Sei sulla pagina 1di 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 1 / 2018

Program: Nama Pelajar:


PISMP
Kod: Semester / Tahun:
PIMK 3132 S2 T3
Ambilan:
Nama Kursus: Jun 2015
PENDIDIKAN INKLUSIF Kumpulan:
Pendidikan Islam

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan akademik 06.02.2018 20.02.2018

2. Penulisan rancangan pengajaran 27.02.2018 13.03.2018


individu
3. Pembinaaan bahan bantu mengajar 27.03.2018 10.04.2018

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep, matlamat dan dasar pendidikan inklusif.


2. Menghuraikan secara kritis pelaksanaan dan faktor kritikal yang
mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif di sekolah.
3. Menganalisis peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam
pelaksanaan pendidikan inklusif.
4. Merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran yang berada
di dalam kelas aliran perdana dengan membuat rujukan daripada pelbagai
sumber.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.
Objektif Kerja Kursus:

1. Membincangkan. secara kritis pelaksanaan dan faktor kritikal yang


mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif di sekolah.

2. Menganalisis peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam


pelaksanaan pendidikan inklusif
3. Merancang satu sesi rancangan pengajaran Inklusif bagi murid kurang
upaya yang tertentu

4. Merancang dan menyediakan Bahan Bantu mengajar untuk pembelajaran


Inklusif di sekolah arus perdana yang mempunyai ciri –ciri kreatif, inovatif dan
boleh diguna sama

Progran Pendidikan Inklusif adalah satu Usaha Kemnterian Pendidikan untuk


memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana
telah mendapat respon positif dari semua pihak yang berkepentingan. Ini selaras
dengan konsep pendidikan untuk semua. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
juga telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses,
ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan bagi semua rakyat Malaysia tidak mengira status
mereka.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak
bergantung kepada perancangan, corak interaksi guru dengan murid, murid dengan
murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid
berkeperluan Khas di dalam kelas, guru mata pelajaran perlu membuat penyesuaian
dan perancangan yang rapi serta menyediakan bahan bantu pengajaran yang kreatif
serta berinovasi serta sesuai dengan situasi murid didalam kelas yang berkaitan.
Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi
kesan positif kepada murid-murid normal juga.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang dirancang Kementerian
Pelajaran Malaysia sedang berusaha ke arah meningkatkan Program Pendidikan
Inklusif di kalangan murid murid berkeperluan khas supaya program ini benar benar
mencapai objektif yang dirancang, Sehubungan itu pelajar dikehendaki
melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1(Individu): Penulisan akademik 600 patah perkataan (20 %)

Menghurai serta menganalisis bagaimana pendidikan Inklusif dapat dilaksanakan


dengan berkesan serta mencapai objektifnya

Tugasan 2 (kumpulan) : Penulisan Rancangan pengajaran Individu (20 %)

Merancang SATU rancangan pengajaran Individu subjek Pendidikan Islam bagi


murid berkeperluan khas masalah pembelajaran dengan mengambil kira objektif
jangka panjang .

Tugasan 3 (Individu): Pembinaaan Bahan Bantu mengajar (20 %)

Membina bahan bantu mengajar bagi subjek yang dipilih diatas dalam bentuk digital
dengan memasukkan unsur inovasi dan boleh dimanfaatkan oleh semua warga
murid bekeperluan khas bagi kategori yang sama
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan .


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini


3.2. Fon Arial (Tugasan 1 dan 2)
3.3. Saiz huruf – 12 (Tugasan 1 dan 2)
3.4. Langkau 1.0 baris (Tugasan 1 dan 2)
3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6. Jawab dalam bahasa Melayu

4. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam penulisan
anda.
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
6. Anda wajib sertakan Borang Maklum Balas Tugasan bersama tugasan anda.
7. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan
yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja
kursus anda.
8. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat mengikut format
yang ditetapkan.
9. Borang salah laku akan dikeluarkan jika pelajar tidak menghantar tugasan kerja
kursus mengikut tarikh serahan.
10. Tugasan A membawa markah 100% (wajaran 20%), tugasan B membawa
markah 100% (wajaran 20%), dan tugasan C membawa markah 100% (wajaran
20%)
11. Wajaran keseluruhan kerja kursus ialah 60% dan wajaran peperiksaan akhir
ialah 40%.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

(PAUZIAH BT HJ OMAR) (MOHAMAD ANUAR BIN HAYAN)


Penyelaras Kursus Pakar Bidang SME

Disahkan oleh:

(DR MOHD YUSOFF BIN DAGANG)


Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGK Tun Hussein Onn

Potrebbero piacerti anche