Sei sulla pagina 1di 5

MINIT MESYUARAT

SJKC BATANG KALI


Kampung Bukit Chandang
44300 Batang Kali, Selangor

MINIT MESYUARAT PROGRAM LINUS 2.0


BILANGAN 4 TAHUN 2017

Perkara : MINIT MESYUARAT PROGRAM LINUS 2.0 BIL.4/2017

Tarikh : 9 November 2017

Hari : Khamis

Masa : 2.30 petang hingga 3.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Batang Kali

Kehadiran :
RUJUK REKOD KEHARIAN MESYUARAT BIL-4 2017

Tidak Hadir (Bersebab)


Bil Nama Sebab
1
2
3

Urus Setia Mesyuarat :


1. Nur Anati Binti Azizan Penyelaras Program LINUS

AGENDA MESYUARAT
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mesyuarat merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran
guru-guru yang terlibat dengan jawatankuasa LINUS untuk mesyuarat kali
pertama bagi tahun 2017

1.2 Mesyuarat ini bertujuan untuk melaporkan pencapaian saringan 2 LINUS tahun
2017 serta tindakan susulan yang akan dijalankan bagi murid yang tidak
menguasai saringan 2.

1.3 Pengerusi membentangkan Keputusan Pencapaian Saringan 2 LINUS Tahun 2017:


1.3.1 LAPORAN DATA SARINGAN 2 LINUS 2.0 LITERASI BAHASA MALAYSIA

1.3.2 LAPORAN DATA SARINGAN 2 LINUS 2.0 LITERASI BAHASA INGGERIS

1.3.3 LAPORAN DATA SARINGAN 2 LINUS 2.0 NUMERASI

1.4 Beliau mengingatkan guru-guru agar menyemak dan menandatangani Borang


BPPI dengan lengkapkan.

1.5 Beliau juga meminta guru-guru menandatangani borang laporan nkra dan borang
kawalan mutu untuk saringan 2 bagi setiap kelas yang diajar.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Majlis sebulat suara mengesahkan minit mesyuarat yang lalu tanpa sebarang
pindaan.
Cadangan : Pek Hem Zhi
Sokongan : Gan Li Lim
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 TIADA.

4.0 PEMBENTANGAN MAKLUM BALAS/ KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN/ PERKARA-


PERKARA BAHARU

4.1 TINDAKAN SUSULAN DAN PERANCANGAN PROGRAM LINUS 2018


- Berdasarkan pencapaian saringan 2, murid-murid didapati lemah dalam
penguasaan saringan membaca. Jadi, untuk tahun hadapan, program
yang melibatkan aktiviti membaca akan dijalankan untuk meningkatkan
penguasaan tahap membaca murid-murid.
- Cadangan penggunaan bahan bacaan untuk murid-murid ialah BUKU
BACALAH ANAKKU bagi LBM dan set BUKU READ EASY bagi LBI.
- Berikut merupakan beberapan perancangan program untuk tahun 2018:
a) SHINE BRIGHT LIKE A DIAMOND (LBI)
(AWAL JAN)
b) GURU MUDA (LBI DAN LBM)
(AWAL FEBRUARI)
c) SUDUT LINUS (TANGGA SEBELAH TANDAS MURID LELAKI)
(SEPANJANG TAHUN)
d) KEM LINUS
(SEBELUM SARINGAN 1/MAC DAN SEBELUM SARINGAN
2/SEPTEMBER)
e) PERJUMPAAN IBU BAPA
(AWAL JAN)
f) PERTANDINGAN MENCARI BINTANG HATIKU
(SEBELUM SARINGAN 1/MAC DAN SEBELUM SARINGAN
2/SEPTEMBER)

Makluman : Semua Guru KEM LINUS

4.2 SENARAI NAMA MURID YANG TIDAK KUASAI SARINGAN 2 LINUS 2017
- Rujuk Lampiran 2 untuk senarai nama murid yang tidak kuasai Saringan 2
Linus Tahun 2017

Makluman : Semua Guru LINUS

4.3 PENCERAPAN GURU LINUS


- Apabila guru dicerap untuk LINUS, pastikan guru membuat salinan
instrumen pencerapan dan serahkan kepada penyelaras linus untuk
dimasukkan ke dalam fail sebagai bukti pencerapan dan simpanan.
- Pada tahun 2018, berkemungkinan akan ada borang khas untuk
pencerapan guru LINUS.

Makluman : Semua Guru LINUS


4.4 KAJIAN TINDAKAN
- Semua guru yang mengajar kelas LINUS, dicadangkan untuk membuat
kajian kes untuk LINUS.
- Kajian kes yang terbaik akan dipilih untuk dihantar ke PPD.

Makluman : Semua Guru LINUS

4.5 PROGRAM SHINE BRIGHT LIKE A DIAMOND


- Program ini merupakan program PPD dan disambut oleh sekolah.
- Program ini untuk murid Tahun 1.
- Program ini merupakan program awal bacaan literasi.
- Cadangan PPD untuk guna bahan bacaan READ EASY, ada book 1-6
- Program ini perlu dimasukkan ke dalam perancangan strategik kurikulum
sekolah dan panitia BAHASA INGGERIS.
- Murid yang dipilih untuk program ini sesuai untuk murid yang tidak
kuasai K3-K12.
- Bilangan murid dalam lingkungan 20 orang.
- Perlu hantar pelaporan setiap 3 bulan bagi setiap murid yang terlibat
dalam program SBLAD ini untuk melihat perkembangan murid.
- Tapak pelaporan PPD akan email.

Makluman : Semua Guru LINUS

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 UJIAN DIAGNOSTIK
- Ujian diagnostik untuk murid tahun 1 tahun 2018 tetap akan diteruskan.
- Ujian diagnostik untuk murid tahun 1 telah diterima pada 20 November
2017 oleh penyelaras LINUS. Penyelaras akan membuat cetakan
mengikut jumlah murid tahun 1 2018.
- Ujian diagnostik akan dijalankan pada minggu kedua persekolahan.
- Tapak data ujian diagnostik akan diemelkan oleh PPD kepada pihak
sekolah.
- Guru diminta melengkapkan tapak tersebut.
- Guru tahun 1 bagi setiap subjek yang terlibat perlu menjalankan ujian
diagnostik. Untuk makluman, ujian diagnostik ini tidak perlu dibimbing
oleh guru.

Makluman : Semua Guru LINUS Tahun 1

5.2 KEM LINUS


- Guru yang terlibat dengan kem linus diminta bersiap sedia dengan
aktiviti dan bahan untuk kem.
- Kem akan dijalankan pada minggu terakhir persekolahan.

Makluman : Semua Guru KEM LINUS


6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru LINUS yang telah
menjayakan mesyuarat program linus 2.0 bil. 4/2017.

Makluman : Semua Guru LINUS

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang

Disediakan oleh
Urus Setia
Nur Anati Binti Azizan
Penyelaras LINUS
SJKC Batang Kali
Tarikh : 10 November 2017

Potrebbero piacerti anche