Sei sulla pagina 1di 6

SK TEBONG

KM 37 JALAN KUALA SUNGGA, TEBONG


MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Telefon DAN Fax : 06 - 4486693

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MINIT MESYUARAT PANITIA


PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI KETIGA, 2017

Tarikh : 14 November 2017 (Selasa)


Masa : 10.00 Pagi
Tempat : MAKMAL KOMPUTER SK TEBONG
Kehadiran :
1. Pn. Sarimah bt Zainal - GPK 1
2. Pn. Izyan Hamizah bt. Md. Izaman - Pengerusi & Setiausaha Panitia
3. Pn. Ee Sai Yin - Guru TMK Tahun 6
4. En. Azmi b. Abu Bakar - Guru TMK Tahun 5
5. Pn. Latipah bt Baharin - Guru TMK Tahun 4

Tidak hadir : Tiada

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi merangkap GPK 1 memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul Kitab Al-
Fatihah.Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Puan Sarimah mengingatkan semua guru supaya menyemak semua buku latihan murid dan
memastikan borang PBS dilengkapkan.
1.3 Semua peralatan ICT yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum sesi persekolahan ditutup.
Tindakan : Makluman

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 En. Azmi b Abu Bakar mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Ee
Sai Yin.

3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4. POST-MORTEM ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

4.1 Ketua panitia meminta semua ahli panitia membentangkan keputusan akhir tahun subjek
TMK bagi kelas yang diajar.
4.2 Puan Latipah bt Baharin membentang analisa tahun 4 seperti di bawah:
SK TEBONG
KM 37 JALAN KUALA SUNGGA, TEBONG
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Telefon DAN Fax : 06 - 4486693

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 ALPHA 20 20 0 4 20.00 7 35.00 7 35.00 1 5.00 1 5.00 19 95.00 2.40

Jumlah 20 20 0 4 20.00 7 35.00 7 35.00 1 5.00 1 5.00 19 95.00 2.40

4.3 Beliau memaklumkan GPMP TMK tahun 4 ada peningkatan iaitu dari 3.83 kepada 2.40. Ini
kerana murid lebih memahami apa yang dipelajari setelah beberapa latih tubi dilakukan.
4.4 En. Azmi b Abu Bakar membentangkan analisa tahun 5 seperti di bawah :

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 ALPHA 25 25 0 1 4.00 2 8.00 3 12.00 3 12.00 16 64.00 9 36.00 4.24

Jumlah 25 25 0 1 4.00 2 8.00 3 12.00 3 12.00 16 64.00 9 36.00 4.24

4.5 GPMP TMK tahun 5 menunjukkan penurunan dari 3.74 kepada 4.24 kerana soalan yang
diberikan lebih susah dan murid sukar menafsirkan soalan.

4.6 Puan Ee Sai Yin selaku guru TMK tahun 6 membentangkan analisa untuk tahun 6 seperti di
bawah:

Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai


Bil Kelas GPMP
Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 ALPHA 20 17 3 1 5.88 6 35.29 8 47.06 0 0.00 2 11.76 15 88.24 2.76

Jumlah 20 17 3 1 5.88 6 35.29 8 47.06 0 0.00 2 11.76 15 88.24 2.76

4.7 Berlaku peningkatan yang baik iaitu dari 3.75 ke 2.76. Ini kerana murid dapat memberi lebih
perhatian pada PdP selepas UPSR.

4.8 Puan Izyan telah membuat kesimpulan seperti dalam jadual di bawah:

Kelas PKSR 1 PKSR 2 CATATAN


Tahun 4 3.83 2.40 Pencapaian meningkat. Murid lebih memahami
kandungan pelajaran selepas beberapa siri latih tubi
sebelum ujian PKSR 2
Tahun 5 3.74 4.24 Pencapaian menurun. Soalan yang diberikan lebih
susah dari PKSR dan terdapat kekeliruan dengan nama
alatan ICT.
Tahun 6 3.75 2.76 Pencapaian meningkat. Murid lebih memberi tumpuan
dalam pdp selepas UPSR.
SK TEBONG
KM 37 JALAN KUALA SUNGGA, TEBONG
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Telefon DAN Fax : 06 - 4486693

4.9 Kekuatan, kelemahan dan intervensi juga dibincangkan dan dinyatakan seperti jadual di
bawah:

Kekuatan murid Kelemahan murid Intervensi


1. Murid seronok 1. Murid mengambil 1. Memuatnaik nota
membuat aktiviti masa yang lama untuk dalam laman VLE
TMK. menyalin nota dan FROG
2. Murid mudah menyiapkan tugasan. 2. Membuat aktiviti
memahami pdp & 2. Kurang memahami labelling komputer
boleh menggunakan istilah & kurang 3. Mewujudkan satu
komputer dan internet membaca nota yang sudut alatan komputer
dengan baik diberikan. di makmal
3. Murid dapat membuat 3. Kurang pendedahan komputer/pusat
aktiviti dengan baik di mengenai alatan ICT sumber
dalam makmal.

4.10 Puan Sarimah berharap agar intervensi berikut dapat dijalankan pada tahun hadapan. Bukan
hanya di atas kertas kerana sekarang sekolah perlu mengikut panduan SKPMg2 yang telah
ditetapkan.
Tindakan : Semua guru

5. LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2017


5.1 Laporan aktiviti telah disimpulkan seperti dalam jadual di bawah :
BIL AKTIVITI/PERTANDINGAN OBJEKTIF LAPORAN
PERINGKAT AKTIVITI
1. Mesyuarat Panitia TMK dan  Mengadakan mesyuarat AJK Berjaya diadakan
DST kali pertama  Pembahagian tugas antara AJK pada tarikh –
2017 tarikh berkenaan
 Perbincangan perancangan aktiviti 9/1/2017
2017 25/5/2017
 Menyelaraskan format penulisan 14/11/2017
buku rekod mengajar KSSR TMK
dan DST.
2. Program Peningkatan Prestasi  Penyediaan soalan ujian Berjaya diadakan
Akademik Pertengahan Tahun  Menganalisis Pencapaian murid dalam mesyuarat
kedua 25/5/2017
3. Pelancaran Bulan Panitia dan  Memberi peluang kepada murid Tidak berjaya
Aktiviti Bulan Panitia untuk melibatkan diri secara aktif di dilakukan atas
*Pertandingan Multimedia dalam setiap aktiviti yang sebab kekangan
Kreatif dijalankan. waktu dan
* Teka silangkata  Memantapkan lagi penguasaan pelbagai aktiviti
pelajar dalam matapelajaran TMK sekolah yang lain
dan DST.
 Memupuk semangat kerjasama dan
berdisiplin melalui aktiviti yang
dijalankan.
 Memotivasikan pelajar supaya tidak
“fobia” dengan TMK dan DST.

4. Program Peningkatan Prestasi Menganalisis pencapaian murid Tidak berjaya


Akademik Ujian Akhir Tahun dilakukan atas
kekangan waktu
SK TEBONG
KM 37 JALAN KUALA SUNGGA, TEBONG
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Telefon DAN Fax : 06 - 4486693

5. Mengemaskini fail – fail panitia  Memastikan semua fail panitia Telah dilakukan
dikemas kini oleh ketua panitia
sepanjang tahun

5.2 Puan Sarimah berharap Minggu TMK dapat dijalankan pada tahun hadapan.

Tindakan : Makluman

6. PCG PANITIA
6.1 Puan Izyan telah membentangkan perbelanjaan PCG panitia. Sebanyak RM250 digunakan
untuk membayar hutang panitia tahun sebelum. RM 132 digunakan untuk membeli dakwat
printer manakala RM102 digunakan untuk membeli 3 wayar penyambung di makmal
komputer. Baki semasa adalah RM30.

Tindakan : Makluman

7. HAL- HAL LAIN


7.1 Dasar Panitia 2018
7.1.1 Puan Izyan menetapkan tahun hadapan 2018 semua guru perlu memastikan semua
murid mempunyai sebuah buku teks dan menggunakan sebuah buku bergaris 1 untuk
mata pelajaran TMK.
7.1.2 Guru – guru mata pelajaran diharapkan dapat mengembalikan semula DSKP TMK ke
fail panitia. Begitu juga dengan Rancangan Pengajaran Tahunan supaya guru tahun
depan dapat menggunakan dokumen tersebut.
7.1.3 Guru diwajib menggunakan modul TMK yang terdapat di laman sesawang
www.tmkhip.wordpress.com untuk membantu guru dalam PdP.
7.1.4 Semua guru TMK wajib menggunakan template/ catatan RPH yang sama dan seragam.
Guru mata pelajaran tahun depan akan dibekalkan dengan template RPH pada
mesyuarat pertama panitia.
1. Tajuk
2. Kelas & Masa
3. Standard kandungan
4. Standard pembelajaran
5. Objektif
6. Aktiviti
7. EMK
8. Bahan Bantu Mengajar
9. Refleksi
SK TEBONG
KM 37 JALAN KUALA SUNGGA, TEBONG
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Telefon DAN Fax : 06 - 4486693

7.1.5 Soalan ujian juga diselaraskan. Kertas soalan mesti mengandungi 50 soalan / markah.
30 soalan/markah diperuntukkan untuk soalan objektif manakala 20 soalan / markah
untuk bertulis atau struktur.
7.1.6 Pelaksaan kelas seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu 2 minggu sekali berselang seli
dengan RBT.
7.1.7 Guru- guru yang mengikuti kursus atau taklimat profesionalisme pada tahun hadapan
diminta menyediakan minit curai sebagai bukti untuk SKPMg2.

Tindakan : Semua Guru

7.2 Perancangan aktiviti juga dibincang dan antara cadangan aktiviti adalah seperti
berikut:
1. Labelling aktiviti bersama murid Tahun 4.
2. Minggu TMK
3. Perkongsian pintar antara guru- guru TMK.
4. Pengumpulan soalan-soalan berserta skema jawapan yang akan dimasukkan dalam
CD/Pendrive dan diletakkan di makmal komputer untuk kegunaan guru-guru TMK.
5. Pendedahan KBAT dan I-Think dalam TMK
7.3 Butiran perancangan yang lebih terperinci akan dijalankan pada tahun hadapan bersama guru-
guru TMK.
Tindakan : Makluman

8. UCAPAN PENANGGUHAN

Puan Sarimah mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam membantu pembelajaran
murid-murid sepanjang tahun ini. Beliau juga berharap kerjasama begini diteruskan pada masa
hadapan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 a.m.

Disediakan oleh,

---------------------------
(Pn. Izyan Hamizah bt. Md. Izaman)
Setiausaha Panitia TMK
SK Tebong, Melaka
SK TEBONG
KM 37 JALAN KUALA SUNGGA, TEBONG
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Telefon DAN Fax : 06 - 4486693

Potrebbero piacerti anche