Sei sulla pagina 1di 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELUPID,


PETI SURAT 02, 89320 TELUPID, SABAH.
TEL: 089-521734 (PEJ. AM)
FAX: 089-521734 (PEJ. AM)

Rujukan kami : SMKT(TPD)/XEA2141/700/12(20)


Rujukan Tuan :
Tarikh : 11 JULAI 2017
Kepada:

Semua ibubapa dan penjaga


peserta Kursus Kepimpinan,
SMK Telupid 2017.

Tuan,

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SMK TELUPID 2017

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal
Ehwal Murid SMK Telupid akan mengadakan kursus kepimpinan bagi para Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber Dan Pembimbing Rakan Sebaya. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk
memupuk ciri-ciri pemimpin yang berkesan dalam kalangan peserta selain memberi input tentang
tugas-tugas sebagai pemimpin di sekolah.

03. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan juga bahawa kursus yang akan dijalankan
mengambil masa selama satu hari iaitu bermula pada jam 7:00 pagi sehingga jam 5:00 petang.
Justeru, pihak sekolah memohon pertimbangan daripada pihak tuan agar dapat memberi kebenaran
kepada anak-anak tuan untuk mengikuti kursus tersebut sekaligus dapat menyediakan wang belanja
makan tengahari untuk anak-anak tuan. Butiran lain kursus tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 Julai 2017 (Khamis)


Masa : 7:00am – 5:00pm
Tempat: Dewan SMK Telupid
Sasaran: Semua Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan PRS

04. Segala pertimbangan dan kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

......................................
( )

Sk - fail

Potrebbero piacerti anche