Sei sulla pagina 1di 2

SK TASIK PUTERI 2

BANDAR TASIK PUTERI, 48000 RAWANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT KWAMP

BIL 3 / 2014

Tarikh: 19 Ogos 2014

Masa: 12.30 p.m. – 1.00 p.m.

Tempat: Bilik Mesyuarat

Kehadiran:

Bil Nama Jawatan

1. En Ramli bin Ab. Rahman Pengerusi


2. Pn Norliza Bt Abd Aziz Naib Pengurusi KWAMP
3. Khairunnisa Binti Mad Fazil Ketua Unit KWAMP
4. Rahayu bt Kasmu
5. Rosmarina Bt Misrul
6. Mohd Fadli b. Mohd Isa
7. Rusmayati Bt Aziz

Urus Setia Mesyuarat

1 Rahayu Kasmu Setiausaha Unit KWAMP

1 Perutusan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatan kuasa unit KWAMP
sesi 2014 pada hari ini. Beliau mengucapkan tahniah ats kelancaran pengagihan wang
KWAMP kepada murid-murid yang layak bagi tahun 2014. Beliau juga berharap agar semua
ahli dapat bekerjasama antara satu sama lain bagi menjalankan tugasan yang telah
diputuskan dalam mesuarat lepas.

2 Perutusan Naib Pengerusi

Beliau mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
kerana dapat meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat kali ketiga serta mengucapkan
tahniah kepada semua ahli yang telah menjalankan tanggungjawab seperti yang ditetapkan.
Beliau Memaklumkan perkara berikut:

2.1 Jumlah bilangan murid yang layak menerima wang KWAMP dibawah skim e-kasih
adalah seramai 4 orang. Murid tahun 1 bagi sesi 2014 yang layak menrima bantuan
KWAMP pula adalah seramai 1 orang sahaja. Murid tahun 2 hingga tahun 6 yang
telah dihantar boring permohonan pada disember 2013 pula ada seramai 44 orang.
2.2 Pada tahun ini wang KWAMP disalurkan terus melalui buku akaun Bank Rakyat dan
bukannya diberi secara tunai seperti tahun sudah. Murid yang tidak mempunyai
akaun bank rakyat boleh berbuat demikian melalui boring yang diberi pihak sekolah
tanpa sebarang bayaran.

Tindakan: IBU BAPA

2.3 Permohonan baru untuk tahun 2015 sudah dibuka dan diserahkan kepada pihak PPD
Gombak. Untuk sesi 2015 sebanyak 28 permohonan baru telah diserahkan dan
menunggu untuk kelulusan tahun 2015.

Tindakan: AJK KWAMP

3 Perkara- perkara Baharu

3.1 Memastikan makluman tentang KWAMP dipaparkan di papan makluman HEM.

Tindakan: AJK KWAMP

3.2 Memastikan guru kelas tahun 2015 mengesan awal murid-murid yang layak
menerima bantuan KWAMP melalui boring SMM yang diedarkan pada awal tahun.

Tindakan: AJK KWAMP dan guru kelas

4 Penutup

4.1 Permohonan KWAMP pada tahun ini telah Berjaya berdasarkan maklumat akhir
tahun 2013.

4.2 Segala proses permohonan telah diteliti bagi mengelak keciciran murid

4.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari.

Urus Setia

Unit KWAMP

SK Tasik Puteri 2

Tarikh: 23 Oktober 2014

Potrebbero piacerti anche