Sei sulla pagina 1di 8

KOD KURSUS: UW00202

NAMA KURSUS: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NAMA PENSYARAH: PUAN DG.HAFIZAH AG.BASIR

JENIS TUGASAN: TUGASAN INDIVIDU

REFLEKSI INDIVIDU

1. Gunakan teori ketamadunan Ibnu Khaldun untuk menjelaskan isu-isu semasa di


dalam atau di luar Negara.

2. Kaitkan idea ke arah memantapkan keunggulan pendidikan melalui teori


ketamadunan (Isu Pendidikan)
TUGASAN 1

1.0 Pengenalan

IBNU Khaldun (1332-1406) merupakan cendekiawan Islam yang banyak


menyumbang dalam pelbagai bidang sains kemanusiaan antaranya falsafah, sains politik,
sejarah dan sosiologi. Beliau berasal dari Tunisia dan pernah bertugas sebagai hakim atau
kadi kepada mazhab Maliki di Afrika Utara. Beliau juga negarawan yang arif dalam hal ehwal
negara hasil pengalamannya berkhidmat kepada beberapa generasi pemerintah Muslim di
sana.

Antara karya penulisan beliau yang masyhur ialah Muqaddimah, buku pendahuluan
bagi Kitab Al-‘Ibar mengulas teori ketamadunan yang kini menjadi rujukan ilmuwan Islam
dan pengkaji Barat.

Antara pemikiran Ibnu Khaldun adalah teori kemasyarakatan. Menurut beliau,


sebelum mengkaji lebih mendalam sesuatu masyarakat, kita perlu memahami manusia dan
perbezaannya daripada hidupan lain. Manusia diangkat tinggi martabatnya berbanding
makhluk sekeliling kerana boleh berfikir dan menimba pelbagai ilmu sains serta ilmu seni.
Kedua, manusia mempunyai kemahiran memerintah yang memberi peluang untuk
menyediakan perlindungan serta mempertahankan keselamatan diri.

Ketiga, manusia dapat bekerjasama melalui pelbagai bentuk dan cara dalam
menjalani kehidupan seperti kerjasama dalam institusi kekeluargaan, anak sentiasa
berusaha membantu ibu bapa.

Seterusnya ia berkembang kepada kerjasama antara kaum yang akhirnya


mewujudkan ciri keempat pada manusia yang dinamakan oleh Ibnu Khaldun sebagai
tamadun. Manusia memerlukan tamadun untuk memenuhi keperluan mereka.

Ini termasuk tempat tinggal yang selesa di bandar dan kawan bagi menemani hidup
supaya tidak kesunyian. Semua ciri ini membezakan manusia dengan makhluk lain mengikut
pengamatan Ibnu Khaldun. Apabila memahami manusia, baru kita beralih kepada
pengkajian mengenai bagaimana individu dapat membina jati diri serta mempelajari budaya
melalui pergaulan dan pengalaman hidup dalam masyarakat. Individu tidak boleh hidup
dengan mengasingkan diri daripada masyarakat. Ibnu Khaldun menceritakan mengenai
seorang kanak-kanak yang dikurung bersama bapanya sejak ia lahir. Walaupun memiliki
pengetahuan mengenai dunia luar melalui penceritaan bapanya, budak itu masih tidak
mampu membayangkan dan berimaginasi apa yang diceritakan itu. Pengasingan dengan
dunia luar membuatkan kanak-kanak itu tiada pengalaman berjumpa dan hidup dalam
masyarakat sehingga membantutkan daya fikirannya. Oleh itu, hidup bermasyarakat adalah
penting.

Menurut Ibnu Khaldun, beberapa faktor perlu ada bagi membantu individu dalam
proses mengumpul pengetahuan mengenai masyarakat dan pertama adalah ilmu.Ilmu
adalah ramuan paling asas bagi perkembangan minda manusia, terutama mengenai alam.
Manusia asalnya jahil dan mempunyai minda yang kosong ataupun dipanggil tabula rasa
mengikut Ibnu Khaldun.

Kemudian, hasil usaha menimba ilmu pengetahuan, seseorang menjadi insan lebih
sempurna akal fikirannya dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ilmu pengetahuan
dimantapkan dengan faktor kedua iaitu nilai murni keagamaan yang mewujudkan
pembangunan jati diri yang baik.Pembangunan insan berlandaskan agama ini perlu
diserapkan ke dalam personaliti setiap individu. Proses ini dapat dilaksanakan oleh ejen
ketiga iaitu institusi keluarga.

Kasih sayang yang diberikan ibu bapa sangat perlu bagi mewujudkan individu yang
normal dan dapat menyumbang kepada masyarakat. Pandangan ini sesuai dengan hadis
Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah
kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”

Keluarga memainkan peranan utama membentuk sahsiah dan akhlak individu supaya
sentiasa baik dan berada dalam landasan agama. Guru dan golongan tua juga ejen yang
membantu menerapkan nilai murni kepada individu.

Pada asasnya Ibn Khaldun telah mengemukakan teori sistem pasaran bebas akan tetapi
kebebasan yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun ini mempunyai batas-batasnya dimana ia
memerlukan kepada pengawalan sikap dan emosi serta nilai-nilai lain yang perlu dalam
menjaga keharmonian masyarakat. Ibnu Khaldun juga membincangkan soal pengaruh
penawaran terhadap harga .

Beliau berkata: “….apabila barangan yang dibawa keluar itu sedikit dan berkurangan,
harganya akan naik. Sebaliknya apabila negeri itu berdekatan dan perjalanannya selamat,
akan terdapat ramai peniaga yang mngangkut barang, oleh itu barang akan berlebihan dan
harganya akan jatuh…”

Menurut keterangan daripada Ibnu Khaldun di dalam bukunya Muqaddimah sebagaimana


diatas, dapatlah disimpulkan bahawa ianya akan mengalihkan keluk penawaran ke atas
dimana tidak ada apa-apa perubahan ke atas keluk permintaan menyebabkan harga akan
naik kerana barangan semakin kurang dikeluarkan. Jika semakin banyak barang ditawarkan
maka harga akan menjadi lebih murah.

Dari segi barangan pula Ibn Khaldun telah membahagikannya kepada 2 bahagian iaitu
barangan daruriyyah dan kamaliyyah. Daruriyyah merupakan barangan yang memenuhi
keperluan asas diri seperti tempat tinggal, pakaian perubatan dan pendidikan. Tanpa
barangan ini seseorang itu akan mengalami kesusahan dalam mengharungi kehidupan.
Kamaliyyah pula adalah barangan yang dikategorikan sebagai barangan mewah.

Ibnu Khaldun berpendapat barangan ini diminta segelintir individu dan ianya hanya
ditawarkan sedikit sahaja kerana barangan ini akan meningkat harganya.
Ibnu Khaldun dalam penulisannya ada mengemukakan tiga factor yang mempengaruhi
tingkat harga di pasaran iaitu:
1)Permintaan ke atas barang sepertimana yang telah dijelaskan.
2)Kos pengeluaran
3)Tahap kekayaan atau jumlah pendapatan.

Beliau berkata bahawa” Kos pekerja dan buruh adalah mahal di Bandar-bandar yang
membangun dan bertamadun. Terdapat tiga factor yang mempengaruhi perkara ini.
Pertama, keperluan yang banyak kerana tempat-tempat mewah yang terdapat di Bandar-
bandar. Kedua, pekerja-pekerja industry meletakkan nilai yang tinggi pada kebolehan dan
skill yang mereka miliki. Ketiga, orang ramai memiliki wang yang banyak untuk dibelanjakan
dan mereka mempunyai banyak keperluan yang memerlukan khidmat orang lain untuk
memenuhi keperluan-keperluan tersebut.”

Walaupun Ibnu Khaldun mengiktiraf sistem ekonomi pasaran bebas, akan tetapi beliau amat
menitikberatkan campurtangan kerajaan dalam ekonomi bagi mengawal pasaran. Beliau
menekankan kepada perlunya institusi Al-Hisbah, dimana al muhtasib akan berperanan
dalam mengawal operasi pasaran, mencegah penipuan dalam timbangan dan sukatan serta
lain-lain lagi.
TUGASAN 2

Ibnu Khaldun melihat bahawa pengetahuan (yakni makrifat) sebagai


sangat mustahak. Pemerolehan maklumat melalui persepsi dan melalui kuasa spekulatif
dan eksploratori boleh membawa kepada pemerolehan ilmu baru (AlAraki, 1983). Beliau
membahagikan pengetahun kepada dua jenis yang utama iaitu persepsi dan apresiasi.
Ilmu persepsi diperolehi tanpa proses penilaian terhadap maklumat. Dalam pada itu
apresiasi pula melibatkan pengadilan dan penentuan kesimpulan terhadap sesuatu
maklumat.

Secara praktiknya, hari ini pemikiran umat perlu didedahkan kepada jurus yang
kedua iaitu sesuatu maklumat harus dinilai, diadili dan ditentukan terlebih dahulu.
Sebarang maklumat terutamanya yang disalurkan oleh media barat harus diawasi.
Bukannya kita hendak menafikan 100% peratus bahawa maklumat yang disalurkan dari
barat sebagai salah, namun perlu ada pengawasan dan sifat berhemah dalam hal ini.
Oleh itu, sebelum kesimpulan dibuat, justifikasi maklumat harus dibuat sebagaimana yang
disebut oleh Ibnu Khaldun.

Dari sudut pendidikan dan pemikiran, Ibnu Khaldun sendiri


amat mementingkannya. Penekanan juga diberikan terutamanya dalam bidang sains dan
pendidikan (Kayadibi, 2004). Jika kita lihat, Ibnu Khaldun sendiri
lebih 500 tahun yang lalu telah melihat bahawa umat Islam perlu menguasai bidang sains.
Dalam pada itu Ibnu Khaldun menyarankan agar ummah perlu terdedah kepada
gaya pemikiran yang kritis dan kreatif (Hassan, 2004). Mereka perlu sensitif dan mahir
mengkiritik. Mengkritik bukan untuk mencari kelemahan sesuatu pihak, tetapi
supaya kesilapan diperbetulkan. Dalam konteks kepimpinan, para pemimpin harus berani
menegur orang bawahannya. Pekerja bawahannya juga harus berani berbuat demikian. 5
Hari ini, pelbagai konteks maklumat dihidangkan melalui corongcorong media seperti
akhbar dan Internet. Umat Islam perlu responsif kepada maklumat yang dibaca, didengar
dan diterima. Input yang masuk ke minda manusia sama ada melalui pembacaan atau
media lain akan memberi kesan kepada keimanan mereka.

Imam mereka sama ada akan meninagkat atau terjejas bergantung kepada nilai
maklumat yang masuk. Semangat Ibnu Khaldun perlu disemai dan dipupuk agar minda
umat ini tidak jumud. Maklumat yang diterima bukan ditelan buatbulat tetapi harus dicerna
sesempurnanya. Ia harus disusuli dengan memproses dan menilai agar maklumat tersebut
bernilai dan memberi kesan kepada kehidupan. Dari sudut kepimpinan pula, apa-apa
maklumat dari luar yang berkaitan dengan organisasi yang dipimpin harus diawasi.
Mekanisma pengawasan ini sudah tentu terletak pada bahu ketua organisasi. Maklumat-
maklumat sensitif dalaman umpamanya rahsia syarikat perlu dipegang sungguh-
sungguh. Begitu juga dengan usaha pihak luar untuk menyebarkan berita yang
berunsur fitnah sebagai contoh, perlu dikekang sekeras mungkin.

Menurut Teori Ketamadunan Ibnu Khaldun, golongan tua terlebih dulu makan garam
memandu golongan muda berdasarkan pengalaman hidup yang sudah mereka tempuhi.
Sementara guru pula berkemampuan mengajarkan pelbagai ilmu kepada murid.

Menurut beliau juga, ilmu yang diajar harus secara berperingkat. Sedikit demi sedikit
ilmu diserapkan kepada pelajar mengikut kemampuan mereka. Jangan terus memberi
soalan yang susah atas alasan supaya mereka dapat menimba pengalaman daripada
menjawab soalan itu. Soalan yang sukar ini patut disimpan untuk dijawab pada akhir proses
pembelajaran. Guru yang melakukan kesilapan ini sebenarnya menambahkan kekeliruan
pelajar kepada pelajaran. Bagi Ibnu Khaldun ini adalah teknik pengajaran yang lemah dan
tidak berkesan. Beliau juga menekankan elak daripada menjalankan proses pendidikan
formal berasaskan penghafalan kerana menghafal mengakibatkan seseorang mudah lupa.

Faktor seterusnya ialah penguasaan bahasa sebagai medium asas untuk


berkomunikasi dengan masyarakat termasuk kebolehan berbahasa pasar kerana ia dapat
memudahkan seseorang bersosial dan merapatkan lagi hubungan dengan ahli masyarakat.

Penulisan juga penting kerana bahasa sesuatu yang simbolik. Penulisan dapat
membantu seseorang meluahkan apa yang terdetik di benak dan minda mereka.

Ejen sosialisasi yang terakhir ialah muzik. Menurut Ibnu Khaldun, muzik dapat
mengeratkan hubungan sesama manusia melalui emosi yang dilahirkan ketika
mendengarnya terutama muzik berentak harmoni.Ia membantu menceriakan suasana serta
meringankan tekanan. Muzik bercorak puisi indah, berirama rancak dan bertenaga pula
menaikkan semangat tentera yang berjuang di medan peperangan. Ini membantu mereka
terus cekal melindungi keselamatan masyarakat sehingga berjaya mengatasi dan
mengalahkan musuh serta pulang ke pangkuan keluarga dicintai.
RUMUSAN

Ibnu Khaldun banyak menyumbang kepada ilmu falsafah sama ada politik, sosiologi
dan sejarah, walaupun pelbagai kritikan dilemparkan kerana teorinya yang dianggap agak
sekular, jika diamati, fikiran beliau lebih maju daripada era zamannya sendiri.

Selepas lebih enam abad berlalu, falsafah beliau masih dapat diguna pakai dan banyak
menyumbang kepada pembangunan tamadun sama ada Islam mahu Barat.

Sehingga kini, hasil nukilan beliau masih menjadi sumber rujukan utama bagi universiti di
seluruh dunia.

Potrebbero piacerti anche