Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKAP

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KESENIAN DAN MUZIK

SK LANGKAP BIL 1 / TAHUN 2018

TARIKH : 4 FEBRUARI 2018

MASA : 1.30 PETANG – 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK ANJUNG ILMU, SK LANGKAP.

PENGERUSI : CIK MAISARAH BINTI MANAS

KEHADIRAN :

1. ENCIK HAIMI BIN SATAR @ AHAMAD


2. PUAN ANDIK RADEN @ ANDIK EMILIZA BINTI ALIMIN
3. PUAN MORALIZA BINTI MOHAMAD
4. ENCIK MOHD RASHIDI BIN SULONG
5. CIK MAISARAH BINTI MANAS
6. PUAN ZARHANA BINTI SIDEK
7. ENCIK FARIZAL BIN OTHMAN

Hadir Bersama (Jika ada) : TIADA

Tidak Hadir : TIADA

Urus Setia/Setiausaha : PUAN ZARHANA BINTI SIDEK

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat Panitia Pendidikan Kesenian Dan
Muzik kali pertama untuk sesi 2018.

Tindakan: Pengerusi

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1. Minit Mesyuarat Bil 3/2017 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Andik Raden @ Andik
Emiliza selaku Penolong Kanan Kurikulum disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Semua ahli

3. PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Perkara 3.2 pada minit Bil 3/ 2017 muka surat 2 : Minggu Panitia Seni. Minggu Panitia akan
diadakan pada 1 hingga 4 September 2018 dan melibatkan aktiviti mewarna bagi tahap 1 dan
tahap 2.
Tindakan: Semua ahli
4. KSSR / Kurikulum

4.1 Rancangan Pengajaran Tahunan : Semua guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran
Tahunan dan perlu mengajar mengikut silibus yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran
Tahunan tersebut.

4.2 Semua guru perlu menghantar buku rekod pengajaran dan mengemaskini e-rph kepada
pentadbir untuk disemak pada setiap Khamis tanpa gagal.

Tindakan: Semua ahli

5. PELAKSANAAN PDPC

4.1 Pdpc yang dijalankan perlu berinspirasikan Pembelajaran Abad ke-21. Guru perlu sentiasa
bersedia dengan teknik-teknik yang berkesan dan tidak hanya menggunakan kaedah “Chalks And
Talks” sahaja.

4.2 Setiap guru perlu memperuntukkan waktu untuk membuat persediaan mengajar supaya pdpc
yang dirancang adalah berfokus dan berjaya mencapai objektif. Guru perlu mahir dan mempunyai
pemahaman yang mendalam terhadap isi kandungan subjek / tajuk yang bakal diajar.

Tindakan: Semua ahli

6. PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) OFFLINE

6.1 Semua guru harus menjalankan penilaian PBS kepada murid-murid KSSR dan KSSR SEMAKAN
dari darjah 1 hingga 6 secara offline iaitu pada bulan April, Julai dan Oktober. Guru juga perlu
mencetak Rekod Perkembangan Murid dan perlu ditampal pada bahagian belakang buku
rancangan mengajar. Sebagai rujukan berkaitan penilaian PBS, guru boleh merujuk Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.

Tindakan: Semua ahli

7. KEEWANGAN PANITIA
7.1. Ketua panitia menyatakan bahawa duit panitia perlu digunakan pada tahun semasa dan
tidak boleh dibawa kepada tahun seterusnya. Justeru guru-guru boleh memberi cadangan /
pandangan untuk pengurusan keewangan panitia.

Tindakan: Makluman
8. ALAT DAN BAHAN UNTUK PDP
8.1. Setiap guru diminta menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk bahan bantu
mengajar padi sesi pdpc 2018 bagi memudahkan ketua panitia untuk membeli barangan
tersebut menggunakan peruntukkan keewangan panitia yang disediakan. Guru-guru boleh
menyenaraikan bahan keperluan / BBM untuk pdpc masing-masing secara bertulis. Setelah
itu senarai itu perlu diserahkan kepada ketua panitia.

Tindakan: Semua ahli


9. PROGRAM PANITIA

9.1. Semua guru perlu berganding bahu untuk meningkatkan bagi mata pelajaran kesenian dan
muzik dengan mengadakan aktiviti melukis dan mewarna poster, bengkel mewarna
menggunakan teknik catan juga aktiviti menceriakan bilik seni. Selain itu, murid perlu diberi
pendedahan secara berterusan dalam aktiviti mengolah, melukis dan mewarna setiap kali
kelas seni berlangsung.

9.2. Bagi matapelajaran muzik, bengkel nyanyian lagu kebangsaan , lagu negeri, lagu ekolah dan
lagu pendidikan Terengganu perlu diadakan bagi murid tahap 1 secara berperingkat.
Program “Bintang Kecil” juga perlu diwujudkan untuk mengasah dan mencungkil bakat
murid.
Tindakan: Semua ahli

10. HAL HAL LAIN

10.1 Minggu panitia peringkat akan diadakan pada bulan akhir bulan Ogos sehingga minggu
pertama bulan September bersama Bulan Kemerdekaan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan
sepanjang tahun ialah :

10.1.1. Mewarna poster kemerdekaan


10.1.2. Melukis poster kemerdekaan atau diorama kemerdekaan
10.1.3. Pertandingan Lagu Patriotik Kelas / Individu

Tindakan: Makluman

11 PENUTUP

11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh,

…………………....................................................

( PUAN ZARHANA BINTI SIDEK )

Setiausaha

Panitia Pendidikan Kesenian Dan Muzik

Tarikh: 5 Februari 2018.

Potrebbero piacerti anche