Sei sulla pagina 1di 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 22/1/18
Masa : 1.45-2.30pm
Kehadiran :
1. Pn. Shariah
2. Pn. Che Halijjah
3. Pn. Nor Aziah
4. Pn. Noorita
5. Pn Fuziah
6. Pn. Kanmani Rengasamy
7. Pn. Mastura
8. Cik. Maimunah
9. Pn. Eliza
10. Pn. Nor Seah
11. Pn. Rozita
12. Pn. Siti Rahmah
13. Pn. Ruhaida
14. Pn. Indera
15. Pn. Zubedah

Catatan Mesyuarat:
1. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi
Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana
kesudian hali-ahli Panitia Pendidikan Seni Visual yang
dapat menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia kali
pertama.
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat.
Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 4
(2017) dan dicadangkan untuk disahkan oleh Pn.
Mastura dan disokong oleh Pn Rozita.

3. Rancangan Tahunan Dan Borang Biodata Guru


Pengerusi meminta guru-guru menyediakan rancangan
tahunan mengikut tahun yang diajar dan berkongsi
dengan guru-guru yang lain.
Guru-guru juga diminta supaya melengkapkan boring
biodata diri dan menghantarnya kepada setiusaha
sebelum 24/1/18 supaya dapat dimasukkan ke dalam
fail panitia.
Tindakan : Semua guru PSV

4. Melaksanakan Program Pemantauan Kurikulum


Berkualiti.
Semua guru Pendidikan Seni Visual dikehendaki
menghantar Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
dan ERPH kepada Guru Kanan masing-masing mengikut
ketetapan tarikh dan waktu yang telah ditetapkan pada
setiap minggu.Dalam masa yang sama semua guru PSV
di minta merujuk jadual pencerapan dan penyeliaan
yang telah diberikan serta berhubung dengan pencerap-
pencerap lebih awal dan membuat persediaan yang
sepatutnya.
Tindakan :Semua Guru PSV

5.Semakan Prestasi Perbelanjaan


Pengerusi menerangkan mengenai prestasi perbelanjaan
bagi setiap panitia.Proses perbrlanjaan hendaklah
mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan perlu
dipatuhi oleh semua ahli panitia PSV dari masa ke
semasa.
Tindakan: Semua Ahli Panitia PSV

6. Pameran Hasil Kerja Murid.


Hasil Lukisan dan kerja tangan pelajar perlu disimpan
dan di letakkan di Bilik Seni untuk dibuat rujukan dan
dijadikan bahan pameran. Guru-guru juga boleh
menayangkan hasil kerja murid di papan kenyataan di
setiap bilik darjah.
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru PSV

7. Program Penambahbaikan Bilik Seni


Bilik Seni akan dibersihkan dan perlu menagadakan
Program Gotong-Royong bagi menambahbaik bilik
tersebut.
Guru-guru perlu berganding bahu bagi menghias bilik
seni.
Sudut tayangan bahan perlu diwujudkan di Bilik Seni.
Hasil kerja murid perlu disimpan di dalam fail poket.
Tindakan: Semua guru PSV

8. Perancangan Awal Tahun dan DSKP


Ketua Panitia menerangkan perancangan-perancangan
yang perlu dilakukan pada awal tahun sebelum sesi
pengajaran dan pembelaran bermula.
Guru-guru PSV telah diagihkan tugas untuk memuat
turun DSKP mengikut tahun-tahun yang tetapkan dan
menyimpan dalam bentuk CD dan dimuat naik dalam
ERPH masing-masing.
Tindakan: semua guru PSV
9. Perancangan Kewangan.
Semua Guru Panitia diminta mengurus dan
merancang perbelanjaan untuk tahun 2018 berdasarkan
jumlah peruntukan dan baki wang yang ada.Disarankan
supaya menjalankan perbelanjaan berhemat dan
bersesuaian dengan kemampuan.
Tindakan : Semua Guru PSV

10. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan


Akhir Tahun
Guru-guru telah ditugaskan untuk menyediakan kertas
soalan bagi PPT dan PAT menikut tahun yang
ditetapkan.

11. Aktiviti Tahunan


Rujuk Lampiran

12. Hal-hal Lain


Pn. Nor Aziah Bt. Mencadangkan agar kertas lukisan
untuk peperiksaan PPT dan PAT dicop dengan cop
sekolah supaya selaras.
Murid juga tidak deberi kertas lukisan tambahan jika
diminta oleh murid semasa PdP.
Minta jasa baik semua guru PSV untuk menjayakan
Program Tahunan Panitia dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

............................. ...............................

(KANMANI RENGASAMY) (SHARIAH BT)


Setuausaha Panitia PSV Ketua Panitia PSV

Potrebbero piacerti anche