Sei sulla pagina 1di 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RESAK TEL : 096196634

21400 MARANG, TERENGGANU FAX : 096195410


Email : tba4025@yahoo.com
Homepage : http://www.myskpr.com
______________________________________________________________________________________

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Kali Ke-3 / 2017

Tarikh : 04 Ogos 2017


Hari : Rabu
Masa : 1.20 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKPR
Kehadiran : Pn. Wan Zuraida bt Wan Ali
Pn. Baki Setia bt Mamat
Pn. Wan Azlina bt Wan Yusof
Pn. Nor Rafidah bt Alias
Pn. Shahidawati bt Abdullah
Pn. Nurul Syazwanidza bt Samsuddin

1. Ucapan Pengerusi

1.0 Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Pengerusi


mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat
ini.

Tindakan : Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Puan Shahidawati mencadangkan minit mesyuarat lepas disahkan dan telah
disokong oleh Puan Nor Rafidah.

3. Ucapan Penghargaan

3.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang
hadir di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dan beliau juga menitipkan
agar setiap aktiviti yang dijalankan dibuat dalam bentuk laporan untuk makluman
fail panitia dan Guru Besar.

Tindakan : Pengerusi

4. Post- Mortem

4.1 Pengerusi membentangkan analisa pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun


2017 dan markah Percubaan Bahasa Inggeris bagi murid Tahun 6. Pengerusi
menyarankan agar guru-guru terlibat dapat membuat latihan tambahan dan lebih
fokus kepada soalan-soalan yang tidak dapat dijawab oleh murid. Sila rujuk
lampiran untuk Analisa Pencapaian Bahasa Inggeris.

Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris.

5. LINUS

5.1 Program LINUS T-Care bagi tahun 2017 masih berjalan seperti biasa. Setiap guru
Bahasa Inggeris akan mendapat sekurang – kurangnya seorang anak murid untuk
dibimbing. Satu majlis pengagihan murid – murid LINUS telah diadakan di anjung
surau sekolah.

5.2 Linus Saringan 2, Membaca sedang berlangsung bermula 1 Ogos sehingga 7


September 2017. Saringan Menulis pula akan bermula pada 24 September hingga
6 Oktober 2017. Manakala Saringan Khas 2 untuk LBI Tahun 4 akan bermula
pada 24 hingga 29 September 2017.

Tindakan : Semua guru BI

6. Kem Segar Minda dan Pecutan Akhir UPSR 2017.

7. 6.1 Kem Segar Minda dan Pecutan Akhir UPSR 2017 akan diadakan pada 10,
11 dan 12 Ogos 2017. Kem ini bertujuan untuk mendedahkan format baharu
Kertas Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan kepada para pelajar Tahun 6
pada tahun ini.

6.2 Kem ini juga bertujuan untuk merehatkan minda para pelajar sambil belajar secara
santai bagi memastikan fokus mereka kepada Peperiksaan UPSR yang bakal
menjelang tiba.

Tindakan : Semua guru BI

8. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

7.1 PBS Perekodan offline masih berjalan seperti biasa. Para guru hendaklah mengisi
data 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan Oktober.

7.2 Perekodan Pelajar Tahun 6 haruslah diisi dalam borang PST6 yang boleh dimuat
turun dalam laman sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Tindakan: Semua guru BI


9. Hal-hal lain

8.1 Pn. Nurul Syazwanidza menyatakan kebimbangan tentang sikap pelajar Tahun 2
Bestari. Mereka kurang memberi tumpuan dalam pembelajaran. Oleh itu, proses
pengajaran dam pemudahcaraan tidak dapat berjalan dengan lancar.

Tindakan : PK1

Mesyuarat diakhiri dengan surah Al-’Asr.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………. ………………………………
( NOR RAFIDAH BT ALIAS) (WAN AZLINA BINTI WAN YUSOF)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK Paya Resak SK Paya Resak

Potrebbero piacerti anche