Sei sulla pagina 1di 3

Konsep BIT dan BAIT

  
 Tiap-tiap 0 atau 1 pada sistem Binari dipanggil Bit (untuk angka Binari ).
 BIT  adalah unit asas untuk menyimpan data dalam ingatan komputer. Oleh kerana
satu BIT tidak boleh menyimpan sebatang askara yang mesti diproses oleh komputer,
maka BIT diletakkan bersama-sama dalam satu kumpulan yang dipanggil BAIT.
 Biasanya 8 BIT bersamaan dengan 1 BAIT.
 Tiap-tiap satu BAIT dapat membentuk atau menghasilkan satu aksara.
 Komputer menyukat banyaknya ingatan dengan menggunakan unit BAIT.

 1 BAIT boleh membentuk 1 AKSARA

 AKSARA bermaksud huruf, angka dan simbol-simbol seperti ~,@,#,$,% dan lain-lain lagi.

BIT dan BAIT boleh juga dikira dengan menggunakan unit berikut:-

1/2 BAIT = 4 BIT = 1 NIBBLE

2n    -       2 BIT dipanggil 'perkataan'

4n    -       4 BAIT atau 32 BIT dipanggil

                '2perkataan' atau "perkataan

                 panjang"

 
 Oleh yang demikian, komputer yang mempunyai chip 80386DX dan 0486 boleh
menyimpan dan mendapatkan semula dua "perkataan dalam satu operasi". Chip 80286
dan chip 80386SX pula hanya sebanyak satu "perkataan" dalam sesuatu operasi.

8 BIT                =              1 BIT=1 AKSARA

1024 BAIT       =              1 Kilobait (KB)

1024 KB          =              1 Megabait (MB)


1024 MB          =              1 Gigabait (GB)

1024 GB          =              1 Terabait (TB)

1 GB                =              10.7 ribu juta BAIT.

1 TB                =              1,099.5 ribu juta BAIT.

 Ingatan dalam komputer mikro biasanya memegang sekurang-kurangnya 256 KB (262, 144
BAIT) sehingga memanjang kepada 16 MB dan lebih. Kini komputer yang menggunakan
chip 80286 SX(16 BIT) boleh ditambah ingatannya sehingga 32MB.

Kod mewakili aksara dan nombor dalam sistem komputer

Bagaimana operasi dilakukan dalam komputer? 

Pertama sekali semua data dan arahan akan dimasukkan ke dalam komputer, akan diwakilkan
secara elektronik dengan nombor binari.

Apakah nombor binari?

Nombor binari ialah nombor yang menggunakan dua digit sahaja iaitu 0 dan 1. dua digit ini
disebut bit iaitu singkatan untuk binari digit. Dalam istilah komputer, nombor (0,1,2,3..), huruf
abjad (A,B,C..) dan symbol khas (!,@,#,$..) dipanggil aksara. Aksara-aksara ini diwakilkan dengan
1 bait iaitu himpunan 8 bit.

3 jenis skema kod binari yang digunakan untuk mewakili aksar iaitu:

 Kod ASCII  iaitu singkatan bagi American Standard Code For  Information Interchange.
Kod ini paling luas digunakan pada mikrokomputer.
 EBCDIC ialah singkatan bagi Extended Binary Coded Decimal Interchange Code. Ia direka
oleh IBM khusus untuk komputer berkeupayaan tinggi.
 Unicode dibangunkan oleh Unicode Inc dengan sokongan Apple, IBM dan Microsoft.
Unicode menggunakan 16 bit bagi mewakilkan aksara. Dengan 16 bit, ia boleh mewakilkan
lebih banyak aksara.

Contoh Kod ASCII Dan EBCDIC:-

    Semua data dan arahan dimasukkan ke dalam komputer, akan diwakilkan secara elektronik
dengan nombor binari. Bila anda huruf A ditekan pada papan kekunci, satu siri denyutan
elektronik akan dihantar ke unit sistem. Sistem unit kemudian akan menukar isyarat
denyutanelektronik tadi ke kod ASCII iaitu 0100 0001. Sebagai contoh lihat rajah di bawah:-

 
SIMBOL ASCII EBCDIC
A 0100 0001 1100 0001
B
0100 0010 1100 0010
1 0100 0010 1111 0000
2 0011 0010 1111 0010
! 0010 0001 0101 1010
“ 0010 0010 0111 1111

Potrebbero piacerti anche