Sei sulla pagina 1di 57

PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA KE-40 JB

SMK TAMAN UNIVERSITI

MODUL

UJIAN PRA-PERSETIAAN

Disediakan Oleh
Puan Law Siao Siu
Syarat-syarat Pra-Persetiaan
1.1 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan Persetiaan, Undang-
undang, Cogan kata, Isyarat Pandu Puteri, Tabik Hormat, Lambang,
Panji-Panji dan Khidmat.
1.2 Mengenali makna Isyarat Wisel dan Isyarat Tangan dan boleh
mengendalikannya.
1.3 Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan Bendera
Negeri sendiri, mengenali semua bendera negeri di Malaysia.
1.4 Mengetahui Istiadat Pandu Puteri dan cara-cara menghormati Panji-
Panji.
1.5 Mengenali Pasukan dan Pemimpin serta mengetahui berkenaan:
1.5.1 Persatuan Pandu Puteri Peringkat Daerah
1.5.2 Persatuan Pandu Puteri Peringkat Negeri
1.5.3 Persatuan Pandu Puteri Malaysia
1.5.4 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
(W.A.G.G.G.S.)
1.6 Mengetahui cara-cara mematikan hujung tali serta membuat dan
menggunakan simpulan berikut:
1.6.1 Lilit Pemati Biasa
1.6.2 Buku Sila
1.6.3 Simpul Pemukat
1.6.4 Ikatan Bunga Geti
1.7 Menceritakan tentang penglibatan diri secara dekat, memberi
khidmat kepada dua daripada berikut:
1.7.1 Seorang orang tua peringkat nenek atau datuk
1.7.2 Seorang rakan sebaya yang bukan ahli Pandu Puteri
1.7.3 Seorang cacat
1.8 Membuat jasa kepada diri sendiri dan kepada orang lain selama dua
minggu.
1.9 Sebelum dilantik, Ahli Baharu hendaklah diceritakan tentang:
1.9.1 Pergerakan Pandu Puteri
1.9.2 Erti Lencana Pandu Puteri
1.9.3 Erti Lencana Dunia

2
Panduan Isi Kandungan
BUKU LOG PRA-PERSETIAAN

BIL Isi Kandungan Catatan


1 Biodata Maklumat diri, Gambar
Senaraikan ujian-ujian
2 Syarat-syarat Pra Persetiaan
dalam Pra-Persetiaan
Tuliskan Persetiaan
3 Persetiaan Pandu Puteri, sertakan
Huraiannya.
4 Undang-Undang Pandu Puteri
5 Cogan Kata
6 Isyarat Pandu Puteri Lukisan dan Huraian
7 Tabik Hormat Lukisan dan Huraian
8 Lambang Pandu Puteri Lukisan dan Huraian
9 Panji-Panji Lukisan dan Huraian
Mencatatkan khidmat
yang diberikan kepada
10 Khidmat
orang lain selama 2
minggu (tandatangan)
11 Isyarat Wisel Lukisan dan Huraian
12 Isyarat Tangan Lukisan dan Huraian
13 Bendera Malaysia dan Maknanya Lukisan dan Huraian
Bendera Negeri Johor dan
14 Lukisan dan Huraian
Maknanya
Bendera Negeri-negeri lain di
15 Lukisan dan Huraian
Malaysia dan Maknanya
Istiadat Pandu Puteri (Bentuk Ladam
16
Kuda)
17 Cara-cara Menghormati Panji-Panji

3
BIL Isi Kandungan Catatan
18 Mengenali Pasukan dan Pemimpin
Struktur Pandu Puteri Daerah,
19
Negeri, Kebangsaan & WAGGGS
Ikatan & Simpulan:
 Mematikan hujung tali
 Lilit Pemati Biasa Lukisan, Huraian, Ikatan
20
 Buku Sila Sebenar
 Simpul Pemukat
 Ikatan Bunga Geti
Penglibatan diri secara dekat,
memberi khidmat kepada 2
Biodata, apa khidmat
daripada berikut:
21 yang dibuat, Gambar
 orang tua (nenek/datuk)
anda bersama mereka
 rakan sebaya bukan ahli PP
 seorang cacat
Mencatatkan jasa pada
22 Membuat Jasa Kepada Diri Sendiri diri sendiri selama 2
minggu
Mencatatkan jasa yang
diberikan kepada orang
23 Membuat Jasa Kepada Orang Lain
lain selama 2 minggu
(tandatangan)
24 Sejarah Pergerakan Pandu Puteri
25 Erti Lencana Pandu Puteri Lukisan dan Huraian
26 Erti Lencana Dunia Lukisan dan Huraian
Lagu Dunia, Lagu Taps Siang, Lagu
27 Versi BM & BI
Taps Malam

4
1.1 Mengetahui, menghayati dan mengamalkan Persetiaan,
Undang-undang, Cogan kata, Isyarat Pandu Puteri, Tabik
Hormat, Lambang, Panji-Panji dan Khidmat.

(1) Persetiaan Pandu Puteri


BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA,
SAYA BERJANJI DAN BERSETIA,
DENGAN SEDAYA UPAYA.
1. Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia.
2. Menolong orang setiap masa.
3. Mematuhi undang-undang Pandu Puteri.

1. Huraian tentang Persetiaan.


2. Sertakan Gambar-gambar yang menunjukkan
ciri-ciri:
(i) Kewajipan kepada Tuhan (rumah-rumah
ibadat)
(ii) Kepada Raja (alat-alat kebesaran Raja
& Sultan)
(iii) Kepada Negara (Rukun Negara, bendera Jalur
Gemilang)
3.
(2) Undang-Undang Pandu Surat pengesahan keagamaan
Puteri
Seorang Pandu Puteri itu
1. Boleh dipercayai.
2. Sentiasa taat dan setia.
3. Suka menolong orang lain.
4. Bersahabat dengan semua orang dan dengan Pandu Puteri yang
lain.
5. Sentiasa bersopan santun.
6. Berbuat baik dengan haiwan dan menjaga benda yang hidup.
7. Sentiasa menurut perintah.
8. Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan.
9. Sentiasa berjimat cermat.
10. Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

5
Sertakan Gambar-gambar dalam kartun
untuk ingat-mengingati undang-
undang.

(3) Cogan Kata


“SELALU SEDIA”

(4) Isyarat Pandu Puteri

ISYARAT PANDU PUTERI digunakan semasa :


(i) seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri
(ii) semasa ahli Pandu Puteri membaharui ikrar.

CARA MEMBUAT ISYARAT PANDU PUTERI:


(I) Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia.
(ii) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri
(di sisi) dirapatkan lurus ke badan.
(iii) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25cm
dari telinga kanan.
(iv) Kira masa 1, 2, 3 dan turun 3, 2, 1.

(5) Hormat Pandu Puteri

HORMAT PANDU PUTERI ialah tabik Pandu Puteri


yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti
pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. Ia
juga diberi kepada ketua negara, ketua negeri,
pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara
rasmi.

6
To help other
people at all time
To do my duty to
God, King and
Country And to obey the
Guide Law

Younger
Elder help
respect elder
younger

Always smile Silence

Unity Doing one good turn a day

(6) Berjabat Tangan (Handshake) – tangan kiri

Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri
Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan
orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan
budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli
berpakaian seragam yang lain.
Berjabat tangan dengan tangan kiri ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang
serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden Powell
melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga
tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang
boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu,

7
Lord Baden Powell terus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan
kemudiannya Pandu Puteri.
(7) Lambang
(a) Lencana Pandu Puteri Malaysia
Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS – World Association of
Girl Guides and Girl Scouts) pada tahun 1928, semua
negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana
ikrar, sebagai lambang cita-cita Pandu Puteri.

Rekabentuk lencana Pandu Puteri Malaysia mula-


mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Ia
dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya
Latihan, Ibu Pejabat.
Semasa berkhemah dengan pasukannya, beliau telah memungut sehelai
daun yang jatuh ke tanah. Daun itu menarik perhatian beliau kerana bentuknya.
Berikutan satu perbincangan sesama ahli-ahli kadetnya, mereka telah mencapai
kata putus untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya rekabentuk daun tadi
digunakan sebagai rekabentuk trefoil. Ini meggantikan lencana trefoil Inggeris
yang telah digunakan sebelum tahun 1962.
Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau
cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan
Pandu Puteri di bawahnya.
Tiga rangkaian daun lebar itu melambangkan tiga persetiaan. Cantuman tiga
daun ini melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini.
Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah-tengah cantuman daun itu bererti
wujudnya perpaduan antara 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di negara
ini. Ini penting kerana Pandu Puteri mementingkan perpaduan setiap ahli
walaupun terdiri daripada bangsa, agama dan budaya berlainan.
Pemimpin akan menyemat lencana ini pada skaf ahli semasa Upacara
Pelantikan yang diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan. Jadi lencana ini juga
dikenali sebagai Lencana Pelantikan.
Ringkasan Maksud
Lencana Pandu Puteri Malaysia:

Trefoil
menunjukkan tiga Persetiaan Pandu
Puteri.

8 Logo Persatuan Pandu Bintang pecah 14


Puteri Malaysia melambangkan 13 buah negeri dan
Wilayah Persekutuan di Malaysia.
(b) Lencana Dunia

Lencana Trefoil Dunia (World Badge) ialah lambang


WAGGGS. Lencana ini hanya boleh digunakan oleh ahli
Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli penuh
yang telah melafazkan ikrar. Di peringkat dunia, Lencana
ini merupakan simbol perpaduan di kalangan Pandu
Puteri sedunia.
Warna emas pada lambang ini membawa maksud sinaran matahari yang
memancar ke atas semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, agama,
kebudayaan dan warna kulit.
Tiga bentuk daun bercabang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri yang
asalnya telah diperkenalkan oleh Lord Baden Powell.
Bentuk segiempat bujur ke atas di tengah-tengah daun adalah jarum kompas
yang menunjuk ke arah utara, iaitu arah yang menjadi matlamat Pandu Puteri.
Manakala dua bintang di sebelah kiri dan kanan menandakan Persetiaan dan
Undang-Undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini.

Ringkasan Maksud Lencana Dunia

Ketiga-tiga kelopak pepina (Trefoil)


melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri.

Simbol Api pada bahagian pangkal


melambangkan api kecintaan terhadap kemanusiaan.

Jalur atau urat menajam ke atas


melambangkan jarum kompas yang sentiasa menjadi pedoman atau
petunjuk ke jalan yang benar dalam kepanduan.

Dua bintang
melambangkan Persetiaan dan Undang-undang yang menjadi
pedoman hidup kita.

Bulatan mengelilingi logo


melambangkan Persatuan Sedunia (WAGGGS)

Warna kuning emas Pepina yang berlatar-belakangkan warna biru 9


melambangkan sinaran cahaya suria ke atas semua ahli Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri di seluruh Dunia.
(8) Panji-Panji
(a) Bendera Pandu Puteri Malaysia

Bendera Pandu Puteri Malaysia dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu


Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah mahupun sekolah. Ia juga dikibarkan
di Rumah Pandu Puteri atau Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri.
Latar belakang keseluruhan bendera ini berwarna biru.
Lencana Pandu Puteri Malaysia yang berwarna kuning emas diletakkan
di tengah-tengahnya. Ia membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-
kanak di dunia.
Perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengelilingi lencana tersebut.

(b) Bendera Dunia

Bendera Dunia ialah bendera rasmi WAGGGS. Penggunaannya diluluskan


pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun itu. Pepina dan
Bendera Dunia yang baru ini diterima pada Mac 1991 selepas Upacara Perasmian
PAX LODGE.
Tiga petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah
melambangkan tiga bahagian Persetiaan.
Bahagian Putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu
Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan.

10
Lencana Dunia berwarna kuning emas dalam latar biru melambangkan
matahari menyinari kanak-kanak di dunia.
(9) Khidmat
Catatkan khidmat yang diberi kepada orang lain selama 2 minggu:
 format mengikut kreativiti masing-masing (contohnya buku kecil, peta
minda dan lain-lain)
 mesti ada tarikh, khidmat yang diberi, tandatangan orang berkenaan.
Contoh khidmat:
i) Menolong ibu mencuci pinggan selepas makan malam.
ii) Menolong ayah membersihkan akuarium.
iii) Menolong jiran yang tua memotong rumput.
iv) Menolong guru mengangkat buku.

1.2 Mengenali makna Isyarat Wisel dan Isyarat Tangan dan boleh
mengendalikannya.

(1) Isyarat Wisel

Isyarat Maksud
Satu tiupan pendek Jaga Sedia
Satu tiupan panjang Berdiam Diri
Pendek, panjang, pendek, panjang Amaran / Bahaya
Banyak tiupan pendek Semua datang cepat
Pendek, pendek, pendek, panjang Ketua, datang ke sini
Panjang, panjang, panjang Jauhkan diri dari sini
5 pendek, 1 panjang, 1 pendek, (berhenti Datang ke dapur
seketika), 6 pendek Jurumasak

11
(2) Isyarat Tangan

12
13
1.3 Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan
Bendera Negeri sendiri, mengenali semua bendera negeri
di Malaysia.
(1) Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur – merah dan putih (melintang) yang


sama lebar, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 negeri – Johor,
Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis,
Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas penjuru sebelah kiri melambangkan
perpaduan rakyat Malaysia.
Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Negara.
Bintang pecah 14 itu menandakan perpaduan 13 buah Negeri dan Wilayah
Persekutuan.
Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah Warna Diraja bagi Duli
Yang Mala Mulia Raja-raja.
Rukun Negara
Lambang Negara Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Negaraku
Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku
Rakyat Hidup, Bersatu dan Maju
Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan
Raja Kita, Selamat Bertakhta
Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan
Raja Kita, Selamat Bertakhta
14
(2) Bendera Negeri Johor

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang
berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang
mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya
Kerajaan Negeri.
Lagu Bangsa Johor
Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

(3) Bendera Negeri-negeri Lain


15
Bendera Negeri Bendera Negeri Bendera Negeri
Kedah Kelantan Melaka

Bendera Negeri Bendera Negeri Bendera Negeri


Sembilan Pahang Perak
Panji-Panji
menghormatiPanji-Panji
cara-caramenghormati

Bendera Negeri Bendera Negeri Bendera Negeri


Perlis Pulau Pinang Sabah
dancara-cara

Bendera Negeri Bendera Negeri Bendera Negeri


Sarawak Selangor Terengganu
Puteridan
PanduPuteri
IstiadatPandu

Bendera Wilayah Bendera Wilayah


Bendera Wilayah
Persekutuan Persekutuan
Persekutuan Labuan
MengetahuiIstiadat

Kuala Lumpur Putrajaya


Mengetahui

16
1.4
.4
(b) Membentuk Ladam Kuda (Cara Kedua
– untuk Istiadat Pandu
(1) Pasukan Puteri
Kecil, iaitu kurang
daripada(a)
20 Membentuk
ahli) Ladam Kuda (Cara Pertama)

17
18
Kemudian Kapten meneruskan Istiadat dengan
memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seterusnya ahli
lain untuk memberi kata-kata hikmat.
Kapten akan memberi ucapan / taklimat. Kapten
memberi arahan seterusnya:
Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri ambil satu langkah ke
hadapan dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus
keluar daripada Ladam Kuda).
Sekiranya hendak bersurai, Kapten memberi arahan:
Kapten: Pasukan Bersurai!
(Semua ahli Pandu Puteri ambil satu langkah ke
hadapan dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri Isyarat Pandu Puteri,
pusing ke kanan dan terus keluar daripada Ladam Kuda untuk
bersurai).
19
(c) Pasukan Panji-Panji (Dari Ladam Kuda)

20
(d) Istiadat Mengambil Kedatangan

21
22
(e) Istiadat Pelantikan Pandu Puteri

23
24
25
26
27
28
29
(2) Cara-cara Menghormati Panji-Panji

1. Jangan letak bendera di merata-rata tempat. Simpan Bendera di tempat


khas yang selamat.
2. Jangan menyeretnya semasa menaik / menurunkannya. Bendera
hendaklah dipegang atau disangkut pada bahu.
3. Apabila hari menjelang senja atau hari hujan, bendera yang dinaikkan di
tiang hendaklah diturunkan.
4. Jangan gunakan bendera untuk mengalas meja atau menutup sesuatu,
kecuali sebagai penghormatan tertentu.
5. Pastikan tali atau tiang bendera yang akan digunakan berada dalam
keadaan baik dan kemas.
6.
Bendera
yang telah
lusuh dan
luntur warna
haruslah
ditanam,
bukan dibuang

dalam tong
sampah.

30
1.5 Mengenali Pasukan dan Pemimpin serta mengetahui
berkenaan: (1)
1.5.1 Persatuan Pandu Puteri Peringkat Daerah
1.5.2 Persatuan Pandu Puteri Peringkat Negeri
1.5.3 Persatuan Pandu Puteri Malaysia
1.5.4 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia (W.A.G.G.G.S.)

Struktur Organisasi Pasukan Pandu Puteri Remaja

PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA KE-40 JOHOR BAHRU


SMK TAMAN UNIVERSITI

PENAUNG
PENGETUA SMK TAMAN UNIVERSITI

31

AHLI-AHLI KUMPULAN
PENASIHAT
PENOLONG KANAN (KOKURIKUKLUM)

PEMIMPIN
(KAPTEN)

PENOLONG PEMIMPIN
(LEFTENAN)

KETUA PASUKAN

PENOLONG KETUA PASUKAN

SETIAUSAHA KETUA-KETUA KUMPULAN BENDAHARI

PENOLONG-PENOLONG
KETUA KUMPULAN

AJK KUMPULAN

(2) Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Peringkat Daerah

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


CAWANGAN JOHOR DAERAH JOHOR BAHRU

YANG DIPERTUA

NAIB YANG DIPERTUA

PESURUHJAYA DAERAH

TIMBALAN PESURUHJAYA DAERAH

PESURUHJAYA-PESURUHJAYA BAHAGIAN

32
PENOLONG PESURUHJAYA BAHAGIAN

SETIAUSAHA KEHORMAT

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

BENDAHARI KEHORMAT

PENOLONG BENDAHARI

PEMIMPIN/KAPTEN

PENOLONG PEMIMPIN/LEFTENAN

AJK TIDAK BERPAKAIAN SERAGAM

AHLI-AHLI PANDU PUTERI


(3) Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Peringkat Negeri

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


CAWANGAN JOHOR

PENAUNG
DYMM SULTANAH JOHOR

YANG DIPERTUA

NAIB YANG DIPERTUA

KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN

TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN

33
PESURUHJAYA-PESURUHJAYA BAHAGIAN

PENOLONG PESURUHJAYA BAHAGIAN

SETIAUSAHA KEHORMAT

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

BENDAHARI KEHORMAT

PENOLONG BENDAHARI

AJK TIDAK BERPAKAIAN SERAGAM

(4) Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Peringkat Negeri

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

34
(5) Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri
Sedunia (WAGGGS)

PENTADBIRAN WAGGGS
35
(6) Lembaga Eksekutif Cawangan
1. Yang DiPertua
2. Timbalan Yang DiPertua
3. Ketua Pesuruhjaya Cawangan

36
4. Setiausaha Kehormat
5. Bendahari Kehormat

Pesuruhjaya Bahagian Cawangan: Pesuruhjaya Perkembangan Cawangan:


1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 3. Pesuruhjaya Kewangan & Dana
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 4. Pesuruhjaya Keahlian
5. Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi 5. Pesuruhjaya Perhubungan Dgn Masyarakat
6. Pesuruhjaya Guild Trefoil 6. Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan

(7) Lembaga Eksekutif Kebangsaan


1. Yang DiPertua
2. Timbalan Yang DiPertua
3. Ketua Pesuruhjaya
4. Setiausaha Kehormat
5. Bendahari Kehormat

Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan: Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan:


1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 1. Pesuruhjaya Antarabangsa
2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 2. Pesuruhjaya Program & Latihan
3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 3. Pesuruhjaya Keahlian
4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 4. Pesuruhjaya Perhubungan Dgn Masyarakat
5. Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi & 5. Pesuruhjaya Struktur & Pengurusan
Dewasa
6. Pesuruhjaya Guild Kebangsaan

(8) WAGGGS – World Association of Girl Guides and Girl Scouts

PENGENALAN
WAGGGS ditubuhkan pada 1928, dan merupakan satu pertubuhan suka rela untuk
mendidik anak-anak gadia dan wanita tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.
37
WAGGGS sentiasa menggalakkan pembentukan warganegara yang
bertanggungjawab, rela berkhidmat kepada masyarakat dan membina sahsiah diri
yang mulia. WAGGGS bebas daripada petangan politik dan berasaskan prinsip-prinsip
kepanduan iaitu Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri.

MATLAMAT
WAGGGS bermatlamat untuk mengeratkan tujuan dan fahaman prinsip WAGGGS
serta menggalakkan persahabatan antarabangsa.

OBJEKTIF
WAGGGS juga mempunyai objektif untuk membentuk keperibadian, melatih ahli
menjadi seorang yang berguna dan memberi khidmat kepada masyarakat.

PERSIDANGAN DUNIA
Persidangan Dunia diadakan tiga tahun sekali dengan usul-usul dasar dibentang untuk
dipertimbangkan atau diluluskan dan untuk melantik AJK dunia. Persidangan ke-27
telah diadakan di Singapura pada Jun 1990, yang ke-28 di Nyborg, Denmark dan yang
ke-29 di Kanada.

BIRO DUNIA
Biro ini bertindak sebagai urusetia yang mengendalikan dan menjalankan segala
urusan harian pejabat serta kerja kepanduan dengan kakitangannya yang terdiri
daripada pelbagai bangsa yang dikoordinasikan oleh seorang pengarah.

PUSAT DUNIA
4 buah Pusat Dunia:
1. Pax Lodge di London, England (menggantikan Olave House / Our Ark)
2. Our Chalet di Adelboden, Switzerland
3. Our Cabana di Cuernavaxa, Mexico
4. Sangam di Poona, India
Fungsi utama pusat-pusat dunia adalah untuk mempererat tali perhubungan antara
ahli-ahli kepanduan.

IKATAN DASAR
- Lencana Dunia dipakai oleh semua ahli
- Bendera Dunia digunakan semasa upacara dan istiadat
- Lagu Dunia
- Hari Peringatan (22 Februari)
- Sumbangan Tabung Hari Peringatan

BANTUAN

38
Selain memberi sumbangan tenaga suka rela, pergerakan ini juga memberi bantuan
kewangan, antaranya:
1. Skim Bantuan Bersama (Mutual Aid Scheme). Jumlah wang yang dikumpul
akan digunakan untuk projek-projek dan bantuan kewangan sambil
memupuk semangat persahabatan.
2. Kuota – kutipan tetap oleh ahli-ahli persatuan kebangsaan.
3. Sumbangan Hari Peringatan.
4. Geran, derma dan wasiat.
5. Dana Bantuan (Endowment Fund) – ditubuhkan untuk memberi
perlindungan kepada kewangan WAGGGS.
6. Dana Pembangunan WAGGGS (WAGGGS Development Fund) – digunakan
untuk pembangunan am, tujuan spesifik atau projek khas.
7. Pertubuhan Olave Baden Powell – menggalakkan kepanduan dan memberi
penghormatan kepada penderma-penderma yang murah hati.

HARAPAN
Pergerakan kepanduan berharap agar ahli-ahlinya dianggap sebagai DUTA KEAMANAN
kerana ahli-ahlinya telah dilatih dan mempunyai semangat persahabatan, perasaan
saling menghormati serta bertolak ansur di kalangan masyarakat dunia.

39
1.6 Mengetahui cara-cara mematikan hujung tali serta membuat
dan menggunakan simpulan berikut:
1.6.1 Lilit Pemati Biasa
1.6.2 Buku Sila
1.6.3 Simpul Pemukat
1.6.4 Ikatan Bunga Geti

(1) Lilit Pemati Biasa

Kegunaan
1. Supaya hujung tali tidak terburai.
2. Tali dapat digunakan lebih lama dan tahun, tidak cepat rosak.
3. Keadaan tali sentiasa kelihatan kemas dan senang disimpan.

(2) Ikatan Pemukat

Kegunaan
1. Untuk membuat gelung yang tidak mudah terlunsur.
2. Untuk menyambung dua utas tali.
3. Untuk menyelamat kerana cepat membuatnya dan sukar dilonggarkan jika
terselit.

40
(3) Buku Sila

Untuk menyambung dua utas tali


yang sama besarnya

Untuk mengikat Untuk mengikat


kain pembalut tali rantai

Untuk mengikat
tali kasut

41
(4) Ikatan Bunga Geti`

(a) Untuk menyambung dua utas tali


yang tidak sama besarnya.
`
(b) Untuk menyambung tali ke gelung
atau tanjul.

42
1.7 Menceritakan tentang penglibatan diri secara dekat, memberi
khidmat kepada dua daripada berikut:
1.7.1 Seorang orang tua peringkat nenek atau datuk
1.7.2 Seorang rakan sebaya yang bukan ahli Pandu Puteri
1.7.3 Seorang cacat

Contoh:
Saya mempunyai seorang datuk yang bernama John Stephenson,
Umurnya sudah menjangkau 70 tahun. Walaupun usianya meningkat, apa
yang mengkagumkan saya ialah dia seorang yang gigih dan tabah. Dia masih
bertungkus-lumus bekerja di kedai runcitnya yang diusahakan sendiri di
Melaka. Pekerjaannya selain daripada menjaga kedai runcit itu, dia juga perlu
sentiasa memastikan bekalan dan bahan yang dijual mencukupi. Dia akan
bekerja dari 7am hingga 6pm. Dia memang seorang yang dapat mengatasi
segalah masalah dan rintangan yang dihadapinya.
Saya selalu membantu datuk saya menguruskan kedai runcitnya pada
hujung minggu. Saya akan menolong datuk saya menghantar barangan yang
dipesan oleh pelanggannya. Saya juga akan mengunjungi datuk saya apabila
saya mempunyai masa terluang untuk memastikan datuk saya tidak
kebosanan.
Saya berasa sangat gembira melihat datuk saya yang bersungguh-
sungguh menguruskan kedai runcitnya. Bukan sahaja dapat membantu datuk
saya, saya juga mendapat banyak pengalaman dalam urusniaga.

Gambar-gambar anda bersama dengan


datuk / nenek yang disebutkan

Diakui oleh,
Vanessa .
(Vanessa V.)

43
1.8 Membuat jasa kepada diri sendiri dan kepada orang lain
selama dua minggu.

Catatkan jasa yang diberi kepada diri sendiri dan orang lain selama 2 minggu:
 format mengikut kreativiti masing-masing (contohnya buku kecil, peta
minda dan lain-lain)
 mesti ada tarikh, jasa yang diberi, tandatangan orang berkenaan.

Contoh jasa kepada diri sendiri:


i) Saya telah mengulangkaji pelajaran agar lebih bersedia untuk ujian.
ii) Saya telah makan makanan yang berkhasiat.
iii) Saya telah belajar memasak daripada ibu sekaligus menolong beliau.
iv) Saya telah mewakili sekolah dalam acara sukan olahraga.

Contoh jasa kepada orang lain:


i) Saya telah membantu ibu memasak nasi.
ii) Saya telah menyiram pokok-pokok bunga.
iii) Saya telah menolong rakan menyelesaikan masalahnya.
iv) Saya telah membantu adik menelaah pelajaran.

(1) Sejarah Pergerakan Pandu Puteri


1.9 Sebelum dilantik, Ahli Baharu hendaklah diceritakan
tentang:
1.9.1 Pergerakan Pandu Puteri
1.9.2 Erti Lencana Pandu Puteri

Pengasas: Lord Baden Powell


Ketua Pandu Puteri (“Chief Guide”): Lady Baden Powell
Nama Penuh Lord Baden Powell: Robert Stevenson Smyth Baden
Powell
Nama Penuh Lady Baden Powell: Olave St. Clair Soames
Sejarah Lord Baden Powell: dilahirkan di London
pada 22 Februari 1857
meninggal dunia di Kenya
pada 8 Januari 1941
Peristiwa Penting:
44
1900 Baden Powell menubuhkan pasukan polis “South African Constabulary” di
Afrika Selatan. Beliau menggunakan cara pengakap iaitu latihan
pengawasan, membuat simpulan, menjejak kesan dan sipat kepeloporan.
1903 Semasa kembali ke England, beliau terkejut melihat budak-budak
menubuhkan kumpulan (patrols) berpandukan buku yang beliau tulis untuk
askar-askar bertajuk “Aids to Scouting”.
1907 Baden Powell merasakan “Scouting” ada faedahnya untuk budak-budak lelaki
supaya boleh menjadikan mereka warganegara yang baik. Beliau kemudian
mengaturkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea.
1908 Kejayaan perkhemahan ini mendorong beliau untuk menulis buku “Scouting
For Boys”. Buku ini mendapat sambutan yang luar biasa. Maka tertubuhlah
Pergerakan Pengakap (“Boy Scouts”).
1909 Semasa Upacara Perbarisan Pengakap (Rally) di Crystal Palace, London,
11,000 orang pengakap lelaki menghadirkan diri. Kehadiran beberapa orang
budak perempuan yang menggelar mereka sendiri “Girl Scouts”
membimbangkan Baden Powell. Beliau kemudian menyesuaikan latihan
pengakap dengan latihan yang sesuai dengan budak perempuan, dan
seterusnya memberi nama “Pandu” (“Guides”) kepada budak perempuan ini.
1910 Baden Powell meminta adik beliau Agnes Baden Powell untuk menguruskan
Persatuan Pandu Puteri. Nama “Pandu” (“Guides”) diambil dari nama askar
di India dan Switzerland yang berani dan “resourceful”. Baden Powell juga
menerbitkan buku “Girl Guiding” yang menjadi panduan rasmi Pandu Puteri.
1914 Tunas Puteri (“Brownies”) ditubuhkan.
1916 Renjer Puteri (“Rangers”) ditubuhkan.
1918 Isteri Baden Powel – Olave Baden Powell menubuhkan “Imperial Council”
dan Majlis Antarabangsa (“International Council”) – untuk menjadi alat
perhubungan dengan Pandu Puteri di Negara lain. Sekarang “Imperial
Council” dikenali sebagai Persatuan Komanwel manakala Majlis
Antarabangsa dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri Sedunia..
1920 Kedua-dua Majlis itu mengatur Persidangan Antarabangsa yang pertama.
Persidangan Antarabangsa diadakan dua tahun sekali. Lagu “Taps”
diperkenalkan oleh Pandu Puteri Amerika Syarikat.
1924 Persidangan Antarabangsa yang ke-3. Pada masa yang sama, Perkhemahan
Pandu Puteri Sedunia yang pertama diadakan di Foxlease, Hamshire
(England). Dihadiri oleh 1000 orang Pandu Puteri dari seluruh dunia.
1926 Persidangan Antarabangsa ke-4 di Camp Edith Mary, Amerika Syarikat.
45
Dalam persidangan ini, 22 Februari dijadikan Hari Peringatan (“Thinking
Day”) untuk mengenang Pengasas Pengakap dan Pandu Puteri.
1928 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of
Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS) ditubuhkan semasa Persidangan
Antarabangsa ke-5. 28 negara menjadi ahli pada tahun itu. Terdapat 800,000
Pandu Puteri yang didaftar.

* Kelayakan Pertama untuk menjadi ahli ialah Penerimaan prinsip-


prinsip kepercayaan dan undang-undang: prinsip bahasa gerakan
ini terbuka kepada gadis-gadis dan wanita-wanita daripada
semua bangsa, Negara, kaum dan kelas; keahlian secara suka rela
dan tidak berpolitik.

1930 Persidangan Antarabangsa ke-6 di Foxlease, England, “Guide World Flag”


diambil. Olave Baden Powell digelar Ketua Pandu Puteri Sedunia (“ World
Chief Guide”). Dengan penganugerahan ini beliau dikehendaki menolong
Gerakan Pandu Puteri di seluruh dunia dan pada bila-bila masa.
1932 6 tahun selepas 22 Februari dijadikan Hari Peringatan, semasa Persidangan
Antarabangsa ke-7, Tabung Hari Peringatan (”Thinking Day Fund”) dimulakan
untuk menggalakkan konsep kepanduan di seluruh dunia.
dipetik dari Kursus Pemimpin Dan Ketua Pek/Pasukan/Unit Daerah JB 2003

(2) Sejarah Kepanduan Di Malaysia

1917 Kepanduan bermula di Malaysia. Pasukan Pandu Puteri Pertama telah


ditubuhkan Cik Gertrude Ballard di Sekolah Menengah (P) Methodist, Kuala
Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik
Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat
Pandu Puteri di Calcutta, India dan dikelolakan di bawah YWCA.
Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai
Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.
1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang.
Puan A. Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Tadbir.
1920 Pek Brownie pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur.
1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak.
1923 Penubuhan Kadet Pandu Puteri di Pulau Pinang.
1924 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan.

46
Ibu Pejabat Pandu Puteri berlokasi di Bangunan Hongkong & Shanghai, KL.
1925 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Melaka. Penubuhan Unit Renjer Puteri
Pulau Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya
1928 Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi
pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya
memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.
1929 Perkhemahan Pandu Puteri Malaya pertama di Port Dickson.
1932 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah.
Kedua-dua pasukan ini adalah yang pertama mengadakan kegiatan dalam
Bahasa Melayu.
Perkhemahan seluruh Malaya diadakan di Melaka.
1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Pandu Puteri Lady Baden
Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.
Ketua Pesuruhjaya Malaya yang pertama Pn P.M. Robinson dilantik.
1938 Ulangtahun Ke-21 Kepanduan di Malaya.
1942-
Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala kerana Pemerintahan Jepun.
1945
1946 Kegiatan kepanduan aktif semula.
1947 Puan A. W. Pinnick dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya.
1948-
Darurat. Kepanduan diteruskan.
1960
1950 Mula penglibatan peringkat antarabangsa. Perwakilan dihantar ke Jambori
Antarabangsa di Australia (peserta termasuk DYMM Raja Perempuan Perlis).
Jurulatih dari UK diundang.
Cik A. Wilson diganti oleh Cik Mary Bowers.
1953 Majlis Kaunsil bersetuju mengasingkan Kaunsil bagi Malaya dan Singapura.
Unit Renjer Udara pertama ditubuhkan di KL.
1955 Bangunan Ibu Pejabat bari didirikan di KL, dinamakan Agnes Pinnick Hut
untuk mengenang jasa beliau memimpin Pandu Puteri.
Puan R.C. Heath dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baru.
1957 DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dirasmikan sebagai
Penaung DiRaja dan Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai Yang
DiPertua.
Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS.

47
Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara
mula digunakan.
1958 Lady Baden Powell melawat Malaysia dalam lawatannya ke negara-negara
Timur.
Puan L. Navaratnam menjadi orang tempatan pertama dilantik sebagai
Ketua Pesuruhjaya.
1960 Malaysia diterima sebagai Ahli Tenderfoot oleh WAGGGS.
Persidangan Renjer Kebangsaan yang pertama diadakan di KL dari 8-13
Disember.
1962 Malaysia menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pemimpin Kebangsaan
Rantau Asia (“National Leaders of the Asia Area of the World Association”).
1964 Persatuan Pandu Puteri Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura
didaftarkan pada 8 Disember.
Okt Malaysia menjadi Ahli Penuh kepada WAGGGS dalam Persidangan Dunia
1966 yang diadakan di Tokyo, Jepun. Pada masa itu, terdapat 94 ahli penuh dan 38
ahli gabungan.
1967 Tahun Jubli Emas Kepanduan di Malaysia
1973 Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Renjer diterjemah ke BM sempena
Kursus Pentadbiran pada 9-13 April.
1974 Malaysia menjadi tuan rumah bagi Seminar Renjer bagi Rantau Asia-Pasifik.
Negara-negara New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand turut serta.
1975 Tahun Jubli Intan Kepanduan di Malaysia.
1982 Seminar Renjer diadakan di Kangar Perlis pada 7-11 Ogos.
1985 Pertukaran rekabentuk pakaian Brownies Malaysia, bertukar gelaran
menjadi Tunas Puteri dan lambangnya ditukar daripada pari-pari kepada
bunga-bunga tempatan.
1987 70 Tahun Kepanduan di Malaysia.
Persidangan Renjer Kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah, JB pada 12-17 April.
1990 Persidangan Ketua-Ketua Pesuruhjaya Negara-negara Komanwel di UPM
Serdang pada 4-8 Jun. Persidangan Dunia di Singapura.
1991 Penubuhan Majlis Renjer Puteri Kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah, JB.
Seminar Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan di Tropical Inn, JB.
1992 Perayaan 75 Tahun Kepanduan di Malaysia dimeriahkan dengan Larian
Kepanduan di Seremban, Negeri Sembilan dan Ekspedisi Muhibah berkereta
menjelajah Semenanjung Malaysia.

48
1993 Lawatan tinjauan oleh Jan Holt, Pengarah Biro Dunia dan Mokama
Ngapodiso, AJK Lembaga Dunia, ke Malaysia.
1996 Skim Jurulatih PPPM diiktiraf oleh WAGGGS.
Kem Cabaran di Ulu Bendul, N.Sembilan sebagai Kem Latihan untuk
Commanwealth Camp 98 (CC’98).
1997 Perayaan 80 Tahun Kepanduan di Malaysia.
Acara kemuncak Kuiz Kepanduan sempena Majlis Renjer Puteri di Meru,
Selangor.
1998 Perjumpaan OBPS (Olave Baden Powell Society) diadakan di KL.
Pengarah Biro Dunia, Lesley Bulman, melawat Wisma Pandu Puteri.
Perkhemahan Komanwel ’98 di Taman Rekreasi Ulu Bendul, N.Sembilan.
1999 Program Lima Tahun Kepanduan dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Perancangan Strategik 1999-2003 bagi PPPM dibentangkan.
Pelancaran Khidmat “Titian Emas” di Wisma Pandu Puteri.
Majlis Menjunjung Kasih untuk DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku
Najihah.
Persembahan Selepang Penaung DiRaja kepada DYMM Permaisuri Siti
Aishah.
Pelancaran Laman Web PPPM di MAT Kuantan, Pahang oleh Tengku
Mahkota Pahang.(www.panduputeri.org.my)
Majlis Renjer Puteri di Sabah.
2000 Pesta Tunas Puteri Antarabangsa.
2001 Perkhemahan Kebangsaan untuk Pandu Puteri.
Persidangan Renjer Kebangsaan.

Lagu Dunia Bendera berkibar


Tidak berlipat di dunia
Arah kita jelas ke depan
Harapan abadi
49
Bersatu untuk kebenaran Malam datang, Siang hilang,
Persahabatan kukuh Dari Laut, dari Gunung, dari Langit,
Selagi dunia masih ada Semua selamat, sihat rehat,
Akan nyanyi, lagu ini Berkat Tuhan.
Yang cintakan kebenaran
(Siang)
Menetapkan janji
Kami puji, nikmat diberi,
Dengan rela berjasa
Matahari, bintang-bintang, Langit
Setia abadi
biru,
Kebebasan kita kecapi
Mana pergi, hidup kami,
Bersedia sama
Tuhan saksi.
Untuk semua miskin kaya
Kita beri yang terdaya

World Song
Our way is clear as we march on
And see! Our flag on high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die! Taps
We must unite for what is right
(Night)
In friendship true and strong
Day is done, gone the sun
Until the earth
From the sea, from the hills,
In its rebirth
from the sky,
Shall sing our song ! Shall sing our
All is well, safely rest,
song!
God is nigh
All those who loved the true and good
Whose promises were kept (Day)
With humble mind, whose acts were Thanks and praise, for our days,
kind, Neath the sun, neath the stars,
whose honour never slept neath the sky,
These were the free! As we go, this we know,
And we must be God is nigh
Prepared like them to live,
To give to all
Both great and small
All we can give! All we can give!
Lagu Taps
(Malam)
Program Pandu Puteri Remaja & Pandu Puteri Renjer

50
Tingkatan Ujian-ujian Yang Perlu Dilalui
PRA PERSETIAAN
1 PERLANTIKAN SEBAGAI PANDU PUTERI: TINGKATAN 1, BULAN JUN
KELAS DUA
LAMBANG RUMAH KECIL
TALI PERKELILINGAN : Lulus Kelas Dua + Lencana Pertolongan Cemas
PERKHEMAHAN :Perkhemahan Hujung Minggu

2 PRA PERLANTIKAN PANDU PUTERI RENJER (Ulang Kaji)


PERLANTIKAN SEBAGAI RENJER PUTERI : TINGKATAN 2, BULAN JUN
SKIM LENCANA KECEKAPAN:
- LENCANA KECEKAPAN PASUKAN (Persediaan Berkhemah)
- LENCANA KECEKAPAN INDIVIDU
KELAS SATU
3 BINTANG PUTERI I (5 lencana)
SKIM BERDIKARI
LENCANA KECEKAPAN RENJER PUTERI

4 ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA


· Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya (BAKP) : PERINGKAT NEGERI

BINTANG PUTERI II (5 Lencana)


BINTANG PUTERI III (4 Lencana + Khidmat Masyarakat)
5 PANDU PUTERI RAJA
· Bengkel Selalu Sedia (BSS): PERINGKAT KEBANGSAAN

UJIAN KELAS DUA


1 Persetiaan & Undang-Undang
2 Menyalakan api
3 Istiadat Panji-Panji
4 IKATAN:
- Dua simpul - Tindih kasih - Simpul Manuk

51
- Seraya - Lilit balak - Simpul Pulih
- Serong - Simpul Bedah - Silang Gunting
5 Tanda mengesan
6 Lari Pengakap
7 Sejarah
8 Khidmat - Diri sendiri & orang lain
9 Jasa - Dalam dan Luar Pasukan sendiri
10 Hike 7km - Kompas , pedoman angin
11 Permainan Kim
12 Telefon
13 Remaja, keluarga, dadah
14 Mengendap - Manusia, binatang
15 Kesihatan - Diri

PRA PERLANTIKAN PANDU PUTERI RENJER


Mengetahui dan mengamalkan Persetiaan, Undang-undang, Cogan Kata,
1
Isyarat, Hormat, Berjabat Tangan, Lambang, Panji-panji dan Khidmat.
Mengenali Pasukan dan Pemimpin serta mengetahui tentang sejarah dan
2 perkembangan Persatuan Daerah, Persatuan Cawangan, Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, serta WAGGGS.
Mengenali dan mengetahui Bendera Malaysia dan semua bendera negeri,
3 Bendera Rantau Asia Pasifik, Bendera Dunia dan Bendera Bangsa-bangsa
Bersatu.
4 Mengetahui cara menaikkan dan menghormati panji-panji.
Mengetahui fungsi dan cara pengendalian serta mengambil bahagian dalam
5
Istiadat Pasukan.
Mengetahui cara menggunakan pedoman angin dan boleh mencari 16 mata
6
angin.
Merancang, mengambil bahagian dan membuat laporan tentang sesuatu
7
pengembaraan sejauh tujuh (7) kilometer yang memakan masa setengah hari.

KELAS SATU
Mengetahui dan mengenali dengan teliti sejarah dan geografi kawasan tempat
1
tinggal, bandar dan negeri sendiri.
2 Mengambil bahagian di dalam pelbagai jenis permainan Kim.
Merancang dan menjalankan projek khidmat selama tidak kurang daripada
3
sepuluh jam dalam tempoh satu bulan.

52
Menjalani kegiatan untuk Bintang Puteri dan Lencana Kecekapan, sambil
4
membuat persiapan melayakkan diri menjadi calon Pandu Puteri Raja.
5 Mengambil bahagian sepenuhnya dalam Skim Berdikari.

SKIM BERDIKARI
1 Identiti Diri
2 Pembangunan Negara
3 Kewangan
4 Alam Pekerjaan

BINTANG PUTERI I
1 Pekhemah
2 Ahli Pembaca
3 Pengetahuan Tempatan atau Sejarah Tempatan
4 Warisan
5 satu pilihan sendiri dari Skim Lencana Kecekapan PP Kumpulan A – D

53
ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA MALAYSIA
1 Tali Pekelilingan
2 Permit Perkhemahan atau Lambang Krafkayu
Lencana Kecekapan PP:
a) Perkhemahan
b) Ahli Membaca
c) Pengetahuan Tempatan atau Sejarah Tempatan
3
d) Warisan
e) Penceramah
f) Asia Pasifik
g) Penari / Pelakon / Peminat Muzik / Penyanyi / Komputer
Menganuni satu agama atau kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama
4
atau kepercayaan itu.
5 Memperolehi Bintang Puteri I

BINTANG PUTERI II
1 Penceramah
2 Asia Pasifik
3 Penari / Pelakon / Peminat Muzik / Penyanyi / Komputer
4
dua pilihan sendiri dari Skim Lencana Kecekapan PP Kumpulan A – D
5

BINTANG PUTERI III


1 satu pilihan sendiri dari Skim Lencana Kecekapan PP Kumpulan A
2 satu pilihan sendiri dari Skim Lencana Kecekapan PP Kumpulan B
3 satu pilihan sendiri dari Skim Lencana Kecekapan PP Kumpulan C
4 satu pilihan sendiri dari Skim Lencana Kecekapan PP Kumpulan D
Berjaya merancang dan mengendalikan satu projek Khidmat Masyarakat
5 selama sekurang-kurangnya 3 bulan secara berterusan, minima empat jam
seminggu

PANDU PUTERI RAJA


1 Lulus Kelas Satu sebelum umur 17 tahun.
2 Lulus Anugerah Ketua Pesuruhjaya Malaysia
3 Mempunyai Lencana Kecekapan Bintang Puteri II dan Bintang Puteri III
Berjaya merancang dan mengendalikan satu projek Khidmat Masyarakat
4 selama sekurang-kurangnya 3 bulan secara berterusan, minima empat jam
seminggu
54
Bengkel Selalu Sedia
a) Pengetahuan tentang negara Malaysia dan boleh membicarakan perkara-
perkara berikut:
- struktur dan sistem kerajaan
- warisan dan aadat resam masyarakat Malaysia
5 - masa depan Malaysia dari kacamata seorang Pandu Puteri Renjer
b) Pengetahuan dan pengalaman memberi khidmat bakti secara sukarela
kepada masyarakat dan boleh menerangkan tentang pengalaman yang
diperolehi daripada menjalankan projek khidmatnya.
c) Sikap terhadap pergerakan sukarela dan boleh membicarakan peranan dan
sumbangan pergerakan sukarela.

Skim Lencana Kecekapan Pandu Puteri

LENCANA KECEKAPAN KOLEKTIF


LAMBANG RUMAH KECIL
1 Juru Masak 4 Ahli Rumah Tangga
2 Dobi-mendobi 5 Melayan tetamu
3 Penjagaan Kanak-Kanak 6 Penjahit /Komputer /Pekebun /Pertukangan

LAMBANG KRAF KAYU


1 Hiker
2 Pekhemah
3 Pemerhati / Pengkaji Peta / Perintis / Pengkaji Pokok

LAMBANG KHIDMAT (pilih EMPAT sahaja)


1 Pelakon 6 Pengkaji Peta
2 Penterjemah 7 Pengkaji Jalan
3 Ahli Bomba 8 Sahabat kepada Orang Pekak
4 Ahli Pemeliharaan 9 Sahabat kepada Orang Buta
5 Pertolongan Cemas

55
LAMBANG PERSAHABATAN SEDUNIA
1 Lencana Persatuan Sedunia
2 Pengetahuan Komenwel
Sahabat Pandu Puteri
3 Warisan Pilih 3 sahaja
Melayan Tetamu
4 Pengkaji Jalan

LAMBANG SENI LUKIS DAN KERJA TANGAN (pilih LIMA sahaja)


1 Pelukis 6 Penjahit
2 Ahli Pertukangan 7 Penyulam
3 Penggubah Bunga 8 Pereka Alat Permainan
4 Ahli Mengait 9 Jurufoto
5 Ahli Membuat Simpulan

PERMIT PERKHEMAHAN KUMPULAN


LENCANA KECEKAPAN INDIVIDU

KUMPULAN A: KUMPULAN B:
TINGKAHLAKU & KEBIJAKSANAAN PEKERJAAN TANGAN DAN HOBI
1 Asia Pasifik 1 Ahli Pertukangan
2 Cabaran 2 Ahli Rumahtangga
3 Jimat Cermat 3 Jurufoto
4 Pelakon 4 Jurumasak
5 Pelukis 5 Komputer
6 Pembaca 6 Kraftangan
7 Pemberi Isyarat 7 Pekebun
8 Pemerhati 8 Pembuat Simpulan
9 Peminat Muzik 9 Pendobi Pakaian
10 Pemuzik 10 Pengait
11 Penceramah 11 Penganyam Bakul
12 Pengetahuan Komenwel 12 Penggubah Bunga
13 Pengkaji Peta 13 Pengumpul
14 Pengkaji Pokok 14 Penjahit
15 Penterjemah 15 Penyulam
16 Penulis 16 Pereka Alat Permainan
17 Penyanyi 17 Tukang Kayu
18 Persatuan Sedunia
19 Sejarah Tempatan
20 Selalu Sedia
21 Setiausaha
22 Warisan

56
KUMPULAN C: KUMPULAN D:
KEMAJUAN GERAK BADAN PERKHIDMATAN
1 Ahli Gimnastik 1 Ahli Alam Sekitar
2 Anak Kapal Laut 2 Ahli Bomba
3 Atlit 3 Kesedaran Penggunaan Air
4 Backwoodsman 4 Pelayan Tetamu
5 Hiker 5 Pemeliharaan
6 Kecergasan 6 Pembantu Kecemasan
7 Kesihatan 7 Pencegah Kemalangan
8 Olahragawati 8 Pengguna
9 Pekhemah 9 Pengkaji Jalan
10 Penari 10 Penjaga Kanak-kanak
11 Penari Tradisional 11 Penjaga Pesakit
12 Pencinta Alam 12 Penyelamat
13 Pengembara 13 Pertolongan Cemas
14 Penunggang Basikal 14 Sahabat Haiwan
15 Penunggang Kuda 15 Sahabat Pandu Puteri
16 Penyelamat Kelemasan 16 Sahabat Orang Buta
17 Perenang 17 Sahabat Orang Pekak
18 Perintis
19 Rambler

Senarai Rujukan:
“Buku Panduan Pra Persetiaan Pandu Puteri”, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan.

“Skim Lencana Kecekapan Pandu Puteri Remaja Dan Pandu Puteri Renjer”, Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, cetakan pertama 2010.

"Tunas Puteri", Persatuan Pandu Puteri Malaysia, terbitan Edusystem Sdn. Bhd., terbitan kelima
1993, muka surat 49.

Kursus Pemimpin dan Ketua Pek / Pasukan / Unit Daerah JB 2003

Isyarat Tangan, FMJ2007.

http://www.panduputeri.org.my/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Identiti_Johor

http://cikguani.blogspot.com /2009/08/
tema-negaraku-malaysia.html

57

Potrebbero piacerti anche