Sei sulla pagina 1di 24

TUTORIAL 1

MAKSUD PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Ialah Aplikasi kaedah saintifik bagi menkaji masalah pendidikan dengan tujuan utk memahami, menerang,
menjangka atau mengawal fenomena pendidikan.

DUA TUJUAN MELAKUKAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN(OLEH GALL, 1996):

a. Utk memerihalkan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita dalam bentuk suatu aktiviti, situasi atau
peristiwa tertentu.

Cthnya : situasi pelaksanaan kurikulum baharu dalam pendidikan.

b. Utk meramal fenomena yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan situasi masa kini.

Cth: Kejayaan pelajar pada masa hadapan diramal berdasarkan prestasi mereka pada masa kini./ keputusan
percubaan peperiksaan SPM digunakan utk meramal keputusan pepriksaan SPM mereka nanti.

c. Utk tujuan penambahbaikan berhubung dgn sesuatu fenomena yang biasannya melibatkan aktiviti
pencelahan(intervention). Cth: Sblm melaksanakan satu kaedah pengajaran baharu, kaedah baharu tersebut
dicuba terlebih dahulu oleh penyelidik utk melihat keberkesannya.

TERANGKAN PERBEZAAN KAJIAN KUALITATIF DENGAN KUANTITATIF:

KUALITATIF: Satu bentuk kajian yang dijalankan utk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang
tersendiri. Input akhirnya ialah hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan
responden yang dikaji. Ianya SUKAR dilakukan kerana data adalah subjektif.

KUANTITATIF: Penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal atau statistik . Kajian ini memerlukan alat
atau instrumen untuk mendapatkan data kajian. Alat yang biasa digunakan ialah soal selidik sama ada soal
selidik terbuka atau tertutup. Hasil kajian merangkumi formula-formula tertentu dalam bentuk gambar rajah,
jadual dan perkiraan statistik. Ia juga biasanya utk mengukur tingkahlaku yang nampak(luaran).

4 KOD ETIKA PENYELIDIKAN:

a. Mendapat Kebenaran daripada Responden.

b. Penglibatan: Responden perlu diberitahu setakat mana penglibatan mrk dlm penyelidikan tersebut.

c. Kerahsiaan, seperti mengutamakan hak responden.

d. Anomiti: Penyelidik mesti menjamin anomiti kpd peserta spt identiti responden.

HURAIKAN PROSEDUR MENJALANKAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN:

1. Menyatakan masalah kajian, iaitu isu @ persoalan pokok yang akan dikaji.

2. Menetapkan Objektif Kajian: Menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dlm
penyelidikan tersebut.

3. Membentuk Soalan Kajian: Dibina berdasarkan Objektif Kajian dan mestilah jelas, tepat dan berfokus.
4. Menghasilkan Hipotesis Kajian: Utk menentukan sama ada yang dikaji itu benar atau salah dll.

5. Melakukan Tinjauan Literatur: Utk mengetahui isu-isu yang berkaitan dgn penyelidikan yg akan dijalankan.

6. Merancang Kaedah Kajian : Menetukan instrumen serta prosedur pelaksanaan kajian.

7. Merekabentuk Kajian : Menentukan sama ada pendekatan kualitatif @ pendekatan Kuantitatif yg bakal

digunakan.

8. Menentukan Prosedur Persampelan : Sampel yang betul agar dpt menggambarkan sesuatu @ fenomena

yang dikaji.

9. Membina instrumen Kajian: iaitu alat utk membuat pengukuran @ pengumpuln data.

10. Menyatakan Kesahan & Kebolehpercayaan instrumen Kajian: Spt Kesahan Kandungan dan Kesahan

Muka.

11. Menetukan Prosedur Pengumpulan Data : Agar data yang dikumpul cukup, tepat dan dpt

menggambarkan dgn benar

12. Mengumpul Data : Iaitu Mengutip Data.

13. Menganalisis Data : Samada secara Kualitatif @ kuantitatif.

14. Membincang Hasil Kajian : Agar menghasilkan rumusan, penambahbaikan, cadangan dan implikasi

penyelidikan.

15. Melaporkan Kajian : Iaitu melaporkan keseluruhan kajian spt Tujuan kajian, objektif kajian, reka bentuk

kajian, dapatan kajian, cadangan2 dsbnya

TUTORIAL 2

1. 3 JENIS PENYELIDIKAN KUALITATIF(HURAIKAN):

a. Kajian Kes : Menurut Merriem (1998) Kajian kes digunakan utk memahami secara mendalam ttg subjek yg
dikaji . Melibatkan seorg individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah. Cth: Kajian ttg tanda
t/laku bermasalah dan penyebab cara meluahkan perasaan serta emosi seorang pelajar.

b. Kajian Sejarah : Mengkaji ttg sebab-sebab, kesan-kesan @ kecederungan dari peristiwa lepas yg mungkin
boleh membantu utk menerangkan perkara-perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka
pada masa akan datang. Cth: Kajian kesan pelaksanaan PdP Sains & Matematik dlm B. Inggeris (PPSMI) dlm
kalangan pelajr sekolah Menengah.

c. Kajian Naratif: Satu Kajian yg digunakan utk memahami atau mengkaji bagaimana manusia membina
makna dalam kehidupan mereka, iaitu makna yg ditafsirkan kesan drpd peristiwa2 yg berlaku dlm kehidupan
mereka. Cth: Kajian Analisis Naratif Filem Romantik Korea: Winter Sonat
2. MAKSUD MASALAH KAJIAN YG BAIK: Ialah Masalah yg mengandungi persoalan dan isu penting yang boleh
dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan.

3. TERANGKAN 2 PUNCA BLH MENDAPATKAN MASALAH KAJIAN:

i. Minat & Pengalaman Pengkaji: Iaitu minat atau rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara. Jg Pengalaman
peribadi di persekitaran spt di tempat kerja, bilik kuliah, bilik darjah dsb akan membantu mencetuskan idea-idea
utk mnjalankan sesuatu kajian

ii. Tinjauan Literatur: Iaitu melalui pembacaan pada kajian-kajian yg lepas, Yang mana akan dpt membantu
pengkaji dlm memilih isu kajian yg relevan dan bersesuaian. Seterusnya membantunya utk merangka isu kajian
yg lebih baik.

TUTORIAL 3

1. MAKSUD PENYELIDIKAN KUANTITATIF :

Penyelidikan Kuantitatif ialah penyelidikan yg sistematik berdasarkan nilai numerikal atau statistik . Tujuan ialah utk:

i. Menguji teori

ii. Melihat hubungkait angkubah

iii. Menjelaskan fenomena dr segi sebab penyebab.

iv. Membuat ramalan.

v. Membuat tinjauan

2. Namakan 3 Jenis rekabentuk penyelidikan kuantitatif :

i. Kajian Eksperimental .

ii. Kajian Tinjauan

iii. Kajian Korelasi

3. APAKAH MAKSUD KAJIAN ETNOGRAFI?

Iaitu Kajian deskriptif ke atas budaya, sub-budaya , institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat. Kajian ini
biasanya menggunakan teknik pemerhatian, temubual(sama ada secara formal @tdk formal), analisis dokumen,
penelitian sejarah hidup dan enulisan diari. Cth kajian: Kajian mengenai gaya pembelajaran pelajar di rumah.

4. TERANGKAN FASA ANALISIS DATA KUALITATIF.

Lacey & Luff(2001) menyatakn Fasa Analisis Data Kualitatif ada beberapa Fasa, iaitu :

I. Penerokaan Data Kajian: Peringkat ini, Pengkaji perlu membaca, menyemak, mendengar berulang-
ulang kali data-data yang telah dikumpul. Juga dibuat sedikit ringkasan yang penting.

II. Transkripsi : Iaitu proses menukarkan rakaman temubual (dalam bentuk audio) dan nota lapangan
yang bertulis tangan kepada bentuk verbatim(bertulis bertaip) agar mudah dibaca dan difahami. Jg segala
tanda bukan lisan sperti diam sejenak, ketawa, mimik muka, berkerut dahi dan sebagainya PERLU DIREKODKAN
kerana menggambarkan perasaan responden.

III. Mengorganisasi : Iaitu menyusun data yang telah siap dengan teratur. Peringkat ini jg ditukar nama
responden kpd nama samaran iaitu dalam etika menjaga kerahsiaan responden.
IV. Pengkodan : Iaitu proses utk meniliti, membaca, mengenalpasti serta mengeluarkan teks dan
memberi kod(sama ada dalam satu bentuk @ singkatan), agar lbh mudah utk dianalisis. Pengkodan boleh
dilakukan secara manual ataupun menggunakan perisian tertentu spt NUD IST, NVivo dan Atlas Ti.

V. Analisis : Peringkat ini melibatkan proses untuk membina tema. Iaitu melibatkan pendekatan induktif
dan pendekatan deduktif.

TUTORIAL 4

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYELIDIKAN YANG MEMATUHI PARADIGMA POSITIVISME?

Adalah bagi menganalisis sesuatu isu, ianya akan melihat isu tersebut sebagai sesuatu yang boleh
diperhatikan, diukur, di buktikan serta akan ada elemen hubungan sebab dan akibat.

Maka penyelidikan yang mematuhi paradigma ini akan menggunakan kaedah kuantitatif, dan data
informasi dalam bentuk numerical serta penganalisisan data secara sistematik.

Pengkaji yang meyokong paradigma ini, mempunyai hubungan yang kurang rapat (detached) daripada
partisipan kajian, agar emosi penyelidik neutral dalam melaksanakan kajian. Ini amatlah perlu supaya penilaian
pengkaji tidak mempengaruhi fakta atau aspek-aspek dalam kajian tersebut.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEBOLEHPERCAYAAN DALAM KAJIAN KUALITATIF?

Merriam (1998), mentakrifkan kebolehpercayaan atau reliability adalah sejauh mana dapatan kajian boleh
diulang atau direplikasikan. Dengan perkataan lain, adakah kaijian ini, jika diulang akan menghasilkan dapatan
yang sama.

Menurut Creswell (2007), kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif adalah berdasarkan intercoder
agreement, iaitu persetujuan antara beberapa individu dalam menyemak kod-kod analisa yang telah dibuat
pada data kajian.

HURAIKAN 4 STRATEGI UNTUK MENENTUKAN KESAHAN DALAMAN DALAM KAJIAN KUALITATIF.

Masa yang lama di tempat kajian dan kekerapan bersama responden.

Apabila pengkaji berada lama di tempat kajian, membuatkan dia lebih rapat dan memahami budaya, isu kajian
dengan terperinci. Apabila hubungan baik telah terbina , maka lebih senang untuk responden meluahkan
pandangan, perasaan terhadap isu kajian.

Triangulasi (triangulation) Marshall dan Rossman (2006) triangulasi bukanlah semata-mata untuk mendapatkan
kebenaran, tetapi dapat memberi gambaran mengenai dunia social dari pelbagai perspektif.

Ulasan oleh rakan (peer view) fungsi rakan (peer) adalah membaca, meneliti dan membuat komen yang analitis
tentang aspek seperti metodologi, analisa serta interpretasi kajian yang kita jalankan. Rakan ini akan memastikan
kita jujur dalam menjalankan kajian.

Semakan oleh responden ini merupakan cara yang terpenting untuk meningkatkan kredibiliti kajian. Pengkaji
akan membawa data yang telah dianalisis dan diinterpretasikan untuk disemak oleh responden kajian.

APAKAH TUJUAN MENGGUNAKAN UJIAN ANOVA DALAM ANALISIS DATA?

Apabila kita ingin membandingkan min (purata) antara 2 sampel, maka ujian-t akan digunakan. Namun
apabila terdapat kita ingin membandingkan lebih daripada dua min, maka ujian ANOVA akan digunakan bagi
menggantikan ujian-t. Maka dalam ujian ANOVA ini, lebih daripada 2 kumpulan diuji secara serentak.

Dengan penggunaan ujian ANOVA ini akan dapat membantu penyelidik untuk menganalisa dan
membandingkan min-min bagi lebih daripada 2 kumpulan ini.
Contoh lain, ANOVA ini boleh digunakan apabila kita ingin membandingkan min (purata) markah
matematik antara etnik Melayu, India, Cina dan Orang Asli setelah program tutorial intensif diberikan kepada
kumpulan etnik-etnik ini.

TUTORIAL 5

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HIPOTESIS KAJIAN?

Hipotesis ialah satu kesimpulan awal yang dibuat oleh pengkaji bagi menentukan hasilan awal kajian yang
hendak dilaksanakan dengan menghubungkan 2 atau lebih pembolehubah yang wujud dalam sesuatu kajian.

TERANGKAN SECARA UMUM KAEDAH SEORANG PENYELIDIK MELAPORKAN DAPATAN KAJIANNYA

Penyelidik perlu melaporkan dapatan analisis yang mudah seperti nilai min, kekerapan atau peratus.

Setelah itu penyelidik boleh melaporkan pula dapatan analisis yang lebih kompleks seperti kolerasi atau
NOVA dan sebagainya.

Sekiranya perlu, penyelidik boleh mempersembahkan data yang diperolehi dengan menggunakan jadual
atau graf.

Perlu diingat bahawa jadual atau graf hanyalah untuk memudahkan sesuatu penerangan, namun begitu ia
perlu diterangkan secara penulisan supaya pembaca tidak membuat interpretasi berdasarkan pendapat mereka
sendiri.

Bagi memastikan kesemua persoalan kajian terjawab, penyelidik perlu menghuraikan dapatan kajian yang
diperoleh dan dipersembahkan mengikut urutan persoalan kajian yang telah ditetapkan.

Secara umumnya penyelidik boleh melaporkan dapatan kajian penyelidikan kepada 2 bahagian utama
iaitu profil responden dan dapatan kajian

NYATAKAN 4 PENEKANAN YANG HARUS DIBUAT DALAM PEMBENTUKAN FORMAT PROPOSAL PENYELIDIKAN SEPERTI
YANG TELAH DISYORKAN OLEH NORAINI (2010).

Memastikan masalah atau isu penyelidikan dikenal pasti, konstektual dan jelas.

Memastikan persoalan kajian jelas, tepat dan relevan dengan permasalahan yang dikemukakan.

Tinjauan literatur yang berkaitan dengan persoalan kajian atau hipotesis dan metodologi penyelidikan.

Memastikan kaedah penyelidikan yang digunakan sesuai dan dikemukakan secara terperinci dan eksplisit.

TERANGKAN 3 LANGKAH YANG PERLU PENYELIDIK LAKUKAN APABILA INGIN MENGANALISIS DATA KUALITATIF.

I. Berterusan

II. Model, tema dan konsep induktif

III. Analisis bersifat induktif (Constant Comperative Method)


Jenis-jenis Penyelidikan dalam Pendidikan

Kajian Sejarah:- membina semula masa silam secara sistematik. eg: Untuk menentukan Aishah benar-benar
keturunan Mahsuri.

Kajian Deskriptif:- memberi penerangan yg sistematik tentang fakta dan ciri2 sesuatu bidang secara tepat dan
berfakta. eg: Satu tinjuan pendapat umum utk menilai sikap pengundi.

Kajian Perkembangan:- menyiasat rentetan pertumbuhan fungsi masa. eg: Kajian Trend - corak perubahan
masa lepas untuk meramal corak @ keadaan di masa akan datang.

Kajian Kes/Lapangan:- mengenalpasti status masa kini yg melibatkan unit sosial (ind. institusi @ komuniti) eg:
Kajian intensif tentang sebab-sebab penceraian di kalangan Orang Melayu.

Kajian Kolerasi:- menyiasat setakat mana variasi dlm satu faktor seimbang dengan variasi dlm satu faktor atau
lebih faktor lain berasaskan pekali variasi. eg: Kajian tentang hubungan antara konsep kendiri dengan
pencapaian akademik

Kajian Perbandingan Sebab-Akibat (komparatif): -mengkaji perkaitan antara sebab dan akibat dgn memerhati
beberapa kesan yg wujud serta menyemak semula data sedia ada bagi mencari faktor2 sebab-akibat. eg:
Mengkaji faktor2 yg menjadi sebab utama berlaku kemalangan jalanraya dgn melihat rekod di JPJ atau PDRM

Kajian Eksperimental:- menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan mendedahkan satu kumpulan
percubaan kepada satu rawatan dan membandingkan keputusan kepada satu kumpulan yang tidak menerima
rawatan eg: Untuk menentukan keberkesanan modul motivasi terhadap peningkatan motivasi pencapaian
pelajar sekolah menengah.

Kajian Tindakan:- membentuk kaedah baru dlm menyelesaikan masalah dgn aplikasi terus dlm bilik darjah eg:
untuk membentuk kaedah baru bagi menarik lebih ramai pelajar bumiputera meminati bidang sains dan
teknologi.

KAJIAN KUALITATIF

1 Reka Bentuk Kajian Kualitatif

Merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud
tertentu berkait dengan idea dan persoalan kajian :

(i) jangka masa kajian;

(ii) jenis data yang hendak dikutip;

(iii) alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;

(iv) di mana kajian tersebut hendak dijalankan;

(v) kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;

(vi) strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;

(vii) jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan

kajian; dan

(viii) bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.


2 Pemilihan Bentuk Kajian

(a) Bentuk Kajian Lapangan-data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian
terhadap fenomena yang dikaji.

(b) Bentuk Kajian Kes-adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. berkait dengan manusia, kumpulan
manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas
analisis. Data kes termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada mana-
mana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga
dan analisis dokumen.

(c) Bentuk Kumpulan Terfokus- proses pengutipan data melalui temubual yang dibentuk khas untuk kumpulan
kecil. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar . satu kaedah
untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat, pengalaman and sikap.

(d) Bentuk Kajian Tindakan bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifk. Kajian
tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan,
tindakan, pemerhatian dan refleksi

(e) Bentuk Analisis Dokumen

Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

(f) Bentuk Pelbagai Pendekatan- Pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan
kuantitatif. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah.

3 Membina Alat Kajian Kualitatif

(a) Penilaian Dokumen - Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau
tindakan seseorang,rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis
data Pra masuk ( Jenis, lokasi, aksebiliti , j/masa dokumen ) , Rekoding ( Jenis kod, proses rekod isi ) ,Memproses (
pkurangan data, pamir data , verifikasi data ) ,Interpretatasi ( dapatan utama / sekunder , Minterpretasi
penemuan )

(b) Alat Pemerhatian Ciri-ciri

Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang
ditetapkan.

Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi.

Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian.

Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian

Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

(c) Alat Menemuduga- Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu.

Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik.

Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah
dibangunkan.

Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard.


4 Kebolehpercayaan dan Kesahan

Dari segi:

(1) alat yang digunakan dalam kajian;

(2) proses mengutip data;dan

(3) kaedah analisis data.

Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan
latihan militer. Jenis triangulasi :

(i) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama.

(ii) Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk
menyelidik fenomena yang sama.

(iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang
sama.

(iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.

5 Persampelan dalam Kajian

Kualitatif

(a) Strategi Persampelan

dalam kajian kuanlitatif strategi persampelan bukanberkebarangkalian digunakan (non-probability sampling).


Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalian :

(i) persampelan mudah; subjek kajian yang mudah diperoleh

(ii) persampelan bertujuan; pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan
untuk memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi.

(iii) persampelan snowball; mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita
menjalankan kajian.

(iv) persampelan kuota (quata sampling): pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-
ciri sampel yang ditentukan.

6. Kaedah Pengutipan Data

data yang didapati daripada dokumen; ( dimana, siapa , bila ) ,Tubuh system organisasi data.

data yang didapati daripada temuduga; satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian
secara langsung

data yang didapati daripada pemerhatian .


7. Proses Menganalisis Data

(i) Tahap pra-analisis; Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan
menurut jenis.

(ii) Tahap kemasan data; data ditranskrip-sikan dalam word processing atau dalam format analisis tekstual
menggunakan komputer.

(iii) Tahap pamiran data ; Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan.

(iv) Tahap verifikasi data; Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat

(v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi). Penyemakan dan interpretasi dapatan.

8. Interpretasi Data

(a) Data Dokumen

(i) Data dikutip dan diubah menjadi teks.

(ii) Teks dilabel dan dikategorikan.

(iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan Menjelma.

(iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk frasa yang sama dan tanda serta hubungan
dan kesamaan atau perbezaannya.

(v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

(b) Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan

(i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan.

(ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isi kandungan manifest merupakan sesuatu
yang tidak natural atau mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan latent pula mempunyai
makna dalaman bagi sesuatu mesej.

(iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan semuanya dalam sesuatu label atau tema.

(c) Data Temubual - digunakan untuk menganalisis orientasi

(d) Data Pemerhatian

Kebolehpercayaan Ketekalan data yang diperoleh sekiranya pengutipan data dibuat semula.

Kesahan Sejauh mana data yang dikutip menggambarkan apa yang kita ingin tahu.

Pemerhatian Satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung.

Temubual Satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung.

Triangulasi Proses yang digunakan untuk tujuan pengesahan maklumat untuk kajian kualitatif.
KAJIAN KUANTITATIF

1. REKA BENTUK DAN ALAT KAJIAN -

- mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variabel bersandar,

- alat-alat kajian seperti ujian pencapaian, inventori dan soalselidik

a) Kesahan Dapatan Kajian Kuantitatif

Terdapat lapan (8) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dalaman sesuatu eksperimen :

(a) Sejarah

(b) Kematangan ( tempoh masa )]

(c) Pengujian- Kesan ujian pertama ke atas skor ujian kedua

(d) Alat ukuran

(e) Regresi Statistik - kumpulan yang mempunyai skor ekstrim (skor rendah atau skor tingi) akan memberikan
dapatan kajian yang tidak sah.

(f) Pemilihan berlaku bias dlm pemilihan sample

(g) Mortaliti- Kehilangan subjek kajian dalam kumpulan yang dibandingkan

(h) Interaksi Kedewasaan-pemilihan

Terdapat empat (4) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan luaran sesuatu eksperimen:

(a) Kesan Interaksi Pengujian

Peningkatan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh mereka dapat mengingat soalan dan jawapan
ujianpra.

(b) Interaksi

Peningkatan/penurunan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh kesan interaksi antara subjek kajian
dengan variabel yang dikaji.

(c) Kesan Tindak Balas

Kesan tindak balas (reactive effects) adalah kesan yang hanya wujud dalam suasana eksperimen, tetapi ianya
tidak wujud dalam suasana biasa (suasana bukan eksperimen).

(d) Gangguan Rawatan Berganda

Kesan pelbagai rawatan terdahulu yang tidak terhapus.


2. Reka Bentuk Kajian Kuantitatif

(a) Reka Bentuk Kajian Deskriptif

(i) Reka bentuk kes (case design)

(ii) Reka bentuk siri-kes (case-series design)

(iii) Reka bentuk silang/keratan lintang (cross-sectional design)

(iv) Reka bentuk kohot atau perspektif (cohort or perspective design)

(v) Reka bentuk retrospektif atau kawalan kes (retrospective or case-control design).

(b) Reka Bentuk Kajian Eksperimen

(i) Reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-group design): reka bentuk ujianpra-ujianpos-satu-kumpulan


(singlegroup-pretest-posttest design), reka bentuk siri-masa (time-series design)

(ii) Reka bentuk berkumpulan-kawalan (control-group design): Reka bentuk berkumpulan-kawalan-ujianpos-


sahaja (controlgroup-posttestonly design); Reka bentuk berkumpulan-kawalanujianpra-ujianpos (control-group-
pretestposttest design). Reka bentuk kumpulan kawalan-Solomon (Solmon-control-group design),

Reka bentuk faktorial (factorial design).

Kajian Deskriptif

Kajian deskriptif ialah kajian yang tidak mengenakan apa-apa rawatan kepada subjek kajian dan biasanya
variabel kajian diukur sekali sahaja. Untuk mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji biasanya memerlukan
sampel yang besar, iaitu 100 hingga 1,000 subjek. Reka bentuk Kajian Deskriptif :

a) Kes satu subjek kajian sahaja.

b) Siri kes beberapa kes

c) Silang - variabel-variabel kajian dicerap sekali sahaja terhadap subjek kajian

d) kohot - beberapa variabel (seperti tabiat menghisap rokok) diukur pada awal kajian, kemudian selepas
beberapa ketika, hasil/kesannya (seperti sakit jantung) ditentukan

e) Retrospektif - kajian ini berfokus kepada keadaan masa lalu yang boleh menyebabkan sesuatu kes/hasil berlaku
. lebih sukar dan memakan masa untuk dilaksanakan, tetapi ia lebih meyakinkan untuk menunjukkan wujudnya
hubungan sebab-kesan.

Kajian Eksperimen - Kajian ini dibuat untuk menentukan sebab kepada sesuatu kesan . dua (2) jenis, iaitu

(i) reka bentuk takberkumpulan- kawalan : kajian dijalankan ke atas satu (1) kumpulan subjek kajian sahaja. Salah
satu daripada reka bentuk ini ialah reka bentuk ujianpra-ujianpos-satukumpulan.

(ii) reka bentuk berkumpulan-kawalan : subjek kajian dibahagikan kepada dua (2) kumpulan secara rawak, di
mana satu (1) kumpulan tidak diberikan rawatan atau diberikan rawatan kawalan (kumpulan kawalan),
sementara satu (1) kumpulan lagi (kumpulan eksperimen) diberikan rawatan sebenar.
3. Soal-Selidik

Soal-selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data
kajian secara laporan kendiri daripada subjek/responden kajian. Langkah-langkah membina soal-selidik.

(i) Membangunkan item sesuai dgn obj kajian.

(ii) Menyediakan tatacara analisis yang sesuai.

(iii) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesesuaian item.

(iv) Memperbaiki item selepas maklum balas daripada ujian rinstis.

(v) Memberi latihan kepada penemuduga atau pengutip data.

4. Inventori - Inventori ialah satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk/ciri psikologi
tertentu seseorang individu,

(a) Skala Likert - satu skala nombor integer yang mempunyai sama Selangnya

5. PENJELMAAN DATA

- dua proses dalam menganaliss data:

(a) Memproses data dari borang soal selidik

(b) Memproses data dari inventori

Data perlu diolah kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. langkah-langkah dalam analisis data:

(a) Fasa pra-analisis

(b) Fasa pengurangan saiz data

(c) Fasa paparan data

(d) Fasa pengesahan data

(e) Fasa dapatan

- Prosedur Pemprosesan Data

(a) Surat memohon kebenaran

(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua

(c) borang soal-selidik/inventori diedarkan dan meminta sample mengisikannya.

(d) data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek
kajian

(e) Data daripada alat kajian, seperti soal selidik / inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian.

(f) pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis
kajian.
Inventori Satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk psikologi tertentu seseorang
individu.

Kajian deskriptif Kajian di mana rawatan tidak dibrikan kepada subjek kajian dan variabel kajian diukur seperti
yang sedia ada.

Kajian eksperimen Kajian di mana rawatan diberikan kepada subjek kajian dan variabel kajian diukur sebelum
dan selepas rawatan diberikan.

Kajian kuantitatif Kajian yang mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan
variable bersandar/hasil.

Placebo Rawatan yang diberikan kepada kumpulan kawalan supaya mereka tidak rasa berbeza daripada
kumpulan eksperimen.

ANALISIS DATA KUANTITATIF

1 ANALISIS DESKRIPTIF

kaedah analisis bagi tujuan menerangkan statistik sampel tanpa membuat sebarang pentaabiran ke atas
parameter populasi.

a) Kekerapan dan Kekerapan Relatif

Set data, sama ada dari jenis kualitatif (perkataan) atau kuantitatif (taburan data), boleh dipaparkan dalam
bentuk jadual taburan kekerapan

b) Min dan Sisihan Piawai

- min yang merupakan purata data adalah berperanan sebagi pusat taburan. Pada paksi data, min menentukan
lokasi sesuatu taburan data.

- Mod pula merupakan sukatan pada paksi data di mana ia mempunyai kekerapan paling tinggi. Median ialah
sukatan pada paksi data di mana sebanyak 50% data berada pada lokasi di bawah median, dan 50% lagi
berada pada lokasi di atas median

Min Data Tak Terkumpul

Untuk data yang tidak dikumpulkan kepada beberapa kelas, min diberi seperti berikut:

Min = (Jumlah semua nombor) / (bilangan nombor).

c) Korelasi Linear dan Regresi Linear Mudah

(i) Korelasi Linear - mengukur kekuatan hubungan linear antara dua variabel. Pekali korelasi untuk populasi
menggunakan symbol (huruf Greek berbunyi rho) dan untuk sampel menggunakan simbol r.

(ii) Regresi Linear Mudah - kajian kebersandaran satu variable ke atas satu atau lebih variabel lain. Variabel yang
pertama dinamakan variabel bersandar dan yang kemudiannya dinamakan variabel tak-bersandar.
2 PENGUJIAN HIPOTESIS HUBUNGAN

Pengujian hipotesis adalah teknik analisis pentakbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita
menggunakan data sample untuk mentakbir/menganggar paprameter populasi.

a. Hipotesis nol, H0

Ia adalah hipotesis statistik yang menyatakan kesamaan parameter populasi dengan satu nilai tertentu, atau
menyatakan tidak ada perbezaan antara dua parameter populasi.

b. Hipotesis pilihan, H1

Adalah hipotesis statistik pelengkap kepada hipotesis nol. Hipotesis ini merupakan pernyataan yang lazimnya
pengkaji ingin mengesahkan kebenarannya.

Langkah Pengujian Hipotesis

a. Bangunkan pernyataan hipotesis:

H0: Tiada hubungan antara prestasi pelajar dengan kaedah pengajaran.

H1: Prestasi pelajar bergantung kepada kaedah pengajaran.

b. Pilih taburan yang akan diguna, dan tentukan rantau penolakan hipotesis.

c. Statistik ujian

d. Keputusan pengujian statistic

e. Kesimpulan pengujian.

3 PENGUJIAN HIPOTESIS PERBEZAAN

a) Perbezaan Min Dua Populasi

i. data daripada kedua-dua populasi mengikut taburan normal atau hampir normal;

ii. saiz sampel kecil (n1< 30 dan n2 < 30);

iii. kedua-dua sampel adalah tak-bersandar; dan

iv. sisihan piawai data daripada kedua-dua populasi diandaikan sama.

b) Perbezaan Min Lebih daripada Dua Populasi

Kita akan menggunakan ANOVA sehala dalam pengujian perbezaan min lebih daripada dua (2) populasi.
ANOVA sehala hanya menganalisis satu faktor sahaja.

Andaian ANOVA sehala ialah:

i. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil adalah mengikuti taburan normal, atau mengikuti taburan
yang hampir normal;

ii. semua populasi dari mana sampel-sampel diambil mempunyai varians yang sama;

iii. semua sampel yang diambil dari masing-masing populasi adalah tak-bersandar antara satu sama lain.
MENYEMAK KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN

a) Masalah Kajian

- Pernyataan masalah kajian perlu rIngkas dan dapat menunjukkan variabel kajian.

- perlu menyatakan dengan tegas mengapa masalah tersebut penting untuk dikaji.

- menenrangkan skop dan perincian masalah tersebut

b) Tinjauan Literatur

-Tinjauan literatur memberikan konteks permasalahan kajian yang boleh menentukan kepentingan kajian dan
seterusnya membayangkan bahawa penulis mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ini.

- pertama, kita tidak dapat mengutip selengkapnya data yang diperlukan, yang menyebabkan beberapa soalan
kajian tidak dapat dijawab.

- Kedua, kita mungkin berjaya mengutip data tambahan, yang membenarkan kita menjawab beberapa soalan
kajian baru.

- Masalah yang biasa dlm tinjauan literature

a. kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang dipaparkan;

b. mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks;

c. memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis rujukan;

d. memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan, tanpa fokus/tema tertentu;

e. tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang sesuai untuk kajian;

f. tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang dipaparkan; dan

g. gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam bidang kajian.

c) Kaedah Kajian

-meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan
data kajian, dan tatacara penganalisisan data kajian.

HASIL KAJIAN

Hasil kajian ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji untuk menyediakan profil responden dan
menjawab soalan-soalan kajian.

Hasil kajian dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu

(a) profil
responden- subjek-subjek yang terlibat secara langsung dalam kajian (latar belakang responden kajian, seperti
jantina, umur,pendidikan, pencapaian, status sosio-ekonomi.)

(b) dapatan kajian.

Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal, iaitu anda perlu meyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian
anda adalah benar, iaitu ia disokong dengan jelas oleh hasil analisis data, kaedah analisis data dan sampel kajian
yang digunakan.

- Penggunaan jadual adalah lebih berkesan untuk merumus hasil analisis data kajian, tetapi kandungannya perlu
dilabel dengan lengkap dan organisasinya mestilah baik.

- Rumusan - rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini dan menyatakan apa yang
akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

Pembolehubah bersandar:

Pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau respon jika dihubungkan
dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah adalah pembolehubah yang
faktornya diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang disebabkan oleh pembolehubah tidak
bersandar. Pembolehubah bersandar juga dikenali sebagai pembolehubah kriterion. Sebagai contoh, pengaruh
warna terhadap minat membeli motosikal, maka pembolehubah bersandarnya adalah minat membeli.
Bagaimana berpengaruhnya warna merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut.

Pembolehubah tidak bersandar (bebas):

Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah stimulus atau pembolehubah yang mempengaruhi


pembolehubah lain. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau
dipilih oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan sesuatu gejala yang diperhatikan.

F) HIPOTESIS KAJIAN

Setelah masalah didefinisikan, maka langkah berikutnya ialah membentuk hipotesis. Apakah hipotesis itu?
Hipotesis adalah jawapan sementara terhadap masalah yang sedang dikaji. Berdasarkan definisi tersebut,
hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara sebagai
penyelesaian masalah. Hipotesis membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan analisis. Hipotesis memberi
jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Bukti-bukti daripada analisis
kajian akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan.
Tujuan Pembentukan Hipotesis

1. Memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji.

Penjelasan sementara ini menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan badan pengetahuan
berdasarkan fakta-fakta yang telah didapati.

2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.

Kewujudan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji boleh dinyatakan dengan jelas dan
dibuktikan dengan fakta-fakta.

3. Sebagai panduan kepada penyelidikan kerana

Ini kerana hipotesis dapat mewakili objektif penyelidikan. Hipotesis menentukan apa yang harus dilakukan, jenis
data yang perlu diperolehi, kesesuaian fakta-fakta terpilih serta menentukan asas pemilihan sampel. Hipotesis juga
boleh menentukan kaedah penyelidikan yang harus digunakan, mencadangkan analisis berstatistik yang
diperlukan serta kaitan pembolehubah-pembolehubah yang harus diuji. Hipotesis juga dapat menolong
penyelidikan agar tidak terkeluar dari batasan dan menghalang penyelidikan dari menjadi kabur.

4. Sebagai rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian.

Hipotesis yang baik dapat memandu kesimpulan yang harus dibuat bagi menyelesaikan masalah. Hipotesis juga
boleh memberi panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disebarkan.

Ciri-ciri Hipotesis

Sesuatu hipotesis mestilah memenuhi ciri-ciri yang tertentu bagi membolehkannya diterima sebagai hipotesis
penyelidikan. Di antara ciri-ciri tersebut ialah:

a. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat. Hipotesis yang mudah, jelas dan tepat bukan sahaja
membolehkan penyelidikan dilakukan dengan sempurna malah memudahkan orang ramai memahami laporan
sesuatu penyelidikan. Hipotesis yang umum boleh dipermudahkan kepada beberapa hipotesis yang lebih khusus.

b. Tekal dengan pengetahuan yang ada. Hipotesis seharusnya tidak bertentangan dengan teori dan hukum yang
ada. Sebagai contoh, Misalnya, peningkatan jumlah pesakit SARS adalah disebabkan semakin peningkatan
jumlah penduduk yang berpelajaran adalah hipotesis yang tidak tekal dan tidak sesuai dengan pengetahuan
yang ada.

c. Mempunyai kuasa penjelasan. Kuasa penjelasan ialah keupayaan hipotesis menerangkan fenomena yang
dikaji dengan logik, tepat dan jelas. Misalnya, masalah pengenalan subjek komputer di sekolah-sekolah. Satu
hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan di sekolah-sekolah kerana kekurangan
guru yang terlatih dalam bidang komputer adalah mempunyai kuasa penjelasan.

d. Mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Misalnya hipotesis penambahan


masa belajar dan markat ujian1 Prinsip Pemasaran tidak mempunyai jangkaan hubungan antara
pembolehubah-pembolehubah penambahan masa belajar dengan pembolehubah penambahan markat.
Hipotesis tersebut akan mempunyai jangkaan hubungan sekiranya dinyatakan sebagai penambahan masa
belajar akan menambahkan markat ujian1 Prinsip Pemasaran.

e. Boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong
atau tidak menyokong hipotesis yang bersifat sementara. Inferens yang dibuat ke atas populasi berdasarkan
maklumat sampel hanya boleh dilakukan sekiranya hipotesis telah diuji.
JENIS HIPOTESIS

1. Hipotesis penyelidikan

2. Hipotesis operasional dan

3. Hipotesis statistik.

Hipotesis penyelidikan ialah hipotesis yang kita buat dan dinyatakan dalam bentuk ayat.

Contoh:

Terdapat hubungan antara gaya kepempininan dengan motivasi pekerja

Terdapat hubungan antara iklan dan jumlah jualan

Hipotesis operasional ialah mendefinisikan hipotesis secara operasional yang mana pembolehubah-
pembolehubah yang ada di dalamnya dapat dioperasikan. Misalnya gaya kepemimpinan
dioperasionalisasikan sebagai cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan. Motivasi pekerja
dioperasionalisasikan sebagai tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat. Hipotesis
operasional dijadikan menjadi ada dua jenis, iaitu hipotesa kosong (H0) yang bersifat neutral dan hipotesa
alternatif (HA) yang bersifat tidak neutral (pincang).

Maka bunyi hipotesisnya adalah seperti berikut:

H0 :

Tidak terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi
rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

HA :

Terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi
rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

Hipotesis statistik ialah hipotesis operasional yang diterjemahkan ke dalam bentuk angka-angka statistik sesuai
dengan alat ukur yang dipilih oleh penyelidik. Dalam contoh ini di andaikan kenaikan kemasukan pekerja ke
dalam syarikat adalah sebanyak 20%, maka hipotesisnya adalah sebagai berikut:

Hipotesis yang sudah dirumuskan kemudiannya harus diuji. Pengujian ini akan membuktikan H0 atau HA yang akan
diterima. Jika HA diterima maka H0 ditolak. Ini bermaksud terdapat hubungan antara cara memberikan arahan
terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat.

Dalam membuat hipotesis ada dua jenis kesilapan yang kadang-kala dibuat oleh penyelidik, iaitu:

a) Menolak hipotesis yang seharusnya diterima. Kesalahan ini disebut sebagai ralat alpha (a).

b) Menerima hipotesis yang seharusnya ditolak. Kesalahan ini disebut sebagai ralat beta (b).
Pembentukan hipotesis seharusnya jelas dan mudah difahami. Ramai pelajar yang tidak mempunyai masalah di
dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif. Begitu juga dengan hipotesis berarah dengan hipotesis
tidak berarah. Namun demikian terdapat pelajar yang tidak membentuk hipotesis berdasarkan kepada kerangka
teori yang telah dibangunkan. Sebagai contoh, terdapat pelajar yang tidak memasukkan pengaruh perbezaan
jantina sama ada di dalam ulasan karya ataupun di dalam rangkakerja teoritikal, tetapi mereka membentuk
hipotesis berkenaan dengan perbezaan jantina di dalam pembolehubah bersandar. Masalah lain yang mungkin
timbul, bila pelajar membentuk hipotesis di mana dengan memasukkan pembolehubah penyederhana
(moderating variable). Terdapat pelajar yang membentuk hipotesis dengan meletakkan pembolehubah
penyederhana sebagai pembolehubah bebas yang mana mempunyai hubungan secara langsung dengan
pembolehubah bersandar seperti yang digambarkan di dalam gambarajah di bawah.

Contoh kekeliruan di dalam membentuk hipotesis jika terdapat pembolehubah penyederhana (moderating).

Maksud Keertian

Keertian Statistikal

Perbezaan yang di dapati bukanlah disebabkan oleh turun-naik rawak dalam pensampelan

Contoh:

Seorang akauntan syarikat mengatakan mengikut data lampau purata masa kutipan akaun belum bayar adalah
50 hari dengan sisihan piawai 10 hari. Akauntan itu mengambil semua akaun pembeli dan mendapati bahawa
purata kutipan akaun belum bayar adalah 52 hari.

Keertian Praktikal

Katakan akauntan merasakan mengambilkira kesemua akaun adalah mahal kosnya dan memilih hanya 25
akaun dan di dapati bahawa purata masa kutipan akaun belum bayar adalah 54 hari. Adakah patut di simpulkan
bahawa perbezaan ini bererti secara statistik?

Contoh cara menulis pernyataan hipotesis null dan alternatif jikan melibatkan pembolehubah penyederhana
(moderating).

Bagi model skematik di atas menunjukkan, cara yang betul dan cara yang salah di dalam membentuk hipotesis
null dan hipotesis alternatif di mana dengan memasukkan pembolehubah penyederhana seperti di bawah.

CARA YANG BETUL:

H0 : Pembolehubah ekonomi tidak membawa apa-apa perbezaan ke atas hubungan antara iklan dan jualan.

HA : Hanya jika terdapat pertumbuhan ekonomi yang baik maka ia akan meningkatkan jumlah jualan.

CARA YANG SALAH:

H0: Faktor ekonomi tidak memberi kesan ke atas jualan.

HA: Faktor ekonomi mempunyai kesan positif ke atas jumlah jualan.


Sampel

Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah dan dengan itu penyelidikan harus melibatkan
keseluruhan individu dalam populasi. Bagaimanapun kita jarang berpeluang dan berupaya untuk mengkaji
semua ahli populasi. Apa yang biasa kita mampu lakukan ialah menggunakan sebahagian kecil ahli populasi
yang dinamakan sampel dan menggunakan maklumat sampel bagi menganggar maklumat untuk mendapatkan
sampel. Beberapa kaedah untuk mendapakan sampel yang mewakili populasi adalah seperti berikut:

1. Persempelan berasaskan teori kebarangkalian

Persampelan merupakan satu langkah yang penting dalam membuat penyelidikan. Ia dapat menjimatkan kos,
masa dan tenaga. Sungguhpun demikian, kita tidaklah boleh memilih sampel kerana pemilihan sampel
bersandarkan teori kebarangkalian.

2. Persampelan tidak berasaskan teori kebarangkalian

Kadangkala penyelidik mrasakan lebih sesuai memilih sampel berdasarkan kesesuaian penyelidik seperti
persampelan kelompok dan persampelan bertujuan.

INSTRUMEN

Dalam peringkat merancang dan menentukan strategi penyelidikan perkara-perkara utama yang harus
dipertimbangkan dalam kaedah penyelidikan ialah cara-cara mengumpul data. Kegagalan menggunakan
kaedah pengumpulan data yang berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kaur dan tidak
berkesan serta boleh menyebabkan beban menginterpasikan maklumat dan hasil kajian. Kegagalan
menyempurnakan sesuatu penyelidikan mungkin berlaku disebabkan alat pengumpulan data yang tidak
berkesan.

Instrument ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang subjek. Penyelidikan perlu
menyediakan alat ukur yang sesuai dengan objektif sesuatu kajian. Pengkaji juga harus mengambil instrument
daripada kajian-kajian lepas dengan mengubah suai selaras dengan objektif dan matlamat sesuatu kajian
penyelidikan.

Ujian rintis perlu dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat ukur dan bagi
merangsang subjek untuk bertindak secara positif atau negative terhadap olahan dan seterusnya tehadap pasca
ujian. Pembentukan alat ukur dan mengambil perhatian yang teliti semasa membentuk dan mentadbir
instrumensupaya dapat member gambaran sebenar kepada subjek yang dikaji. Instrumen atau alat kajian yang
digunakan hendaklah dapat diterangkan dengan jelas dari mana sumber alat tersebut diperolehi, bentuk alat
tersebut, itemitem yang ada dan skala jawapan yang digunakan. Intrumen yang diambil dari luar hendaklah
diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia mengikut kesesuaian budaya tempatan dan ayat-ayat yang mudah
difahami.

Kesahan alat dengan soalan-soalan yang digunakan hendaklah dinyatakan dari hasil ujian rintis atau pra ujian
yang dijalankan terhadap sampel rawak terpilih dalam tempoh tertentu dan kebolehpercayaan hasil ujian
tersebut. Item-item yang mempunyai kesahan rendah perlu ditukar atau diubah suai dan diuji semula sebeum
dijalankan pungutan data sebenar.
Memproses dan Menganalisis Data

Membuat analisis dan interprestasi merupakan peringkat yang penting sekali dalam sesuatu aktiviti penyelidikan.
Ini adalah kerana hasil dapatan dan kesimpulan ini akan menjadi pertimbangan asas untuk membuat cadangan
dan tindakan yang selanjutnya untuk membaiki situasi dan amalan yang kurang memuaskan atau menjadi asas
untuk mengubah suai pelan tindakan dalam kajain yang kedua.

Proses menganalisis, menginterprestasi dan membuat keputusan hanya boleh dilakukan selepas data telah
dikumpulkan daripada instrument soal selidik, pemerhatian atau temu bual. Data yang dikumpul akan mudah
dihadkan dengan menggunakan statistik. Perwakilan data sebagai contoh, histogram, graf garisan, carta palang
dan sebagainya boleh membantu. Pentafsiran dibantu dengan merujuk kepada jadual atau perwakilan data itu.
Kemudian kesimpulan akan dibuat berdasarkan pentafsiran.

MEMBUAT KESIMPULAN

Sesuatu penyelidikan seharusnya menghasilkan jawapan kepada masalah yang dikaji. Kupasan yang jelas dan
mendalam dilakukan berdasarkan kepada tafsiran yang tepat dan berkesan terhadap akta-fakta yang diperolehi
untuk member jawapan yang dikaji. Penyelidik seharusnya memperolehi fakta sebaik mungkin dan tafsiran
mengambil kira batasan penyelidikan.

Pada kebiasaannya tedapat dua kemungkinan keputusan yang diperolehi daripada pengumpulan dan
pemprosesan data dan maklumat. Pertama ialah keputusan seperti yang dijangka. Kedua ialah kemungkinan
keputusan pertentangan dengan hipotesis penyelidik. Hanya data daripada dua kemungkinan tersebut boleh
berlaku. Penyelidikan harus dan mesti dirancang agar penyelidik bersedia mentafsir keputusan negatif atau
sebaliknya.

MEMBUAT LAPORAN

Sesudah menjalankan kajian dan mendapatkan hasil jawapan kepada masalah penyelidikan, penyelidik perlu
menyebar di dalam bentuk penulisan hasil agar penyelidikannya boleh dikongsi oleh pihak lain. Membuat laporan
merupakan peringkat akhir dalam segala proses penyelidikan. Laporan penyelidikan ini biasanya mengamdungi
perkara-perkara berikut :

1. Pengenalan

2. Penyataan masalah penyelidikan

3. Objektif dan tujuan penyelidikan

4. Tinjauan Literatur

5. Keadah penyelidikan yang digunakan

6. Keputusan kajian

7. Rumusan dan cadangan


8. Penemuan penyelidikan perlu dilaporkan dan disebarkan untuk faedah bersama. Laporan mesti dibuat
dengan jujur, jelas dan boleh difahami. Penemuan penyelidikan harus didedahkan kepada perbincangan umum,
khususnya dalam kalangan masyarakat berbudaya penyelidikan agar kegunaannya lebih mantap dan meluas.

Jenis-Jenis Kajian

Terdapat pelbagai cara melaksanakan kajian berdasarkan tujuan atau matlamat dan kaedah yang hendak
digunakan untuk melaksanakannya. Berikut adalah antara jenis-jenis kajian yang biasa digunakan oleh pengkaji:

4.1 Kajian Tinjauan (Survey research)

Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik
dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan
deskriptif (boleh digunakan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif) biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi
tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau
begitu kepada soalan-soalan tinjauan.

Ini sangat berbeza dengan tinjauan korelasi di mana tujuannya adalah untuk mengkaji perkaitan antara
pembolehubah. Pembolehubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar, dan kawalan (covariate).
Tinjauan korelasi adalah berdasarkan logik eksperimen. Ia digunakan kerana penyelidik tidak dapat mengawal
secara fizikal pembolehubah-pembolehubah kawalan dan pembolehubah bebas.

4.2 Kajian Kes

Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan lingkungan atau
sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu dalam sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian
untuk menghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian
kes. Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks
kehidupan sebenar. Kajian kes adalah suatu strategi kajian komprehensif, bukannya suatu tektik pengumpulan
data (Yin, 1994). Namun begitu, ia juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian
tentang suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980). Di samping itu, ia juga boleh berupa
suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu
peristiwa tertentu (Meriam, 1988). Pada umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang
bertujuan untuk menghuraikan bagaimana atau ` mengapa tentang sesuatu fenomena. Pemilihan kajian kes
juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji. Sekiranya peristiwa atau
fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka kajian kes lebih sesuai. Di samping itu, kajian kes juga sesuai
sekiranya fokus kajian ialah fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994)

4.3 Kajian Reka bentuk Eksperimen

Logik asas eksperimen adalah mudah. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua
atau lebih kumpulan dan di beri treatment yang berbeza (rujuk Rajah 1). Treatment merupakan
pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan (manipulated). Kemudian kita bandingkan hasil atau kesannya ke
atas sesuatu pembolehubah bersandar. Tujuannya ialah jika terdapat perbezaan antara kumpulan dalam
pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh pembolehubah bebas. Perkaitan ini
adalah berdasarkan pada andaian bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan
dalam semua aspek sebelum treatment. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal
pembolehubah-pembolehubah kawalan. Tetapi andaian atau syarat ini agak sukar dijamin.
Antara teknik tradisional yang digunakan untuk memenuhi syarat ini ialah teknik padanan (matching) di mana
peserta diagihkan secara satu demi satu mengikut ciri-ciri yang berkenaan supaya kedua-dua kumpulan
mempunyai ciri-ciri yang agak sama. Tetapi teknik ini telah didapati kurang sesuai dan kurang praktikal kerana
terlalu banyak ciri untuk dipadankan secara seimbang.

Oleh demikian, teknik yang digunakan ialah agihan secara rawak (random assignment). Teknik ini adalah
berdasarkan pada logik probabiliti. Walaupun ia tidak menjamin kesamaan ciri-ciri antara kumpulan, ia
memaksimumkan probabiliti bahawa mereka tidak berbeza secara sistematik (no systematic differences). Cara
mengawal pembolehubah kawalan dengan teknik ini dikatakan kawalan secara fizikal (phisical control of
extraneous variables). Apabila kawalan secara fizikal tidak dapat dilakukan, maka penyelidik akan menggunakan
kawalan secara statistik (statistical control of variables). Ini dilakukan apabila eksperimen tulen tidak dapat
dilakukan.

4.4 Kajian Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment)

Dalam bidang sains sosial, umpamanya dalam bidang pendidikan, kawalan fizikal ke atas pembolehubah-
pembolehubah kawalan biasanya kurang dapat dilakukan. Umpamanya, dalam kebanyakan penyelidikan
dalam pendidikan, kajian biasa merupakan kajian "field study" di mana peserta kajian adalah sedia ada dan kita
tidak dapat mengagihkan peserta secara rawak kepada kumpulan-kumpulan treatment. Apabila kita tidak dapat
membuat agihan secara rawak (tidak dapat mengawal pembolehubah kawalan secara fizikal), maka reka
bentuk kuantitatif yang digunakan merupakan kuasi-eksperimen atau bukan eksperimen di mana kawalan ke atas
pengaruh pembolehubah kawalan dilakukan secara statistikal (statistical control).

Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu dalam "natural setting". Penyelidik
boleh mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada dan mengukur variabel dependent sama ada
selepas treatment (posttest), atau sebelum dan selepas treatment (rujuk Rajah 2). Maka perbandingan antara
kumpulan masih boleh lakukan. Cuma treatment ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak
dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting).

4.6 Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi sosial dengan tujuan
memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk
mengubah suai amalan (Kemmis, 1988;42)

Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang pendidikan
dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis
terhadap amalan kendiri dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu (McNiff,1988: 9)

Kajian tindakan membawa hasrat untuk mempertingkat amalan pendidikan agar pengajaran dan pembelajaran
sentiasa berkualiti. Untuk mencapai hasrat itu, kajian tindakan perlulah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip
khusus.
Kajian tindakan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelidik tentang masalah yang
dihadapi. Penelitian terhadap masalah yang dihadapi dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman yang
memungkinkan seseorang melakukan langkah pembaikan. Proses pembaikan itu perlulah diteruskan secara
lingkaran berasaskan refleksi kendiri. Proses refleksi yang sentiasa dilakukan membolehkan penilaian berlaku
secara berterusan. Dengan sendirinya, ia juga memerlukan langkah pembaikan yang berterusan untuk
mempertingkat kualiti. Dengan kata lain, kajian tindakan akan sentiasa dilakukan. Dalam proses kajian tindakan,
penyelidik bertindak sebagai peserta dan pengkaji yang mengumpul maklumat. Ini bermaksud pengkaji terlibat
sepenuhnya dalam konteks kajian. Keadaan ini membolehkan penyelidik untuk terus terlibat dalam kajian dan
dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi dapatan kajian dengan peserta sehingga keputusan kajian
diperoleh.

Di samping itu, tindakan kolaboratif dan perbincangan di kalangan penyelidik juga dipentingkan. Langkah ini
dapat mempertingkat kelancaran dan ketepatan keputusan yang dibuat. Pada masa yang sama, ia juga
menjamin keesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Kajian tindakan juga hendaklah bertumpu kepada
suatu konteks yang spesifik, iaitu dalam situasi tempat berlakunya atau timbulnya masalah. Seterusnya, hasil kajian
tindakan dilaporkan dengan menggunakan strategi kajian kes, iaitu untuk menceritakan apa yang berlaku. Akhir
sekali, setelah kajian dijalankan, perubahan kendiri dan persekitaran sosial seharusnya berlaku kerana ini
merupakan tujuan utama kajian tindakan.

Potrebbero piacerti anche