Sei sulla pagina 1di 5

1.

0 LAPORAN TEMUBUAL

Dalam usaha bersaing dengan negara maju lain, Malaysia mempunyai daya usaha
dalam melahirkan komuniti digital serta generasi abad ke-21 yang serba boleh. Antara
usaha yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah memberi
pendedahan awal tentang perlaksanaan sistem pendidikan sekolah melalui pengalaman
berasaskan sekolah kepada guru-guru pelatih pra-perkhidmatan. Dengan ini, guru-guru
pelatih mampu menyesuaikan diri dengan suasana pengajaran di sekolah kelak. Saya
telah menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan Perpaduan,
Ulu Kinta, Perak iaitu selama seminggu pada 26 Mac hingga 30 Mac 2018. Sepanjang
melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah ini, minda saya telah dibuka dengan
beberapa perkara penting yang mampu memberikan pendedahan positif kepada saya
sebelum bergelar guru kelak.

Selari dengan tugasan yang diberikan, tanggal 28 Mac 2018, saya telah menemu
bual seorang guru yang amat disegani di Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Ulu Kinta,
Perak. Beliau bernama Tuan Khairuddin Bin Mahmud, iaitu merupakan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Perpaduan. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun
2002 iaitu selama 16 tahun. Sekolah Kebangsaan Perpaduan (SKP), Ulu Kinta, Perak
merupakan salah sebuah sekolah yang mempunyai warga sekolah iaitu dalam kalangan
guru dan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya seperti Melayu, Cina dan India.
Oleh yang demikian, Guru Besar SKP sangat menitikberatkan cara hidup secara
sosiobudaya dalam kalangan warga sekolah. Beliau telah merangka pelbagai aktiviti
menarik yang berkaitan merapatkan jurang sosialbudaya dalam kalangan warga
sekolah. Antara aktiviti tahunan yang wajib dijalankan pada setiap tahun adalah Hari
Kebudayaan dan Gotong-Royong Perdana. Aktiviti ini bukan sahaja memerlukan guru
dan murid untuk melibatkan diri malah, ibu bapa juga perlu bersama-sama dalam usaha
memupuk perpaduan selari dengan nama sekolah. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini,
bukan sahaja dapat memupuk perpaduan malah mengeratkan hubungan silaturrahim
antara guru, murid dan ibu bapa.

Menurut pemahaman Tuan Khairuddin Bin Mahmud, beliau menerangkan bahawa


budaya bermaksud cara hidup sesuatu bangsa atau umat. Budaya itu melambangkan
seseorang individu atau masyarakat. Jika kita lihat di sekolah, pelbagai budaya yang
dapat kita lihat. Setiap murid mempunyai kepercayaan dan budaya mengikut agama dan
suku kaum. Manakala sosiobudaya pula Seperti yang kita tahu kepelbagaian itu sendiri
membawa maksud yang berbeza-beza jenisnya. Wujudnya kepelbagaian sosiobudaya di
negara kita ini kerana terdapatnya pelbagai jenis kaum dan etnik yang mempunyai
budaya yang tersendiri. Justeru, selari dengan pembangunan SKP iaitu warga sekolah
terdiri daripada pelbagai budaya. Pemahaman yang tinggi mengenai budaya dan
sosiobudaya oleh Pentadbir Sekolah amat penting. Hal ini kerana, Pentadbir Sekolah
merupakan tonggak utama dalam pembangunan sesebuah sekolah. Guru Besar SKP
juga berpendapat bahawa guru perlu memainkan peranan penting dalam mengetahui
latar belakang setiap murid. Hal ini kerana, di sekolah kita mempunyai pelbagai jenis latar
belakang keluarga. Dengan ini, guru mampu membantu murid dengan memahami
perbezaan mereka terlebih dahulu. Namun pada hari ini, masih ramai guru gagal
melaksanakanya. Kebanyakan guru hari ini mengamalkan sikap lepas tangan dan sambil
lewa mengenai pemupukkan budaya dalam kalangan murid begitu juga dengan ibu bapa
yang hanya mengharapkan guru. Dalam usaha ini, Guru Besar SKP menyarankan
supaya pihak sekolah mengerah pihak guru seperti mengadakan kempen dan kursus.
Guru boleh dihantar untuk mengikuti kempen dan kursus kesedaran tentang kepentingan
pemupukkan sosiobudaya dalam kalangan murid. Justeru, guru boleh mempraktikkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara implikasi yang akan diperolehi apabila guru memahami dan mengamalkan
cara hidup sosiobudaya di sekolah adalah mereka dapat mengawal kelas dengan baik.
Nilai kewarganegaraan juga dapat dipupuk seperti nilai perpaduan. Guru-guru juga tidak
seharusnya melabelkan atau membezakan murid dengan murid yang lain. Implikasinya
mungkin murid tersebut akan tercicir dan akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak
tercapai. Apabila situasi ini berlaku, murid tidak akan berminat untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa diri mereka disisihkan dan akan
merasa rendah diri justeru malu dengan rakan sebaya yang lain. Dengan secara tidak
langsung, murid akan melakukan masalah disiplin seperti ponteng. Secara
kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran
kondusif sekaligus mampu menghasilkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya yang
positif dalam proses pendidikan.
2.0 LAMPIRAN

2.1 TRANSKRIP TEMU BUAL

Berikut adalah rakaman temubual secara lisan mengenai fokus temu bual iaitu
berkonsepkan budaya dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya. Temu bual ini telah
dijalankan di Sekolah Kebangsaan Perpaduan (SKP) di Ulu Kinta, Perak pada 28 April 2018.
Temu bual ini telah dikendalikan oleh saya sendiri, Fatin Syahirah Binti Zulkifli dan saya
telah menemubual seorang yang amat disegani oleh semua warga di SKP iaitu Tuan
Khairuddin Bin Mahmud, Guru Besar SKP.

Fatin : Assalamualaikum, tuan. Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa.

Guru Besar : Waalaiskummussalam, Fatin. Sama-sama. Apa yang boleh saya bantu?

Fatin : Melalui pemerhatian saya, sekolah ini sangat menitikberatkan cara hidup
sosiobudaya dalam kalangan warga sekolah dengan mengadakan pelbagai
aktiviti menarik. Oleh itu, bolehkah saya ingin meminta beberapa pendapat
tuan mengenai konsep budaya dan implikasinya kepada proses pendidikan?

Guru Besar : Sudah tentu boleh. Selari dengan nama sekolah, sepanjang 16 tahun
berkhidmat di sekolah ini, saya amat menitikberatkan perpaduan dalam
kalangan warga sekolah ini. Hal ini kerana, seperti yang dapat awak lihat
warga sekolah ini terdiri daripada pelbagai budaya iaitu Melayu, Cina dan
India. Bagi mengeratkan perpaduan semua budaya, saya telah bekerjasama
dengan warga guru dan ibu bapa untuk merangka pelbagai aktiviti yang
mampu meningkatkan perpaduan dan sosiobudaya dalam kalangan warga
sekolah. Antara aktiviti tahunan yang diadakan di sekolah ini seperti Hari
Kebudayaan dan Gotong-Royong Perdana yang memerlukan semua
individu melibatkan diri secara aktif.

Fatin : Oh, begitu ya tuan? Boleh tuan jelaskan pula pemahaman tuan tentang

budaya secara terperinci?

Guru Besar : Budaya itu pada pemahaman saya adalah cara hidup sesuatu bangsa atau
umat. Budaya itu melambangkan seseorang individu atau masyarakat. Jika
kita lihat di sekolah, pelbagai budaya yang dapat kita lihat. Setiap murid
mempunyai kepercayaan dan budaya mengikut agama dan suku kaum.

Fatin : Selepas tuan bercakap tentang budaya di sekolah, barulah saya terfikir
bahawa di setiap tempat mempunyai budaya yang telah diterapkan pada
awal lagi. Bagaimana pula pendapat tuan mengenai sosiobudaya?
Guru Besar : Seperti yang kita tahu kepelbagaian itu sendiri membawa maksud yang
berbeza-beza jenisnya. Wujudnya kepelbagaian sosiobudaya di negara kita
ini kerana terdapatnya pelbagai jenis kaum dan etnik yang mempunyai
budaya yang tersendiri. Di sekolah kita mempunyai pelbagai jenis latar
belakang keluarga. Guru-guru perlu mengambil berat sedikit sebanyak
berkaitan dengan latar belakang pelajar kita. Sebab apa? Sebab ini adalah
salah satu usaha kita untuk membantu murid dengan memahami perbezaan
mereka terlebih dahulu. Namun, masih ramai guru gagal melaksanakanya.
Kebanyakan guru hari ini mengamalkan sikap lepas tangan dan sambil lewa
mengenai pemupukkan budaya dalam kalangan murid begitu juga dengan
ibu bapa yang hanya mengharapkan guru.

Fatin : Pentingnya seorang guru untuk memahami budaya-budaya yang terdapat di


Malaysia ini kan tuan? Pada pendapat tuan, apakah jalan penyelesaian
yang boleh diambil?

Guru Besar : Ya, amat penting. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu memainkan

peranan dengan mengerah pihak guru seperti mengadakan kempen dan


kursus.

Fatin : Soalan terakhir, berdasarkan soalan-soalan yang telah diajukan sebentar


tadi,

apakah implikasi-implikasinya terhadap proses pengajaran dan


pembelajaran?

Guru Besar : Implikasi atau kesannya adalah sekiranya semua guru dapat memahami

budaya dan sosiobudaya ini nescaya mereka dapat mengawal kelas dengan
baik. Nilai kewarganegaraan juga dapat dipupuk seperti nilai perpaduan.
Guru-guru juga tidak seharusnya melabelkan atau membezakan murid
dengan murid yang lain. Implikasinya mungkin murid tersebut akan tercicir
dan akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai.

Fatin : Terima kasih juga saya ucapkan kerana sudi untuk meluangkan masa untuk
sesi temu bual ini. Saya minta diri dahulu kerana tahu tuan banyak lagi kerja
yang harus diselesaikan.

Guru Besar : Sama-sama. Saya hanya membantu dan berkongsi dengan awak apa yang
saya tahu. Semoga diri kita lebih diredhai Allah SWT.
2.2 GAMBAR

Gambar bersama Guru Bersar Sekolah Kebangsaan Perpaduan

Potrebbero piacerti anche