Sei sulla pagina 1di 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA

MINIT MESYUARAT JPMS BIL 02/(2017)

Tarikh : 19 JUN 2019

Masa : 1.30 p.m – 2.30 P.M

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Hj Mohd Zeki Ibrahim

Kehadiran(Bilangan) : 11 orang

Hj Mohd Zeki Ibrahim


Pn Norrasidah Musuroh
Pn Maznah Ibrahim
En Mohd Zuami Erfan
En Amran Sakijan
Pn Arfah A. Rahman
Pn Asliza Abdullah
En Mohd Shazni A Majid
En Muhammad Selamat
En Nurul Naim Ismail
Cik Norhafizah Idris

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Bacaan ummul kitab Al-fatihah
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam
pengurusan data sekolah yang cekap dan sentiasa kemaskini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn Asliza
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Arfah

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. GPK1 mengingatkan semua guru agar cakna dengan ID dan kata laluan E
Operasi masing-masing bagi memudahkan guru mengemaskini data masing-masing.
GPK 1 juga mengucapkan tahniah kepada semua guru dan AKP yang telah
memuatnaik profile picture masing-masing.

3.2 Pengerusi meminta guru-guru kelas memastikan bilangan murid setiap kelas di
dalam aplikasi Pengkalan Data Murid adalah sama dengan bilangan enrolmen di
emis online dan eoperasi.

.
Tindakan: PK Hem & guru kelas

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4. PELAPORAN

4.1 Modul Pengurusan Guru ( Eoperasi)


GPK 1 membentangkan data Eoperasi berakhir Mei 2017 dan memaklumkan bahawa
data Eoperasi telah dikemaskini sehingga Mei 2017. Ralat terbaharu adalah berkaitan
sejarah akademik bagi 3 orang guru yang sedang menunggu pelantikan DG42.
Beliau juga memaklumkan bahawa ralat tersebut adalah ralat yang dibenarkan.

4.2 Modul Pengurusan Murid (APDM)


GPK Hem selaku pengurus data APDM membentangkan data dan memaklumkan
bahawa terdapat pertambahan bilangan pelajar berbanding pada Februari lalu iaitu
kemasukan seorang lagi pelajar dari SKSB di Tahun 1 menjadikan jumlah terkini ialah
103 orang. Beliau juga memaklumkan bahawa data berkaitan RMT , KWAPM dan
BKAP telah dikemaskini dan wang berkenaan telah diserahkan kepada pelajar
melalui ibu bapa masing-masing.

4.3 Modul Pengurusan Sekolah (EMIS)


GDM memaklumkan bahawa data EMIS dikemaskini setiap bulan iaitu sebelum 5hb
untuk disahkan. Ralat berkaitan peralatan juga telah dikemaskini .

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Pengerusi meminta guru-guru kelas memastikan bilangan murid setiap kelas di
dalam aplikasi Pengkalan Data Murid adalah sama dengan bilangan enrolmen di
emis online.
Tindakan:Guru Kelas
5.2. Pengerusi memaklumkan kepada semua, semua guru boleh
menyemak sendiri maklumat masing-masing di eoperasi dengan
menggunakan ID dan Kata Laluan masing-masing. Beliau meminta guru-guru
maklumkan kepadanya sekiranya terdapat data yang salah agar beliau dapat
membuat pembetulan dengan segera.
Tindakan:Semua guru

5.3 Pengerusi meminta guru-guru mengemaskini nama kursus yang pernah dihadiri
beserta dengan tarikhnya sekali dalam SLKPM
Tindakan:Semua guru

PENUTUP
a. Pengerusi memaklumkan mesyuarat seterusnya akan diadakan pada bulan Oktober .
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.20.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( ) ( )
MOHD ZAMRI BIN ABDUL KADIR
PENGERUSI JPMS
Tarikh : 30 Jun 2013 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Potrebbero piacerti anche