Sei sulla pagina 1di 9

Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan akan berjaya

mengawal tingkah laku bermasalah daripada menganggu keberkesanan


dan kelancaran aktiviti di dalam bilik darjah.

Pilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang paling sesuai bagi
menangani tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah.

Pengurusan bilik darjah amat penting bagi seorang guru disebabkan


dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Membina
hubungan yang baik dengan murid-murid dan mengawasi perjalanan rutin
supaya berjalan lancar merupakan satu cara untuk menguruskan bilik darjah.
Masalah disiplin turut akan berlaku dalam bilik darjah dan guru harus
mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin
dalam bilik darjah. Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para
pendidik telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah.
Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada
kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Antara model-model adalah Model
Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat
Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok (Kounin), Model Pengurusan
Disiplin Thomas Gordon, Model Beyond Discipline Alfie Kohn dan Model
Terapi Realiti Glasser. Berdasarkan arahan tugasan, saya telah memilih
Model Disiplin Asertif Canter.

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter
pada tahun 1976. Model Displin Asertif Canter berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat
daripada tingkah laku yang ditunjukkan (Haliza Hamzah, Samuel J. N, 2016).
Konsep utama model ini ialah guru mempunyai hak untuk untuk mengajar
secara professional dan tanpa gangguan. Murid mempunyai hak untuk belajar
dalam keadaan yang tenang dengan sokongan daripada guru dan rakan-
rakan lain. Terdapat 3 prinsip dalam model ini, iaitu pertama guru harus
memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab
merupakan nadi disiplin asertif dan ketika mengawal kelas guru hendak
bersifat asertif. Ketiga, sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan

2
rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk perlu dirangka.
Dalam banyak keadaan, model ini menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku
Skinner, tetapi model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan
peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut
dengan tegas.

Model Disiplin Asertif Canter menggariskan 3 jenis guru, iaitu guru


yang agresif, tidak asertif dan asertif. Guru yang agresif merupakan guru yang
lebih bersifat autokratik dan tidak bertolak ansur. Contohnya, mereka selalu
mengunakan arahan yang tegas seperti “Diam”, “Duduk”. Guru yang tidak
asertif pula menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan
mengelirukan. Intihalnya, “Tolonglah berkelakukan elok sikit”. Seterusnya
adalah guru asertif. Menurut Canter, pendekatan yang terbaik untuk
menguruskan disiplin bilik darjah adalah menggunakan pendekatan asertif.
Guru asertif jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat
dan berlaku adil kepada semua murid. Guru asertif juga tahu apa-apa yang
diingini oleh murid-muridnya dan akan menyatakan dengan jelas tingkah laku
murid yang diingini. Mereka membantu murid-murid memahami bentuk-
bentuk tingkah laku yang membawa kejayaan dan kegagalan. Contohnya,
“Siapkan latihan yang diberi”.

Selanjutnya, Canter mencadangkan guru haruslah menetapkan


peraturan dan rutin bilik darjah dengan jelas, bertulis dan formal. Contohnya,
“Hantar latihan sebelum waktu rehat”. Pengiktirafan dan akibat sebarang
tingkah laku juga harus diberi kepada murid. Pengiktirafan diberi kepada
murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingin, manakala
tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu
murid lain untuk belajar dengan selesa. Contohnya, pengiktirafan seperti
galakan, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid
yang baik kepada ibu bapa boleh digunakan. Tetapi, apabila salah laku
berlaku, hal ini perlu ditangani secara tenang dan pantas. Canter
menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan
kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan
dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa tingkah laku

3
yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah
ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan.

Hieraki disiplin boleh dibentuk untuk melaksanakan tindakan


pembetulan mengikut kekerapan salah laku ditunjukkan. Setiap hieraki
disertakan dengan tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan oleh guru.
Hieraki ini juga perlu konsisten dan adil untuk semua murid yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan. Canter menasihatkan guru untuk membuat
hieraki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan atau aibat
yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembetulan atau akibat dalam hieraki
akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya. Selain itu, guru boleh
menyimpan rekod kesalahan murid menggunakan senarai nama murid
supaya hieraki disiplin dapat dilaksanakan dengan berkesan. Guru juga boleh
menggunakan sistem kad warna. Contohnya, kad kuning akan diberi jika
murid melakukan kesalahan pertama, kedua kad biru dan kesalahan ketiga
kad merah.

Di samping itu, Canter juga menekankan bahawa guru harus mengajar


dan membimbing murid tentang pelan-pelan pengurusan disiplin. Langkah-
langkah di bawah boleh digunakan untuk menerangkan pelan-pelan
pengurusan disiplin. Pertama, guru dikehendaki menjelaskan sebab peraturan
diperlukan kerana untuk memberikan pemahaman kepada murid-murid
mengenai kehendak guru terhadap mereka. Seterusnya, murid-murid dapat
faham dan jelas akan tanggungjawab mereka terhadap peraturan tersebut,
guru perlulah menjelaskan kepada murid-murid bagaimana peraturan perlu
dilaksanakan. Guru perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan
yang telah diterangkan. Selepas itu, guru terangkan murid yang patuh akan
menerima ganjaran. Selanjutnya, guru perlu terangkan sebab tindakan
pembetulan dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru
harus terangkan dan tunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan.
Akhirnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid.

Terdapat beberapa kebaikkan atau kekuatan dalam model disiplin


Asertif Canter. Antaranya adalah dapat memanfaatkan guru terutamanya bagi

4
guru yang baru kepada sesuatu kelas. Pelan Sebaik sahaja pelan disiplin
dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbir, guru tidak perlu fikirkan
bagaimana untuk menangani tingkahlaku bermasalah yang timbul dalam bilik
darjah. Hal ini disebabkan guru sudah mempunyai satu rujukan yang sedia
ada untuk menangani tingkah laku bermasalah. Selain itu, model
ini merupakan suatu model yang tindakannya adalah dikenakan ke atas
tingkah laku murid dan bukan wataknya. Apabila peraturan bilik darjah
dilanggar, guru menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap
subjektif berhubung peribadi murid yang berkenaan.

Canter adalah penyumbang utama kepada pengurusan disiplin bilik


darjah. Canter mendapati teknik-teknik yang dapat membantu hampir
keseluruhan murid untuk bertigkah laku dengan penuh tanggungjawab. Murid
yang bermasalah perlu ditangani dengan berhemah dan mereka merupakan
kelompok yang sukar untuk ditangani tetapi paling memerlukan perhatian.
Guru perlu mendapatkan kepercayaan murid dan berusaha untuk berinteraksi
dengan mereka. Canter menegaskan kehendak dan keperluan murid yang
mendorong murid untuk berkelakuan sepatutnya dan menjadi tanggungjawab
guru untuk membentuk dan menguatkuasakan peraturan bagi melunaskan
keperluan dan kehendak murid.

Dalam bilik darjah, jika berjaya mengawal tingkah laku bermasalah


daripada mengganggu keberkesanan dan kelancaran aktiviti, pengurusan bilik
darjah dan tingkah laku dikira berkesan. Sekiranya guru mempunyai langkah-
langkah intervensi, maka masalah tingkah laku dapat dikurangkan. Bentuk
inetrvensi boleh dijadikan paduan kepada guru untuk menguruskan tingkah
laku bermasalah dalam bilik darjah. Antara bentuk intervensi seperti teknik
modifikasi tingkah laku, bimbingan dan kaunseling, terapi bermain, terapi seni,
terapi muzik dan terapi bercerita. Berdasarkan arahan tugasan, saya telah
memilih bimbingan dan kaunseling.

Menurut N. Ardinie (2017), bimbingan ialah suatu proses bantuan yang


disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman,
pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek
5
atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah
laku ke arah yang positif. Sementara Shertzer & Stone (1980) dalam bukunya
Fundamentals of counseling menyatakan bahawa bimbingan merupakan
suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia
mereka. Kaunseling bermaksud satu proses di mana guru kaunselor
membantu klien, iaitu murid untuk memahami dirinya yang sebenar, kekuatan
dan kelemahan diri supaya murid dapat membuat keputusan-keputusan yang
berkesan tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya (Haliza Hamzah, Samuel J.
N, 2016).

Bimbingan dan kaunseling bukanlah satu khidmat atau proses yang


berbentuk arahan atau penyelesaian masalah. Matlamatnya adalah untuk
mengenal potensi murid, membina kemahiran pengurusan diri dari segi emosi,
sosial dan kemahiran komunikasi, kemahiran selesaikan masalah,
pengurusan tingkah laku, memajukan diri sendiri serta penilaian kendiri.
Seterusnya dalam intervensi bimbingan dan kaunseling, terdapat beberapa
pinsip yang boleh diikuti oleh guru. Antaranya ialah bimbingan dan kaunseling
adalah untuk semua kanak-kanak, kanak-kanak perlu sukarela dibimbing,
kanak-kanak bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing,
bimbingan adalah proses pencegahan, penggunaan kemahiran asas
bimbingan dan seterusnya bimbingan adalah satu bantuan menyeruluh dan
bersikap terbuka.

Seseorang guru pembimbing perlu mempunyai etika-etika tertentu.


Contohnya, perlu menghormati dan sedar tentang keunikan murid. Selain itu,
murid-murid perlu dilayan dengan adil tanpa diskriminasi jantina, budaya,
bangsa dan agama. Guru pembimbing juga harus memastikan maklumat
yang didapat samasa proses bimbingan dan kaunseling tidak disebarkan bagi
membina kepercayaan antara murid dengan pembimbing. Pembimbing harus
bertanggugjawab atas segala tindakan yang dilakukan oleh mereka semasa
proses membimbing dijalankan. Guru harus mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi untuk membantu murid, jadi guru perlu
menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahirannya.

6
Guru pembimbing selain perlu mempunyai etika bimbingan, mereka
turut mempunyai kemahiran-kemahiran bimbingan. Contohnya, kemahiran
memberi perhatian, kemahiran mendengar secara aktif dan kemahiran
berempati. Bagi kemahiran yang pertama, memberi perhatian akan
menimbulkan perasaan hormat diri dan perasaan selamat bagi murid dan
membantu guru membentuk hubungan yang baik dengan murid (DilaDellilla,
2009). Kemahiran adalah seperti kedududukan dan postur badan semasa
membimbing, ekspresi muka, tentangan mata dan sikap bertenang.
Kedudukan tubuh guru hendaklah condong ke hadapan bagi menunjukkan
guru berminat untuk mendengar. Ekspresi muka pembimbing perlu
menunjukkan guru memahami dan menghayati apa yang disampaikan.
Tentangan mata haruslah lembut dan tunjukkan sikap yang tenang dan relaks.
Pembimbing juga boleh menggunakan soalan terbuka untuk menggalakkan
murid bercakap. Contohnya: “Cuba ceritakan apa yang berlaku pada diri
anda.” Seterusnya, dorongan minimum untuk bercakap seperti anggukan
kepala, ulangan perkataan dan sebagainya juga penting. Contohnya: ‘Mmm’,
‘A-ha’, ‘Ya’, ‘Jadi?’

Kemahiran kedua adalah yang paling asas iaitu, kemahiran mendengar


dengan aktif. Dalam ini, pembimbing perlu lebih banyak mendengar daripada
menyampuk percakapan murid. Selain tutur kata, gerak geri murid atau mesej
verbal dan kelakuan non-verbal seperti ekspresi muka, ton suara, kadar
pernafasan yag cepat dan sebagainya semasa bercakap patut dilihat dan
didengar. Selain itu, kadang-kadang, persepsi murid berbeza dengan situasi
sebenar. Jadi pembimbing juga perlu mendengar dan memahami murid
dalam konteks sebenar dan mendengar dan membaiki salah tanggapan murid.
Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Menurut
Brammer (1973) tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa
kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud.

Kemahiran yang selanjutnya adalah kemahiran empati. Roger (1977)


menerangkan empati ialah keupayaan memasuki dunia murid-murid bagi
mengalami dunia murid tersebut seolah-olah situasi tersebut dialami sendiri
oleh guru. Kemahiran mendengar dengan empati dapat membantu guru
dalam memahami sesuatu dengan betul. Terdapat 3 peringkat empati iaitu,

7
guru mendengar dengan sensitif. Contohnya, “Cikgu juga rasa dia tak betul.”
Peringkat kedua adalah guru memahami situasi yang dihadapi oleh murid dan
peringkat seterusnya adalah guru membantu murid menghubung kait
perasaan sebenar dengan situasi yang dihadapi.

Kesimpulannya, guru pembimbing yang ingin memberikan


perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan
kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. Bimbingan boleh dilakukan oleh
mana-mana guru dalam kelas. Intervensi awal dalam bentuk bimbingan di
dalam bilik darjah akan membantu murid daripada menjadikan masalah lebih
serius. Melalui bimbingan, potensi murid akan dikembangkan secara
maksimum supaya murid dapat memperoleh keharmonian dan kejayaan
dalam kehidupannya.

8
Rujukan

Brammer, L. (1973). The helping relationship: process and skills. Englewood


Cliff, NJ: Prentice-Hall.

DilaDellila. (2009). Kemahiran Dalam Kaunseling. [Online], [Diakses


20.7.2017], boleh didapati:
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=44502

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

N. Ardinie, (2017). Bimbingan dan kaunseling - sem 7. [Online], [Diakses


20.7.2017], boleh didapati:
http://www.academia.edu/9399312/bimbingan_dan_kaunseling-sem_7

Penny C. (2014). Model disipliin asertif canter. [Online], [Diakses


20.7.2017], boleh didapati:
https://www.slideshare.net/pennychuah5/model-disipliin-asertif-
canter?next_slideshow=1

Scherzer, B., & Stone, S. C. (1980). Fundamentals of counseling (3rd.ed).


Boston: Houghton Mifflin Company.

Sharizan Abd. Razak. (2017). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. .


[Online], [Diakses 19.7.2017], boleh didapati:
http://www.academia.edu/11455448/BIMBINGAN_DN_KAUNSELING_
KANAK-KANAK

Zhou T. W. (2014). Konsep bimbingan dan kaunseling. [Online], [Diakses


19.7.2017], boleh didapati:
https://www.slideshare.net/chowthingwu/konsep-bimbingan-dan-
kaunseling

9
LAMPIRAN

10

Potrebbero piacerti anche