemah)
4 S4 3 3 3 2 2 3 (baik)
5 S5 4 3 3 3 2 3 (baik)
6 S6 4 3 3 3 3 3 (baik)
7 S7 3 3 3 3 2 3 (baik)
8 S8 4 4 4 4 4 4 (cemerlang)
9 S9 4 4 4 4 3 4 (cemerlang)
10 S10 4 4 4 4 4 4 (cemerlang)
Catatan diari penyelidik: 3 (30%) orang sampel telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mendarab nombor
dua digit dengan dua digit yang cemerlang, maka yang selebihnya 3 (30%) orang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang lemah, dan 4 (40%) orang mempunyai kemahiran yang baik.

Di akhir penyelidikan ini, pengkaji telah mendapatkan data temu bual mengenai kaedah yang
manakah menjadi pilihan sampel. Berdasarkan analisis, daripada 10 sampel, hanya 7 orang sahaja
yang memilih mengunakan kaedah garis silang. Ini menunjukkan bahawa kaedah garis silang ini
diterima oleh mereka dan membantu mereka untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam
kemahiran mendarab. Lihat rajah 9 di bawah:
Rajah 7 : Kecenderungan pemilihan kaedah pendaraban
yang terbaik oleh sampel.

Rumusan

Dapatan kajian ini mendapati bahawa kemahiran mendarab nombor dua digit dengan dua
digit menggunakan Kaedah Garis Silang (Kaedah Alternatif) berjaya membantu murid meningkatkan
penguasaan mereka dalam kemahiran ini dan seterusnya menngkatkan prestasi markah mereka dalam
ujian. Berdasarkan dapatan hasil analisis, penggunaan ini meningkatkan prestasi murid daripada 20
% sehingga 30 % dalam skor ujian mereka.

Berdasarkan pandangan sampel yang telah dipilih, hampir kesemua daripada mereka
bersetuju bahawa kaedah ini sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam
mendarab nombor dua digit dengan dua digit. Kaedah ini sesuai untuk dilaksanakan kerana berjaya
menarik minat mereka dalam pembelajaran matematik

Cadangan Kajian Seterusnya

Secara keseluruhannya, penyelidikan ini memberikan hasil yang sangat memberangsangkan


apabila kesemua sampel menunjukkan peningkatan skor dalam ujian pasca mereka. Cadangan untuk
kajian seterusnya ialah pengkaji ingin mengubah kumpulan sasaran kepada kumpulan yang lebih
muda.

Selain itu, cadangan bagi kajian lanjutan ialah saya akan menumpukan kepada kemahiran
yang lebih tinggi iaitu mendarab nombor tiga digit dengan tiga digit dan juga nombor tiga digit dengan
dua digit dan sebagainya. Dalam penyelidikan ini, saya hanya mengambil 10 orang sampel sahaja.
Jadi, untuk cadangan kajian seterusnya, saya ingin meningkatkan bilangan sampel lebih banyak.
Peningkatan bilangan sampel ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran sebenar berkenaan
tahap pencapaian murid sekurang-kurangnya dalam lingkungan yang lebih besar daripada
penyelidikan ini.

Senarai Rujukan

Saye, D. (2000). An Alternative Technique For teaching Mathematics: Study Teach. Georgia
Southern University, Statesboro, United States.
Gagne (1970). The Conditions of Learning. United States of America: Holt, Rinehart
and Winston, Inc.
Kemmis, S.,& Mc Taggart, R. (1988a). The action research planner (3rd ed.). Geelong,Australia:
Deakin University Press.
Wong K. Y. (1987). Kemahiran Matematik Asas. Berita Matematik. 32. 2-6.
Yong, Kuan Yeoh, Cham, Juat Eng dan Chen, Ing Joo (2001). Matematik
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Pustaka Alhas (M) Sdn. Bhd.

View publication stats

Potrebbero piacerti anche