Sei sulla pagina 1di 1

AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA

INGREDIENTS:

1/2 ekor ayam


8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram

METHODS:

1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya
dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia
dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan
ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos
tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit.
Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya
pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

AYAM SAMBAL KICAP

INGREDIENTS:

500 gm ayam
1 batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tamato
5 s/b kicap
minyak
garam [jika perlu]

BAHAN MESIN:

20 tangkai cili kering


5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

METHODS:

1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.


2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan sehingga naik minyak.
6. Hidangkan.

Potrebbero piacerti anche