Sei sulla pagina 1di 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG JAWA

40200 SHAH ALAM,


SELANGOR DARUL EHSAN
TEL 0355196078 FAX: 0355106044

1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Ruj Kami : SKPJ 100-15/1/1( )


Kepada, Tarikh : 3 November 2017
Pn.Nur Melissa Fernandez Binti Abdullah
Pengurus Besar
Hal Ehwal Korporat
Chemical Company Of Malaysia Berhad
Kuala Lumpur

Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK – KANAK PERINGKAT


SEKOLAH TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak Sekolah Kebangsaan Padang Jawa akan


mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 / November / 2017 ( Selasa )


Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : SK Padang Jawa

3. Sehubungan itu, pihak sekolah menjemput dan memohon jasa baik puan untuk
menyampaikan ucapan perasmian hari kanak-kanak seterusnya menjayakan program
tersebut. Bersama –sama ini disertakan atur cara program untuk rujukan puan.

4. Sebarang pertanyaan mengenai program ini, puan boleh menghubungi Guru


Besar Pn Latifah Binti Mohd Amin di talian 019 6606586 atau PK HEM Pn Salasiah
Binti Tomin di talian 03 55196078.

5. Keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak puan, amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

………………………………..
( LATIFAH BT MOHD AMIN )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Padang Jawa

SK : Fail Unit HEM


Fail Sambutan Hari Kanak - Kanak