Sei sulla pagina 1di 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM

KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 27.12.2017
Hari : Rabu
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Temong
Kehadiran : 19 Orang

1.0 UCAPAN ALUAN PK Kokurikulum


1.0 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan merakamkan ucapan terima kasih.
1.2 Makluman agenda Mesyuarat Kokurikulum seperti dalam Surat Makluman Mesyuarat.
1.3 Pelaksanaan kokurikulum adalah kesinambungan aktiviti panitia mata pelajaran dan
platform untuk mencungkil bakat murid, memantapkan sahsiah dan disiplin diri.
Sehubungan itu, perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang akan dilaksanakan
sepanjang tahun 2018 diharap dapat merealisasikan harapan yang dihasratkan oleh
semua pihak iaitu KPM, JPN, PPD dan sekolah.
Tindakan : Semua Guru

2.0 UCAPAN PENGERUSI : Puan Rozana binti Om (Guru Besar)


2.1 Ucapan Penghargaan:
a. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan
dengan cemerlang pelaksanaan aktiviti kokurikulum sepanjang 2017. Beliau berharap
agar kecemerlangan didalam aktiviti kokurikulum dapat dikekalkan malah
dipertingkatkan pada peringkat yang lebih tinggi.
b. Beliau yakin pengalaman sedia ada guru-guru dalam menguruskan aktiviti
kokurikulum mampu untuk mencungkil bakat dan mengetengahkan potensi dan
keseimbangan diri murid-murid selaras dengan hasrat FPK.
c. Beliau juga berharap semua guru dapat memberikan komitmen dalam menjayakan
aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2018.
2.2 Visi, Misi dan Objektif Kokurikulum
a. Visi – Kokurikulum Berkualiti Insan Terdidik Sekolah Sejahtera
b. Misi – Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan yang
inovatif.

1
c. Objektif –
1. Meningkatkan pengurusan kokurikulum
2. Melahirkan lebih ramai atlet mewakili sekolah diperingkat negeri
dan kebangsaan.
3. Meningkatkan kecemerlangan murid dalam pertandingan sukan
diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
4. Kecemerlangan dalam bidang kokurikulum sebagai satu peluang
kerjaya pada masa depan.
5. Mewujudkan semangat patriotism dan perpaduan kaum dalam
pelaksanaan aktiviti sukan.
Tindakan : Makluman

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.


Cadangan : Nor Hidayah binti Baki
Sokongan : Norwati binti Hamzah

Tindakan :Setiausaha

4.0 PERANCANGAN 2018


4.1 Semua guru diminta meruju lembaran panduan pengurusan kokurikulum 2018 untuk
mengetahui bidang tugas yang berkaitan.
4.2 Guru-guru harus menyertai tiga bidang kokurikulum iaitu unit berunifirm,
kelab/persatuan dan permainan 1M1S dan murid akan diagihkan pada minggu pertama
persekolahan.
4.3 Menyertai sebanyak mungkin pertandingan yang dianjurkan pada tahun 2018 dan
mencapai sasaran yang ditetapkan sekolah.
4.4 Perjumpaan Kokurikulum diadakan pada hari Rabu dan permainan 1M1S diadakan dari
hari Rabu mengikut jadual yang ditetapkan seperti di dalam buku pengurusan
Kokurikulum.
Tindakan : Makluman
5.0 Dasar Pengurusan Kokurikulum
5.1 Guru :-
a. Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang

2
berikut :-
- Persatuan
- Beruniform
- Sukan dan Permainan (1M1S)
b. Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-
aktiviti berikut :-
- Menggubal perlembagaan
- Melantik Jawatankuasa
- Merekod Kehadiran Pelajar
- Melaksanakan aktiviti harian
- Membuat penilaian
- Menyediakan laporan
5.2 Murid:-
a. Semua murid tahun 3,4,5 dan 6 diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi
ketiga-tiga bidang berikut :-
1. Persatuan
2. Beruniform
3. Sukan dan Permainan ( 1M1S)
b. Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.
5.3 PENJADUALAN KEGIATAN:-
Aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari Rabu( 1.30 tengahari hingga 4.30
petang)
5.4 PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH
a. Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat Zon Daerah
atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
b. Sekolah memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program Sasaran,
antaranya :-
 1M1S - Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Baling, Catur, Tenpin dan Olahraga
 Ko-akademik – Public speaking, Story telling, Bercerita Tahap 1 & 2, Pidato,
Sahiba, Bicara berirama, Tilawah Al-Quran, Hafazan, , Bercerita, Kalam
Jamaaie, dan Wirid& Doa,

3
Tindakan :Penyelaras Unit Beruniform dan semua guru

6.0 KEWANGAN KOKURIKULUM dan 1MURID 1SUKAN 2017


6.1 Semua peruntukan kokurukulum dan program 1Murid 1Sukan telah habis dibelanjakan
Merujuk Panduan Penggunaan Peruntukan Kewangan Kokurikulum KPM.

Tindakan : Setiausaha dan Semua Guru

7.0 SURAT PEKELILING IKHTISAS/SURAT SIARAN


7.1 Surat Pekeliling Ikhtisas kokurikulum yang dibincangkan adalah :-
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 19/2013 : Pemakaian Uniform KRS
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008 : SEGAK
iii.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007 : Garis Panduan Pemakaian Pakaian
Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum.
iv.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12/2000 : Lawatan Pendidikan Murid di Hari
Persekolahan.
Tindakan : Setiausaha dan Semua Guru

10.0 HAL-HAL LAIN


10.1 PK Kokurikulum mencadangkan agar aktiviti kokurikulum mengadakan aktiviti yang
melibatkan Ibu Bapa dan masyarakat kampung.
10.2 Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat Agung kelab/persatuan, unit beruniform serta
permainan 1M1S yang akan bermula pada 17 Januari 2018(minggu ke-3) diperuntukkan
setengah jam setiap unit untuk mengadakan sesi perlantikan Jawatankuasa
kelab/persatuan, unit beruniform dan permainan sukan 1M1S.
10.3 Jumlah perjumpaan setiap unit seperti di bawah akan dicapai dengan aktiviti-aktiviti
10.2 sampingan dan jumlah ini adalah minima.
- Uniform - 18 kali perjumpaan
- Kelab/Persatuan - 12 kali perjumpaan
- Permainan 1m1s - 12 kali perjumpaan

Tindakan : Setiausaha dan Guru Penasihat

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN

4
11.1 Guru Besar selaku Penasihat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang
telah mengambil bahagian dalam mesyuarat. Harapan beliau agar pencapaian cemerlang
kokurikulum pada tahun ini dapat menyumbang peningkatan band sekolah.
11.2 Pengerusi berharap agar semua guru penasihat unit bertanggungjawab melaksanakan
tugasan Kokurikulum dan membuat persediaan bagi setiap pertandingan yang akan
diadakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

(NOR FATEHAH BINTI ROZALI) (ROZANA BINTI OM)


Setiausaha Kokurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Temong Sekolah Kebangsaan Temong

Potrebbero piacerti anche