Sei sulla pagina 1di 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT

MINIT MESYUARAT UNIT KEBAJIKAN KALI PERTAMA


TAHUN 2017

TARIKH : 18 JANUARI 2017


MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : KELAS 3 IMPIAN CEMERLANG
PENGERUSI : PN ZAHRANI HJ ABDULLAH
KEHADIRAN : Dilampirkan

1. PERUTUSAN PENGERUSI (PN ZAHRANI HJ ABDULLAH)


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir
dalam mesyuarat UNIT KEBAJIKAN bagi tahun 2017.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
memberikan kerjasama yang padu dalam menjalankan tugas yang diberikan.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Nur Fadillah Abdullah.
Disokong untuk pengesahan Puan Hasnah Udin.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4. PEMBENTANGAN FOKUS MESYUARAT


4.1 Unit Kebajikan akan menyenaraikan lagi nama murid miskin untuk tahun 2017 bagi
murid yang tercicir seterusnya memastikan murid-murid yang berkelayakan
mendapat bantuan yang sewajarnya. Bilangan murid yang layak masih belum
dikenal pasti.
4.2 Bagi tahun 2018 nama murid akan dikenalpasti pada sepanjang tahun 2017
bagi melancarkan bantuan yang akan diberikan.
4.3 Unit Kebajikan akan bekerjasama dengan guru kelas bagi memastikan tiada murid
yang tercicir.
4.4 Segala lampiran pendapatan yang diberikan oleh ibubapa atau penjaga perlu
lengkap bersama dengan penyata gaji ibu bapa yang terkini sekiranya ibu bapa tiada
slip gaji, ibu bapa perlu sertakan bersama pengesahan pendapatan oleh ketua
kampung/ ketua sidang. Unit Kebajikan mahu murid yang mendapat bantuan akan
selaras dengan unit -unit lain agar bantuan yang diberikan tidak mengalami keciciran
dan tiada masalah pengulangan bantuan.
4.5 Penyelaras aliran akan menyemak semula bilangan murid yang layak menerima
bantuan .

Tindakan: Semua guru

5. LANTIKAN PENYELARAS ALIRAN UNIT KEBAJIKAN MURID


5.1 Penyelaras aliran Unit Kebajikan Murid adalah seperti berikut:
Tahun 1: Puan Rubiah
Tahun 2: Puan Hasnah
Tahun 3: Puan Zahrani
Tahun 4: Puan Nur Fadillah
Tahun 5: Puan Nor Saadah
Tahun 6: Encik Che Muhammad Baharin

5.2 Penyelaras aliran ini akan menyemak kelayakan murid iaitu:


5.2.1 Menyemak dan memastikan murid yang layak diberi bantuan jika berlaku
sebarang perkara yang perlu diberi bantuan seperti kematian ibubapa,
kemalangan, kebakaran dan sebagainya.
5.2.2 Memastikan murid mendapat bantuan yang sewajarnya.

Tindakan: Semua guru


6. HAL-HAL LAIN
6.1 Semua guru AJK Unit Kebajikan Murid perlu membantu dalam menjalankan
kutipan mingguan pada setiap hari Jumaat.
6.2 Semua aktiviti Unit Bantuan Kebajikan Murid akan diagihkan mengikut kadar
yang sewajarnya kepada murid yang memerlukan.
6.3 Semua guru Unit Kebajikan Murid perlu bekerjasama dan sentiasa peka
dalam memastikan murid yang ditimpa kemalangan seperti masuk hospital
murid akan diberi saguhati sebanyak RM30 seorang. Sumbangan ini kan
diberikan pada setiap hujung bulan tahun semasa.
6.4 Bantuan yang datang secara adhoc/tiba-tiba akan diuruskan oleh Pn Zahrani
dan Puan Rubiah.

7. PENUTUP
7.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat berikutnya akan diberitahu kelak.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Dicatat oleh, Disahkan oleh,

……………………………. ……………………………….
(PN RUBIAH ) (PN BAHARIAH BINTI ABDUL HAMED)
Setiausaha Unit Kebajikan Murid, Guru Penolong Kanan HEM,
Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput,
Melaka Tengah, Melaka. Melaka Tengah, Melaka.
SENARAI KEHADIRAN :

1. PN ZAHRANI HJ ABDULLAH

2. PN RUBIAH

3. PN HASNAH UDIN

4. PN NUR FADILAH ABDULLAH

5. PN NOR SAADAH AZAHARI

6. EN CHE MOHD BAHARIN

Potrebbero piacerti anche