Sei sulla pagina 1di 4

SEKOLAH KEBANGSAAN CHEGAR

GALAH
PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA INDUK LINUS


BIL. 2/ 2016

Tarikh : 18 Mei 2016


Hari : Rabu
Masa : 1.15 petang
Tempat : Pusat Sumber SKCG
Pengerusi : En Jeffry b Hj Said

Kehadiran : 10 / 11

1. En Jeffry bin Said Guru Besar


2. En Sharifulddin b. Yacob GPK 1
3. Pn Hamidah bt Yahaya GPK HEM
4. En Ahmad Zahudi b Lit GPK Ko-KU
5. Pn. Nor Azilawati bt Zabidi Penyelaras
6. Pn. Jamaliah bt Pandak Ahmad AJK
7. Pn Zarina bt Abdullah AJK
8. Pn Sanisah bt Bakai @ Omar AJK
9. 10. Pn Leela Mashuran bt Mohd Janahudin AJK
10. Cik Sarojini ap Krishnan AJK
11. En. Faridun Nahar bin Muhammed AJK

Tidak Hadir :
1. Pn Noor Khairani bt Mohd Khairan Cuti bersalin

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalukan kedatangan dan merakamkan ucapan terima kasih


kepada semua AJK yang hadir ke mesyuarat Linus kali kali kedua.

1.2 Menjelaskan tujuan mesyuarat adalah untuk membentangkan keputusan


Saringan 1 dan pelaksanaan membincangkan Program Intervensi selepas
Saringan 1.
1.3 Penegasan tentang kepentingan pelaksanaan program Linus di peringkat
sekolah. Kerja sama daripada semua pihak sekolah adalah amat penting
untuk kejayaan program Linus. Mengharapkan sasaran celik literasi dan
numerasi dapat dicapai. Program Linus merupakan salah satu dasar
penting kerajaan di bawah NKRA.

2. Perbincangan Profesionalisme

2.1 Penyelaras Linus memaklumkan bahawa Saringan 1 Literasi dan


Numerasi telah dijalankan pada awal Mac hingga April bagi murid Tahun
1,2 dan 3.
2.2 Penyelaras mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK kerana
telah melaksanakan Saringan 1 dengan baik dan jayanya.
2.3 Penyelaras Linus membentangkan KPI yang perlu dicapai bagi Saringan 1
2016 terlebih dahulu sebagai perbandingan.
2.4 Penyelaras Linus membentangkan analisa penguasaan Saringan 1
2016.

KPI LINUS 2.0

Linus 2.0 Tahun Saringan 1 Saringan 2

Literasi BM 1 87% 90%


Numerasi 2 92% 95%
3 97% 100%
LITERASI BAHASA INGGERIS
Literasi Bahasa 1 67% 73%
Inggeris 2 79% 85%
3 90% 95%

Analisa Saringan 1 2016

Tahun Literasi Bahasa Literasi Bahasa Numerasi


Melayu Inggeris

Tahun 1 tiada 82% tiada

Tahun 2 tiada 70% tiada

Tahun 3 100% 100% 100%

2.5 Penyelaras Linus memaklumkan di bawah Linus 2.0 hanya istilah


menguasai dan Tidak Menguasai di guna pakai. Murid dianggap
menguasai sekiranya melepasi ke semua konstruk. Kesemua murid Tahun
3 telah menguasai ketiga – tiga subjek dengan 100% menguasai. Ini
bermakna sekolah kita telah menguasai mencapai target lebih awal.
Tahniah di ucapkan kepada guru- guru subjek. Saya yakin Saringan 2 juga
kita berjaya menguasai 100% juga.
2.6 Sebagai Makluman sekali LBM dan Numerasi tidak disaring kepada
murid tahun 1 dan 2.
2.7 Murid Tahun 1 dan 2 hanya mengambil saringan Literasi Bahasa Inggeris.
2.8 Murid tahun 2 terdapat 3 orang tidak menguasai K3-K12 dan bilangan
bertambah seorang lagi untuk Saringan 1 ini. Saya berharap agar guru
Bahasa Inggeris dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dan cuba
atasi masalah ini. Rancanglah pelbagai aktiviti untuk menyelesaikan
masalah murid tersebut.
2.9 Murid yang tidak menguasai Linus Tahun 2 ialah :
1) Hasnol Nazreen
2) Nur Natasya Sabrina
3) Nurul Asyikin
2.10 Murid yang tidak menguasai Tahun 1 aialah :
1) Muhammad Aidil Haikal
2) Muhammad Syafik Irfan

Makluman : Guru LBI Tahap 1

3. Masalah Murid Linus

3.1 Cik Sarojini memaklumkan bahawa , kebanyakan murid linus merupakan


murid bermasalah dari segi disiplin iaitu masalah kehadiran.

3.2 Pengerusi menyarankan agar guru mengambil tindakan yang sewajarnya


terhadap murid yang sering tidak hadir ke sekolah.

3.3 Penyelaras memberitahu murid yang tidak menguasai Linus akan berada
di kelas pemulihan semasa pdp Matematik dan Bahasa Melayu
sepenuhnya selepas cuti Penggal nanti.

3.4 Harapan Penyelaras agar guru - guru kelas dapat menyediakan Sudut
Linus di dalam kelas dan perbanyakanlah bahan bacaan untuk membantu
murid menguasai bacaan dengan lancar terutama Tahun 2.

Tindakan : Pn Lila dan guru Kelas

4. Program Peningkatan

4.1 Anjung Linus telah berjaya dilaksanakan dan kerjasama semua AJK
sangatlah diharapkan untuk memanfaatkanlah penggunaannya serta
perbanyakkan lagi bahan bacaan untuk kegunaan murid- murid.
4.2 Pn.Lila memberitahu antara program yang akan dilaksanakan ialah Kelas
Fajar di mana murid-murid linus yang datang awal ke sekolah akan diajar
oleh guru bagi memanfaatkan masa mereka sebaik mungkin.

4.3 Pn Jamaliah memberitahu bahawa beliau telah menyediakan banyak bahan


bacaan untuk murid tahun 1 dan terdapat set bacaan untuk murid yang
tidak menguasai Linus.

4.4 Penyelaras memaklumkan bahawa guru tahun 1 dan 2 yang tidak terlibat
dengan saringan 1 boleh membuat saringan sendiri dan mengambil contoh
instrumen saingan yang lepas bagi LBM dan Numerasi supaya murid
bersedia untuk Saringan 2 nanti.Bagi tahun 1 pula sebagai TOV guru.

5. Hal-hal Lain.

5.2 Pengerusi berharap agar bilangan murid yang tidak menguasai Literasi dan
Numerasi akan berkurangan dan seterusnya dapat mencapai sasaran yang
ditetapkan KPI NKRA.
5.3 Penyelaras memaklumakan isu dapatan semasa fasilinus membuat
pemantauan adalah guru tidak mencatatkan pentaksiran Linus di dalam
RPH buku rekod pengajaran.
5.4 Terdapat kecuaian guru semasa mengisi tarikh di dalam borang BPPI di
mana guru melepasi tarikh saringan Lisan dan tarikh tersebut sepatutunya
sudah selesai menyaring murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.25 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................ ...........................................
( NOR AZILAWATI BT ZABIDI ) ( EN JEFFRY B SAID )
Setiausaha Linus Guru Besar

Potrebbero piacerti anche