Sei sulla pagina 1di 25

1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
LAPORAN KEDAI BUKU SK (RKTP) KAMPUNG AWAH

1.0 SEJARAH PENUBUHAN


Pada awal penubuhan Kedai Buku Sekolah Kebangsaan (RKTP) Kampung Awah adalah
pada tahun 1963 iaitu tahun yang sama dengan penubuhan sekolah ini. Kedai buku sekolah
ini bermula dengan penubuhan jawatankuasa pentadbiran itu sendiri dan juga yang terdiri
daripada beberapa orang guru. Kedai buku sekolah ini juga merupakan satu perniagaan yang
tidak berdaftar di bawah koperasi. Hal ini kerana, pihak pentadbiran berpendapat bahawa
pelaksanaan perniagaan kedai buku ini hanyalah satu perniagaan kecil sahaja. Justeru, pihak
pentadbir telah menetapkan sebuah bilik khas untuk dijadikan kedai buku bagi memudahkan
segala urusan pembelian dan jualan alat tulis. Ahli Jawatankuasa kedai buku sekolah ini telah
bersependapat untuk memberikan sebanyak 25% daripada keuntungan yang mereka dapat
kepada pihak sekolah sebagai hadiah kerana memberikan pinjaman bilik khas tersebut.

Gambar 1.0 di bawah menunjukkan pelan sekolah

PETUNJUK: Kedai Buku

Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat susunan pelan sekolah di mana kedudukan kedai
buku ini adalah di kawasan hujung blok B. Kedudukan ini adalah sangat strategik di mana ia
adalah berdekatan dengan kantin sekolah. Dengan ini, para pelajar akan mudah untuk
membuat urusan jual beli lebih-lebih lagi pada masa rehat.

15
2.0 CARTA ORGANISASI
Pengurusan kedai buku merupakan sesuatu yang sejagat dan bertanggungjawab atas
perancangan strategi dengan memberi penekanan kepada struktur, pembahagian tugas dan
pembentukan satu pasukan. Konsep pengurusan perlu difahami oleh semua guru sekolah.
Kecekapan dan kemahiran di kalangan pengurusan mempermudahkan peranan pihak
pentadbiran kedai buku.
Dalam pengurusan kedai buku ia melibatkan pelbagai jawatankuasa. Jumlah dan jenis
jawatankuasa bergantung pada sokongan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan. Mereka
perlu mengambil kira perubahan persekitaran sekolah masing-masing. Antara jawatankuasa
pengurusan kedai buku ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Sistem Pengurusan Kedai Buku Jawatankuasa Pentadbiran Kedai Buku.

PENGERUSI
EN. AZHAR B. KOMING
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
EN. YAAKOB B. ANI
(GPK 1)

SETIAUSAHA
CIK NORWANI BT ABD JALIL

AJK
PN NURYASMIN BT ABU BAKAR
EN NORHAZIR B. ALIAS
PN KALTHUM BT MAT OMAR

16
3.0 AKTIVITI KEDAI BUKU/KOPERASI
Aktiviti dan perkhidmatan kedai buku ini berfokus kepada kehendak dan keperluan pelajarnya.
Peralatan yang diperoleh juga telah dipelbagaikan dan harga setiap barangan ini adalah selari
dengan kemampuan para pelajar. Misalnya, pen dan pensel yang dijual dari harga RM0.40
hingga RM1.00 satu atau menjual kertas kajang antara RM1.00 hingga RM2.00 satu.

Harga setiap barangan kedai buku ini lebih murah daripada harga di pasaran. Hal ini
kerana, jika harga barangan di kedai buku terlalu tinggi, ia akan membebankan pelajar dan
juga boleh menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan ibu bapa atau penjaga lebih-lebih lagi
sekolah rendah ini adalah di kawasan luar bandar. Ketidakmampuan pelajar untuk
membelinya ini secara tidak langsung akan menjejaskan perancangan guru yang mengajar
ketika itu.

Dari segi pengurusan pembekal pula, kedai buku sekolah ini banyak berurusan dengan
syarikat Pertama Stationery (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini terletak di daerah Mentakab iaitu lebih
kurang 50 kilometer dari jarak sekolah. Kebanyakan peralatan yang dibekalkan oleh syarikat
ini adalah lebih kepada buku tulis. Segala cop sekolah pada buku tulis itu adalah daripada
hasil syarikat Pertama Stationery (M) Sdn. Bhd ini.

Di samping itu, dari segi pembekal alat tulis pula, sekolah ini berurusan dengan syarikat
Skyland Trading yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari jarak sekolah. Syarikat Skyland
Trading ini lebih kepada membekalkan alat-alat tulis kepada sekolah ini. Antaranya pensel,
pemadam, pembaris dan banyak lagi.

Guru yang selalu berurusan dengan pembekal-pembekal ini ialah Cik Norwani Bt Abd
Jalil. Sebagai setiausaha dalam jawatankuasa kedai buku sekolah ini, beliau juga berperanan
penting dalam mencari pembekal dan berurusan dengan syarikat-syarikat tersebut untuk
mengendalikan barangan dalam kedai buku di sekolah. Pembekal-pembekal tersebut akan
menghantar segala stok barangan yang dibekalkan itu adalah bergantung dari semasa ke
semasa mengikut permintaan pelajar ketika itu. Jika barangan sudah semakin sedikit, barulah
guru ini meminta pembekal menghantar barang. Jika tidak, barang yang masih ada di dalam
kedai buku itulah yang masih dijual kepada pelajar. Sistem pengurusan kedai buku ini tidaklah
secara berkala, akan tetapi jika stok barangan sudah sedikit, barulah pihak berkenaan
memesan kepada pembekal.

17
4.0 POTENSI MASA DEPAN
Beberapa langkah proaktif perlu diambil untuk memantapkan lagi pengurusan kedai buku
sekolah di masa depan

4.1 Pengurusan yang cekap dan efisyen merupakan kejayaan dan keutuhan sesebuah
organisasi kedai buku. Kemajuan dan kejayaan Kedai Buku sekolah banyak
bergantung pada pengurusan yang cekap dan berkesan, kepelbagaian aktiviti dan
sokongan ahli serta pihak pentadbir. Semua pihak perlu bekerjasama untuk
meningkatkan kemajuan dan keuntungan kedai buku sekolah.

4.2 Keprihatinan pihak pentadbir juga merupakan faktor penting dalam memotivasikan
guru penasihat supaya sentiasa menyokong penubuhan kedai buku sekolah. Pihak
pentadbir juga perlu peka dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh guru
penasihat kedai buku dan sentiasa memantau masalah yang dihadapi dalam
pengurusan koperasi sekolah. Guru-guru penasihat perlu diberi kelonggaran dalam
menjalankan tugas di mana waktu mengajar perlu dikurangkan agar mereka dapat
menumpukan perhatian kepada pengurusan kedai buku sekolah.

4.3 Penyediaan barangan yang up to date dengan pelajar. Guru penasihat ini juga telah
mencadangkan agar kedai buku sekolah dapat menyediakan barangan yang
digunakan oleh pelajar masa kini, sebagai contoh pensel picit, pen, magic colour dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat memajukan lagi perniagaan kedai
buku di sekolah dengan menarik lebih ramai pelanggan di antara para pelajar.

18
5.0 PENUTUP

Kedai buku sekolah merupakan salah satu daripada sumber perniagaan yang terdapat di
sekolah. Penubuhannya perlu dilihat dari pelbagai sudut dan bukan sebagai pusat pembelian
peralatan sekolah sahaja. Skop dan ruang sumbangan koperasi sekolah amat luas dan
kejayaannya memenuhi kehendak dan keperluan anggotanya adalah kejayaan bersama.

Adalah sesuatu yang merugikan jika pihak pengurusan masa kini tidak mengambil berat
atau mengambil tahu tentang sumbangan dan faedah gerakan kedai buku sekolah untuk para
pelajar yang terdiri daripada pelbagai gender dan sosiobudaya. Pengalaman tadbir urus
Kedai buku yang baik di dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah adalah tunjang kepada
pembangunan kecemerlangan aktiviti dan perkhidmatan koperasi sekolah.

Kesimpulannya, penubuhan kedai buku oleh pihak sekolah memberikan banyak faedah
kepada warga sekolah termasuk guru dan murid. Adalah diharapkan agar semua warga
sekolah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kebaikan yang diperoleh akan
berterusan serta menambah baik tahap kedai buku kepada yang lebih tinggi. Sekiranya
semua pihak bekerjasama, nescaya impak positif penubuhan koperasi akan berkekalan
dalam jangka masa yang lama. Jelaslah, peranan warga sekolah menaik taraf kedai buku
adalah sama penting dengan peranan kedai buku terhadap warga sekolah.

19
6.0 RUJUKAN

Ahmad, M. I. (2004). Panduan asas gerakan koperasi sekolah di Malaysia.


Kuala Lumpur, MS: Utusan.
Ahmad, M. I. (2006). Panduan asas mengendalikan kedai buku sekolah rendah.
Kuala Lumpur, MS: Utusan Publications & Distributors.
Kenaikan Harga Barangan Keperluan Sekolah: Peniaga Diberi Amaran. Bernama [Kuala
Lumpur], p. 4.
Penubuhan Koperasi. Retrieved from https://www.slideshare.net/maslenah/penubuhan-koperasi

20
7.0 LAMPIRAN

Kedua-dua gambar di atas menunjukkan persekitaran berdekatan dengan kedai buku.

21
Gambar di atas menunjukkan peralatan alat-alat tulis yang dijual di kedai buku.

22
Ketiga-tiga gambar di atas menunjukkan pelbagai barangan sekolah dijual di kedai buku

23
Gambar di atas menunjukkan guru sedang bertugas pada hari berkenaan di kedai buku

Gambar di atas menunjukkan jadual senarai harga barangan di kedai buku

24
25

Potrebbero piacerti anche