Sei sulla pagina 1di 2

SKRIP UCAPAN PENGERUSI MAJLIS BENGKEL LDP

AGENDA UCAPAN CATATAN


PENDAHULUAN Bismilllahirrahmannirrahim
Alhamdulillah …………………………………………………….
Pertama dan selamanya marilah kita sama –sama mengucapkan
syukur kehadrat Allah kerana telah mengizinkan kita untuk hadir
dan menyertai Bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan kali pertama
sesi 2014. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada guru-guru
dan staff yang hadir pada hari ini.
ALUAN Yang berusaha Puan Normah binti Awal, Guru Besar SK Ramuan
China Besar, yang berusaha, Guru- guru penolong kanan, yang
diraikan, Tuan Penceramah kita, Encik Shaari bin Bujang, Kaunselor
Pentadbir di PPD Alor Gajah seterusnya rakan-rakan guru dan Staff
yang dikasihi sekalian

Bacaan Doa Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.


Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita membuka majlis
kita dengan bacaan ummul furqan … Al-Fatihah

Seteruskan bagi memberkati majlis, majlis dengan ini menjemput


dan mempersilakan ustaz Hafizzan untuk memimpin bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hafizzan diatas pimpinan doa


sebentar tadi.
Aluan Guru Besar Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Puan Normah
binti Awal, Guru Besar SKRCB untuk menyampaikan ucapan aluan

Terima kasih diucapkan kepada puan guru besar diatas kesudian


menyampaikan ucapan aluan
Ceramah LADAP Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan En.
Shaari bin Bujang,Kaunselor Pentadbir dari PPD Alor Gajah untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengurusan Strees. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Shaari bin Bujang diatas
penyampaian ceramah sebentar tadi dan diharapkan kita sama-
sama dapat mengambil manfaat dan pengajaran daripada apa yang
telah disampaikan tadi dan menjadikan panduan dalam kita
meneruskan tugas dan tanggungjawab kita semua.
Penyampaian Cenderahati Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan puan Guru Besar,
Puan Normah binti Awal untuk menyampaikan cenderahati kenang
kenangan kepada tuan penceramah kita.
Penutupan Maka dengan berakhirnya penyampaian cenderahati ini, ini
bermakna kita telah sampai di penghujung pertemuan kita pada hari
ini. Saya mewakili pihak sekolah dengan ini ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua guru dan staf yang sudi hadir
untuk majlis ilmu kita pada hari ini. Tidak lupa juga , terima kasih
yang tidak terhingga kepada tuan penceramah yang sudi hadir
untuk memberikan ceramah sempena program latihan dalam
perkhidmatan pada hari ini.

Kita tangguhkan majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.
Majlis bersurai dan dijemput tuan penceramah diiringi barisan
pentadbir ke jamuan yang telah disediakan. Sekian terima kasih

Potrebbero piacerti anche