Sei sulla pagina 1di 1

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

08400 MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-4560306
Faks : 04-4560328 Emel : kea3122@moe.edu.my

Ruj. Kami : KEA3122-600-10 ( 27 )


Tarikh : 7 November 2017

Sim Leisure Adventureplay Sdn. Bhd. (C.R.No.966685-P)


Escape Adventureplay,
828 Jalan Teluk Bahang,
11050 Penang, Malaysia.

Tuan,

KEMBARA MURID MURID BERKEPERLUAN KHAS SEKOLAH MENENGAH


PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK KE ESCAPE ADVENTUREPLAY

Merujuk perkara di atas, Pusat Sumber Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Merbok akan membawa 29 orang pengawas pusat sumber yang terdiri daripada murid
berkeperluan khas ke Escape Adventureplay pada ketetapan berikut :

Tarikh / Hari : 19 November 2017 / Ahad


Masa : 9.00 am 5.00 pm
Jumlah Peserta : 29 orang murid, 8 orang guru

2. Untuk makluman pihak tuan, murid berkeperluan khas yang mengikuti program ini
adalah terdiri daripada kategori masalah pembelajaran dan masalah pendengaran.

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan sudi memberi
pertimbangan dan kemudahan yang sewajarnya terhadap permohonan kami ini agar program
ini dapat berjalan dengan lancar. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh
menghubungi guru berkenaan :-

Nama : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat


No. Telefon : 012-9684360

4. Bersama-sama surat ini, disertakan senarai nama murid berkeperluan khas untuk
pertimbangan pihak tuan. Pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan sangat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih..

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..........................................................
(SUHAINI BIN SHAARI)
Pengetua
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok,
Merbok, Kedah Darul Aman.

s.k.: 1. Bahagian Pendidikan Khas

Potrebbero piacerti anche