Sei sulla pagina 1di 13

DASAR PELAKSANAAN

KEGIATAN KOKURIKULUM KEBANGSAAN

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses


pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajari di bilik darjah."
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus
Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.
94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum
Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu:
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi
yang berikut:
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

DASAR UTAMA (1): KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN


DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN - Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan
1996 (Akta 550)

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.”
(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang
diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB

Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu


kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau
pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Penalti Am.


 “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada
penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.”
 “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam
hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda
harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa
penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan
dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”
DASAR UTAMA (2): PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN
KOKURIKULUM ADALAH WAJIB
 “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang
pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam
salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu
kegiatan sukan atau permainan.”
- {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II (9)}

 Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai


kegiatan kokurikulum yang mereka minati.
- {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk
menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai
PU(A)196/98.}

 Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah


direkod dan diberi penilaian.
- {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan
Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}
 Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah
mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan
murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti
tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.
- {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan
Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}

DASAR UTAMA (3): PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB


 Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus,
menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
 “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan
pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
 Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung
jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di
sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.
 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah
diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau
kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa
keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am
Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) (Bab D)”.
DASAR UTAMA (4): PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”
 “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-
apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari
di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997}

 Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud


mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta
skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
 Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-
elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang
membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

DASAR UTAMA (5): PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI”

 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip


penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi
menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
 Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas
disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada
semua pelajar.

DASAR-DASAR SOKONGAN: DALAM PERLAKSANAAN KOKURIKULUM DI


SEKOLAH

 “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum


ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam
membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong
memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan
kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian”.
- {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985, KP(BS)8591/Jld. ((929)}
 Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan
penyertaan anggota masyarakat setempat.
– {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}
 “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan
Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar
tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti
perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh
agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

 “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program


lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang.
Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk
menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
 “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan
ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka
menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.18/2000).

 “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar


atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-
masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas
kepada kejayaan / kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada
pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

 Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan


potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke
peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

 Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan


kecemerlangan masing-masing kepada masyarakat awam.
DASAR PELAKSANAAN KOKURIKULUM
SK HUTAN MELINTANG

1. PENDAHULUAN
Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan interaksi dan
integrasi dalam kalangan murid, membina sahsiah bersepadu dari segi psikomotor,
kognitif dan afektif untuk melahirkan insan yang seimbang seperti termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan badan beruniform,
kelab/persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini
juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai
penyumbang dan pelengkap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Namun demikian, pelaksanaannya di sekolah kadangkala mengundang risiko kepada
pihak pelaksana lantaran pengabaian terhadap prosedur pelaksanaan dan kecuaian atau
sebagainya. Oleh hal yang demikian, rujukan terhadap manual prosedur kerja yang sempurna
diharap dapat mengelakkan musibah tersebut daripada berlaku.

2. MISI, VISI DAN MATLAMAT KOKURIKULUM SEKOLAH

2.1. MISI KOKURIKULUM


Melahirkan murid yang cemerlang dalam kokurikulum dan sahsiah terpuji serta
berdaya saing disemua peringkat.

2.2. VISI KOKURIKULUM


Membimbing dan melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai program Persatuan/
Kelab, Pasukan Badan Beruniform, Sukan dan Permainan melalui strategi
perancangan yang mantap sehingga mencapai standard tertinggi menjelang tahun
2018.

2.3. TERAS KOKURIKULUM


 Kokurikulum untuk semua.
 Kokurikulum untuk kecemerlangan.
 Kokurikulum untuk peragaan.

2.4. MOTO KOKURIKULUM


”Try Your Best,Do Your Best , SKHM The Best”

2.5. MATLAMAT KOKURIKULUM


2.5.1. Menyeimbangkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2.5.2. Peningkatan akademik dan disiplin murid.
2.5.3. Membimbing murid dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni,
kependidikan dan kemasyarakatan.
2.5.4. Membina integrasi nasional dan jati diri bangsa Malaysia .
3. DASAR PERLAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM SK HUTAN
MELINTANG

3.1. GURU / STAF AKADEMIK


3.1.1. Setiap orang guru DIWAJIBKAN menjadi penasihat kepada salah satu
daripada mana-mana Persatuan Akademik atau Kelab yang ditubuhkan oleh
Jawatankuasa Kokurikulum SK Hutan Melintang

3.1.2. Setiap orang guru adalah DIWAJIBKAN terlibat sekurang-kurangnya menjadi


penasihat kepada salah satu atau kedua-duanya dalam bidang Badan Beruniform
atau Persatuan dan satu bidang dalam Sukan / Permainan termasuk Balapan dan
Padang.

3.1.3. Setiap Ketua Guru Penasihat bagi Persatuan Akademik, Kelab, Badan
Beruniform, Permainan atau Sukan dikehendaki mengadakan perbincangan
dengan penasihat-penasihat lain bagi menyediakan sebuah buku / fail
pengurusan bagi setiap unit di bawah seliaan masing-masing. Buku/fail
pengurusan ini mesti mengandungi butiran berikut:

a) Objektif dan Falsafah


b) Misi dan Visi
c) Logo dan Moto
d) Sukatan / Rancangan aktiviti tahunan
e) Carta Gantt aktiviti mingguan untuk tempoh Januari hingga Ogos. (12 kali
perjumpaan bagi Kelab, Persatuan dan Pasukan Badan Beruniform).
f) Senarai Ahli Jawatankuasa Induk
g) Senarai kehadiran penuh
h) Rekod kehadiran aktiviti
i) Rekod aktiviti mingguan
j) Rekod penglibatan ahli ke aktiviti luar anjuran sekolah, Kelompok, PPD,
JPN dsbnya.
k) Rekod pencapaian / anugerah diterima ahli (Salinan fotostat sijil).

3.1.4. Setiap guru penasihat adalah DIWAJIBKAN melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 jam seminggu di luar waktu
pengajaran.

3.1.5. Jadual aktiviti kokurikulum sebagaimana berikut:


Aktiviti Hari Masa
Pasukan Badan Beruniform Rabu 2.00 – 3.00
Kelab/Persatuan Rabu 3.00 – 4.00
1 Murid 1 Sukan Rabu 4.00 – 5.00

3.1.6. Jadual latihan / aktiviti kokurikulum adalah tertakluk kepada pindaan dari
semasa ke semasa dengan perintah atau persetujuan Guru Besar.
3.1.7. Bagi mana-mana pasukan yang menggunakan jurulatih luar, latihan boleh
diadakan dengan persetujuan jurulatih dengan kebenaran Guru Besar atau PK
Kokurikulum.
3.1.8. Guru penasihat digalakkan mengenakan pakaian pasukan badan beruniform
mengikut pasukan masing-masing pada setiap hari Rabu dan waktu perjumpaan
/ aktiviti.

3.1.9. Penyediaan Sukatan Tahunan aktiviti kokurikulum mestilah menepati objektif


aktiviti kokurikulum iaitu;

a) Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;


b) Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan
dan sejahtera mental dan fizikal;
c) Menyediakan sumber tenaga manusia untuk memenuhi keperluan Negara.
Penekanan kepada teras ke-2 PIPP iaitu Pembangunan Modal Insan
Berkualiti;
d) Memberikan penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
e) Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid mengembangkan bakat dan
potensi masing-masing;
3.1.10. Perancangan aktiviti kokurikulum juga hendaklah menepati matlamat
pengajaran dan pembelajaran berasaskan rasa seronok dan gembira, selamat,
silaturrahim, setiakawan dan keinsafan.

3.1.11. Aktiviti kokurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan,


memanfaatkan ilmu dalam kehidupan, proses koordinasi mental dan fizikal,
menjurus kepada penampilan bakat, keupayaan, minat serta penampilan
watak.
3.1.12. Kegiatan kokurikulum seharusnya dapat menampilkan ciri-ciri seorang
pemimpin, tanggungjawab sebagai pengelola, pegawai, pengadil dan
penyokong dalam diri murid.
3.1.13. Semua dokumen dan perancangan yang telah disediakan hendaklah
diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum pada atau sebelum 19
FEBRUARI 2018 (ISNIN).

3.2. MURID
3.2.1. PENYERTAAN
a) Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib.
b) Setiap murid dimestikan melibatkan diri dalam mana-mana satu unit pasukan
pakaian seragam, kelab, persatuan dan sukan.
c) Peruntukkan masa untuk kegiatan kokurikulum sekolah sebagaimana Surat
Pekeliling Ikhtisas bil 2/2007 bertarikh 15 Januari 2007 adalah seperti berikut:

BILANGAN MINIT SETIAP BILANGAN PERJUMPAAN


BIL AKTIVITI
PERJUMPAAN (MIN)
1 Unit Beruniform 60 MINIT 12 KALI
2 Kelab & Persatuan 60 MINIT 12 KALI
3 1M1S 60 MINIT 12 KALI
JUMLAH 120 MINIT
d) Murid-murid secara bersama adalah bertanggungjawab atas kejayaan sesuatu
kelab/unit /pertubuhan yang dianggotainya.
e) Kehadiran murid dalam kegiatan kokurikulum mestilah tepat pada masa yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah melalui guru penasihat masing-masing.
f) Murid-murid yang hadir untuk sebarang kegiatan kokurikulum dimestikan
memakai pakaian seragam unit masing-masing.
g) Pakaian untuk kegiatan sukan ialah baju-T sekolah dengan seluar trek berwarna
gelap serta berkasut sukan yang sesuai.
h) Mana-mana murid yang tidak hadir untuk kegiatan kokurikulum unit masing-
masing tiga kali berturut-turut tanpa sebab boleh diberikan surat tunjuk sebab
daripada unit tersebut.
i) Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menjaga keselamatan diri masing-
masing semasa menjalankan kegiatan kokurikulum.

4. DASAR SUKAN SEKOLAH/ 1MURID 1SUKAN

4.1. DASAR
“SUKAN SEPANJANG TAHUN”

4.2. MATLAMAT
Sukan sebagai sebahagian kokurikulum yang boleh menjadi pemangkin proses
pengajaran dan pembelajaran (P & P) sepanjang masa. Ia juga dapat mencapai
kecergasan mental, fizikal, emosi dan sosial untuk kejayaan pembelajaran. Memupuk
sifat kepimpinan dan disiplin dalam kalangan murid-murid.

4.3. PENGLIBATAN MURID DALAM SUKAN / PERMAINAN


4.3.1. Pemilihan dan penentuan kegiatan sukan / permainan kepada seseorang murid
ditentukan berdasarkan kepada minatnya dan keutamaan permainan yang
ditetapkan oleh sekolah.
4.3.2. Murid hanya dibenar melibatkan diri dalam 2 jenis permainan sahaja tidak
termasuk olahraga bagi satu penggal persekolahan (seperti peraturan MSSK).
4.3.3. Pemain-pemain yang terpilih mewakili pasukan sekolah dikecualikan dari
menghadiri latihan pasukan rumah sekiranya tarikh dan masa latihan itu
bertindih.
4.3.4. Kegiatan pemainan/sukan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali
seminggu dan memakan masa tidak kurang dari 2 jam.
4.3.5. Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali bermain untuk pasukan luar kecuali
penglibatan dalam MSS kelompok, negeri atau di peringkat MSSM. Murid-
murid boleh menyertai pasukan luar setelah mendapat kebenaran bertulis dari
Jabatan Pendidikan Negeri atau pihak sekolah.

4.4. PENGLIBATAN PASUKAN SEKOLAH DALAM KEJOHANAN LUAR


Pasukan sekolah akan mengambil bahagian di dalam kejohanan atau
pertandingan yang dianjurkan oleh badan-badan, persatuan sukan luar berdasarkan
kepada kesesuaian masa, kewangan, pengurusan dan potensi pencapaian.
4.5. KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
4.5.1. Kebenaran ibu bapa WAJIB diperoleh terlebih dahulu sebelum membawa
murid ke tempat permainan kejohanan.
4.5.2. Setiausaha Sukan, Ketua Guru Penasihat atau Pengurus pasukan perlu
memastikan borang kebenaran ini telah diserahkan oleh murid terlibat dan
disahkan oleh Guru Besar.
4.5.3. Selain borang kebenaran penjaga, borang R01 (individu) dan Borang R02
(pasukan) perlu diisi untuk keperluan penganjur.

4.6. KEMUDAHAN / PENGURUSAN / PENGANGKUTAN


4.6.1. Penyediaan kemudahan kenderaan ke tempat-tempat pertandingan/ kejohanan
hendaklah diuruskan oleh Ketua Guru Penasihat Permainan berdasarkan
senarai giliran pengangkutan yang telah ditetapkan oleh Guru Besar /
Penolong Kanan Kokurikulum.
4.6.2. Ketua Guru Penasihat Permainan dan guru-guru lain yang terlibat membawa
pelajar perlu mengisi borang kebenaran / kelulusan Guru Besar/ PK
Pentadbiran / PK Kokurikulum untuk menggunakan kenderaan sendiri
bagi tujuan membawa murid ke tempat pertandingan.
4.6.3. Guru-guru yang terlibat menghantar murid ke tempat pertandingan layak
membuat tuntutan rasmi dengan mengisi borang tuntutan perjalanan (milage
claim) mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pekeliling perkhidmatan
yang sedang berkuatkuasa.

4.7. PERUNTUKAN MAKAN / MINUM


4.7.1. Kadar peruntukan minuman pada hari-hari pertandingan adalah berdasarkan
kepada kadar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu:

Elaun Murid Tempoh Pertandingan


RM 3.00 / seorang Tidak lebih ½ hari
RM 7.00 / seorang Sehari atau lebih

4.8. RAWATAN KECEDERAAN


4.8.1. Guru-guru permainan/rumah sukan hendaklah membawa murid-murid yang
tercedera ke hospital, jika ianya serius dengan secepat mungkin.
4.8.2. Rawatan kecederaan ringan dan kemudahan “First-Aid” boleh didapati di Bilik
Sukan dan/atau Bilik Kokurikulum. Murid-murid hanya dapat menggunakan
kemudahan ini di bawah pengawasan guru.

4.9. PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN SUKAN


4.9.1. Guru-guru permainan dan guru-guru rumah sukan hendaklah sentiasa berada
bersama-sama murid bagi mengawasi penggunaan kemudahan dan peralatan
sukan.
4.9.2. Segala harta kekal atau separuh kekal yang terdapat di dalam dewan atau di
padang tidak boleh diubah kecuali dengan izin atau dirosakkan. Segala
kerosakkan peralatan semasa digunakan hendaklah dilaporkan kepada
Setiausaha Sukan / Ketua Panitia PJPK / Setiausaha Kokurikulum atau PK
Kokurikulum.
4.9.3. Ketua Guru Penasihat Permainan/Guru Rumah Sukan hendaklah memastikan
peminjaman dan pemulangan alatan sukan dibuat dengan teratur dan
sempurna dengan mengisi Buku Rekod Pinjaman Alatan Sukan yang
disediakan di Bilik Sukan.
4.9.4. Kehilangan alatan hendaklah dilaporkan kepada Setiausaha Sukan / Ketua
Panitia PJPK.

4.10. REKOD PENGLIBATAN MURID


4.10.1. Ketua Guru Penasihat Permainan/Guru Rumah Sukan hendaklah membuat
laporan mengenai aktiviti dari semasa ke semasa. Laporan ini akan
dipungut dan disemak oleh Penyelaras Sukan / Setiausaha Sukan pada bila-
bila masa sahaja.
4.10.2. Rekod penglibatan murid di semua peringkat sama ada mewakili pasukan
rumah, sekolah, MSS Kelompok, MSS Daerah, MSS Negeri atau MSSM
hendaklah dilaporkan kepada Setiausaha Sukan/ Penolong Kanan
Kokurikulum untuk direkodkan.

7 PENGURUSAN FAIL UNIT-UNIT KOKURIKULUM


7.1 KANDUNGAN
7.1.1 Surat permohonan penubuhan pasukan badan beruniform / kelab /
persatuan.
a) Draf perlembagaan
b) Draf aktiviti
c) Senarai nama Jawatankuasa
d) Carta organisasi murid.
7.1.2 Surat kelulusan penubuhan daripada Guru Besar.
7.1.3 Minit Mesyuarat Agung penubuhan.
7.1.4 Perlembagaan dan senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Guru Besar.
7.1.5 Surat pelantikan sebagai Guru Penasihat/Pemimpin (Ada Pernyataan
penurunan kuasa untuk pengelolaan dan penyeliaan).
7.1.6 Perancangan aktiviti asas unit dan jadual aktiviti tahunan yang disahkan
oleh Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum.
7.1.7 Senarai keahlian yang disahkan oleh Guru Besar.
7.1.8 Surat permohonan bendahari mengutip derma kepada Guru Besar dan
surat kelulusan mengutip derma.
7.1.9 Surat permohonan menjadi ahli gabungan kepada badan induk.
7.1.10 Minit-minit mesyuarat.
7.1.11 Surat pekeliling yang berkaitan daripada KPM, JPN, PPD atau Sekolah.
7.1.12 Akaun Kewangan / belanjawan yang disediakan oleh Bendahari dan
disahkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Besar.
7.1.13 Laporan setiap aktiviti / Laporan Tahunan / Keseluruhan / Rekod
Kehadiran ahli.
7.1.14 Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli, sampel Sijil Penyertaan / Sijil
Pencapaian / Sijil Penghargaan.
7.1.15 Mengurus dan menyimpan rekod penilaian kokurikulum ahli-ahli dengan
baik.
7.1.16 Surat penyerahan kembali kuasa dan pelantikkan sebagai Guru Penasihat/
Pemimpin kepada Guru Besar.
7.2 JENIS-JENIS FAIL UNIT KOKURIKULUM
7.2.1 Fail Penyelaras
a) Carta Organisasi
b) Notis mesyuarat Jawatankuasa
c) Senarai Jawatankuasa & Keahlian
d) Minit-minit mesyuarat
e) Perancangan Strategik 2018
f) Takwim/Perancangan Tahunan setiap Unit.
g) Dokumentasi aktiviti: Laporan bergambar, senarai peserta/pemain
terlibat, pencapaian, keratan akhbar (jika ada) , Sijil-sijil / Surat
penghargaan.

7.2.2 Fail Laporan Guru Pembimbing / Guru Penasihat


I. Senarai Jawatankuasa
II. Senarai Nama Guru Pembimbing /Penasihat
III. Senarai Nama Ahli
IV. Perlembangaan
V. Rancangan Tahunan
VI. Minit Mesyuarat Agung
VII. Rekod Kehadiran Mingguan Ahli
VIII. Rekod Kehadiran Mingguan Guru
IX. Laporan Aktiviti Mingguan
X. Laporan Pencapaian Bulanan
XI. Rumusan Pencapaian Aktiviti Tahunan

9. PROSEDUR PENGANJURAN PROGRAM


9.1 Surat permohonan mengadakan program kepada Guru Besar / PK Kokurikulum
melalui guru penasihat.
9.2 Membentuk jawatankuasa program yang melibatkan guru dan murid.
9.3 Kertas kerja atau kertas konsep program.
9.4 Surat menyurat kepada pihak / agensi berkenaan.
9.5 Bajet pogram.
9.6 Mencari penajaan (jika perlu/dapat).
9.7 Persiapan tempat pertandingan / aktiviti.

10. FORMAT PENYEDIAAN KERTAS KERJA DAN PELAPORAN AKTIVITI

10.1PENYEDIAAN KERTAS KERJA


10.1.1 Pengenalan
10.1.2 Matlamat
10.1.3 Objektif
10.1.4 Sasaran
10.1.5 Program yang akan dijalankan
10.1.6 Syarat – syarat penyertaan
10.1.7 Tarikh, tempat dan tempoh pelaksanaan
10.1.8 Penyertaan (jantina dan Ras) & Kategori
10.1.9 Jawatankuasa (Kecil & Pelaksana)
10.1.10 Jadual Aktiviti
10.1.11 Dif Perasmian
10.1.12 Kewangan
10.1.13 Penutup

10.2 FORMAT LAPORAN AKTIVITI


10.2.1 Tajuk atau nama program
10.2.2 Tarikh & Tempat
10.2.3 Senarai kehadiran VVIP / tetamu (majlis pembukaan / penutup)
10.2.4 Jadual aktiviti
10.2.5 Data penyertaan (jantina & ras)
10.2.6 Keputusan acara-acara pertandingan
10.2.7 Agensi-agensi luar yang terlibat sama
10.2.8 Kewangan
a) Sumber KPM / agensi luar
b) Makan
c) Penginapan
d) Sewaan pengangkutan
e) Peralatan / bahan
f) Perkhidmatan
g) Hadiah
10.2.9 Isu dan penambaikan pengurusan dan keberkesanan program /
aktiviti.
10.2.10 Sertakan gambar (minimum 12 keping). Keutamaan kepada
Majlis Perasmian, Majlis Penutup, Anugerah kepada pemenang
dan rakaman aktiviti semasa
10.2.11 Laporan disimpan dalam CD soft copy bergambar, sekurang-
kurangnya 1 tahun selepas program peringkat Kebangsaan /
Negeri / Daerah / Sekolah dan hendaklah dihantar ke Bahagian
Sekolah, KPM / Unit Kokurikulum JPN Negeri / PPD masing-
masing.

11. PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM


(PAJSK)

10.1PELAKSANAAN
10.1.1 Pelaporan PAJSK hendaklah dibuat pada bulan September untuk Tahun
6 dan Oktober bagi Tahun 4 & Tahun 5 atau syarat bilangan perjumpaan
telah dipenuhi. Pengisian perlu dilakukan secara online apabila Laman
sesawang PAJSK dibuka.
10.1.2 Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang
persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam
bentuk prestasi semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh
persekolahan (CGPA).
10.1.3 Penglibatan murid dalam aktiviti (tanggungan sendiri) yang tidak melalui /
diiktiraf dan mendapat kebenaran Bahagian Sekolah / KPM tidak diterima
pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum.
10.1.4 Penglibatan murid dalam Program Gotong Royong Kebangsaan yang
dilaksanakan di peringkat sekolah / daerah dan seterusnya, markah
penglibatan adalah mengikut peringkat penglibatan

12. ASPEK-ASPEK YANG DINILAI


a) Kehadiran
b) Jawatan disandang
c) Penglibatan
d) Pencapaian

13. PENUTUP
Sebagai kegiatan kependidikan, kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di
Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz pada tahun ini diharap dapat berfungsi untuk
membantu dan membolehkan murid-murid mengamalkan dan mengukuhkan ilmu
pengetahuan yang diperoleh di bilik darjah, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh melalui pembelajaran formal di bilik darjah, mengalami
sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran yang telah dan akan dipelajari dalam bilik darjah dan melatih diri berdikari
dan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri.

Potrebbero piacerti anche