Documenti di Didattica
Documenti di Professioni
Documenti di Cultura
Agenda:
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
1
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Perkara-perkara Baharu
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penangguhan
1. Perutusan Pengerusi
1.1 Pn. Norazian mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
1.2 Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua
guru sehingga kini.
3. Perkara-perkara berbangkit
3.1 Perkara 4.10.4 : Slot untuk laporan kerosakan fizikal sekolah akan dimasukkan ke Buku
Laporan Guru Bertugas bermula tahun 2018. Sebarang kerosakan akan dilaporkan oleh guru
bertugas.
4. Perkara-perkara baharu
4.1 Pn. Norazian menyatakan bilangan enrolmen terkini murid:
Tahun 1 27 orang
Tahun 2 18 orang
Tahun 3 25 orang
Tahun 4 22 orang
Tahun 5 17 orang
Tahun 6 21 orang
Murid bukan warganegara adalah seramai 3 orang iaitu 2 murid Tahun 6 dan 1 murid Tahun
2.
4.2 Pn. Norazian meminta semua guru kelas untuk mengemaskini data APDM dari semasa ke
semasa kerana bilangan murid yang layak menerima bantuan RMT dan KWAPM perlu
dikenalpasti pada awal bulan November.
4.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kelas kerana mengemaskini dan
menutup kehadiran murid pada Buku Jadual Kedatangan Murid pada masa yang ditetapkan.
4.4 Beliau meminta guru kelas mengemaskini kehadiran murid secara atas talian setiap hari
persekolahan atau setiap hari Jumaat atau di akhir setiap bulan sebelum 5hb bulan
seterusnya.
2
4.5 Unit Disiplin & Pengawas :
4.5.1 Kes murid datang lewat – Pn. Rokiah menyatakan punca masalah murid lewat ke
sekolah ialah ibu bapa lambat menghantar murid. Beliau mencadangkan agar pada
tahun hadapan pihak sekolah membuat edaran surat kepada ibu bapa untuk
memaklumkan murid-murid wajib hadir sebelum 7.25 pagi. Sekiranya murid lewat 3
kali, ibu bapa dikehendaki berjumpa pentadbir.
4.6.1 Pn. Pathmalosini menyatakan Program Lawatan Warga Emas telah dijalankan pada
13 Oktober 2017 di Pusat Jagaan Orang Tua Mutiara. Beliau mengucapkan terima
kasih kepada semua penyumbang yang membuat sumbangan. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada En. Sarvana Raj dan Cik Sivajothi kerana
membantu mengurus program ini.
4.6.3 Keputusan Ujian Psikometrik Tahun 6 dalam proses cetakan. Sijil akan diberikan
ketika penerimaan keputusan UPSR.
4.6.4 Pn. Pathmalosini bercadang untuk mewujudkan unit baru Program Rakan Sebaya
(PRS). Pn. Norazian menyarankan agar melibatkan murid-murid Tahap 2 sahaja.
4.7 Unit 3K
4.7.1 En. Sarvana Raj menyatakan semua CCTV berfungsi dengan baik.
4.7.2 Cik Syafiqah memberitahu kerosakan siling di Pusat Sumber telah dibuat laporan
bersama pihak SK (Dua) Jalan Selangor. Pihak PKG meminta agar Pusat Sumber
tidak digunakan buat sementara waktu.
4.7.3 En. Sarvana Raj menyatakan pemadam api yang digunakan semasa demontrasi
memadam kebakaran perlu diisi semula.
Tindakan : Unit 3K
4.7.4 Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas masih berlansung. Hadiah kelas yang
menang akan diberikan pada Hari Kanak-Kanak nanti.
3
Tindakan : Unit 3K
4.7.5 En. Sarvana Raj meminta kerjasama semua guru untuk mengingatkan murid-murid
untuk tidak meninggalkan botol air mineral di dalam kelas.
4.7.6 En. Sarvana Raj menyatakan terdapat 2 program baru yang dijalankan iaitu Program
Jangan Bercakap Dalam Tandas dan Program Keceriaan 1 Tahun 1 Kelas.
Tindakan : Unit 3K
4.8.1 Pn. Hindon memaklumkan bahawa kutipan buku teks akan dijalankan pada 9 dan 10
November 2017. Pn. Norazian meminta Unit SPBT mengeluarkan surat makluman
kepada ibu bapa.
4.8.2 Pn. Hindon juga menyatakan pengedaran buku teks akan dijalankan pada 20 dan 21
November 2017 bagi mengelakkan murid tidak hadir ke sekolah sekiranya buku-buku
diedarkan lebih awal.
4.8.3 Pn. Hindon meminta agar guru kelas menyemak buku teks yang ada pada murid.
Sekiranya ada yang hilang, murid berkenaan dikehendaki mengganti kembali buku
berkenaan.
4.8.4 Pn. Hindon memaklumkan buku DLP Tahun 2 2018 masih belum diterima.
4.9.1 Pn. Siti Nazirah memaklumkan bahawa Laporan Penarafan Kendiri Kantin telah
dihantar setiap bulan secara kolaborasi dengan SK (Dua) Jalan Selangor.
4.10.1 Cik Faridah menyatakan murid penerima RMT makan makanan yang disediakan.
Kualiti makanan baik.
4.10.2 Cik Faridah juga menyatakan Program RMT tamat pada bulan November 2017.
Jumlah hari murid menerima makanan RMT adalah sebanyak 190 hari.
4.10.3 Borang RMT telah diedarkan kepada guru kelas untuk mengenalpasti murid RMT
tahun 2018.
4.11.1 Pn. Norazian memberitahu seramai 77 murid layak menerima Bantuan Awal
Persekolahan. 74 orang murid telah menerima bantuan.
4
4.11.2 Pn. Norazian juga memberitahu murid yang layak menerima KWAPM telah menerima
bantuan kecuali 6 murid (cicir). Duit bantuan telah diterima sekolah akan diedar
kepada 6 murid ini pada minggu hadapan.
4.12.1 En. Fakhrulazmi menyatakan setakat ini tiada sebarang tuntutan takaful dibuat.
4.13.1 En. Fakhrulazmi memberitahu setakat ini hanya stok sahaja diterima manakala aset
tiada.
4.14.1 Cik Noor Alia menyatakan bilangan pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi
persekolahan tahun 2018 adalah seramai 26 orang. Pn. Norazian memaklumkan dari
26 orang murid berkenaan, terdapat 1 murid berbangsa Cina, 5 murid berbangsa
India dan 1 kategori lain-lain. Seramai 8 orang murid telah membuat rayuan untuk ke
sekolah lain.
4.14.2 Pendaftaran murid Tahun 1 untuk tahun 2019 pula adalah seramai 5 orang.
4.14.3 Cik Noor Alia menyatakan ibu bapa atau penjaga murid perlu menyertakan maklumat
imunisasi. Sekiranya tiada beliau akan tanda bahagian imunisasi BCG.
4.15.1 Pn. Norazian menyatakan bahawa En. Ahmad telah mengisi maklumat sarana setiap
program yang telah dijalankan kecuali Program Anugerah Cemerlang (belum
berlansung).
5. Hal-hal Lain
5.1 Pn. Hindon bertanya tentang pemantauan surau sekolah sempena Pertandingan Inovasi. En.
Khairiee menyatakan sekiranya sehingga akhir bulan Oktober tiada pemantauan,
kemungkinan tiada pemantauan untuk tahun ini.
5.2 Pn. Pathmalosini bertanya tentang pemantauan Pelan Perancangan Strategik HEM oleh pihak
PPD. Pn. Norazian memaklumkan hasil pemantauan adalah baik Cuma memerlukan sedikit
pembetulan ayat.
5.3 En. Khairiee memberitahu pengisian atas talian SKPMg2 akan dibuat oleh pihak pentadbir.
Guru-guru perlu menyediakan eviden.
Tindakan : Semua guru
5.4 En. Khairiee meminta semua guru mengisi borang keberhasilan bagi penilaian semester 2.
Tarikh tutup adalah pada 15 Disember 2017.
Tindakan : Semua guru
5.5 En. Khairiee juga meminta semua guru menyemak data e-operasi. Laporan perlu dihantar
pada 31 Oktober 2017.
Tindakan : Semua guru
5
5.6 Ketua Panitia diminta untuk memilih buku kerja untuk murid Tahap 2 bagi subjek teras.
Keputusan untuk murid membeli buku kerja akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan : Ketua Panitia mata pelajaran teras
5.7 En. Khairiee meminta semua guru menyimpan sijil, surat panggilan mesyuarat, sijil APC dan
sebagainya dalam tempoh 3 tahun terkini sebagai eviden bagi tujuan kenaikan pangkat.
Tindakan : Semua guru
5.8 En. Khairiee juga meminta agar gambar-gambar lama di dalam Bilik Gerakan diturunkan dan
diganti dengan yang baharu.
5.9 Pn. Siti Nazirah meminta agar semua ahli BAKAF menyelesaikan bayaran yuran bulanan
BAKAF sebelum tamat tempoh persekolahan tahun ini.
5.10 Pn. Patmalosini memaklumkan bahawa LADAP Softball akan dijalankan pada 28
Oktober 2017.
5.11 Beliau juga menyatakan bilangan murid yang ingin menyertai Program Sireh Pulang
Ke Gagang setakat ini adalah seramai 13 orang.
5.12 Bengkel eSPLG akan dijalankan pada 30 Oktober 2017. Guru-guru perlu memenuhi
30 mata CPD tahun ini.
5.13 Pn. Pathmalosini meminta Setiausaha Kurikulum, Setiausaha HEM dan Setiausaha
Kokurikulum menyediakan maklumat setiap mesyuarat yang dijalankan pada tahun ini dan
diserahkan kepada beliau.
Tindakan : Setiausaha Kurikulum, Setiusaha HEM dan Setiausaha Kokurikulum
5.14 Beliau mengucapkan tahniah kepada En. Sarvana Raj, Pn. Siti Nazirah dan Cik
Syafiqah kerana mewujudkan sudut bacaan guru di Bilik Guru.
5.15 Pn. Patmalosini meminta kerjasama semua guru agar memasukkan nama Pn. Zabidah
dan Pn. Farah pada setiap program sekolah untuk membantu mereka memperoleh mata CPD.
6. Ucapan Penangguhan
6.1 Pn. Norazian meminta setiap unit menyediakan 4 minit mesyuarat unit masing-masing untuk
tahun ini.
6
7
SPSK PK 07/3
BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT
PERKARA : HAL EHWAL MURID BIL. 4/2017
TARIKH : 25 OKTOBER 2017 (RABU)
TEMPAT : BILIK GERAKAN, SK JALAN SELANGOR (SATU)
TINDAKAN/ PERKEMBANGAN/
M/S PARA PERKARA UNIT
ULASAN / IMPAK
2 3.1 Perkara 4.10.4 : Slot untuk laporan kerosakan fizikal sekolah akan - Tindakan semua guru bertugas
dimasukkan ke Buku Laporan Guru Bertugas bermula tahun 2018.
tahun 2018.
Sebarang kerosakan akan dilaporkan oleh guru bertugas.
3 4.2 Pn. Norazian meminta semua guru kelas untuk mengemaskini data - Telah diambil tindakan.
APDM dari semasa ke semasa kerana bilangan murid yang layak
menerima bantuan RMT dan KWAPM perlu dikenalpasti pada awal
bulan November.
2 4.4 Beliau meminta guru kelas mengemaskini kehadiran murid secara atas - Telah diambil tindakan.
talian setiap hari persekolahan atau setiap hari Jumaat atau di akhir
setiap bulan sebelum 5hb bulan seterusnya.
3 4.5.2 Pengawas percubaan – sebanyak 5 orang murid dilantik sebagai Unit Disiplin Telah diambil tindakan.
pengawas percubaan iaitu :
& Pengawas
i. Aliah Binti Zamri Tahun 3 Kenanga
1
iv. Nur Dania Shahira Binti Mas Syukry Tahun 3 Kenanga
3 4.6.3 Keputusan Ujian Psikometrik Tahun 6 dalam proses cetakan. Sijil akan Unit Telah diambil tindakan.
diberikan ketika penerimaan keputusan UPSR.
Bimbingan &
Tindakan : Pn. Pathmalosini Kaunseling
3 4.6.4 Pn. Pathmalosini bercadang untuk mewujudkan unit baru Program Unit Telah diambil tindakan.
Rakan Sebaya (PRS). Pn. Norazian menyarankan agar melibatkan
Bimbingan &
murid-murid Tahap 2 sahaja.
Kaunseling
Tindakan : Unit Bimbingan & Kaunseling
3 4.7.3 En. Sarvana Raj menyatakan pemadam api yang digunakan semasa Unit 3K Telah diambil tindakan.
demontrasi memadam kebakaran perlu diisi semula.
Tindakan : Unit 3K
3 4.7.4 Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas masih berlansung. Hadiah Unit 3K Telah diambil tindakan.
kelas yang menang akan diberikan pada Hari Kanak-Kanak nanti.
Tindakan : Unit 3K
4 4.7.6 En. Sarvana Raj menyatakan terdapat 2 program baru yang dijalankan Unit 3K Telah diambil tindakan.
iaitu Program Jangan Bercakap Dalam Tandas dan Program Keceriaan
1 Tahun 1 Kelas.
Tindakan : Unit 3K
2
4 4.8.1 Pn. Hindon memaklumkan bahawa kutipan buku teks akan dijalankan Unit SPBT Telah diambil tindakan.
pada 9 dan 10 November 2017. Pn. Norazian meminta Unit SPBT
mengeluarkan surat makluman kepada ibu bapa.
4 4.8.2 Pn. Hindon juga menyatakan pengedaran buku teks akan dijalankan Unit SPBT Telah diambil tindakan.
pada 20 dan 21 November 2017 bagi mengelakkan murid tidak hadir
ke sekolah sekiranya buku-buku diedarkan lebih awal.
4 4.8.3 Pn. Hindon meminta agar guru kelas menyemak buku teks yang ada - Telah diambil tindakan.
pada murid. Sekiranya ada yang hilang, murid berkenaan dikehendaki
mengganti kembali buku berkenaan.
4 4.10.3 Borang RMT telah diedarkan kepada guru kelas untuk mengenalpasti - Telah diambil tindakan.
murid RMT tahun 2018.
5 4.11.2 Pn. Norazian juga memberitahu murid yang layak menerima KWAPM - Telah diambil tindakan.
telah menerima bantuan kecuali 6 murid (cicir). Duit bantuan telah
diterima sekolah akan diedar kepada 6 murid ini pada minggu hadapan.
5 5.3 En. Khairiee memberitahu pengisian atas talian SKPMg2 akan dibuat - Telah diambil tindakan.
oleh pihak pentadbir. Guru-guru perlu menyediakan eviden.
Tindakan : Semua guru
3
5 5.4 En. Khairiee meminta semua guru mengisi borang keberhasilan bagi - Telah diambil tindakan.
penilaian semester 2. Tarikh tutup adalah pada 15 Disember 2017.
Tindakan : Semua guru
5 5.5 En. Khairiee juga meminta semua guru menyemak data e-operasi. - Telah diambil tindakan.
Laporan perlu dihantar pada 31 Oktober 2017.
Tindakan : Semua guru
6 5.7 En. Khairiee meminta semua gur menyimpan sijil, surat panggilan - Telah diambil tindakan.
mesyuarat, sijil APC dan sebagainya dalam tempoh 3 tahun terkini
sebagai eviden bagi tujuan kenaikan pangkat.
Tindakan : Semua guru
6 5.13 Pn. Pathmalosini meminta Setiausaha Kurikulum, Setiausaha HEM dan - Telah diambil tindakan.
Setiausaha Kokurikulum menyediakan maklumat setiap mesyuarat
yang dijalankan pada tahun ini dan diserahkan kepada beliau.
Tindakan : Setiausaha Kurikulum, Setiusaha HEM dan
Setiausaha Kokurikulum
.....…………………………………....... ...…………………………………………
(PN. SITI NAZIRAH BINTI ZULKIPLI) (PN. NORAZIAN BINTI AB RAHMAN)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid