Sei sulla pagina 1di 5

Kertas Candangan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah

1. KERTAS CADANGAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016


SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE -
58 SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT. ANJURAN : UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM
DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGIAN#sehatisejiwa.

2. 1.0 PENDAHULUAN

Unit Kokurikulum dengan kerjasama bimbingan kaunseling Sekolah Kebangsaan Tumpat akan
mengadakan sambutan bulan kemerdekaan bagi tahun 2016 kali yang ke 58 bertemakan
‘#sehatisejiwa’. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua
murid 1 hingga tahun 6 serta Pra Sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang
dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai
pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan
kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah KebangsaanTumpat.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi


memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru- guru Sekolah
Kebangsaan Tumpat serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan
rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih
kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya dapat
mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Tumpat secara menyeluruh. Selain itu, para guru
dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Tumpat di
peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3. 3.0 OBJEKTIF

1. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


2. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
3. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
4. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat
membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
6. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
7. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan ini.
8. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas jasa-
jasa mereka.
9. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema
sambutan kemerdekaan.
10. Mencungkil bakat pelajar.
11. Menguji pengetahuan am para pelajar
12. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
13. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa.
14. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien.
15. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional
daripada luput ditelan zaman.

4. 4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama guru-guru Sekolah
Kebangsaan Tumpat.

5.0 TARIKH
Sempena Bulan Kemerdekaan dari 16 Ogos 2016 hingga Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
pada 16 September 2016.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Tumpat. (Termasuk guru dan murid dan Pra
Sekolah)

7.0 STRATEGI
Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid
secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas
bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru ketua kelab
dan persatuan.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN

8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

1. Pertandingan nyanyian lagu merdeka (solo) Muzik / Bilik Muzik Semua kelas Tahap II (Tahun
3-6) dan guru-guru kelas tahap II 27 Ogos 2014
2. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Visual / Bilik PSV Tahap I ( Tahun 1-3), Pra sekolah
dan Pendidikan Khas dan guru-guru Pendidikan Seni Visual. 11 Ogos – 22 Ogos 2015
3. Pertandingan Menghias Kelas (mengikut tema Kemerdekaan) Sejarah / Kelas masing-masing
Semua murid dan semua guru kelas. 12 Ogos- 28 Ogos 2014
4. ‘Kami Anak Malaysia’ ---Nyanyian Lagu Patriotik oleh semua murid (pada waktu perhimpunan
) Semua murid dan semua guru. Sepanjang Bulan Kemerdekaan
5. Pertandingan Fesyen Merdeka - Persembahan Pakaian Rakyat Malaysia Berbilang kaum
Dewan Terbuka Semua Murid sekolah 28 Ogos 2015
6. Pertandingan Basikal Berhias PSK, KT / Sejarah Semua Murid Sekolah 25 Ogos 2015
7. Pelancaran mengibarkan Jalur Gemilang - Menghiasi persekitaran sekolah dengan Jalur
Gemilang , poster Kemerdekaan dan lain-lain Pendidikan Moral / PSK, KT Semua murid, guru
dan staf sekolah. Sepanjang Bulan Ogos
8. Pameran Merdeka (Sudut Sejarah) PSK, KT, Sejarah dan Pend. Moral Semua Murid
Sepanjang Bulan Kemerdekaan

1. 6. 8. i. Kuiz Kemerdekaan ii. Melukis logo sambutan kemerdekaan SKSR Murid Tahun 3-6
(wakil dari setiap kelas) Murid Tahun 4-6 ( wakil dari setiap kelas 18 Ogos 2014 17 Ogos -
21 Ogos 2015 9. Tayangan video sempena bulan kemerdekaan Pusat Sumber Sekolah
Tayangan film selepas waktu persekolahan untuk murid-murid dengan bayaran. 16 Ogos -
21 Ogos 2015 10. Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 i. Perhimpunanan Khas ii. Deklamasi
Sajak Patriotik iii. Dikir Barat iv. Skesta perjuangan tokoh-tokoh Semua murid dan guru
berhimpun di dewan terbuka sekolah 28 Ogos 2015 11. Perhimpunan Hari Malaysia / Majlis
Penutupan Hari Kemerdekaan 21 September 2015
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7. Bil Aktiviti Kos Bilangan hadiah Anggaran Perbelanjaan 1. Hadiah i. Pertandingan Nyanyian
lagu patriotik (solo ) ii. Pertandingan Mewarna ( Tahap I) iii. Pertandingan Menghias Kelas.
Pertandingan Fesyen Merdeka Pertandingan Basikal Berhias iv. Kuiz Kemerdekaan - Pertama
(4 Kelas) - Kedua (4 Kelas) - Ketiga (4 Kelas) - Prasekolah i. Pertama ii. Kedua iii. Ketiga -
Pendidikan Khas i. Pertama ii. Kedua iii. Ketiga - Tahap 1 i. Pertama (3 tahun) ii. Kedua (3
tahun) iii. Ketiga (3 tahun) - Tahun 1 - Tahun 2 - Tahun 3 - Tahun 4 - Tahun 5 - Pertama - Kedua
- Ketiga - Sagu Hati - Pertama - Kedua - Ketiga - Tahap 1 (2 tahun ) (Tahun 2 & 3) - Tahap 2 ( 3
tahun) RM 8 × 4 RM 7 × 4 RM 5 × 4 RM 8 RM 7 RM 5 RM 8 RM 7 RM 5 RM 8 × 3 RM 7 × 3 RM
5 × 3 RM 50 RM 50 RM 50 RM 50 RM 50 RM 8 RM 7 RM 5 RM 3 (3×) RM 10 RM 9 RM 8 RM
80.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 60.00 RM 250.00 RM 29.00 RM 27.00
2. 8. v. Pertandingan Melukis logo Hari Kemerdekaan i. Pertama (5 tahun) ii. Kedua ( 5 tahun)
iii. Ketiga ( 5tahun) - Tahap 2 ( 3 Kelas) i. Pertama (3 Kelas) ii. Kedua ( 3 Kelas) iii. Ketiga (3
Kelas) RM 8 × 5 RM 7 × 5 RM 5 × 5 RM 8 × 3 RM 7 × 3 RM 5 × 3 RM 100.00 RM 60.00 2.
Perhiasan i. Bendera Kecil (Perhiasan) ii. Bendera besar -Malaysia -Pulau Pinang iii. Banner
( Sambutan Hari Kemerdekaan) iv. Dokumentasi 200 × RM1 10 × RM 12 RM 200.00 RM
120.00 RM 100.00 RM 30.00 3. Sudut Patriotisme dan Pameran Hari Kemerdekaan i.
Banner & Bunting RM 60.00 Jumlah RM 1156.00 10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI
SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis 8.15 pagi - Perhimpunan - Bacaan doa - Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu
negeri Pulau Pinang dan lagu ‘Standing In The Eyes of The World’ - Lafaz ‘Rukun Negara’ -
Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. - Persembahan
Multimedia - Penyampaian Hadiah (Pertandingan mewarna, Kuiz, poster) - Pertandingan Fesyen
Merdeka - Persembahan Basikal berhias - Penyampaian hadiah ( Pertandingan basikal berhias
dan kelas terceria dihiasi bertemakan kemerdekaan) - Nyanyian lagu-lagu patriotik (solo) –
pemenang-pemenang pertandingan - Nyanyi bersama-sama - Penyampaian hadiah (
Pertandingan Fesyen Merdeka, Pertandingan nyanyian solo)

12.0 PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Seri Relau ini memerlukan
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara
menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat
mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini.
Warga SK Tumpat dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di
samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

______________________
(NURUL HAYATI BT OMAR)
Penyelaras Sambutan Kemerdekaan,
Sekolah Kebangsaan Tumpat.

Disemak oleh,

......................................................
( EN SHAMSUDIN B MOHAMMED)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Tumpat,

Diluluskan oleh

.................................................
(PN NORSILAWTI BINTI ISHAK)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tumpat.

Potrebbero piacerti anche