Sei sulla pagina 1di 6

KAEDAH PANDANG SEBUT

1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh
digunakan di peringkat awal pengajaran untuk memperkembangkan
kemahiran membaca.
2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya
supaya menjadi perkataan yang bermakna.
3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran
dengan mudah dan berkesan.
4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman
melalui gambar; dan
(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid
untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard)
secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi
mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Untuk memahaminya, sila teliti nota berikut iaitu tentang kaedah pandang dan sebut.

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan
memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan
juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan
menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-
murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid
menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah
gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah
perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut:

4.1.1 Menyebut Perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan


langkah-langkah berikut:

 menyebut perkataan

4.1.2 Mencerakinkan perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki:

 mencerakinkan perkataan menjadi suku kata

4.1.3 . Membina dan membaca ayat

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki:

 membina ayat

Teruskan aktiviti membaca dengan

 membaca ayat yang lengkap.

4.1.4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah


pandang dan sebut
Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam kaedah
pandang dan sebut.

Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk :

 Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut.


 Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah
pandang dan sebut seperti yang telah anda pelajari.

Latihan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri,
anda dikehendaki melaksanakan kaedah pandang dan sebut secara simulasi. Setelah
itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.
PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MEMBACA


2.1 PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA AWALAN
Terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik iaitu mentalis dan behaviourist. Dua
paradigma ini telah menghasilkan pendekatan pengajaran yang berlainan samada dari segi
prinsip mahupun perkaedahan. Golongan behavioris menggunakan pendekatan pengajaran yang
berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina. Di antara kaedah-kaedah yang
menggunakan pendekatan ini ialah kaedah abjad, kaedah fonik, kaedah pandang dan sebut.
2.2 KAEDAH ABJAD
Kaedah ini merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca di
peringkat permulaan. Untuk pengenalan abjad guru akan memperkenalkan kesemua 26 huruf dan
murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad a sehinggalah z . Rancangan pelajaran harian
bermula dengan a hingga z. kemudian latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan
murid perlu menghafal setiap lambang abjad. Setelah murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi
huruf akan diajar kepada murid. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti dengan huruf
besar. Kemudian latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta latihan memadankan huruf
kecil dan huruf besar
Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal
seperti ayam, adik, api dan awan. Seterusnya murid pula diajar permulaan perkataan dengan
huruf konsonan seperti bola, buku, batu dan besi. Ini adalah sebagai usaha untuk
memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.
2.2.1 PENGABUNGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN
Setelah murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi huruf dan perkataan, murid
diajar membentuk dan membaca suku kata contohnya (ba be bi bo bu , ca ce ci co cu hingga za
ze ze zi zo zu. Kemudian murid diajar membentuk perkataan mudah dan murid diajar
mencantumkan suku kata dengan sukukata seperti bu bu, ba ba. Seterusnya murid akan diajar
kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah seperti baju, saya, bola.
Kebaikan kaedah ini ialah memberi peneguhan kepada pengenalan abjad. Manakala
kelemahannya pula ialah sebenarnya kanak-kanak tidak perlu mengenali semua abjad untuk
diajar membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan sebahagian konsonan yang kerap
digunakan mereka telah boleh membaca
2.3 KAEDAH FONETIK
Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod
(lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan
kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-
bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam
bahasa Inggeris. Kanak-kanak didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-
A = aaaa E = e’h
E = eh I = iiiii O = oooo
U = uuuu

B = beh
C = ceh
D = deh F = feh G = geh H = heh
J = jeh
K = keh L = el M = em N = en P = peh
Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh
Y = yeh
Z = zez

Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf
“a” adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan
mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan
yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan
perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy.
Diantara kebaikan kaedah fonik ialah jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad,
mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak
akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus
terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan.
Sebaliknya, kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad, terutamanya di
sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut , biasanya di tadika-tadika, mereka
tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf
roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa
malaysia untuk membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata
tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka
terpaksa menghafal-hafal perkataan inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah
yang mampu dihafal oleh kanak-anak apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula.
Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar mengenal symbol iaitu huruf, hanya mereka tidak diajar
nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Kanak-kanak
memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah
mereka pandai membaca sahaja.

2.4 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT


Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca
dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-
kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia
adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa
malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke
3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-
kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya
bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak
memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu
mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut
terus contohnya:-
• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan
seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad
imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila
yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-
kanak dikatakan mempunyai ingatan foto
“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang
diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Potrebbero piacerti anche