Sei sulla pagina 1di 2

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL FALAH

KEMAMAN, TERENGGANU

MINIT MESYUARAT AGUNG


PERSATUAN BULAN SABIT MERAH BIL 1/(2018)

Tarikh : 09 Januari 2018


Masa : 1.45 Petang
Tempat : Dewan Besar Al Falah
Pengerusi : Pn. Suhaila bt Khalid
Kehadiran(Bilangan) : Rujuk lampiran

AGENDA MESYUARAT:

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli PBSM yang hadir untuk
mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi berharap semua ahli PBSM bagi tahun 2018 akan dapat memberikan
kerjasama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Ini adalah sangat penting
agar setiap aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.0 FOKUS MESYUARAT

3.1. Perlantikan Jawatankuasa PBSM 2018

Perlantikan ahli jawatankuasa dilakukan secara undian dan senarai nama


jawatankuasa adalah seperti yang dilampirkan.

Tindakan:
Makluman
3.2. Aktiviti-aktiviti PBSM 2018

3.2.1 Perlantikan Jawatankuasa Pelajar/Platun PBSM 2018

3.2.2 Kawad Kaki

3.2.3 Pengenalan Pertolongan Cemas

3.2.4 Ceramah Teori dan Praktikal Pertolongan Cemas

3.2.5 Latihan Balutan/Ikatan


3.2.6 Eksporace PBSM
3.2.7 Perkhemahan Tahun 2018

Tindakan:
Makluman

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1. Pengerusi memaklumkan yuran tahunan akan dikutip sebanyak RM5.00.

4.2 Pengerusi memaklumkan tempat perjumpaan mengikut Platun di kelas-kelas


Blok E dan F. Manakala untuk aktiviti kawad kaki pelajar dikehendaki berkumpul
di hadapan Makmal komputer sekolah.

Tindakan:Makluman

5.0 PENUTUP
Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada
mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat ditunda pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( ) ( )
Setiausaha PBSM Guru Penasihat PBSM
SMA Al Falah, Kemaman

Potrebbero piacerti anche